Baru selesai hak penjagaan anak antara Serina Redzuawan dan bekas suami. Chef Wan luah sesuatu berkaitan dengan hak penjagaan cucunya

artis

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail, mahkamah telah memerintahkan bahawa Serina akan mendapat hak penjagaan penuh anak perempuannya, Isabella manakala hak penjagaan anak lelakinya iaitu Tristan akan berada di bawah Gavin.

Menerusi perkongsian chef selebriti yang juga pengacara program masakan terkenal,Datuk Chef Wan meluahkan rasa syukur selepas mahkamah telah membuat keputusan mengenai kes perpisahan anaknya, Serina Redzuawan dan bekas suami, Gavin Edward O’Luanaigh.

Hak Penjagaan Berasingan 

Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail, mahkamah telah memerintahkan bahawa Serina akan mendapat hak penjagaan penuh anak perempuannya, Isabella manakala hak penjagaan anak lelakinya iaitu Tristan akan berada di bawah Gavin. Dedah Chef Wan lagi, dia percaya bahawa baik Serina mahupun Gavin akan berasa kecewa dengan keputusan ini apatah lagi terpaksa memisahkan anak-anak mereka yang masih kecil.

Bagaimanapun, Chef Wan berkata mahkamah telah menolak permintaan bekas menantunya itu untuk tidak membenarkan anak-anaknya tidur di kediaman datuk mereka. “Alhamdulillah selepas hampir 3 tahun anak saya berpisah dan berjuang menuntuk hak penjagaan dua anaknya iaitu Tristan dan Isabella, mahkamah telah memerintahkan hak penjagaan Isabella akan diberikan kepada Serina manakala Tristan akan bersama bapanya.”

“Saya pasti kedua-dua belah pihak kecewa dengan keputusan ini. Bagaimanapun, di pihak kami sekurang-kurangnya telah menang mengenai kenyataan untuk tidak membenarkan cucu-cucu saya bermalam di rumah saya. Kesemua kenyataan itu tidak diterima oleh pihak mahkamah !” katanya dalam perkongsian tersebut.

Hormati Keputusan Mahkamah 

Dalam pada itu, Chef Wan tetap menyatakan kekesalannya mengenai hak penjagaan anak lelaki Serina biarpun dia telah menunjukkan segala bukti mengenai gaya hidup Gavin yang tidak berlandaskan agama Islam. Namun, jelas Chef Wan mereka hanya mampu redha dan menghormati keputusan mahkamah.

Untuk rekod, Serina dan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Tristan Tareef, 9, dan Isabella Saffiya, 7.

Chef Wan Kongsi Sesuatu Yang Sukar Untuk Dipercayai Mengenai Zaman Silamnya. Chef Wan Dedah Sesuatu Mengenai Pahit Manis Kehidupan Buat Ramai Sebak

Ramai yang tahu betapa sayangnya Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Chef Wan pada ibunya Che Ani. Dia sering saja berkongsi kisah bersama ibunya di Instagram miliknya itu. Dalam dua entri berbeza, Chef Wan berkongsi kisah hidupnya semasa kecil ketika mereka tinggal di Felda Sg Koyan 2, Raub, Pahang. Chef Wan juga turut bercerita tentang pesanan ayahnya.

“Ini adalah gambar semua anak saudara saya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri satu ketika dulu. Boleh nampak tak anak saya Nadzri dan Serina? “Kalau ikutkan, Nadzri paling tua daripada semua 24 orang anak saudara yang ada. Itulah betapa kecilnya rumah kami di Felda Sg Koyan 2, Raub, Pahang,” tulis Chef Wan.

Menurut Chef Wan, rumah kayu yang mereka duduki di Felda tersebut hanya mempunyai satu bilik dan diduduki oleh 9 orang mereka sekeluarga. “Bila ayah saya pencen awal daripada TUDM, kami dah biasa tinggal dalam kuarters tentera yang ada satu bilik. “Tapi kalau nak dibandingkan dengan rumah kayu di Felda ni macam kotak kasut. Masuk pintu depan nampak pintu belakang dah,” tulis Chef Wan.

Tambah Chef Wan, setiap malam mereka akan tidur di beralas di atas lantai kayu dan berhmpit seperti sardin sebelah menyebelah. Hanya ibu dan ayah mereka saja mempunyai katil di dalam bilik. “Kami orang susah dan tak ada banyak. Apa yang ada kami akan kongsi bersama walaupun hanya sekeping roti atau secawan nasi. “Kami bekerja keras untuk membaiki hidup kami sehinggalah kami akhirnya dapat 13 ekar tanah kelapa sawit untuk membayar segala hutang-hutang kami,” tulis Chef Wan.

Menurut Chef Wan, apa yang berlaku di Felda adalah kesalahan pengurusan dan dia tak akan dapat memaafkan mereka yang melakukan kesalahan tersebut. “Bertahun-tahun saya bekerja keras tanpa henti kerana percaya suatu hari nanti saya akan mempunyai kehidupan lebih baik demi menukar rumah di Sg Koyan dan menaik taraf kehidupan ayah dan ibu serta keluarga.

“Mungkin ada yang lebih itu untuk membantu saudara mara yang memerlukan dan memberikan keselesaan pada kedua orang tua saya sehinggalah hayat mereka. Saya tidak pernah berputus asa malahan saya terus berusaha menjadi diri saya seperti sekarang dengan mencari rezeki yang halal,” tulis Chef Wan. Tambah Chef Wan lagi, kepada mereka yang tidak mengenali dirinya yang sebenar dan memilih untuk berkata tidak baik dan memandang rendah akan dirinya ketika dia memberi mendapat yang jujur, tidak tinggalkan kesan kepadanya.

“Malahan kata kata itu mereka menjadi satu inspirasi untuk saya untuk membantu lebih baik dan hidup lebih gembira dengan apa yang saya lakukan buat keluarga, masyarakat dan negara. “What doesnt make us will always make us stronger!” tulisnya.

Dalam satu lagi entri dengan gambar yang sama, Chef Wan berkongsi pesanan yang sering diberikan oleh ayahnya. ” Hati kau ni ayah perhati kan memang baik tetapi mulut kena selalu berjaga jaga agar tidak melukai hati orang. I know u mean well and always try to show good example to your siblings or friends.

“Tapi tak semua manusia sama hatinya, warna rambut atau pun sikap yang Allah jadikan. Yang baik di uji mau pun yang jenis tak mendengar kata serta kekurangan mereka masing-masing,” tulis Chef Wan tentang pesanan ayahnya. Tulis Chef Wan lagi, daripada ujian hidup, kita akan dapat lihat pelbagai sifat manusia. Ada yang jenis bangga diri, tidak suka berbagi harta, , dan suka menunjuk-nunjuk atau suka bermuka muka.

“Ayah dah hidup lama dan masak dgn sikap-sikap manusia ini yg menjadikan perbalahan sesama mereka sendiri. Itu sebab Ayah banyak berdiam Wan dari berkata kata. “Ayah tahu wan jenis manusia yang rajin tetapi tak semua adik-adik engkau itu mempunyai sifat-sifat serupa. Janganlah paksa-paksa mereka untuk menjadi macam engkau. Lepas tu engkau kecewa,” tulis Chef Wan mengingati pesanan ayahnya.

Tambah Chef Wan lagi, ayahnya selalu mengingatkan bahawa jika dia rajin berusaha dia akan berjaya manakala yang tidak rajin dan akan sukar untuk hidup dan hidup dengan cara mereka “Engkau mesti bekerja keras dan capai kejayaan di atas, jadi engkau akan dapat membantu menukar hidup keluarga dan menjadi kebanggaan ayah dan emak. Bukan semua orang mendapat tempat tu Wan.

“Allah nak beri pun dia akan pilih manusia yang jujur, gigih berusaha dan sanggup melakukan apa sahaja. Rezeki kita pun masing-masing sudah Allah tentu kan. Cuma satu ayah nak ingat kan bila sudah berjaya jangan bangga diri dan lupa diri.

“Kita mesti layan semua manusia sama rata. Biarlah kita tak berharta tetapi kita kaya dengan budi dan bahasa. Ada rezeki lebih jagalah adik beradik, saudara mara kita dan jangan lupa selalu bersedekah kepada yg amat memerlukan. Ini semua Saham akhirat kita,” tulis Chef Wan lagi.

ayahnya turun berpesan supaya Chef Wan menjaga emaknya sebaik mungkin sampai ke akhir hayat kerana jasa ibunya, dan tidak perlu begitu risaukan tentang dirinya. “Begitu la pesan ayah ketika saya masih kecil. Dia dapat membaca saya seperti buku dan tahu di mana arah tujuan saya serta sifat-sifat saya sebagai seorang kanak-kanak dan apabila saya dewasa. “Jaga mulut despite u mean well,” tulis Chef Wan mengakhiri tulisannya.

Bekas isteri Chef Wan pergi menghadap Illahi

Bekas isteri Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Norhayate Ayub pergi menghadap Illahi di Hospital Ampang akibat menghidap sakit, hari ini. Berita sedih itu dikongsi Chef Wan di Instagram, kira-kira sejam lalu. “Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bekas isteri baru pergi menghadap Illahi di Hospital Ampang.

“Saya sedang menguruskan apa yang perlu untuk urusan esok. Saya akan beritahu sanak-saudara kemudian,” katanya. Sementara itu, anak Chef Wan, Serina turut memuat naik entri surah al-Fatihah di laman Instagram. “Mohon keluarga dan sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan Yasin kepada ibu,” katanya. Bulan lalu, Serina pernah berkongsi keadaan kesihatan ibunya di laman sosial.

Dugaan besar keluarga Serina Redzuawan, ibu kena jalani operasi kakinya Chef Wan pula terkena ujian yang satu ini

“Jadi kelu tak boleh berkata-kata. Saya tidak tahu macam mana nak beritahu kepada mama hakikat ini, doktor pakar minta anak sampaikan sendiri pada ibu,” ujarnya di Instagram pada Rabu. Serina bersama bapa dan anak-anaknya. Anak kepada, tukang masak terkenal iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan berkata, dia terpaksa cekalkan hati untuk memberitahu berita kurang baik itu kepada ibunya. Selepas dipujuk dan menerangkan perkara itu, kata Serina ibunya reda dan menerima hakikat tersebut.  

“Saya tahu, mama tentu kecewa dan menangis. Saya kuatkan hati dan berdoa kepada Allah untuk meminta kekuatan. “Selepas saya memujuk dan terangkan mengapa perlu buat operasi tersebut sebab mahu selamatkan nyawa mama, dia boleh terima dan reda. Saya tahu, mama tentu kecewa dan menangis. Saya kuatkan hati dan berdoa kepada Allah untuk meminta kekuatan.

“Dia berasa sedih dan menangis. Saya peluk dan cium dia untuk bagi semangat,” katanya. Selain daripada itu, Serina juga memberikan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan ibunya. “Saya mahu ucapkan terima kasih kepada yang datang lawat mama, beri motivasi dan semangat. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian. Doakan mama selamat operasi ya semua.

“Dugaan yang besar untuk saya dan keluarga. Saya reda atas ketentuan Allah SWT,” ujarnya. Serina memberitahu bapanya iaitu Chef Wan kini turut dirawat di hospital. Sebelum itu, pada Selasa Serina memuat naik foto melawat bapanya Chef Wan yang kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan.

Menurut Serina, tukang masak itu terkena satu sakit ini. “Tadi (Selasa), lawat papa di hospital kena sakit . Papa kata sakit terasa panas kulit macam rasa sakit yang tak boleh digambarkan dan bisa. “Ada gelembung air, I pun tak boleh bayangkan sebab tak pernah kena. Tapi kesian bila dengar. Papa ni jenis antibodi kuat, jarang sakit. Tapi bila dah sakit memang nak kena rehat sepenuhnya,” ujarnya. Chef Wan dan Norhayati berkahwin pada 1982, rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak Mohd Nadzri dan Serina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *