Dikatakan makan harta anak yatim. Ali Puteh nekad bongkarkan kisah sebenar yang sebenarnya berlaku antara keluarganya dan balu Abam

artis

Semalam, kecoh di media sosial isu Ali Puteh dan balu abangnya, Siti Norhidayah mengenai tuntutan saman harta Faraid. Ali Puteh bertindak membalas saman kakak iparnya selepas disaman oleh pihak Hidayah terlebih dahulu.Terbaru, menerusi live Facebook Malaysia Gazette dia menjelaskan perkara sebenar. Menurutnya, saman ini hanyalah saman balas untuk membersihkan nama dan keluarganya selepas dikritik masyarakat.

Dah lama bersabar

Saman balas saya kepada balu selepas saya disaman. Saya tak hebahkan pada media sebab saya masih menghormati abang saya baru pergi buat selamanya. Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih.

Kau saman mak, kau saman aku pula 900k. Aku okay. Mana seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak. Kau cakap aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik. Siapa nak bayar? Jangan cakap aku ambil pakai.

Menurut Ali Puteh, dia disaman selepas 16 hari Abam pergi buat selamanya oleh pihak Hidayah. Malah paling terkilan ibunya turut disaman berserta ibu Hidayah turut menyaman ibu abam .Dalam temuramah tersebut, Ali turut terkesan dengan kritikan orang ramai walaupun dia berdiam sabar. Dia turut memaklumkan dia tidak makan harta anak yat1m kerana harta faraid juga belum dibuat.

Duit dalam bank kurang dari RM100K, bukan berjuta

Tolonglah hentikan duduk cakap harta abang saya berjuta juta. Anggaran untuk kedua dua bank milik abang saya adalah hanya lebih kurang RM84 ribu sahaja. Barang-barang abam dalam RM20 ribu. Jumlah keseluruhan RM714 ribu termasuk rumah, kereta dan motor milik abam.

Dalam pada itu, menurutnya saman itu dibuat selepas pihak Hidayah membuat tuntutan tidak berasas. Dalam surat saman itu, dia menuntut kereta Vellfire, motor LC, tanah rumah yang bernilah RM300 ribu dan juga beberapa harta lain.

Vellfire dan kena tarik bossku. Tuntutan kau kata nak Vellfire, kalau kau ambil tahu mesti tiada dalam tuntutan. Bukan saya tak nak tolong bayar tapi kau saman aku RM900 ribu. Kalau betul ada bukti saya makan harta anak yat1m buktikan. Saya cakap terus terang, buktikan.

Ali turut terkilan apabila Hidayah dilihat seperti tidak sabar. Harta Faraid masih belum diuruskan dengan baik memandangkan pihak Hidayah tidak ambil tahu melainkan hanya saman. Malah harta faraid yang dituntut turut dilihat tidak adil apabila pihak Hidayah sudah ambil duit abam secara senyap senyap.Benda ini kecil. Kalau kita duduk satu meja bincang. Perkara ini selesai. Malu dekat orang. Cuma yang kena saya. Macam-macam makian saya kena.

Saya tahu hukum Islam

Kalau ambil, cakaplah ambil. Kau cakap kau keluar sehelai sepinggan. Cakap la nak ambil untuk Hamzah. Janganlah cakap tak ambil. Benda tu tak logik. Cakaplah jujur. Kita okay kalau kau ambil untuk Hamzah. Yang jadi masalah bila kau hebah kan kat media kata kau tak dapat apa-apa. Lepastu kau cakap aku ambil semua duit duit abam. Jangan cakap kau tak dapat apa apa. Jangan kau cakap keluarga sini ambil. Sini semua kau ambil dah. Takkan saya tak tahu agama, saya tahu hukum Islam. Saya tahu mana hak saya, mana bukan.

Selain itu, Ali Puteh turut kecewa apabila dikatakan oleh Hidayah mengenai harta abam diambil oleh keluarganya. Perkara itu membuatkan ramai mengkritiknya walaupun Hidayah sudah mengambil berbelas ribu. Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya. Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka aib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikritik masyarakat.

Isu jual cempedak, cakap. Isu pasang batu nisn kat tempat persemadian abang cakap. Isu saman menyaman no komen. Takut kalah? Takut tak jujur cakap depan mahkamah? Saya kena maki macam-macam walaupun saya berdiam.Kepada semua warganet yang selama ini bertungkus lumus memakii saya. Saya maafkan dari hari ini sampai saya sudah tiada nanti.

Terdahulu, sebutan kes saman difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. Saman itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).

Sumber : Malaysia Gazzete

Makin Serius Masalah Antara Abam Dan Balu Abam.Ini Pendapat Achey Bila Isu Antara Kawan Baiknya Dan Balu Abam Masih Menemui Jalan Buntu

ANGGOTA kumpulan Bocey iaitu Achey berasa sedih melihat masalah antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Abam iaitu Nor Hidayah yang berpanjangan sehingga dibawa ke mahkamah.Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, berkata dia tidak memihak pada Ali mahupun Nor Hidayah namun berpendapat isu yang berlaku itu boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik.

“Saya cakap secara umum dan tidak memihak kepada mana-mana pun. Sedih itu memang sedih sebab sepatutnya isu tersebut boleh selesai dengan cara-cara yang lebih baik. Masalah Ali dan Nor Hidayah dibawa ke mahkamah.“Tapi siapa la saya dan Fad untuk mencampuri urusan mereka yang mereka rasa lebih baik teruskan dengan cara begitu (failkan saman). Tapi pada kami, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara senyap-senyap.

“Walaupun bermasam muka tapi sebenarnya ia boleh diselesaikan secara berdamai supaya tidak memberikan kesan kepada orang lain, ” kata Achey kepada mStar.Pelawak terkenal itu ditemui ketika sidang media pelancaran filem Frontliners di Big Boss, Publika pada Khamis.Pada Rabu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, bertindak memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan.

Ali mengambil tindakan tersebut selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berikutan balu kepada Abam Bocey itu terlebih dahulu memfailkan saman terhadap dia dan keluarganya.Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Dalam pada itu, apa yang terjadi antara mereka berdua itu boleh diambil sebagai pengajaran kerana beranggapan mungkin ia boleh berlaku kepada dirinya serta keluarga.Bagaimanpun, Achey berharap masalah tersebut berakhir dengan baik kerana bimbang akan memberi kesan kepada anak arwah Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia setahun.

Ali memfailkan saman balas terhadap kakak iparnya.“Apa yang berlaku ini boleh dijadikan iktibar kepada orang lain dan juga diri saya sendiri. Tidak mustahil perkara itu boleh terjadi kepada diri kita sendiri. Saya dan keluarga pun kena ambil iktibar.

“Kalau terjadi kepada saya, mungkin boleh selesaikan dengan berdamai supaya semua pihak mendapat keadilan. Apa-apa pun saya berharap kemelut ini berakhir dengan baik.“Sebab anak itu (anak Abam) akan membesar. Kita tak nak nanti dia ada sifat menyalahkan semua pihak. Kita nak dia membesar mengenali semua keluarganya dengan baik, ” ujarnya.-mstar

Ali Puteh Balas Saman Terhadap Balu Abam. Ini Kenyataan Dari Nor Hidayah Sendiri Susulan Pengakuannya Berkenaan Pengeluaran Wang Dari Akaun Abam

Sejak malam tadi, hangat diperkatakan mengenai pelawak Ali Puteh bertindak menyaman kakak iparnya dan kes sudah pun berlangsung semalam. Bagaimanapun, balu Abam, Nor Hidayah enggan mengulas lanjut mengenai isu saman itu.

Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti dan apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini berusia 11 bulan.“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.

“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya kepada Astro Gempak.Terdahulu, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Hidayah mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik suami dan mengatakan memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah kerana bimbang direbuut plaintif.-rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *