Lama menyepi selepas gosip dia dan Aliff Aziz. Oktavia Manrose akhirnya terbuka soal status dan dedah tentang anak

artis

“Saya pernah berkahwin, berpisah dan ada anak.” Itu pengakuan pelakon Oktovia Manrose mengenai status dirinya yang jarang dikongsi kepada umum. Jelasnya lagi, dia sudah pun bergelar ibu tunggal kira-kira lapan tahun lalu dan membesarkan anak lelaki tunggal, Muhammad Rayyan Zafariel,8.

“Disebabkan perkahwinan terdahulu menyebabkan saya lebih selesa untuk berada dalam zon selesa di situ sahaja. Ia secara tak langsung membuatkan saya tidak terlalu ‘exposed’ sangat mengenai hal peribadi.“Begitu juga dengan di media sosial, saya jarang berkongsikan hal peribadi. Selebihnya saya banyak berkongsi mengenai kerjaya,” katanya kepada MH.

Kakak kepada pelakon, Aprena Manrose turut mendedahkan dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dan menyifatkan apa yang berlaku dalam fasa hidupnya sebagai lumrah kehidupan. “Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Kekuatan yang saya ada ini pun daripada bapa.

“Meski kami jarang bertemu, akan tetapi dia tidak pernah menilai dan percaya saya akan jadi individu yang lebih baik. “Saya berkahwin pada usia 20 tahun, tahun 2011 dan berpisah dua tahun kemudian,” akuinya.Ditanya mengenai apakah cabaran tersebar di dalam menjaga anak secara sendiri sejak lapan tahun lalu, Oktovia mengakui permata hati ialah amanah Allah SWT yang perlu dijaga dengan baik.

Malah, Rayyan juga merupakan semangat dan kekuatan hidupnya. “Untuk membesarkan anak pada usia yang muda bukanlah satu hal yang senang. Apa yang pasti, anak menjadi semangat.“Kerana dialah saya kumpul kekuatan dan lupakan kisah yang berlaku sebelum ini.

“Anak ini amanah dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk dia. Saya dan bekas suami berhubung melalui ibunya demi anak,” katanya yang turut mengakui, dirinya tidak pernah serik untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.

Oktovia terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur pada Ahad. Selain Oktovia, sembilan selebriti lain turut bernaung di bawah pengurusan sama selama setahun iaitu Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Scha Elinnea, Harris Anuar, Nabil Aqil dan Yasmine Ow.Sementara bintang media sosial, Nurin Afiqah, Aisar Khaleed dan Najla Shamsul juga berada di bawah pengurusan yang dikenali pelakon dan usahawan Ben Ali bersama seorang rakan kongsi itu.-mediahiburan

WOW! Ini 7 Fakta Meletup Sepupu Uqasha, Oktovia Manrose…Ramai Tak Tahu Fasal Statusnya!

Sebelum ini, nama Oktovia Manrose sedang menjadi perbualan hangat kalangan warganet di media sosial apabila dirinya turut terkait masalah rumah tangga melibatkan pasangan selebriti. Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah dunia glamor, ada sahaja kisah sensasi yang menjadi perhatian.Apapun, jom ketahui 7 fakta menarik mengenai Oktovia Manrose, bintang drama Setelah Cinta Itu Pergi ini.Nama sebenar Oktovia Manrose ialah Wan Syamira Putri Octovia Binti Wan Syahman dan dilahirkan pada 29 Oktober 1991.

Pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan anak kepada pasangan bekas penyanyi terkenal, Iwan dangdut dan pelakon era 80-an, Allahyarhmh Rosnah Mohd Noor.Merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik. Abang sulung Oktovia ialah Ramada Manrose dan adik perempuanya, Aprena Manrose, juga merupakan seorang pelakon.

Aktres ini mulai dikenali menerusi drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ yang turut dibintangi Adi Putra dan Mira Filzah.Pelakon berusia 28 tahun ini merupakan sepupu kepada pasangan adik beradik Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.Pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Izat Abd. Rahman namun telah berpisah pada 2015. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Rayyan Zulkarnain berusia 8 tahun.

Foto: Instagram Oktovia Manrose

“Saya tak patut keluar dengan suami orang” – Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah

PELAKON baharu yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Aliff Aziz iaitu Oktovia Manrose akhirnya meminta maaf terhadap isteri aktor itu Bella Astillah. Oktovia berkata, dia enggan menegakkan benang yang basah dan mengakui kesilapan yang dilakukan sehingga menjejaskan rumah tangga pasangan itu.

Hari ini bersejarah buat saya dan tidak pernah terfikir pun semu ini akan berlaku.”Kepada Bella Astillah saya tak nak menegakkan benang yang basah. Saya minta maaf dengan apa yang berlaku dan apa yang berlaku sangat salah.”Saya tak patut keluar dengan suami orang dan saya tak patut keluarkan apa-apa kenyataan kerana saya yang salah,” ujarnya di Instagram malam Rabu.

Bella dedah rumah tangganya berantakkan apabila Aliff ada hubungan dengan pelakon baharu.Sebelum ini isteri pelakon Aliff Aziz mendedahkan suaminya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pelakon baharu ketika menjalani penggambaran sebuah telefilem.Bella berkata, dia mendapat maklumat daripada sumber di Instagram bahawa pasangan itu berhibur di sebuah kelb malam.

Sementara itu, Oktovia menyedari dia tidak sepatutnya membuat kenyataan berkaitan yang memburukkan lagi keadaan.Katanya, tindakan itu disebabkan provokasi dan kata-kata kesat keterlaluan yang dikatakan warganet terhadap dirinya.”Kenapa tadi saya jawab begitu kerana kata-kata kesat warganet sampai buat saya melantun. Ia sangat menyakitkan namun saya sepatutnya menerima 4itu,” ujarnya.Oktovia turut berharap kemelut rumah tangga Aliff dan Bella itu dapat diselesaikan dengan cara baik.Pelakon baharu ini ialah anak pasangan penyanyi dangdut Iwan dan pelakon Ammalhyrhm Rosnah Mohd Noor.

Redha dengan segala ketentuanNya, Oktovia menganggap ianya merupakan sebagai satu lumrah kehidupan dan akui mendapatkan semangat serta kekuatan dalam menjalani hidup daripada bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan. 8 tahun di dalam industri hiburan membuatkan pelakon Oktovia Manrose,29 lebih berhati-hati untuk berkongsi kisah peribadi kepada umum.

Enggan Dedah Kisah Peribadi 

Dedah Oktovia, kegagalan dalam rumahtangganya terdahulu membuatkan dia lebih selesa untuk tidak berkongsi perkembangan peribadi di media sosial dan hanya berbuat demikian sekiranya berkaitan dengan promosi kerjayanya sebagai seorang pelakon.

“Sebelum ini saya pernah berkahwin dan berpisah serta mempunyai seorang anak berumur 8 tahun. Mungkin disebabkan kehidupan ketika perkahwinan terdahulu membuatkan saya ingin kekal di zon selesa sahaja dan enggan pergi lebih. Jadi itulah menyebabkan saya jadi macam tak exp0se sangat. Tengoklah di media sosial, nak post pun jarang-jarang kecuali berkaitan dengan kerja” katanya kepada Murai.my

Dapat Kekuatan Dari Bapa 

Redha dengan segala ketentuannya, Oktovia menganggap ianya merupakan sebagai satu lumrah kehidupan dan akui mendapatkan semangat serta kekuatan dalam menjalani hidup daripada bapanya yang juga bekas penyanyi dangdut popular, Iwan.

” Itu lumrah hidup, kita kahwin dan berpisah saya rasa itu normal. Semua kekuatan yang saya ada sekarang adalah daripada bapa saya. Walaupun jarang berjumpa dan sejak dia berdakwah, dia tidak pernah menghalang saya untuk lakukan apa sahaja. Namun dalam masa yang sama, dia tetap menitipkan nasihat dan berdoa mungkin satu hari nanti akan jadi lebih baik sepertinya, Insyallah”  jelas kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini

Bersedia Sekiranya Ada Yang Serius

Ketika ditanya mengenai adakah dia sedia untuk menerima mana-mana lelaki sebagai teman hidup, jelas Oktovia buat masa ini dia belum bersedia ke arah itu. Tidak menolak sedikit travma, bagaimanapun Oktovia bersedia untuk membuka pintu hatinya sekiranya terdapat invididu yang sememangnya serius untuk menjadikannya sebagai seorang isteri.

“Mungkin travma, tapi saya enggan memikirkannya lagi. Tapi sekiranya lelaki itu tidak menunjukkan dia tidak serius dengan saya, selagi itulah saya macam biasa-biasa sahaja dan mungkin sekadar kawan. Saya memang jenis yang sukar untuk tunjuk dekat orang, mungkin belum jumpa calon yang sesuai”

“Saya tidaklah serik dan adakalanya sunyi juga.Tapi mungkin sebab ada anak dan keluarga yang membuatkan saya tidak ingat sangat pasal benda itu. Dalam masa yang sama saya ada berdoa dipertemukan dengan jodoh yang baik dan kalau boleh macam kalau jumpa yang macam itu terus nak kahwin” tambahnya lagi

Oktovia ditemui Murai.my di sidang media pengenalan barisan selebriti yang bernaung di bawah Absolut Talents & Management pada petang Ahad di Connexion, Bangsar. Oktovia pernah berkahwin dengan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Izat Abdul Rahman sekitar 2011 dan berpisah pada tahun 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zafarrel bin Mohd Izat,8 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *