Fazura menangis . Fazura dedahkan punca dia menangis gara gara Fattah Amin berikan dia sesuatu ini dan ini cerita sebenar di sebalik kejadian itu berlaku

artis

Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Ketika ini, usia kandungan pelakon jelita Nur Fazura sudah menginjak 8 bulan. Jika dilihat pada kehamilan tersebut, kebanyakan wanita hanya akan duduk di rumah dan berkemungkinan tidak mampu melakukan pelbagai aktiviti.

Sensitif Di Awal Kehamilan

Namun, tidak bagi Fazura kerana dia begitu aktif dan dia turut bersyukur kerana tidak mengalami alahan teruk sepanjang kehamilan ini. Berkongsi pengalamannya, menurut Fazura biarpun dia tidak mengalami alahan namun dia akui terlebih sensitif mengenai beberapa perkara termasuklah mengenai makanan.

Dedah Fazura, dia sememangnya seorang penggemar aneka sajian kampung namun sepanjang kehamilan ini dia seperti tidak berselera untuk menjamahnya apatah lagi ketika melihat terlalu banyak lauk disajikan.“Saya memang penggemar lauk kampung. Tetapi sejak mengandung memang tekak saya kurang berselera sikit nak makan. Macam nasi goreng boleh tapi macam lauk-lauk yang banyak itu saya tak berselera dan tak rasa nak makan”

Menangis Kerana Mayonis

Bukan itu sahaja, dia turut kasihan dan kagum dengan kesabaran suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin yang melayan apa sahaja kerenah termasuklah mengenai sebuah kejadian yang membuatkan dia rasa bersalah terhadapnya.

Kongsi pelakon Dndam Pontianak itu, dia sememangnya tidak menggemari sos mahupun mayonis dan pernah menangis kerana mendapat Sandwich yang mengandungi mayonis di dalamnya. Tidak merungut mahupun sebaliknya, Fattah sanggup keluar semula dan mendapatkan sandwich yang baru tanpa sebarang ramuan itu.Dia sangat sabar, saya tak tahu dia manusia ke apa. Saya masa awal kehamilan memang agak cerewet bab makan. Ada suatu ketika itu, dia bawa balik sandwich. Saya memang tidak suka mayonis ataupun sos jadi saya pun menangis sambil tanya ‘kenapa ada letak sos dan mayonis’.

Jadi dia pun tenangkan saya, keluar balik beli yang baru. Tapi selepas itu saya minta ampun balik sebab rasa bersalah dan kasihan”- kata Fazura ketika ditemui Murai.my di majlis Tea Party With Fazura di Sungai Buloh pada petang Selasa.Dalam majlis itu, Fazura telah melancarkan produk penjagaan kulit jenama sendiri, Fazura Skincare.-murai

Fattah Amin Kena Hasut Main Tiktok. Sekali Fazura Tahu Memang Win Habis Reaksi Isteri Kesayangannya Itu

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video tarian TikTok. Menerusi laman sosial Instagram, Fattah berkongsi video tarian bersama seorang pelakon baru Izzat Mushtaq untuk tatapan umum. “Dengan newbie kena h4sut buat TikTok,” tulis Fattah sebagai kapsyen. Namun apa yang menarik perhatian wargamaya adalah isterinya pelakon Fazura yang turut tinggal kan komen berbentuk usikan menegur perut Fattah yang kelihatan buncit seperti wanita hamil. “OMG cute sangat! Boleh nampak happy tummy you macam I, wee! More TikTok please,” usik Fazura. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya turut teruja melihat perut Fattah yang ke depan. “Daddy, perut cover sikit daddy,” komen seorang wargamaya. “Berapa bulan dah perut tu abang Fattah, nasib handsome tak boleh bawak bincang,” kata seorang wargamaya. “Daddy dah gemok la,” usik seorang wargamaya. “Abang Fattah perut tu kena cover,” tulis seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, video tarian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada warga Instagram.-GEMPAK / teh o ais media

Pengurus Fazura bongkarkan jantina baby Fazura. Ramai warganet terkejut dengan pengakuan pengurusnya

Pengurus kepada pelakon cantik Fazura, Iman Tang, memberi bayangan aktres tersebut bakal menimang cahaya mata lelaki Oktober ini. Perkongsian tersebut dimuat naik Iman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya selepas memenuhi jemputan makan malam bersama Fazura. Iman turut memberitahu status terkini Fazura dan  yang hampir memasuki usia enam bulan dalam keadaan sihat. “Syukur Alhamdulillah Mommy and babyy sihat walafiat, dan selepas diskusi dengan mommy @missfazura semalam kita berjaya “convinced and signed” soon to be born Baby to be a supporter for Liverpool FC.. Hooray!! “Sebelum Daddy dia @fattahaminz minta dia support for Man Utd., kita awal2 dulu.. hehe,” tulisnya. Bagaimanapun Iman ketika dihubungi Gempak berkata, dia memuat naik posting tersebut adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada Fazura. Tambahnya lagi, disebabkan posting tersebut ramai yang menyangka Fazura benar-benar akan menimang bayyi lelaki. “Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat babyy boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan? “Sebenarnya saya dah ‘booking’ babyy Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan. “Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bay1i mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut,” katanya. Sementara itu, Fazura sebelum ini memberitahu dia dan suami memilih untuk tidak membuat apa-apa pengumuman sehingga bay1i. “Tak perlu teka baby lelaki atau perempuan ok semua? Kami sebagai parents to be pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga babyy lahir,” tulisnya di IG Story miliknya minggu lalu.Dalam pada itu, pelakon filem J Revolusi turut berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan dirinya dan dipermudahkan urusan bersalin nanti. “Mohon doakan baby sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami. Sayang semua,” tulisnya lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Jom Like Page Kami Juga Di Facebook- GEMPAK

3 tahun naik turun mahkamah. Fazura luah rasa syukur rezeki berpihak kepada dia untuk menang dan tanpa segan silu dia buka cerita mengenai kes ini.

PELAKON Fattah Amin menyifatkan sokongan terhadap isterinya sepanjang kes perbicaraan berhubung tuduhn tidak mematuhi kontrak bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan tidak sia-sia apabila Fazura dibuktikan tidak bersa1ah. Fattah berkata, selama hampir tiga tahun turun naik mahkamah, dia sentiasa ada di sisi isterinya bagi memberi semangat. “Alhamdulillah, keputusan mahkamah memihak kepada kami. Syukur dan seperti yang diungkapkan oleh pihak media, mungkin ini rezeki anak kami. “Saya faham perasaan Fazura apabila dia sentiasa mengadu berkenaan kes ini kerana dia rasa penat. Dan sekarang dalam keadaan dia mengandung pula. Itu pun dia mengadu sakit belakang apabila duduk terlalu lama,” katanya.

Fattah mengakui menjadi kewajipan mereka untuk hadir ke mahkamah mendengar perbicaraan. “Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami pun sangat bersyukur dengan keputusan mahkamah,” katanya. Mengulas perasaannya bakal bergelar bapa, Fattah berkata, ia hasil berkat doa daripada keluarga rakan dan peminat. “Mereka sentiasa menunggu dan berdoa agar kami dapat cahaya mata. Syukur, saya tak mengalami apa-apa alahan dan normal bagi seorang ibu mengandung ada keinginan nak makan macam-macam. Sikap manjanya pun lain macam. Disebabkan tiada aktiviti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami banyak dapat luangkan masa bersama,” katanya. Dalam pada itu, Fattah kini kembali menjalani penggambaran drama sejak dua hari lalu. Biarpun mulanya risau, dia lega dan berpuas hati kerana syarikat produksi mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan.-Sumber:hmetro

Nur Fazura ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

MAHKAMAH Tinggi di sini hari ini mengarahkan pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek membayar masing-masing RM40,000 kepada pelakon, Nur Fazura dan Universal Music Sdn Bhd. Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas mendengar hujah dan meneliti keterangan daripada tiga saksi plaintif dan empat saksi defendan.

Berdasarkan keputusan penghakimannya, Mohd Firuz berkata, mengikut beberapa tuntutan yang dibuat oleh plaintif dan mahkamah mendapati, tidak terdapat sebarang per1anggaran kontrak dibuat oleh Nur Fazura dan Universal Music Sdn Bhd. Malah katanya, tiada sebarang salah nyata oleh pihak defendan kerana kontrak itu ditamatkan sendiri oleh plaintif. Malah katanya, ia berdasarkan keterangan saksi plaintif sendiri yang jelas mengakui Nur Fazura menjalankan peranannya sebagai duta produk ‘Q Tab’.“Menerusi keterangan daripada seorang lagi saksi plaintif iaitu pegawai bahagian farmasi menyatakan produk itu menyalah1 undang-undang.

“Jika sebarang kontrak ditakrif sebagai tidak sah atau produk didapati menyalah1 peraturan, kerug1an atau kos yang dikeluarkan menjadi belanja h4ngus,” katanya. Maydan Trading diwakili Dzaki Ezwan Baharin manakala Nur Fazura diwakili peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan dan Universal Music Sdn Bhd diwakili Wilson Lim. Pada 16 Disember 2017, pemilik Maydan Trading, Narhamdan Abd Malek telah mengemukakan sam4n dengan menamakan Nur Fazura,37, sebagai defendan pertama dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan kedua. Dalam penyataan tuntutan, Narhamdan selaku plaintif mendakwa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Nur Fazura memasarkan produk ‘Q Tab’, yakni produk kesihatan rambut, kulit dan kuku, dalam bentuk ‘candy’ yang boleh dikunyah; dalam tempoh enam bulan melalui media s0sial, khususnya Instagram milik pelakon itu, selain Nur Fazura perlu mengambil gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk berkenaan.

Bagaimanapun, plaintif mndakwa pada hujung September 2017, Nur Fazura telah tidak mematuhi kontrak apabila artis itu melancarkan serta memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ sedangkan dia masih terikat dengan kontrak bagi pemasaran ‘Q Tab’.

Menurut pernyataan tuntutan, keadaan itu mewujudkan persaingan bagi produk ‘Q Tab’ dan oleh kerana pemasaran produk itu diabaikan, ia menyebabkan Narhamdan mengalami kerugian. Plaintif antara lain menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada kedua-dua defendan di samping gant1 rugi RM141,755.61 kerana pe1anggaran kontrak, faedah dan kos. Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Januari 2018 mengatakan beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan plaintif, tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang kontrak perjanjian dengan plaintif.-Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *