Kaedah pentaksiran baharu khas bagi Tingkatan 1 dan 4. KPM terangkan lebih lanjut untuk kemasukan ke sekolah khusus bagi pelajar yang terlibat

berita

PUTRAJAYA, – Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus. Jelas KPM, sekolah-sekolah tersebut adalah melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2021.

“KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid tingkatan satu dan tingkatan empat ke Sekolah Khusus secara single entry point.“Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat,” maklum kenyataan tersebut, hari ini.

Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus melibatkan SBP (tingkatan satu dan empat), SMKA (tingkatan satu dan empat), SMT (tingkatan empat), KV (tahun satu Sijil Vokasional Malaysia) dan MTD (tingkatan empat). Sehubungan itu, permohonan bagi kemasukan ke tingkatan satu boleh diakses melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my manakala bagi permohonan ke tingkatan empat adalah melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

“Semua pemohon akan menduduki pentaksiran secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara,” tambah kenyataan itu lagi.Dalam pada itu, bagi permohonan dalam talian, tarikh akan dibuka dari 7 September hingga 2 Oktober 2020 bagi tingkatan satu dan 7 September hingga 2 Oktober 2020 bagi tingkatan empat atau tahun satu SVM.

“Bagi proses semakan pusat pentaksiran, ia akan berlangsung dari 7 hingga 23 Oktober 2020 untuk tingkatan satu, manakala 12 Oktober hingga 6 November 2020 untuk tingkatan empat atau tahun satu SVM.“Manakala peringkat pelaksanaan pentaksiran pula akan berjalan dari 12 hingga 23 Oktober 2020 untuk tingkatan satu dan 26 Oktober hingga 6 November 2020 untuk tingkatan empat atau tahun satu SVM,” jelas kenyataan tersebut.

Difahamkan, pentaksiran kemasukan Sekolah Khusus yang akan dilaksanakan tersebut merangkumi tiga bahagian, iaitu Kecerdasan Insaniah (20 peratus), Kecerdasan Intelektual (70 peratus) dan Artikulasi Penulisan (10 peratus).“Kaedah pelaksanaan ujian Kecerdasan Insaniah dan Kecerdasan Intelektual adalah secara dalam talian manakala kaedah pelaksanaan ujian Artikulasi Penulisan adalah secara bertulis.“Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan melalui portal KPM pada 1 September 2020,” jelas kenyataan itu lagi.

Sumber: KPM

Kes Meningkat Di Satu Negeri Ini. KPM Dedahkan 213 Sekolah Ditutup Sehingga satu tarikh Dan Diharapkan Penduduk Di Kawasan Tersebut Sedia Maklum

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menutup sementara 213 sekolah di Kuching, Sarawak sehingga 17 Ogos ini susulan pand3mik C0vid-19. Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, ia memb4bitkan 87 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuching, 99 sekolah (PPD Padawan) dan 27 sekolah di PPD Samarahan.

“Untuk maklumat ahli Yang Berhormat, selepas pengumuman pelaksanaan kawalan pergerakan antara bahagian di Sarawak, pada 29 Julai 2020, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dengan persetujuan KPM memv4tuskan untuk menangguh pembukaan semula 213 sekolah di Sarawak.

“Pembukaan semula sekolah yang diumumkan pada 3 Ogos 2020 ditangguhkan ke 17 Ogos 2020.“Bagaimanapun, kelas bagi pra-sekolah, tingkatan lima dan tingkatan enam beroperasi seperti biasa di ketiga-tiga PPD berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurutnya, bagi negeri Kedah pula, kerajaan negeri sudah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) di empat mukim iaitu Ah, Hosba, Binjal dan Padang Senai, bermula 2 Ogos 2020.“Berikutan itu JPBN Kedah dengan persetujuan KPM memutuskan untuk menutup empat sekolah di bawah PPD Kubang Pasu dan satu sekolah di bawah PPD Padang Terap bermula pada 2 Ogos 2020 sehingga 29 Ogos 2020.

“Berkaitan dengan (soalan) penutupan sekolah di Sabah, apa yang dilaksanakan di peringkat kerajaan negeri bersama KPM melalui Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah case by case basis.“Jika ada keperluan untuk menutup sekolah di kawasan itu, kami di KPM berdasarkan nasihat daripada profesional di KKM dan MKN serta kerajaaan negeri berbincang, kita bersedia (arah tutup),” katanya.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) sama ada KPM merancang untuk menutup sekolah di zon merah C0vid-19 seperti di Kuching dan sekiranya tidak, sama ada pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.Mohd Radzi menjelaskan Pengarah JPN adalah ahli dalam JPBN yang turut dianggotai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri.

“Sehubungan itu, KPM melalui Pengarah JPN akan berbincang bersama-sama semua pihak yang berkaitan untuk melihat sekiranya terdapat keperluan menutup sekolah bagi menceg4h penvlaran C0vid-19 di mana-mana kawasan,” katanya.“Berkaitan pelitup muka guna semula, dalam garis panduan pembukaan semula sekolah, kita galakkan pemakaian pelitup muka tetapi masih belum diwajibkan.

“Pada waktu ini pihak kami sedang berbincang dengan pelbagai pihak untuk melihat mengenai kebolehgunaan pelitup muka guna semula di sekolah. Sebarang makluman akan dimaklumkan kepada awam dalam masa terdekat jika ada,” katanya.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak MEDIANEW tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak  MEDIA NEWS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Kuarantin kat rumah konon” – Punca Kluster Sivagangga Makin Teruk Hingga 5 Sekolah Di Kedah Diarah Tutup Serta Merta

Kecoh di negara kita tentang segelintir masyarakat yang mempunyai ‘gelang pink’  selamber je keluar ketika di dalam tempoh kuarantin yang ditetapkan. Perkara ini bukan sahaja menyusahkan ramai pihak malah warganet menjadi berang dan geram dengan sifat ego dan pentingkan diri mereka.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi, isu ‘tokey’ kedai nasi kandar yang baru pulang dari India di Pekan Napoh, Kedah itu telah mewujudkan satu Kluster Sivagangga di situ. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga kini, 313 telah disaring. 20 daripadanya dikesan positif. Apa yang membimbangkan lagi, 4 yang dikesan positif Covid-19 itu melibatkan kanak-kanak berusia  antara 2,7 dan 10 tahun!

Disebabkan dua pelajar sekolah rendah berusia 7 dan 10 tahun itu disahkan positif COVID-19,  Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah telah telah memutuskan untuk mengarahkan lima buah sekolah yang dikaitkan dengan kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Antara sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.Warganet rata-ratanya meluahkan perasaan geram dan marah apabila sifat pentingkan diri pemilik restoran itu menyebabkan bilangan kes di negara kita meningkat dengan drastik.

Kerajaan Negeri Kedah sementara itu turut memutuskan untuk melaksanakan ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di 4 mukim yang terjejas susulan kluster Sivasanggara itu lapor Awani.Perlaksanaan TEMCO di Kedah adalah di kawasan yang melibatkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada restoran nasi kandar itu. Antara Mukim yang terlibat adalah Mukim Ah, Mukim Hosba, serta Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu dan Kampung Ulu, Padang Sanai di Mukim Padang Terap.

Sementara itu, kebenaran untuk melalui kawasan TEMCO hanya dibenarkan bagi pihak yang terlibat dalam perkhidmatan penting sahaja menurut Awani.-

KPM kaji pemakaian pelitup muka di sekolah

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka di sekolah masih belum diwajibkan buat masa ini.Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, pihaknya namun sedang meneliti perkara itu dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pemakaian pelitup muka di sekolah, tetapi ia belum diwajibkan.“Kita dalam berbincangan dengan pelbagai pihak untuk melihat tentang kebolehgunaan pelitup muka guna semula di sekolah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang mahu tahu sama ada pemakaian pelitup muka diwajibkan di sekolah.Pembngkng sebelum ini menggesa kerajaan memberi pelitup muka guna semula kepada setiap pelajar sekolah.Gesaan itu dibuat sebagai satu langkah bagi mencegah penularan Covid-19 di negara ini. – K! ONLINE

20 Januari 2021 tarikh mula sekolah

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan hari Rabu, 20 Januari 2021 sebagai tarikh pembukaan penggal pertama takwin sesi persekolahan 2021 bagi sekolah di seluruh Malaysia.Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, kementerian memuktamadkan tarikh pembukaan sesi persekolahan lebih lewat daripada kebiasaan dengan mengambil kira Takwim Penggl dan Cuti Persekolahan Tahun 2021.

” Ini bermakna cuti persekolahan bagi 2020 akan diteruskan mulai Disember 2020 sehingga 20 Januari 2021.” Apabila saya mengumumkan cuti dipendekkan untuk 2020, kita merancang sesi persekolahan 2021 perlu dilewatkan,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi pihak KPM dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Mohd Radzi berkata, biarpun kementerian sentiasa prihatin mengenai kebajikan dan beban tugas guru di sekolah akibat penularan COVID-19, KPM tidak bercadang memberikan sebarang insentif khas kerana mengambil kira beban kewangan ditanggung kerajaan sekarang.

Dalam pada itu, Mohd Razdi berkata, setakat ini KPM berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan penjarakkan fizikal dalam kalangan pelajar selepas pembukaan sesi persekolahan baharu baru-baru ini.

“Secara keseluruhannya KPM berpuas hati dengan pematuhan SOP dan penjarakkan fizikal termasuk dari segi susun atur meja dan penjarakan fizikal pelajar ketika waktu rehat.“Malah, saya sendiri yang melakukan tinjauan ke beberapa sekolah mendapati semua pelajar termasuk murid sekolah rendah Tahun 1 hingga 3 sekali pun sudah mematuhi SOP dan penjarakkan fizikal termasuk duduk di meja masing-masing seperti diarahkan KPM, sebelum ini,” katanya. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *