Nampak kurus dan ramai syak dia ambil sesuatu. Ini kenyataan Ara Johari berkenaan isu yang dibangkitkan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab

artis

Tampil menafikan kenyataan yang mengaitkan dirinya sebagai artis yang mempunyai masalah sosial apabila dilabel sebagai ‘kaki minuuum’, Ara Johari berani bersumph bahawa dia tidak pernah mengambil sebarang minuman yang tidak elok.

Ara berkata dia amat kecewa apabila ada pihak mengatakan perkara itu menjadi punca dia terpaksa menarik diri bagi menjayakan sebuah program dan menyusahkan produksi baru-baru ini sedangkan dia terpaksa berbuat demikian disebabkan masalah semput.

“Saya berani bersumph yang saya tak pernah minum, tak pernah sentuh sebarang minuman tersebut atau mengambil barang tidak elok.“Saya agak kecewa bila orang buat kenyataan begini. Hal ini sangat sensitif, tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup. Apa yang penting, saya tahu yang saya tak sentuh dan ambil benda-benda tu semua,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Ara, dia tidak tahu mengapa ada pihak yang sanggup membuat kenyataan tidak berasas sedemikian rupa terhadapnya. Malah, ada yang mengatakan dirinya kurus kerana mengambil barang tidak dibenarkan.“Saya tidak tahu mengapa orang kata saya kaki minuuum. Bahkan ada juga yang kata saya ambil ‘barang’ hanya kerana saya kurus. Walhal saya kurus sebab memang susah nak naik berat badan, bukan ambil benda tak elok

“Apapun, biarlah apa yang orang ingin kata, nanti bila mereka akan diam bila sudah penat nanti,” jelasnya.Dalam pada itu, Ara mengakui berkawan dan bergaul dengan individu yang menjalani kehidupan sosial namun dia tahu untuk menjaga diri dan tidak lakukan perkara yang tidak elok.

“Saya berkawan dengan semua orang. Saya memang ada kawan yang sosial, yang minum, tapi bagi saya kita yang kena pandai jaga diri. Kalau kawan minum, kenapa kita nak ikut.“Tak apalah, janji orang sekeliling dan keluarga tahu saya macam mana pun dah cukup,” katanya.

Ara Johari Buat Lathi Challenge Bersama Rakannya. Tak Sangka Hasilnya Amat Menghiburkan.

Sejak beberapa minggu ini, cabaran internet yang diberi nama Lathi Challenge mendapat sambutan hangat warganet untuk turut sama melakukannya. Jika diikutkan cabaran internet yang satu ini memang memerlukan daya kreativti dan usaha gigih untuk menghasilkannya.

Di sosial media, pelbagai versi dihasilkan warganet dan juga selebriti. Ada yang menjadi memang boleh meremang bulu roma! Malah ada juga yang membuat versi doktor gigi dan diakhirnya boleh buat rasa ngilu dan ada juga segelintir yang main hentam sahaja dan hasilnya membuatkan ramai terhibur Ni je lathi challenge yang boleh diterima.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini penyanyi bernama Ara Johari pula mencuba buat Lathi Challenge bersama rakan-rakannya. Membuat cabaran ini bersama dua rakannya yang lain, namun hasilnya memang agak…korang tontonlah sendiri dalam video yang dimuat naik oleh Ara Johari ini sendiri.

Apa yang mereka cuba buat ini? Apa yang penting muka Ara Johari langsung tiada sebarang solekan dari awal sampai habis. Video Ara Johari buat Lathi Challenge ini bersama rakan telah meraih hampir 40 ribu tontonan dan 9 ribu lebih likes. Rata-rata warga net meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen mengenai video Ara Johari buat Lathi Challenge seperti berikut: “Lathi Challenge terbaik pernah saya tengok setakat ni”

Ara Johari hadkan ruangan komen, elak perbalahan ‘mak cik bawang’

Ara Johari hadkan ruangan komen di Instagram atas sebab tertentu. TIDAK selesa dengan perbalahan warga net, penyanyi Ara Johari memilih untuk menghadkan ruangan komen di Instagram peribadi miliknya. Ara berkata, dia juga akan memadam dengan segera komen-komen yang menimbulkan rasa kurang senang dan provokasi di laman sosial.

“Bagi saya, orang yang follow saya saja yang boleh komen, saya hadkan itu je. Saya tak suka apabila orang luar datang macam makcik bawang sekadar nak datang komen atau buat kecoh lepas itu pergi. “Kalau komen itu terlalu melampau seperti melibatkan ibu bapa, marah-marah saya akan padam,” katanya. Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari memberitahu perkara itu dilakukan berikutan pernah berasa tertekan dengan komen warga net.

Ara Johari hadkan ruangan komen, hanya pengikutnya saja yang boleh masukkan komen. “Komen tak berapa elok buat saya tertekan, sepanjang bergelar artis dah tiga kali saya kena teruk dengan warga net iaitu masa wayang, Anugerah Juara Lagu (AJL) dan fesyen.

“AJL tahun lepas saya rasa sangat stres sebab orang tak boleh terima lagu saya dapat tempat kedua, mereka komen dan mesej saya marah-marah. “Saya rehat daripada Instagram seminggu, selepas itu update balik orang dah tak ingat,” ujarnya. Saya tak suka apabila orang luar datang macam makcik bawang sekadar nak datang komen atau buat kecoh lepas itu pergi. Bercakap mengenai kerjaya seninya, Ara mengakui teruja apabila lagu baharunya  kini sudah mencecah satu juta tontonan di Youtube.

“Alhamdulillah untuk lagusemakin mendapat perhatian dan sudah cecah satu juta tontonan di Youtube. “Saya sedang mencari satu lagu lagi untuk cukupkan mini album. Saya tak pasti sama ada masih berkaitan atau tidak, tetapi itu adalah impian saya dari dulu nak ada album,” katanya lagi.

Ara juga ceburi bidang perniagaan. Selain daripada itu, penyanyi berumur 23 tahun ini juga memberitahu dia kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan makanan. “Sekarang saya lebih kepada bisnes daging salai beku, kudap-kudapan dan kuih raya. Kuih baru tahun pertama, tetapi daging salai dah lama. “Saya dah buka untuk tester, mungkin dalam hujung bulan Mac ini saya buka tempahan untuk kuih raya,” ujarnya.

Sumber:mstar

Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari lahir pada 27 Jun 1997 di Negeri Sembilan. Beliau mula meraih populariti menerusi rancangan nyanyian Akademi Fantasia dan berjaya merangkul tempat keempat dalam rancangan tersebut. Beliau mula meneruskan kariernya dalam industri muzik menerusi lagu Warkah Untukku , Bunga dan single terbarunya Paku . Lirik untuk lagu Paku dihasilkan oleh Ara sendiri. Ara seterusnya berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu 32 menerusi lagu Warkah Untukku. Namun Ara tidak berjaya merangkul apa-apa anugerah pada kali itu. Ara sekali lagi berjaya menempatkan diri dalam Anugerah Juara Lagu  33 menerusi lagu Bunga. Berkat usaha gigih Ara dan kumpulannya,lagu Bunga berjaya meraih gelaran naib juara. Kemenangan ini melonjakkan lagi nama Ara dalam industri muzik.

Sumber:Wikipedia

Saya Tidak Sombong – Ara Johari (AF2016)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu Ara Johari (AF2016) menafikan dia bersikap sombong, sebaliknya kurang mengenali individu yang terlibat dalam industri seni. Ara, 20, berkata, sebagai pendatang baharu dia masih lagi belajar untuk menyesuaikan diri dengan rakan-rakan artis dan pihak media.

“Saya terkejut apabila dikatakan bersikap sombong dalam satu majlis baru-baru ini kerana saya bukan orang yang sedemikian. “Saya minta maaf kerana mungkin tidak perasan dan tidak mengenali semua orang dalam industri sehingga ada yang menganggap saya sombong dan tidak tahu senyum,” ujarnya kepada mStar Online.

Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan Ahad lalu yang melaporkan dia sombong dan tidak mesra. Selain itu, Ara berkata, dia akan lebih berhati-hari dan akan mengelak jika adanya gosip yang boleh menjejaskan namanya sebagai pendatang baharu.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Warkah Untukku ini turut berterima kasih dengan laporan tersebut yang mana sedikit sebanyak memberi publisiti kepada dirinya. “Kalau boleh memang saya mahu jaga nama baik dan tidak terpalit dengan berita-berita tak berapa baik seperti ini. Tapi saya tidak marah mereka kerana gosip itu bermakna mereka sedar kewujudan saya dalam industri,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ara berkata, dia bersyukur lagu ciptaan Akim Ahmad iaitu Warkah Untukku semakin mendapat perhatian masyarakat. Dia juga berterima kasih kepada peminat yang memberi peluang kepadanya untuk hadir dalam dunia seni dan yang menyukai lagu berkenaan.

Sumber: mstar

Ara Johari Tak Mengaku Bela Beruang – Saya tak bela beruang. Yang kena tangkap tu artis lain yang saya sendiri tak kenal

Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 22, seorang penyanyi rock muda tanahair menjelaskan bahawa dia bukanlah orang yang dikatakan ditahan kerana memelihara dan menyimpan seekor beruang matahari pada Jumaat lalu. Hal ini telah itu menyebabkan dia mendapat komen yang tak berapa baik dan makian dalam mesej peribadi kerana dikatakan telah  buat sesuatu pada haiwan tersebut.

“Bila sebut penyanyi rock wanita, berusia 20-an tu andaian mereka hampir tepat tetapi itu bukan saya. Ramai yang marah dekat dm cakap saya buat binatang itu “Saya cuma terkilan sebab warga net mudah-mudah sahaja cakap bukan bukan pada saya dan marah tanpa selidik dahulu.

“Saya tak bela beruang. Yang kena tangkap tu artis lain yang saya sendiri tak kenal,” Ara Johari. Ara tak mengaku telah memelihara beruang matahari. Ara Johari turut sama tak suka perlakuan penyanyi rock wanita tersebut yang membela beruang tersebut.

Ara berpendapat, penyanyi tersebut mestilah tahu bagaimana untuk mengurus serta mengetahu cara  untuk menjaga binatang tersebut dengan betul di samping tidak mengabaikannya. “Saya sendiri takut beruang. Ia binatang yang bising. Takkan saya nak bela.

“Kalau betul nak bela, ambil lesen dan kaji dahulu cara penjagaan yang betul. Kalau saya ada bela binatang, saya juga akan bawa kemana-mana saya pergi. “Kalau saya jadi jiran dia, saya pun akan lapor pada jabatan Perhilitan. Saya setuju dengan tindakan jiran yang membuat laporan pada bomba,” ujarnya.

Ara berasa terkilan dan rimas dengan tindakan warga net. Ara juga turut merasa sangat terkilan dan rimas dengan perlakuan warga sosial media yang menghantar mesej kepadanya dan mengaitkan dirinya dengan perbuatan itu.

“Saya tahu pun sebab ibu mesej tanya betul ke saya kena tahan kerana kawan-kawan dan saudara mesej dan tag ibu di Facebook. “Kena cakap macam macam pun rimas ini kan pula kena marah disebabkan perkara yang saya tak buat.“Orang lain yang buat tapi saya yang kena,” katanya.

Sebelum ini, sebuah media telah melaporkan dalam portal tentan seorang penyanyi wanita berusia 20-an ditahan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kerana membela dan menyimpan seekor beruang matahari secara haram di dalam kondominium miliknya, di Kuala Lumpur, pada hari Jumaat lalu. Hasil daripada aduan dan maklumat orang awam, beruang itu dikatakan telah ditinggalkan sejak dua hari lalu di situ kerana penjaganya telah pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kredit:infosebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *