Tular bila Miera Leyana dikatakan bermadu. Kini giliran suami pula keluarkan kenyataan untuk terang cerita sebenar di sebalik perkahwinan mereka

artis

KUALA LUMPUR: Niat tulus usahawan Rosland Othman, 47, melamar aktres, Miera Leyana, 27, sebagai isterinya bukan disebabkan gelaran selebriti atau populariti, sebaliknya mahu berkongsi kehidupan dengannya.Ini selepas melihat keadaan bapa Miera, Datuk Seri Kasmi Arshat yang baru sahaja menjalani operasi jantung, selain menghidap sakit teruk prostat dan hempedu tahap empat.

Rosland berkata, kali pertama bertemu bapa Miera di h0spital ketika menziarahinya.“Apabila berbicara dengan bapa Miera, saya dapat rasakan kerisauan memikirkan anak-anak, termasuk Miera. Saya pula memang menyimpan perasaan tanpa Miera ketahui.

“Ketika inilah, saya tergerak hati meminta restunya mengizinkan saya berkahwin dengan Miera. Saya memberanikan diri dan percaya ini perkara baik yang harus dilakukan.“Walaupun sedar mungkin ia masa tidak sesuai, tetapi saya mahu memenuhi harapan seorang bapa melihat anak berkahwin dan mempunyai seseorang yang dipercayai menjaganya,” katanya kepada BH Online.

Katanya, dia yakin restu keluarga amat penting dalam perkahwinan, selain mahu beroleh keberkatan hidup.“Tiada guna bercinta bagai nak rak tanpa restu ibu bapa.“Saya merasakan inilah masa yang sesuai melamar Miera disebabkan bapanya sedang sakit. Saya bukan hanya mahu mengenali Miera, malah keluarganya dengan lebih rapat selepas empat tahun berkawan dengannya.

“Namun, jujurnya, saya tak tahu Miera terima atau tidak. Saya tak beritahu pun Miera mahu minta restu bapa untuk mengahwininya. Bapa mentua juga merahsiakannya daripada pengetahuan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui selepas usai majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka, di sini, semalam.

Bagaimanapun, katanya, dia hanya melamar Miera secara berdepan ketika memenuhi undangan makan malam di kediamannya ketika bapanya keluar h0spital pada Mac lalu.“Saya datang makan malam, selain mahu menziarahi bapa mentua yang sudah keluar h0spital dan semakin sembuh. Ketika itulah, saya melamar Miera di hadapan keluarganya.

“Miera memang terkejut dan seperti tidak percaya. Kami berkawan baik dan berkongsi banyak perkara mengenai urusan perniagaan, tidak langsung membabitkan soal hati.“Malam itu pula Miera hanya pakai baju kelawar (ketawa),” katanya.

Mengulas komen warganet terhadap Miera berikutan kenyataan bermadu dan hidup atas pendritaan wanita lain, Rosland berkata, dia dan isterinya tidak mampu menghentikan mulut warganet.“Buat benda baik pun kena kritik, apatah lagi benda jaht. Saya tak boleh nak hentikan mulut warganet nak bercakap apa sahaja mengenai kehidupan kami.

“Ikhlas tak ikhlas, tak perlulah dipertikaikan. Jadi, jalani kehidupan dengan cara masing-masing. Kita ada agama, pegangan dan paling penting, menghormati ibu bapa.“Soal peribadi mahupun keluarga, saya tak perlu berkongsi dengan warganet. Lagipun, saya hidup bukan atas ehsan orang luar. Apapun orang cakap, ia tidak mendatangkan kesan kepada saya dan Miera,” katanya.

Majlis resepsi Miera dan Rosland bagaikan dalam kayangan itu turut dihadiri rakan selebriti Datuk Seri Shah Reza, Datuk Ziela Jalil, Emma Maembong, Nelydia Senrose, Liza Abdullah, Niena Baharun, Ayda Jebat, Nabil Maher, Riz Amin dan ramai lagi.Ia diserikan dengan persembahan Liza Hanim, Azlan & The Typewriter, Hazama dan Noryn Aziz.

Tak Sampai 24 Jam Jadi Isteri. Tular Pula Video Rupanya Miera Liyana Isteri Kedua Kepada Usahawan Tersebut. Ini Reaksi Miera Bila Dapat Tahu

KUALA LUMPUR: Cinta bersemi di hatinya bukan disebabkan kuasa, harta atau wang ringgit. Sebaliknya, pelakon jelita, Miera Leyana, 27, jatuh cinta pada keluhuran hati suaminya yang juga usahawan, Rosland Othman, 47.Umumnya, Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Datuk Seri Kasmi memiliki segala-galanya dalam hidup. Dibesarkan dalam hamparan kemewahan, menyusuri populariti dan kini, mewarisi empayar perniagaan keluarga.

Apa lagi yang tak cukup, semuanya serba sempurna. Hanya satu, keinginannya mahu memiliki seorang lelaki bergelar suami yang mampu membimbing dan membawanya ke syurga jannah.Memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun bukan bermakna aktres yang diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu ‘but4 hati’, sebaliknya itu adalah pilihannya, mahukan lelaki yang matang.

Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai lalu. Majlis pernikahan diadakan di Hotel St Regis dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan. Malam berinai pula meriah bak persembahan teater dengan acara tari menari berlangsung di Hotel Four Seasons, sehari sebelum majlis pernikahan.

Namun, belumpun sempat 24 jam bergelar suami isteri, dunia hiburan dikejutkan dengan satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube yang mendedahkan pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu ‘hidup bermadu’.Video berkenaan mendedahkan, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan memiliki tujuh cahaya mata perempuan.

Mengulas gosip yang bertiup kencng, Miera tak menafikan mahupun mengiyakan bergelar isteri kedua. Malah, itu juga bukan punca dirinya tidak mendedahkan identiti suami sebelum acara akad nikah.“Sesiapa sahaja bebas membuat andaian, namun adilkah melemparkan spekuulasi negatif pada sebuah masjid yang baru dibina?

“Sebagai orang Islam, kita kena percaya rahsia jodoh sukar dirungkai dan diduga. Begitu juga ikatan perkahwinan saya dengan suami.“Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja tahu. Saya dan suami bahagia, tak menganiayai hidup sesiapa dan spekulasi ini dicetuskan orang luar. Jadi, tak perlulah menghakimi hidup kami,” katanya kepada BH Online secara eksklusif.

Diperkenalkan menerusi drama Luna Fantasiku pada 2008, Miera berkata, dia tidak takut kerana perkahwinan adalah ikatan suci.“Saya dan suami tak membuat perkara salah di sisi Allah dan agama. Kami membina rumah tangga atas dasar cinta dan memperoleh restu kedua-dua keluarga.

“Kami tidak menyorok perkahwinan, malah satu Malaysia tahu, saya kini bergelar isteri Rosland. Majlis pernikahan juga diadakan secara terang-terangan.“Jika mahu membohongi sesiapa, kami boleh berkahwin di luar negara dan bernikah menerusi talian. Tiada seorang pun akan tahu kami sudah berkahwin, melainkan ahli keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu memilih cara yang salah. Lagi pun, tiada apa yang perlu dibimbangkan.“Saya bahagia dengan fasa baharu dalam kehidupan. Saya positif, persepsi orang luar terhadap rumah tangga kami bukan perkara penting.“Apa yang kami tahu, tak salah berkongsi hidup dan bahagia,” katanya.

Namun, jauh di sudut hati, wanita kelahiran Johor Bahru itu Miera sedih apabila tersebar gosip negatif sebaik melangkah ke alam perkahwinan.“Siapa tidak sedih, tak sampai 24 jam bergelar isteri, video berkenaan tersebar. Cuba letakkan diri dalam keadaan saya.“Saya bukannya kahwin sorok, malah sanak saudara dan rakan taulan menghadiri majlis pernikahan kami. Satu Malaysia lihat gambar perkahwinan kami. Gosip ini bukan hanya maruah saya dan suami, malah keluarga kedua-dua pihak.

“Tak kisah suami anak berapa dan apa status sekalipun, tetapi kami berkahwin atas restu keluarga dan tidak melukakan hati sesiapa,” katanya.Mengulas pernyataan berkahwin dengan Rosland atas jalinan perniagaan bapanya, Datuk Seri Kasmi Arsat, Miera menyangkal dkwaan tidak masuk akal berkenaan.

“Ingat perkahwinan saya adaptasi drama ‘khayalan’ dalam kaca televisyen? Kami berkahwin atas dasar cinta, bukan perniagaan keluarga.“Ada atau tidak Rosland, saya tetap ada empayar perniagaan sendiri. Saya tak perlukan sesiapa untuk menanggung hidup saya.“Bagaimanapun, saya akui, suami banyak mengajar selok belok perniagaan selama berkawan baik,” katanya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *