KKM cadang naikkan kompaun RM1000 kepada RM10000. KKM dedahkan punca cadangan kenaikan kompaun yang akan dikenakan

berita

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.

“Akta itu digubal pada 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tetapi sekarang kita perlu menyemaknya semula… Jadi saya serahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan,” katanya semasa dialog khas bertajuk, ‘Covid-19: Perjalanan Malaysia Ke Arah Melandaikan Keluk’ sempena Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.Walaupun Dr Noor Hisham telah menerima beberapa pengiktirafan terhadap sumbangannya memerangi pandemik Covid-19, beliau mengatakan penghargaan itu tidak harus diberikan kepadanya seorang sebaliknya kepada seluruh pasukan terutama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Satu orang tidak boleh membuat kelainan. Jika anda mahu memberi penghargaan, berikan kepada Perdana Menteri kerana beliau yang membuat keputusan, saya hanya menasihatkan beliau,” katanya.Sementara itu mengulas mengenai teleperubatan, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia masih ketinggalan dari segi kesediaan untuk sistem penjagaan kesihatan digital.

“Hanya semasa kris1s, kami memperkenalkan MySejahtera dan semua perisian, dan tidak sebelum pandemik. Sehubungan itu, saya berharap akan datang kita menyiapkan semua pendekatan teleperubatan atau teknologi maklumat sebelum pandemik atau jangkitan.“Saya berharap inovasi teleperubatan harus dibuat sebelum pandemik. Saya ingin melihat pendekatan proaktif dan bukannya reaktif,” katanya. – Bernama

Baiklah PKPP daripada PKP

Orang ramai diwajibkan memakai pelitup muka dan melakukan penjarakan sosial bagi membendung wabak Covid-19. HANYA enam hari lagi Malaysia akan mengakhiri tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat pada 31 Ogos ini.

Ia merupakan salah satu daripada siri PKP dengan PKPP merupakan fasa yang paling anjal apabila sektor ekonomi kembali dibuka dan rakyat boleh hidup hampir seperti biasa.Bagaimanapun, dalam tempoh PKPP, masih banyak peraturan yang tetap terkuat kuasa dan diwartakan demi mengawal penularan Covid-19.

Antaranya prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan, waktu operasi bisnes sehingga jam 12 tengah malam, larangn sektor pelancongan luar negara, penjarakkan fizikal, penggunaan pelitup muka dan SOP solat jemaah di masjid.

Namun dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan menghantvi dunia tidak kurang daripada dua tahun, Malaysia tidak wajar memandang mudah virus bahaya itu.Majlis Keselamatan Negara wajar mengambil serius cadangan banyak pihak termasuk Kementerian Kesihatan yang menggesa PKPP diteruskan untuk satu tempoh yang lebih panjang.

Dari masa ke masa seperti yang MKN lakukan sebelum ini, kelonggaran peraturan boleh dibuat secara berperingkat mengikut situasi dan tahap pemulihan.Cuba kita bayangkan dalam tempoh PKPP ini pun, bukan sedikit kluster yang muncul dan mencetuskan panik ramai antara kluster Sivagangga, kluster Maju serta kluster Kluang.

Kita bimbang, jika rakyat dibebaskan sebebasnya daripada sebarang peraturan di bawah PKPP, kluster yang menular kembali menjadi wabak besar seperti kita yang pernah alami sebelum ini.Kita mungkin boleh mengambil teladan daripada situasi di Melbourne, Australia dan beberapa kota lain di seluruh dunia. Melbourne terpaksa melakukan semula perintah berkurvng selepas virus Covid-19 naik mendadak sehingga 190 kes sehari.

Kita telah melalui fasa pertama PKP dengan peraturan sangat ketat selama 47 hari dari 18 Mac hingga 3 Mei lalu. Ia tempoh 47 hari yang sangat per1t dan penuh kisah duka pada zaman milenium ini.-sinarharian

KKM Bercadang Untuk Lanjutkan PKPP. Ini Keterangan Langsung Dari DS Dr Adham Baba Berhubungkait Dengan Isu Yang Sedang Menjadi Bualan Ramai

KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mencadangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir 31 Ogos ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, saranan berkenaan diusulkan berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung koronavirus (Covid-19) berlaku tidak kurang dari dua tahun.

Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan untuk meneruskan atau menamatkan PKPP bergantung kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan MKN.”Kes di negara masih meningkat dengan kes import di negara yang tertentu bertambah, tetapi Malaysia dapat mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya selepas merasmikan program Perkeso Prihatin 10gara Selamat di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuan.Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, beliau menjelaskan tindakan itu mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Pnyakit Berjangkit (Akta 342) 1988.

“Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.”KKM tengok pelbagai sudut dan kompaun maksimum ialah RM1,000 (di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) membuat pendkwaan lain… itu terpulang,” katanya.

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) 1988 memperuntukkan denda maksimum RM1,000 yang mewajibkan semua individu yang baru tiba dari luar negara sama ada warganegara atau warga asing perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.-sinarharian

Kluster Tawar Di Kedah Meningkat Sampai Dua Angka. KKM Dedahkan Kes Baharu Ini Terjadi Dan Harap Semua Peka Dengan Keadaan Yang Berlaku Di Kawasan Tersebut

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan lapan kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,257 kes setakat Sabtu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 183 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada lapan kes baharu yang dilaporkan, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang rakyat Malaysia dan dua bukan warganegara.Menurut Dr Noor Hisham, kesemua lima kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada kluster Tawar di Kedah.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.”Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes,” katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,949 kes.”Sehingga kini, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.Mengenai kluster Tawar di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, lima kes baharu yang dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah terkini daripada kluster itu sebanyak 63 kes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *