Permintaan untuk laksanakan BPN 2.0. Mohd Shahar dedahkan sesuatu mengenai bantuan ini dan ini keputusan yang dibuat oleh kerajaan

berita

Kerajaan bersedia mempertimbangkan permintaan untuk melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional 2.0, bergantuung kepada kedudukan kewangan.Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah berkata, kerajaan harus melihat keadaan kewangan semasa bagi tujuan itu.

“Jika kerajaan berpandangan ada keperluan untuk dilaksanakan pada masa depan, InsyaAllah kita akan laksanakan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).Dalam soalan lain, Mohd Shahar berkata, masalah senarai nama Orang Kvrang Upaya yang menerima bantuan Penjana akan selesai dengan insiatif pemetaan nama oleh agensi kerajaan.

Menurutnya, ketika ini Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengenal pasti mereka yang benar-benar layak mendapatkan bantuan berkenaan.Katanya kerajaan memperuntukkan RM110 juta bantuan dan daripada jumlah itu RM55.71 juta bayaran sudah dibuat untuk 0KU, RM2.88 juta kepada ibu tunggaI dan RM540,000 kepada khidmat bantu di rumah.

Berhubung soalan asal Wong Shu Qi (PH-Kluang) berkaitan jumlah pemohon yang berjaya menebus e-Tunai sehingga Jun tahun ini beliau berkata, kerajaan berjaya mempromosi kepada 9.9 juta pengguna berbanding 7.41 juta ketika pemerintahan Pakatan Harapan.

“Kita tidak perlu risau mengenai privasi kerana semasa permohonan terma dan syarat tetap sama, cuma kali ini kita letakkan syarat tambahan iaitu mereka perlu menggunakan aplikasi My Sejahtera.“Semua data peribadi tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA),” katanya.Sumber: HM

Lebih 500 Juta Disalurkan Untuk Bantuan Prihatin Elektrik. Menteri Kewangan Dedahkan Juga Berkaitan BSH Dan Harap Semua Maklum

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM566.6 juta diperuntukkan bagi Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) setakat 31 Julai, dengan RM364.5 juta telah dimanfaatkan oleh 7.66 juta individu, manakala RM202.1 juta oleh 1.44 juta pengguna elektrik dalam sektor perniagaan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan kerajaan bersama Tenaga Nasional Bhd (TNB) dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300 kilowatt sejam (kWj) pertama untuk tempoh tiga bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik antara 601-900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10 peratus iaitu tambahan lapan peratus daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak dua peratus mulai April hingga Disember 2020.”

Tengku Zafrul berkata demikian dalam kenyataan mengenai laporan terkini pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dikeluarkan di sini hari ini. Ia adalah laporan ke-16 Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA).

Menurut kenyataan itu, penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang diluluskan tetapi tidak dapat dikreditkan ke dalam akaun bank boleh menuntut secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga 31 Disember ini dan permohonan rayuan BSH 2020 sudah dibuka mulai 7 Ogos hingga 6 September.

Di bawah PENJANA, setakat 31 Julai, sebanyak 204,325 pas perjalanan tanpa had, My30, telah dijual, meningkat daripada 179,349 pas dan subsidi kerajaan bagi pas berkenaan setakat ini bernilai RM34.7 juta, pertambahan daripada RM30.5 juta. Sementara itu, bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, seramai 9,884 pekerja (peningkatan daripada 7,543) telah mendapat pekerjaan, sejak pendaftaran dibuka pada 15 Jun.

Jumlah ini merangkumi 7,100 pekerja di bawah umur 40 tahun, 1,500 berumur 40-60 tahun, 84 (OKU) dan 1,200 perantis. Bantuan Sosial bagi Golongan Mudah Terjejas pula, iaitu bantuan sekali sebanyak RM300, sudah dibayar kepada 185,713 penerima kumpulan OKU membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM55.7 juta.

Seramai 1,815 penerima bagi Perkhidmatan Bantuan Rumah, membabitkan jumlah bayaran sebanyak RM544,500, manakala kumpulan ibu tunggal pula seramai 1,350 penerima bantuan itu dengan jumlah bayaran RM405,000.

Sebanyak 1,785 taska telah disemak dan diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM8.3 juta untuk insentif bagi menggalakkan pusat asuhan kanan-kanak mengamalkan kebiasaan baharu dan pengiktirafan premis.

Di bawah inisiatif berkenaan, geran sekali bayar sehingga RM5,000 disalurkan kepada setiap pengendali taska dan tadika yang berdaftar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam kenyataan itu, Tengku Zafrul berkata bagi meningkatkan kebolehpasaran belia dan penganggur, kerajaan dengan kerjasama beberapa kementerian dan agensi akan melaksanakan program latihan dan peningkatan kemahiran bagi golongan belia dan penganggur.

Program yang bakal dilancarkan itu dianggarkan dapat memanfaatkan hampir 200,000 belia dan penganggur, dengan beberapa inisiatif sudah bermula dan di bawah kelolaan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) termasuk pembangunan perusahaan kecil dan sederhana serta Gerak Insan Cemerlang (GIC). – BERNAMA

Tawaran Bantuan Prihatin Elektrik. Rakyat Malaysia Digalakkan Menyemak Penyata Bantuan Di Satu Aplikasi Ini Dengan Kadar Segera

Umum mengetahui, kerajaan telah menawarkan Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang bertujuan meringankan beban pengguna domestik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.Kesemua pelanggan domestik Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan menikmati penggunaan elektrik percuma sehingga RM231 (RM77/bulan) untuk bulan April, Mei dan Jun.Atas sebab itu, kini anda boleh membuat semakan penyata terperinci BPE melalui aplikasi myTNB atau portal myTNB.

‘Saya telah bayar ekstra’ atau jumlah perlu dibayar untuk bil bulan Julai anda adalah negatif?

Sekiranya anda melihat salah satu info di atas ini, ia bermaksud anda mempunyai lebihan bayaran, iaitu setelah caj kegunaan semasa ditolak dengan BPE serta diskaun di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi lalu.Oleh itu, anda tidak perlu membuat pembayaran untuk bil bulan Julai kerana lebihan bayaran tersebut akan ditolak dalam bil bulan Ogos.

Jadi, sekarang nak buat apa?

Anda tidak perlu berfikir panjang lagi untuk bertindak.Segalanya ada di hujung jari anda.Apa yang perlu dibuat sekarang ini adalah memuat turun aplikasi myTNB atau layari laman sesawang TNB dengan segera agar anda boleh uruskan akaun dengan mudah, bila-bila masa, di mana sahaja!

Sumber:siakapkeli

BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK

Apakah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)? BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.

Apakah perbezaan antara Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) ini dengan diskaun PRIHATIN? Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.

Siapakah yang layak menerima BPE? Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.

Bagaimanakah saya boleh menyemak kelayakan saya, ahli keluarga atau penyewa rumah untuk menerima BPE? Pelanggan tidak perlu membuat semakan kelayakan kerana BPE akan diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik.

Saya adalah pelanggan Meter Pintar, adakah saya layak menerima BPE? Semua pelanggan domestik akan menerima BPE ini, termasuklah pelanggan smart meter.

Adakah pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian juga layak menerima BPE? BPE ini hanya diberikan kepada pelanggan domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik yg lebih tinggi daripada kebiasaan pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020. Walau bagaimanapun, pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga Disember 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

Adakah saya perlu memohon untuk menerima BPE? Pelanggan tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk menikmati manfaat bantuan tambahan ini yang akan diberikan secara automatik.

 Mengapa BPE hanya mengambil kira bil April 2020 – Jun 2020? TNB sedar bahawa sepanjang pelaksanaan PKP, berkemungkinan penggunaan elektrik adalah lebih tinggi daripada kebiasaan. Oleh itu, BPE diberikan secara sekali gus kepada semua pelanggan bagi membantu mengurangkan bebanan bil yang lebih tinggi.

Mengapa bantuan ini tidak diberikan lebih awal semasa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Pakej Rangsangan Ekonomi dan hanya diberikan setelah saya menerima bil yang tinggi? Pada awal permulaan PKP, diskaun PRIHATIN telah diberikan bermula April 2020 sehingga September 2020. Atas dasar keprihatinan Kerajaan Malaysia, BPE diberikan kepada para pelanggan yang terbeban dengan jumlah bil yang lebih tinggi dengan harapan dapat mengurangkan beban kewangan para pelanggan.

Siapakah yang memberikan BPE, adakah TNB atau Kerajaan? BPE merupakan bantuan tambahan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama TNB yang bertujuan untuk meringankan beban para pelanggan yang terkesan akibat kenaikan bil elektrik yang lebih tinggi.

 Adakah saya akan menerima BPE ini dalam bentuk wang tunai? Pelanggan akan menikmati bantuan tambahan BPE ini yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2020 secara sekali gus.-TNB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *