Warganet pelik kompaun dah dibayar 7 Ogos yang lalu. KKM dedahkan baru tahu seorang Menteri ini ingkar kuarantin dan berikut tindakan yang diambil KKM

berita

Sejak kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali gagal patuhi arahan kuarantin selepas pulang dari Turki didedahkan, orang ramai masih tak putus-putus bercakap soal ini lebih-lebih lagi bila menteri ini hanya dikompaun RM1,000 disebabkan kesalahannya itu.

Walaupun Khairuddin telah pun meminta maaf dan mendermakan gaji empat bulan kepada tabung Covid-19 KKM, ramai rakyat berpendapat menteri ini patut menerima tindakan yang lebih lagi .Ketika sidang media perkembangan kes Covid-19 semalam, Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan yang pihaknya hanya tahu mengenai kes ini pada minggu lepas selepas seorang wartawan menanyakan soalan mengenai kompaun RM1,000 terhadap menteri tersebut. Kami hanya diberitahu minggu lepas. Benda pertama yang kami buat adalah menjalankan siasatan dalaman. Sebab ini, penting untuk frontliners yang menjalankan tugas untuk memberitahu orang atasan mengenai perkara ini.”

Dr Hisham turut memberitahu yang pihaknya telah pun menyerahkan perkara ini kepada pihak polis dan mengharapkan siasatan yang mendalam dilakukan dan laporan mengenai kes ini dikeluarkan kelak. Manakala warganet pula pelik kerana sebelum ini sebuah kenyataan dari KKM telah dikeluarkan mengatakan bahawa Khairuddin telah pun dikompaun pada 7 Ogos lalu dan kompaun tersebut telah dibayar pada hari yang sama.-lobakmerah

Ingkar Arahan Selepas Pulang Dari Turki. Khairuddin Mohon Maaf Dan Dia Sanggup Buat Sesuatu Ini Untuk Tebuskan Kesalahan Dia Sebagai Menteri

PUTRAJAYA – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kesalahan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.

Beliau berkata, dia akan bertanggungjawab dengan memulangkan semua gaji sebagai Menteri bagi bulan Mei hingga Ogos lalu sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bncana Negara (Tabung Covid-19) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, gaji Mac dan April lalu juga telah disumbangkan sebelum ini ke tabung tersebut seperti keputusan Kabinet sebelum ini.“Berhubung isu SOP ini, saya memohon jutaan kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia atas kekhilafan yang berlaku.

“Sebagai Menteri, saya bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan SOP sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Mohd. Khairuddin berkata, dia juga akan terus bekerja keras dan melipatgandakan segala usaha dan tenaga untuk melaksanakan tugasan amanah sebagai Menteri.

Terdahulu, KKM dalam satu kenyataan berkata, Mohd. Khairuddin
telah melakukan kesalahn mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

Ekoran kegagalannya mematuhi peraturan mengikut akta berkenaan, beliau dikenakan kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu dan telah melunaskan bayaran itu. KKM berkata, Mohd. Khairuddin pulang ke negara ini dari Turki pada 7 Julai lalu sebelum menjalani ujian pengambilan sampel ‘nasopharyngeal swab’ kali pertama pada hari yang sama yang didapati negatif.

“Ujian saringan Covid-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif,” kata KKM tanpa menyatakan tarikh bila ujian kedua dan ketiga itu dijalankan terhadap menteri berkenaan. Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ketika sesi persidangan Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai tidakpatuhan arahan kuarantin wajib oleh Mohd. Khairuddin.Berikutan itu, Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dikritik banyak pihak kerana mengingkari arahan kuarantin wajib seperti diarahkan pihak berkuasa. -K! ONLINE

Sebelum Ini Tular Menteri Dikatakan Tak Kuarantin Selepas Pulang Dari Turki. Malah Ini Tindakan Yang Diambil Setelah Munculnya Pertikaian Oleh Teresa Kok

PUTRAJAYA: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, sudah dikenakan kompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kuarantin wajib. Mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warga negara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan virus COVID-19.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataannya, berkata Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 [Akta342].

“Ekoran kegagalannya mematuhi peraturan mengikut akta berkenaan, Pegawai Diberi Kuasa (PDK) sudah mengeluarkan kompaun sebanyak RM1,000 kepada beliau pada 7 Ogos lalu.”Beliau sudah membayar kompaun berkenaan,” kata KKM menerusi satu kenyataan di hari ini.

Menurut KKM, Mohd Khairuddin pulang ke negara ini dari Turki pada 7 Julai lalu sebelum menjalani ujian pengambilan sampel ‘nasopharyngeal swab’ kali pertama pada hari yang sama yang didapati negatif.”Ujian saringan COVID-19 kali kedua dan ketiga juga menunjukkan keputusan negatif,” kata KKM tanpa menyatakan tarikh bila ujian kedua dan ketiga itu dijalankan terhadap menteri berkenaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, ketika sesi persidangan Dewan Rakyat mempertikaikan mengenai tidakpatuhan arahan kuarantin wajib oleh Mohd Khairuddin.Berikutan itu, Mohd Khairuddin yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dikritik banyak pihak kerana mengingkari arahan kuarantin wajib seperti diarahkan pihak berkuasa.-bh

Tular Menteri Dikatakan Tak Kuarantin Selepas Pulang Dari Turki. Dan Lebih Mengejutkan Ini Keputusan Ujian Covid19 Terhadap Seorang Menteri

Teresa (kiri) mengatakan Khairuddin ke Turki pada 3 Julai lalu dan pulang ke tanah air pada 7 Julai sebelum ke Parlimen pada 13 Julai. KECOH seorang menteri dikatakan tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara. Dilaporkan, Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali telah menjalani pemeriksaan dan ujian khas koronavirus (Covid-19) sebaik tiba di tanah air dari luar negara pada 7 Julai lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, sumber terdekat menteri terbabit berkata, pemeriksaan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan mengambil masa kira-kira lima jam dan keputusan ujian tersebut adalah negatif.

“Pemergian beliau ke luar negara mendapat keizinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin malah Turki ketika itu adalah sebuah negara dikategorikan sebagai negara (zon) hijau,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang mempertikaikan tindakan Dr Khairuddin kerana tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara Julai lalu.Teresa mendakwa Khairuddin ke Turki pada 3 Julai lalu dan pulang ke tanah air pada 7 Julai sebelum ke Parlimen pada 13 Julai.

Teresa menganggap Khairuddin telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Sementara itu, beliau juga memaklumkan Dr Khairuddin akan memberi kenyataannya dalam masa terdekat.

Terdahulu ketika membahas Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020) menjadi sedikit kecoh apabila Teresa Kok (PH-Seputeh) yang mencelah perbahasan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng) mengatakan ada seorang menteri ke luar negara dan tidak menjalani kuarantin 14 hari selepas pulang.

Menurutnya, menteri berkenaan mengadakan lawatan tidak rasmi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 13 Julai lalu. – Sinar HarianNak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Isu Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin.P Prabakaran Berpendapat Akan Membebankan Beberapa Golongan Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa menanggung kos kuarantin di pusat kuarantin atau membenarkan individu pulang dari luar negara menjalani kuarantin di rumah.Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, keputusan kerajaan mewajibkan individu terlibat menjalani kuarantin di pusat kuarantin membebankan golongan yang kurang kemampuan.

“Ini termasuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura yang bimbang pulang ke tanah air kerana tidak mampu menampung caj kuarantin yang berubah-ubah. Kerajaan Singapura menanggung kos kuarantin rakyatnya sementara pekerja asing perlu menanggung kos tersebut.”Berbeza di Malaysia saya boleh katakan secara terbuka ada sesuatu yang tidak kena selepas kerajaan beberapa kali mengubah keputusan berhubung isu kuarantin dan kos pusat kuarantin,” katanya.

Beliau diminta mengulas isu kuarantin Malaysia-Singapura yang dilaksanakan di Johor Bahru Sentral semalam selepas bertemu penduduk Taman Wahyu bagi meninjau kolam takungan tercemar disebabkan sampah di Lakeville Jalan Kuching hari ini.Menurutnya, belum tiba masanya kerajaan membantu industri perhotelan kebajikan rakyat lebih utama buat ketika ini.

“Kebajikan individu di pusat kuarantin perlu diuruskan sama seperti penduduk ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokasi sebelum ini yang ditanggung Kementerian Kesihatan.”Pelaksanaan kuarantin di hotel ini disebabkan segelintir individu yang tidak patuh arahan untuk kekal di rumah tetapi Sarawak, mereka dipantau menerusi Sistem Pengesanan Global (GPS) membolehkan pergerakan dikesan,” katanya. Dalam pada itu, beliau menggesa supaya kekerapan ujian swab terus dipergiatkan terutama di sempadan Johor- Singapura yang dilihat lebih efektif dalam mengesan pesakit Covid-1-sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *