Makin serius masalah antara Abam dan balu Abam.Ini pendapat Achey bila isu antara kawan baiknya dan balu Abam masih menemui jalan buntu

artis

ANGGOTA kumpulan Bocey iaitu Achey berasa sedih melihat masalah antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata dia tidak memihak pada Ali mahupun Nor Hidayah namun berpendapat isu yang berlaku itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik. Masalah Ali dan Nor Hidayah dibawa ke mahkamah.“Tapi siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan saman). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap.

“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tidak memberikan kesan kepada orang lain, ” kata Achey kepada mStar.Pelawak terkenal itu ditemui ketika sidang media pelancaran filem Frontliners di Big Boss, Publika pada Khamis.Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan.

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Dalam pada itu, apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada dirinya serta keluarga.Bagaimanpun, Achey berharap masalah tersebut berakhir dengan baik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia setahun.

Ali memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya.“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga diri saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi kepada diri kita sendiri. Saya dan keluarga pun kena ambil iktibar.

“Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Apa-apa pun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik.“Sebab anak itu (anak Abam) akan membesar. Kita tak nak nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik, ” ujarnya.-mstar

Ali Puteh Balas Saman Terhadap Balu Abam. Ini Kenyataan Dari Nor Hidayah Sendiri Susulan Pengakuannya Berkenaan Pengeluaran Wang Dari Akaun Abam

Sejak malam tadi, hangat diperkatakan mengenai pelawak Ali Puteh bertindak menyaman kakak iparnya dan kes sudah pun berlangsung semalam. Bagaimanapun, balu Abam, Nor Hidayah enggan mengulas lanjut mengenai isu saman itu.

Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti dan apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini berusia 11 bulan.“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya kepada Astro Gempak.Terdahulu, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Hidayah mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik suami dan mengatakan memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah kerana bimbang direbuut plaintif.-rotikaya

Ali Puteh Balas Saman, Hidayah Mengaku Ambil RM10,000 Dari Akaun Abam

Nampaknya masalah antara Ali Puteh dan kakak iparnya masih tiada kesudahan lagi apabila pelawak itu akui mengeluarkan saman terhadap Siti Norhidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Memetik laporan Astro Gempak, saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad, bapa Syed Mohd Ridzuan dan kakak sulung Sharifah Norwahidah.Difahamkan, kes sudah pun berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. Menurut Ali dia membuat keputusan untuk menyaman Hidayah susulan kakak iparnya yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami dit00hmah dan menjadi bahan bualan masyarakat,” katanya.Berdasarkan kes berlangsung itu, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas dikatakan hasil tabungan bersama suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah turut mengakui telah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik suaminya dan mengatakan telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah kerana bimbang direbut plaintif. Bagaimanapun, Hidayah tidak bertanggungjawab terhadap semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.-rotikaya

Ali Puteh Senyap Senyap Letak Batu Nisan Kat Tempat Persemadian Abam. Ini Reaksi Balu Abam Selepas Mengetahui Perihal Itu Melalui Instagram

SELEPAS lima bulan pemergian Abam, tempat persemadian Allahyrhm Abam Bocey yang terletak di Tnah Prkuburn Islam Sungai Pusu, Gombak selamat dinaikkan batu nisan dan binaan tempat persemadian. Pada entri yang dikongsikan di Instagram, Ali meminta pengikutnya yang ingin menziarahi tempat persemadian Allahyrhm Abam untuk mendoakan kesejahteraan beliau.

Namun tindakan itu kurang disenangi balu Abam, Nor Hidayah Mohd Ali kerana dia tidak dimaklumkan mengenainya. Nor Hidayah ketika ditemui mStar bagaimanapun enggan memperbesarkan mengenai perkara berkenaan bagi mengelakkan sngketa berpanjangan. Gambar binaan tempat persemadian dan batu nisan yang dikongsikan Ali Puteh di Instagram.

“Saya pun tak tahu yang dia buat batu nisan ni. “Dia tak hubungi saya langsung. Saya tahu lepas tengok di Instagram. “Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja,” katanya dalam nada kecewa. Dalam pada itu, bapa Nor Hidayah iaitu Mohd Ali Bahtin turut melahirkan rasa kecewa kerana anaknya seolah-olah tiada hak ke atas tempat persemadian Abam.

Saya malas nak cakap apa-apa, baik saya diam saja.

“Memang kami tak tahu ahli keluarga Abam bina kepok di tempat persemadian Abam hari ini,” kata Mohd Ali. Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan. Allahyrhm Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan menghembuskan nafas terakhirnya pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

“Saya bertahan demi sesuap nasi anak saya” – Balu Abam jual cempedak goreng sara keluarga

Nor Hidayah menjalankan pelbagai jenis perniagaan sejak Allahyrhm Abam sudah tiada. Sejak pemergian suami tercinta iaitu pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah giat menjalankan pelbagai jenis perniagaan untuk menampung kos perbelanjaan demi membesarkan anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 13 bulan.

Nor Hidayah, 28, memulakan perniagaan membuat kuih pada April lalu sebelum mengembangkan bisnesnya dengan menjual cempedak dan durian goreng di sebuah gerai yang terletak di Sabak Bernam, Selangor. “Alhamdulillah, berkat doa daripada semua, saya meniti satu persatu bisnes kecil-kecilan.Nor Hidayah bersama adik iparnya berniaga cempedak dan durian goreng di Sabak Bernam, Selangor.

“Saya bermula dengan membuat kuih Kasih Chocolate, seterusnya kuih Titian Kasih koko dan sekarang cempedak goreng serta durian goreng. “Saya memilih untuk buat bermacam-macam jenis bisnes sebab ini adalah salah satu punca rezeki saya sekeluarga dan tanpa semangat serta dorongan keluarga, saya tak sampai ke tahap ini untuk bertahan. “Saya juga bertahan membuat bisnes kecil-kecilan demi sesuap nasi anak saya dan masa depannya,” katanya kepada mStar. Bercerita tentang perniagaan, Nor Hidayah berkata keluarganya mula berjinak dalam bidang ini apabila bapanya mengeluarkan produk kesihatan pada tahun 2017.

Saya buat bermacam-macam jenis bisnes sebab ini adalah salah satu punca rezeki saya sekeluarga.

Dia menceburkan diri dalam perniagaan selepas bisnes bapanya mendapat sambutan baik. Tidak cukup dengan itu, Nor Hidayah mengimpikan untuk mengembangkan lagi pelbagai produk jualannya pada masa akan datang. “Setakat ini, bermacam-macam jenis bisnes yang saya buat bersama keluarga. Ayah saya ada mengeluarkan produk kesihatan iaitu ZMier Herbs Daun Sukun, dapat merawat penyakit kncing manis, darh tinggi, kolestrol dan pelbagai jenis penyakit lain… serta Durian V1ral Ayahanda Jali.

“Kakak saya pula ada mengeluarkan produk Roti Jala Coklat Marvelous dan Tepung Segera Roti Jala Coklat Marvelous. Nor Hidayah dan Allahyrhm Abam dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 13 bulan. “Saya ada mengeluarkan kuih Kasih Chocolate, kuih Titian Kasih Koko, cempedak goreng, durian goreng, jeruk rambutan dan Tempoyak Bonda. InsyaAllah, akan ada pembaharuan produk dari masa ke semasa.

“Saya masih ada banyak perancangan untuk pelbagaikan bisnes,” ujarnya. Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 13 bulan. Allahyrhm Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pergi buat selamanya pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *