Safawi Rasid dikatakan bakal berpindah dan bermain untuk kelab di Portugal. Lagi mengejutkan gaji yang ditawarkan kepada Safawi Rasid meraih perhatian ramai

berita

Safawi Rasid yang akan berpindah dan bermain untuk Portimonense SC dilaporkan bakal menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara, lapor Harian Metro. Semuanya jika Safawi berjaya membuktikan keupayaannya bersama kelab liga utama Portugal itu. Bukan itu saja, nilai penyerng kebangsaan itu dikatakan boleh meningkat sekali ganda selepas menempatkan diri dalam pasukan di Eropah dan menjadi perhatian kelab ternama lain di masa akan datang.

Mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga Safawi mencecah 300,000 pound bersamaan dengan RM1.6 juta. Nilai itu juga dikatakan akan meningkat sehingga RM3 juta jika dia terus beraksi bersama kelab itu atau sekiranya dilamar kelab gergasi di Eropah.

Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah berkata ketika ini hanya Safawi saja pemain dari Asia Tenggara yang bermain di liga utama Portugal itu. Tidak mustahil, dengan kemampuan dimiliki Safawi dia boleh bersaing dengan pemain lain.

“Saya tidak menolak kemungkinan Safawi boleh menjadi pemain paling mahal di Asia Tenggara lebih-lebih lagi jika dia beraksi cemerlang bersama kelab terbabit. Jika mengikut anggaran, gaji seorang pemain Asia di Liga Portugal adalah dalam lingkungan AS$7,000 hingga AS$15,000 sebulan iaitu bersamaan RM30,000 hingga RM70,000.”

“Gaji Safawi mungkin boleh mencecah RM70,000 berdasarkan prestasi semasa, namun perkara terbabit adalah subjektif dan itu adalah jumlah yang kemungkinan Safawi peroleh nanti. Perkara utama adalah Safawi berpeluang bersaing dengan pemain daripada kelab terkenal seperti Benfica dan Porto yang sememangnya diketahui mempunyai ramai pemain ternama.”Kata Effendi, Portimonense SC adalah pasukan yang berpengaruh jadi penghijrahan Safawi ke kelab itu adalah perkara yang membanggakan negara kita.-lobakmerah

Safawi Rasid Dilamar Satu Kelab Di Luar Negara. Ini Respon Padu Dari Tunku Ismail Sultan Ibrahim Susulan Tawaran Itu Agak Luar Biasa

Safawi antara penyerng muda tempatan yang mencipta impak positif pada saingan domestik dan Asia. PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan penyerng kelab itu, Safawi Rasid yang dilamar kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC.

Menerusi kenyataan di Instagramnya, Tunku Ismail menyatakan Safawi akan dilepaskan sebaik sahaja saingan Liga Malaysia (Liga-M) berakhir Oktober depan.“Kelab akan lepaskan selepas habis league (liga), all the best Safawi,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut memberikan kredit kepada Terengganu yang berjaya melahirkan pemain berkualiti seperti Safawi.“Terengganu develop (lahirkan) Safawi, JDT turn into a superstar. Juara liga, juara Piala FA, juara Piala Malaysia dan dua tahun bermain di peringkat kelab Juara-Juara Asia. Syabas,” katanya.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, kelmarin mengesahkan skuad Harimau Selatan itu menerima tawaran rasmi untuk Safawi daripada Portimonense SC dan bersedia melepaskan anak jati Dungun, Terengganu berusia 23 tahun itu.“Kelab percaya tawaran ini baik untuk JDT dan Safawi, oleh itu, kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran itu kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi kelab itu, JOHOR Southern Tigers.Perkembangan Safawi itu bakal menyaksikan seorang lagi pemain negara bakal beraksi di Eropah selepas tonggak Bawah 19, Luqman Hakim Shamsuddin ke KV Kortrijk, Belgium baru-baru ini.

Muat Naik Foto Di Ig Dengan Porche Merah Baru. Sekali Tiba Tiba TMJ Komen Buat Warganet Terkedu. Tak Sangka Sampai Macam Tu Sekali TMJ Komen.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menimbulkan tanda tanya kepada peminatnya apabila memuatnaik gambar di Instagram berdiri di depan kereta mewah. Safawi mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua peminat dan pengikutnya di Instagram, namun lebih jadi tumpuan adalah kereta Porsche bewarna merah yang dipercayai koleksi terbaru miliknya.

Selain ucapan sambutan Aidilfitri Safawi juga memberi pesanan kepada semua peminat agar sentiasa menjaga diri masing-masing dan keluarga ketika pandemik Covid-19 masih lagi menular di dalam negara. “SHRMZB (Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin) #kitajagakita #semogaistiqomah,” kata pemain kelahiran Terengganu berusia 23 tahun itu.

Berdasarkan semakan, kereta berwarna merah itu adalah jentera mewah dari Jerman iaitu Porsche. Gambar berkenaan mendapat tanda suka sebanyak 91,604 kali sejak pukul 8 pagi tadi. Turut jadi tumpuan ialah komen daripada pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di status berkenaan.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail, diikuti dengan beberapa tanda suka serta komen balas dari beberapa peminat pemain berkenaan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : HM online via Kisahbena

‘Bukan mak tak restu, tapi Awi masih muda’ [METROTV]

“SEBOLEH-bolehnya mak cik nak dia lupakan dulu soal kahwin, kami nak Awi (Safawi) utamakan kerjayanya dulu.“Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu,” kata Salemeh Abu Bakar, 56.

Itu kata ibu kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid mengulas mengenai dkwaan anaknya mengalami masalah prestasi kerana dikatakan berdepan tekanan daripada kekasihnya, Syifa Melvin yang mendesaknya untuk berkahwin.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.“Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

“Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.“Namun, mak cik cakap, ‘bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini,” katanya.

Salemeh berkata, anak baru berusia 23 tahun dan belum sesuai untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga.Katanya, dia juga mahu Safawi lebih matang sebelum menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga.“Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya.

“Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami, “katanya.Pada masa sama, dia mahu Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.

“Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua.“Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah,” katanya.

Sementara itu, bapa Safawi, Rasid Sulong, 66, berkata, dia sedar prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya.Katanya, jika benar, dia berharap Syifa tidak memberi sebarang tekann kepada anaknya itu.Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara.

“Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.“Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.“Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu,” katanya.-mymetro

‘Saya tak kawal hidup Safawi’

“SAYA tidak pernah mengongk0ngnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kerjayanya terjejas,” kata pelakon Syifa Melvin, 26, mengenai dkwaan dia dikatakan menjadi punca kepada kemerosotan prestasi bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Syifa ketika dihubungi Harian Metro berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan buruk,” katanya.Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendkwa kemerosotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan tekann daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga gagal memberi aksi terbaik dalam padang.Syifa berkata, dia sedih apabila dikatakan menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesk Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri. Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar. Dia mempunyai 13 adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal. Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

Terdahulu adik kepada Syatilla Melvin itu turut menafikan meng0ngkong Safawi di laman story Instagramnya.“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah, Allah Maha Adil,” katanya yang kemudian memadamkan ‘posting’ itu.Malam kelmarin, Safawi membantu JDT melakar kejutan ke atas kelab terkenal Korea Selatan, Suwon Bluewings dengan kemenangan 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *