Tak perlu bawa sejadah ke masjid dan surau. DS Ismail dedahkan punca berlakunya isu ini dan satu kelonggaran diberikan pada 1 September nanti

berita

KUALA LUMPUR: Jemaah tidak lagi diwajibkan membawa sejadah seperti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini untuk menunaikan solat berjemaah di surau dan masjid.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun kerajaan tetap menggalakkan jemaah membawa sejadah sendiri.

“Terdapat keluhan orang ramai yang terlupa membawa sejadah ke masjid dan dihalang untuk menunaikan solat.”Setelah mendengar rayuan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri dan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), Mesyuarat Khas Menteri hari ini bersetuju untuk tidak mewajibkan penggunaan sejadah di masjid.

“Namun, pengunaan sejadah adalah digalakkan tetapi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan. Masjid juga boleh menjual pelitup muka,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-161 dan hari ke-77 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Ismail Sabri berkata, kerajaan juga mencadangkan jika ada pihak masjid mahu menjadikan kertas pakai buang untuk menggantikan sejadah, perkara itu boleh dilakukan.-bh

KUANTAN, 12 Jun — NORMA BAHARU…Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah (depan, kiri) menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam Satu Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu Mohd Khalil Mohd Zari, dengan memakai pelitup muka pada solat Jumaat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan COVID-19 di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, hari ini.Solat dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka, mengambil wuduk dan membawa sejadah dari rumah serta berada dalam penjarakan sosial.

Warga asing dibenar ke masjid, surau

KUALA LUMPUR: Warganegara asing dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau bermula 1 September ini.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini dan KKM juga sudah bersetuju untuk membenarkan warganegara asing berbuat demikian.

“Namun, adalah ditegaskan warga asing juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini. Kita longgarkan sikit tetapi masih lagi tegas dalam kes tertentu tidak dibenarkan berjemaah.”Sebelum ini kita tidak membenarkan warga asing berjemaah (di masjid dan surau) selain diplomat dan duta. Kini, kita benarkan seramai mana yang boleh berdasarkan keluasan tempat.

“Kita bersetuju supaya warga asing untuk solat berjemaah mulai 1 September ini. Bagaimanapun pihak masjid boleh tentukan jika tiada ruang mencukupi,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-161 dan hari ke-77 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).-bh

Keputusan Sudah Muktamad. Ismail Sabri Umumkan Sesuatu Berkenaan Kawasan Yang Dikehendaki Di Kedah Dan Perlis Dan Harap Masyarakat Setempat Ambil Perhatian

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Diperketat (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul, Perlis serta empat mukim di Kubang Pasu dan Padang Terap, Kedah tamat esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengambil keputusan itu selepas tiada kes positif baharu dan semua penduduk di kawasan berkenaan sudah menjalani saringan COVID-19.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah menyaring seramai 1,397 penduduk di Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul serta lebih 7,000 penduduk di Kubang Pasu dan Padang Terap.”Jadi, esok tiada lagi kawalan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran di kampung di Perlis dan juga di Kedah,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, katanya, terdapat beberapa kes positif dilaporkan di empat daerah di Kedah seperti di Baling dan Sik yang membabitkan Kluster Tawar, namun Kementerian Kesihatan memutuskan tidak perlu PKPD Bersasar Secara Pentadbiran kerana jangkitan terkawal.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran di empat kawasan di Kedah iaitu mukim Ah, mukim Hosba serta mukim Binjal di daerah Kubang Pasu; Kampung Ulu, Padang Sanai di Padang Terap, ekoran penularan COVID-19 yang berpunca daripada Kluster Sivagangga.Pada 10 Ogos lalu, dua kawasan di Perlis dikenakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran hingga 31 Ogos, iaitu Kampung Sanglang dan Kampung Tanah Timbul.

Ekoran Kluster Sivagangga Aktif Di 3 Negeri. Dr Noor Hisham Bongkarkan Punca Utama Kluster Ini Dinamakan Sebagai Kluster Sivagangga Dan Harap Semua Ambil Ambil Perhatian

Masyarakat perlu mengambil serius dengan saranan Kementerian Kesihatan dan kerajaan bagi membendung gejala wabak Covid-19 yang berlaku di negara kita. Menerusi satu status daripada laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk tidak menund1ng jari kepada mana-mana pihak bagi kes-kes kluster terbabit , namun jadikan kes ini sebagai satu teladan kepada semua.

Kluster PUI Sivagangga paling mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Kes indeks kluster ini telah ingkar arahan HSO dan menyebarkan jangkitan kepada pekerja-pekerjanya di kedai makan di Napoh, Kedah, serta kepada pelanggan dan seterusnya merebak ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Setakat 9 Ogos, 45 positif dari kluster ini dan telah menjangkau generasi ketiga melibatkan tiga negeri, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Penerangan mengenai Sivagangga

Sivagangga juga dieja Sivagangei atau Sivagangi adalah satu daripada 9 daerah di negeri selatan India, Tamil Nadu. Kluster ini dinamakan Sivagangga kerana kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke daerah itu. PUI pula digunakan untuk individu yang baru pulang dari luar negara. Sivagangga dilaporkan daerah paling rendah kes COVID19 di Tamil Nadu.

Kluster ini adalah contoh teladan terbaik akibat yang berlaku jika kita ingkar atau tidak mengikuti arahan kerajaan. Akibat kluster ini, 4 mukim di Kubang Pasu dan dua kampung di Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) dan beberapa sekolah terpaksa ditutup.

Namun, ini bukan lagi masa menud1ng jari dan menyalahkan mana-mana pihak. Perkara yang telah berlaku dijadikan panduan untuk kita mematuhi setiap arahan kerajaan khasnya nasihat kesihatan oleh KKM. Jika kita alpa dan bersikap tidak kisah, kesannya bukan sahaja pada diri sendiri dan keluarga malah masyarakat sekeliling serta negara.

Langkah-langkah pencegahan mesti dilakukan setiap masa kerana amalan kesihatan awam ini paling berkesan mengelak jangkitan sebelum vaksin dihasilkan. Pakai pelitup muka sebaik keluar rumah untuk membiasakan diri dengan budaya norma baharu untuk melindungi diri.

Sumber: KKM

Khuatir Kluster Sivagangga Makin Meningkat Saban Hari. Pengarah JAIS Mengarahkan Penduduk Untuk Tidak Melakukan Sesuatu Ini Demi Keselamatan Orang Ramai

SHAH ALAM: Penduduk yang tinggal di sekitar Surau Al-Jannah, Seksyen 23, di sini bimbang susulan salah seorang jemaah surau itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 Kluster Sivagangga di Jitra, Kedah. Seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Mohamad, 40, berkata beliau dan penduduk lain terkejut dengan laporan berkenaan kontak rapat yang disiarkan di akhbar dan media sosial sejak semalam.

“Kami tidak sangka kontak rapat dengan kluster berkenaan adalah jemaah surau ini dan kali terakhir saya ke surau dua minggu lalu untuk menunaikan solat Jumaat. “Siapa yang tidak risau dengan wabak COVID-19 apatah lagi ia cepat merebak. Sebagai langkah berjaga-jaga, saya akan memastikan anak-anak mengurangkan aktiviti di luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Halimah, 50, berkata, tiada lagi arahan dikeluarkan kepada penduduk untuk melakukan saringan kesihatan. “Apa yang saya dan penduduk lain harapkan jemaah yang dikatakan mempunyai kontak rapat itu adalah negatif COVID-19.

“Kalau sebaliknya, besar kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di kawasan ini ,” katanya.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengeluarkan arahan supaya Surau Al-Jannah ditutup mulai semalam, susulan seorang jemaah di situ positif COVID-19, yang dipercayai dijangkiti daripada Kluster Sivagangga. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad turut menasihatkan penduduk Shah Alam tidak pan1k susulan tersebarnya notis penutupan sementara surau berkenaan.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *