Tular isu Shuk Sahar menduakan dengan isteri. Kini Shuk Sahar tampil beri penjelasan dan dedah kisah sebenar tentang dia dan gadis tersebut

artis

Shuk mahu fokus kepada keluarganya dan kerjaya. SELEPAS lama mendiamkan diri, penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya tampil menjelaskan pernyataan menduakan terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, mengakui pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.Menurut Shuk, dia dan isterinya sudah berbincang untuk tidak memberi sebarang kenyataan lebih lanjut lagi mengenai isu tersebut kerana fokus utamanya kini hanya keluarga serta kerjaya.Shuk belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati di masa kelak.

“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama selesaikan.”Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,” kata Shuk kepada mStar.Pengacara dan pelawak terkenal itu ditemui ketika media night bersama HotFM & KoolFM di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika benda itu berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Shuk dikatakan menduakan dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.Kisah tersebut menjadi tular pada awal Ogos lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti.

Malah individu tersebut juga membuat pelbagai kenyataan buruk terhadap Shuk dan Fara.Dalam pada itu, anggota kumpulan lawak Balas ini menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berdiam diri ketika itu kerana sedang dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Shuk akui mengenali wanita yang dikatakan kekasihnya.Shuk meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan isteri sentiasa baik malah mereka tidak berenggang sepanjang kontroversii itu hangat diperkatakan.”Ketika benda itu (isu menduakan) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang untuk sambut hari raya sebab itu saya ambil keputusan untuk berdiam diri.

“Sepanjang waktu itu, isteri dan saya tak pernah berenggang dan Alhamdulillah, hubungan kami baik saja. Sebagai seorang lelaki, ketua keluarga dan suami… kita tak mungkin lari daripada buat kesilapan.”Itu keluarga saya dan saya akan cuba pertahankan sampai bila-bila. Saya belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati selepas ini,” ujarnya.Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.-mstar

Satu Demi Satu Rahsia Shuk Sahar Dibongkarkan Oleh Bekas Kekasih Fara Salleh. Setelah Diasak Soalan Shuk Sahar Tampil Bersuara Fasal Isu Sensasi Ini

Pengacara dan pelawak Shuk Sahar akhirnya mengemaskini akaun Instagramnya menerusi sepotong video sempena ucapan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini. Kata Shuk yang ketika itu sedang berjalan bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dia akan ‘bercakap’ apabila sampai masa yang sesuai.

“Saya nak ucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha. “Cuma nak beritahu, Shuk Alhamdulillah tak ada apa-apa dan insya-Allah kalau ada masa yang sesuai nanti Shuk akan bercakap,” katanya. Dalam video berkenaan, Shuk dan isteri turut ditemani beberapa lelaki di samping mereka.

Terdahulu, tular kisah yang menyatakan Shuk bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh. Kisah diduakan itu diberitahu menerusi akaun Twitter @laudyaTaylor hingga mencetuskan tanda tanya warganet akan kesahihan perkara terbabit.

Shuk Sahar menduakan isterinya? Isteri dikatakan tahu cerita sebenar

Tiada angin tiada ribuut, secara tiba-tiba muncul cerita kurang enak membabitkan pelawak Shuk Sahar yang dikatakan menduakan isterinya. Menerusi perkongsian seorang individu di Twitter, penyampai radio Hot FM itu dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh. Individu itu juga membuat pelbagai perkara buruk terhadap Shuk dan Fara.

“Perempuan ini memang suka mengg0da laki (suami) orang saja. Kalau boleh yang kepuk (berduit) kemudian dia sara hidup mana-mana lelaki yang solo baru nak up. Apa punya perangai. “Nanti I kongsi pula tentang perempuan itu sama laki orang lain pula,” tulisnya di Twitter. Antara kenyataan yang dikongsikan di Twitter.

Menerusi pemerhatian mStar, wanita yang dikatakan sebagai kekasih Shuk itu sudah memadam akaun laman sosialnya. Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Shuk dan pihak stesen radio Hot FM gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan dan mesej. Semakan di Instagram Shuk juga mendapati dia sudah menutup ruang komen.

Berdasarkan perkongsian balas di Twitter, difahamkan isteri Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah sedia maklum mengenai perihal suaminya dan dia dikatakan pernah berinteraksi dengan Fara bagi membincangkan isu mengenai Shuk.

Dalam pada itu, individu tersebut juga berkongsi paparan skrin status yang dipercayai dimuat naik oleh adik ipar kepada Shuk bagi meluahkan rasa berang terhadap wanita yang didakwa bercinta dengan pengacara tersebut. “Sebenarnya, kau yang dedahkan perangai yang tak baik kau sendiri. Lepas itu mer0yan macam kakak aku yang kacau hidup kau. Sedar la perempuan. Berapa tahun sudah kau siksa hidup kakak aku.

“Cukup la aku sabar dengan hanya mampu menatap ratapan tangisan kakak aku. Aku mahu buat kau malu pun kakak aku sendiri tak suruh sebab kesian dengan kau. “Tapi kau tiada hati langsung buat kakak aku begitu. Now you know, Allah itu maha adil,” tulisnya. Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Shuk tak kecil hati usikan warganet

Dijadikan bahan jenaka apabila disamakan dengan wanita dikenali sebagai Qaseh Eiman, pelawak dan penyampai radio Hot FM, Shuk Sahar tidak kisah. Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, berkata, dia tidak sangka ada wanita mirip wajahnya, namun tidak mengambil hati usikan tersebut daripada warganet.

“Memang betullah ada tujuh wajah dalam dunia ini. Saya sudah berjumpa orang kedua. Warganet tanya adakah kakak atau adik saya. Kami tiada pertalian saudara dan tiada kena mengena dengan saya,” katanya kepada BH Online. Terdahulu, tular aksi seorang gadis berang di hadapan pintu masuk gedung perabot popular menarik perhatian warganet. Wajah gadis itu dikatakan mirip Shuk. “Saya tak kisah disamakan dengan Qaseh sebab orang ramai pun tahu, itu bukan saya. Pada saya, benda ini kelakar sebab selagi tidak memberi kesan pada saya. Bagaimanapun, jika betul adik beradik saya yang buat, mungkin saya tak rasa kelakar.

“Bagaimanapun, setakat ini, saya terbuka dan okay sahaja. Saya sendiri pernah muat naik di laman sosial bergurau mengenai kami,” katanya yang ditemui pada majlis memperkenalkan stesen televisyen (TV) swasta terbaharu, Awesome TV, baru-baru ini. Menerusi Awesome TV, Shuk tampil dengan beberapa program baharu.

Menafikan dirinya menjadi anak emas stesen itu, Shuk berkata, bukan dirinya sahaja diberi peluang, malah ramai penggiat seni termasuk artis lama dan baharu diberikan peluang sama rata. “Awesome TV adalah satu platform yang baik, mana bertambahnya satu lagi stesen TV yang sedia ada untuk artis terus berkarya.

“Saya pernah bekerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adam Ilyas di TV3 menerusi kafe Pop Yeh Yeh, jadi apabila beliau menghasilkan program bagi Awesome TV, dapatlah saya peluang. “Saya terbabit dengan program bual bicara Shuk Nak Tanya, Anugerah Malam Ini dan Awesome yang seumpama program MeleTOP. Saya baru sahaja selesai merakamkan program Shuk Nak Tanya untuk musim kedua,” katanya.

Shuk yang juga penyampai radio Hot FM itu bersyukur apabila tawaran kerja yang diterimanya tidak putus. “Alhamdulillah, ini boleh dikatakan rezeki selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebab apabila bercakap mengenai pandemik COVID-19, bukan sahaja industri hiburan, malah satu dunia terkesan. “Jadi, saya bersyukur masih mempunyai kerja dan terima kasih kepada Hot FM ketika PKP. Kerja itulah yang banyak menampung hidup saya dan keluarga. Kami tetap bekerja walaupun ke udara dari rumah,” katanya yang akan tampil dengan sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim keenam.

Wanita Dedah Shuk Sahar Tidak Setia, Pernah Paksa Hilangkan Kandungan?

Beberapa pengguna laman sosial Twitter tampil membuat pernyataan mengenai sikap buruk penyampai radio dan pengacara Shuk Sahar yang dikatakan bermain kayu tiga. Ujar pengguna yang dikenali sebagai @laudyaTaylor, wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan Shuk dikenali sebagai Fara Salleh. “Perempuan ni memang minat akan laki orang saja, kalau boleh yang then dia konon sara hidup mana lelaki yang solo baru mau up. Apa punya perangai,” kata akaun berkenaan.

Ujar akaun berkenaan, hubungan sulit Fara dan Shuk sejak setahun lalu kini diketahui oleh isteri pelawak berkenaan, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. Malah, menerusi paparan skrin yang turut disebarkan di Twitter, Shuk dikatakan telah mencipta akaun palsu @_sflia untuk berhubung dengan Rossalennah dan memberitahu perkara sebenar. Ujar @_sflia Shuk pernah menghamilkannya dan memaksa dia menghilangkan kandungan. “Tak nak mengaku suami ada perempuan lain di belakang? Tak nak mengaku suami dah mengandungkan perempuan lain?

“Nak tengok bukti yang ada? Boleh je… Sampai paksa suami suruh pisah kalau bercontact lagi. Ingat tak tahu? Pura-puralah tak tahu Sera. “Kita tunggu di akhirat kelak. Segala apa yang keluarga kau dah buat pada aku. Suami kau sendiri bawa aku pergi hilangkan anak dalam perut ini. “Masih nak menafikan walaupun sendiri mer0yan dalam kereta tadi?” kata @_sflia yang turut kesal dengan perbuatannya bagi menghilangkan kandungan tersebut. Rossalennah turut memuat naik komen terbabit di akaun Instagramnya namun telah memadamkan status berkenaan. Selain Shuk, Fara juga dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Shah Jaszle dan Kecik Ogie sebelum ini. Gempak masih cuba menghubungi Shuk dan Rossalennah untuk kepastian lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *