Banyak sangat masalah sampai rasa macam nak putus asa. Lepas ni tak lagi jumpa dengan orang tersayang. Terkedu rupa rupanya ini yang terjadi pada Aaron Aziz.

artis

Pelakon Datuk Aaron Aziz akuii rasa seperti mahu puttus asa selepas pelbagai masalah dihadapi. Lebih-lebih lagi, menurut Aaron selepas ini dia tidak lagi berjumpa orang yang disayang. Bagaimana pun itu semua hanya luahan hati untuk wataknya sebagai Hamzah dalam drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga.

“Rasa macam nak putus asa je ni. Banyak mas4alah dalaman yang saya harus harungi. “Orang yang saya sayang dah tak jumpa lagi dah selepas ini. Semoga Allah beri kekuatan pada diri ini,” katanya. Aaron berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kapsyen entri tersebut, Aaron dalam bahagian tanda berpagarnya memberitahu dia hanyalah dialog dalam drama tersebut dan mintak peminatnya tidak berfikir yang bukan-bukan. Bagaimanapun, entri tersebut telah disalah anggap oleh pengikutnya yang rata-rata percaya Aaron sedang menghadapi m4salah.

“Allahu rabbi, semoga abang Aaron kuat lalui semuanya. Jangan berputus asa. Allah masih ada untuk segalanya. “Tak elok bad mood pagi-pagi. “Alaa jangan lah menangis,” antara komen dari pengikutnya. Pun begitu Aaron segera membalas komen mereka dengan memberitahu ia hanyalah watak yang dibawa dalam drama tersebut.

Selain Aaron, Jalan Sesat Ke Syurga yang dibintangi oleh Elizad itu ditayangkan menerusi slot Tiara secara eksklusif di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: GEMPAK @Teh Tarik Kaw

Aaronators FC sudah 9 tahun

“AARON Aziz tidak akan menjadi Aaron Aziz tanpa izin Allah dan anda semua,” itu kata pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz yang ditujukan kepada ahli Aaronators FC sempena ulang tahun kesembilan penubuhan kelab peminat itu, baru-baru ini.

Aaron, 44, berkata, dia bersyukur apabila peminat setianya itu sentiasa ada bersama dari awal pembabitan dalam bidang lakonan sehingga sekarang. Menurut Aaron yang juga pelakon filem KL Gangster, Aaronators tidak pernah jemu hadir memberikan sokongan pada setiap acara dan majlis anugerah membabitkan dirinya.

“Alhamdulillah, sudah sembilan tahun. Anda hati dan jiwa kerjaya saya. Ikhlas dari hati terima kasih kepada anda semua. Terima kasih kerana menjadi keluarga besar saya dan selalu datang bagi sorakan dalam apa saja acara yang ada. Terima kasih juga kerana memberikan semangat apabila saya rasa nak hentikan semuanya.

“Terima kasih kerana mengetahui cara bagaimana nak ambil hati saya dan keluarga. Sayang anda semua. Apa yang penting juga, kami antara pelopor dalam penubuhan kelab peminat,” katanya. Sepanjang hampir 20 tahun menempa nama dalam industri hiburan tempatan, Aaron dua kali merangkul Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH. Menerusi undian peminat juga, Aaron pernah memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Selebriti Lelaki Popular dan Bintang Filem MeleTOP.

Aaron Aziz dan isteri bantu hampir 1,000 orang

PELAKON popular Datuk Aaron Aziz melalui pertubuhan kebajikan yang diasaskan, Journey To Insyirah berjaya membantu hampir 1,000 individu dan keluarga yang memerlukan dengan anggaran RM50,000 sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Aaron berkata, sumbangan diberikan itu membabitkan beberapa kawasan di Pahang, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur. “Alhamdulillah, sejak pertubuhan ini beroperasi dua tahun lalu, banyak dana masuk daripada orang perseorangan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi, apabila wabak Covid-19 melanda negara dan PKP dilaksanakan, semakin ramai yang menghantar mesej termasuk kepada isteri saya bagi meminta bantuan. Jadi, dengan sumbangan yang ada kami perlu salurkan. “Itu semua adalah amanah daripada penyumbang dana. Saya perlu tunaikan. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan pada masa sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Aaron yang juga pelakon filem KL Gangster berkata, ketika ini sumbangan terarah pula kepada susu dan lampin pakai buang. “Sebelum ini, banyak sumbangan diberikan berupa barangan keperluan harian. Sekarang, ramai pula minta susu dan lampin pakai buang. “Selepas ini nak fokus kepada pembelian ubat-ubatan pula. Sebab, ada juga yang mesej memerlukan perkara itu,” katanya.

Untuk rekod, pertubuhan itu sebelum ini membantu menyediakan tempat tinggal, membelikan van dan kelengkapan air bersih kepada sebuah pusat tahfiz di Langkawi, Kedah. Pertubuhan itu diasaskan Aaron bersama isteri, Datin Dayana Halik dan seorang lagi rakan mereka, Ustazah Khadijah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *