Berhubung kait dengan Kluster Tawar dan PUI Sivagangga. KKM bongkarkan sesuatu tentang dua kluster ini dan mengejutkan keputusan yang mereka peroleh

berita

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan penularan COVID-19 dalam Kluster Tawar dan Kluster PUI Sivagangga daripada sumber yang sama.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian virologi oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) terhadap 14 sampel daripada Kluster Tawar, mendapati empat daripadanya yang berjaya mendapat virus untuk kajian penjujukan itu, mempunyai mutasi D614G.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.”Virus Kluster Tawar daripada empat sampel itu dibandingkan dengan virus daripada Kluster PUI Sivagangga membabitkan tiga sampel.”Hasil menunjukkan bahawa ketujuh-tujuh virus ini adalah daripada kumpulan sama,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini.-bh

Terkini 11 Kes Positif Baharu Direkodkan. 9 Kes Tempatan Termasuk 5 Kes Dari Kluster Tawar Di Kedah. KKM Dedahkan Sesuatu Tentang Kluster Terbabit

Pada hari ini, 25 Ogos. Terdapat kes baharu Covid-19 kembali dua digit iaitu 11 kes hari ini melibatkan 9 kes tempatan dan 2 import. Bagaimanapun, terdapat 6 kes telah sembuh. Perkara ini disampaikan Ketua Pengarah Kesihatan, tan Sri Dr Noor Hisyam Abdullah di sidang media petang ini. Menerusi sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa daripada 9 kes tempatan, 7 adalah di Kedah termasuk 5 kes dari Kluster Tawar (generasi ketiga). Empat kluster tamat, tiada kluster dan pemergian baharu.

Kluster Tawar Di Kedah Meningkat Sampai Dua Angka. KKM Dedahkan Kes Baharu Ini Terjadi Dan Harap Semua Peka Dengan Keadaan Yang Berlaku Di Kawasan Tersebut

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan lapan kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,257 kes setakat Sabtu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 183 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada lapan kes baharu yang dilaporkan, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang rakyat Malaysia dan dua bukan warganegara.Menurut Dr Noor Hisham, kesemua lima kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada kluster Tawar di Kedah.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.”Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes,” katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,949 kes.”Sehingga kini, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.Mengenai kluster Tawar di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, lima kes baharu yang dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah terkini daripada kluster itu sebanyak 63 kes.

Bertambah 6 Kes Positif Baharu. KKM Beri Penjelasan Berkaitan Kluster Tawar Yang Merekodkan Pertambahan Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa terdapat pertambahan 6 kes baharu di Kluster Tawar, 5 daripadanya adalah generasi kedua. Maklumat tentang Kluster Tawar pada hari ini melibatkan 5 kes di Kedah dan 1 kes di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster ini sebanyak 39 kes.

Sehingga 16 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 899 orang telah disaring dalam kluster ini.Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

Kedah (727 disaring): 35 kes dikesan positif Covid-19, 643 individu negatif,49 individu masih menunggu keputusan.

Pulau Pinang (164 disaring):4 kes dikesan positif Covid-19, 155 individu negatif, 5 individu masih menunggu keputusan.

3. Perak (8 disaring):Tiada kes dikesan positif Covid-19, 5 individu negatif, 3 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat masih diteruskan bagi kluster ini dan situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Terdahulu, kluster ini mencatatkan 12 kes baharu. Manakala 2 lagi kluster yang turut dimuatnaik semalam (Muda dan Sala) tidak melaporkan sebarang kes baharu setakat hari ini.

Sumber: KKM

Kluster Sivagangga Makin Bertambah. Individu Yang Sebelum Ini Tidak Mengaku Akhirnya Dikenakan Tindakan Dan Lebih Mengejutkan Terbongkar Jua Cara Kluster Ini Merebak

Akibat ingkar arahan untuk menjalani kuarantin dirumah, pengusaha Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra akhirnya dikenakan untuk ke tirai besi dan didnda. Dia yang baru pulang dari India pada 13 Julai telah menjadi punca kepada  kluster, Kluster Sivagangga. Ini meyebabkan dia dikenakan tindakan tersebut selama lima bulan dan didnda sebanyak RM12,000.

Nezar Mohamed Sabur Batcha bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebelum ini namun mengakui kesalahan berkenaan setelah jurubahasa membacakan empat prtuduhn ke atasnya dihadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun keatasnya.

Prtuduhn pertama dan kedua, dia dikatakan tinggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani kuarantin apabila dia berada di Bank Rakyat Jitra pada 14 Julai dan Agro Bank Jitra pada hari yang sama. Untuk kes ketiga dan keempat, dia berada di Pusat Khidmat Hasil LHDN Kubang Pasu dan Public Bank Jitra pada hari yang sama. Sikap tidak bertanggungjawab pemilik kedai nasi kandar ini menyebabkan 45 orang individu positif COVID-19, melibatkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

OHMEDIA: SEMOGA MENJADI PENGAJARAN KEPADA MEREKA  YANG DIMINTA UNTUK KUARANTINKAN DIRI SETELAH PULANG DARI NEGARA BERISIKO.  Kredit: Berita Harian

Ekoran Kluster Sivagangga Aktif Di 3 Negeri. Dr Noor Hisham Bongkarkan Punca Utama Kluster Ini Dinamakan Sebagai Kluster Sivagangga Dan Harap Semua Ambil Ambil Perhatian

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 yang berlaku di negara kita. Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menund1ng jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau tidak mengikuti arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menud1ng jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM. Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.

Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber: KKM

Khuatir Kluster Sivagangga Makin Meningkat Saban Hari. Pengarah JAIS Mengarahkan Penduduk Untuk Tidak Melakukan Sesuatu Ini Demi Keselamatan Orang Ramai

SHAH ALAM: Penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23, di sini bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 Kluster Sivagangga di Jitra, Kedah. Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata beliau dan penduduk lain terkejut dengan laporan berkenaan kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

“Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau dua minggu lalu untuk menunaikan solat Jumaat. “Siapa yang tidak risau dengan wabak COVID-19 apatah lagi ia cepat merebak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada lagi arahan dikeluarkan kepada penduduk untuk melakukan saringan kesihatan. “Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif COVID-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad turut menasihatkan penduduk Shah Alam tidak pan1k susulan tersebarnya notis penutupan sementara surau berkenaan.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *