Ikutkan dah masuk 12 minggu. Dr Say kongsi cerita bila dikhabarkan isterinya mengalami kehilangan kandungan baru baru ini dan harap semua doakan yang terbaik buat isterinya

artis

Doktor selebriti yang kini bergelar pelakon, Dr. Say Shazril berkongsi satu khabar dvka apabila memaklumkan bahawa isterinya mengalami kehilangan kandungan. Menurut Dr. Say, denyutan jantung anaknya itu sudah tidak kelihatan saat isterinya membuat imbasan sendiri terhadap kandungannya itu.

Lalu, dia dan isteri segara berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian. “Innalillahiwainnailaihiroajiuun Anak Syurgaku. Rabu minggu lepas bini saya merasakan sesuatu tak kena maka dia scan dirinya sendiri. “Jantung baby tak kelihatan, baby tak bergerak. Dia call saya menangis saying dia tak nampak denyutan jantung bayi.

“Sepatutnya temu janji bersama pakar sakit puan kami hari ni tapi akibat risau kami cepatkan kepada Jumaat minggu lepas.“Masa sedang discan pakar bertanya “ade berlakunya pengeluaran cecair merah atau sakit perut tak?”, bini reply “tiada, rasa biase je”, pakar sambung “jantung baby tak kelihatan ni”. Bini akur, mother instinct & scannya sebelum ni terbukti tepat.

Khabar sedih tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas itu menerusi akaun Instagram miliknya.Akui berasa amat sedih namun, Dr. Say menjelaskan bahawa dia dan isteri redha dengan ujian yang dilalui mereka ketika ini.

“Begitulah kisah kehilangan anak dalam kandungan kami. Kalau ikutkan masuk 12 minggu dah anak kami. Sedih? Semestinya.“Parents mane tak sedih kehilangan anak walaupun anak tu hanya dalam kandungan. But it was a wonderful 12 weeks having u. Tiada alahn, tiada kesusahan.

“Akan tetapi kami redha. Pasti ada hikmah dengan kejadian ini. Walaupun kami tak tahu apa hikmahnya tapi kami pasti banyak perubahan hidup yang ingin kami lakukan.“Mungkin kisah kami boleh dijadikan iktibar yang Anything Is Possible In This Life & It Could Happen To Anyone.

Dalam pada itu, Dr. Say turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan dia dan isteri selama ini.“Tak pernah langsung kami menjangkakan kami akan melalui kesedihan sebegini but maybe this is for the best.

“Mungkin ini petanda yang kami harus tumpukan perhatian kepada Ace dahulu. Dalam kesempatan ni saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi atas doa anda semua masa awal-awal saya buat post wife saya hamil dulu.“Mungkin kali ni bukan rezeki kami, InsyaAllah satu hari nanti maybe. Allah Is The Best Planner, walaupun mommy & daddy tak kenal raut wajahmu, tunggu mommy & daddy di akhirat kelak wahai anak syurgaku.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersedih selain turut menitipkan ucapan takziaah buat Dr. Say dan isteri.

Sumber: Instagram Dr. Say

Belajar tinggi sampai jadi doktor dan terbaru jadi pelakon. Dr Say kongsi dia pilih untuk kekal pekerjaannya berbanding berlakon. Tapi ini pula pendapat Fahrin Ahmad

Pengacara dan doktor viral, Dr. Say Shazril meluahkan rasa teruja selepas berpeluang berlakon bersama orang-orang hebat seperti Fahrin Ahmad, Nabila Razali dan Mona Ellen menerusi drama berjudul Kebaya Kasut Kanvas.Menurut Dr. Say, banyak perbezaan di antara berlakon drama dan juga iklan malah, rakan-rakan artis juga disifatkan tidak lokek untuk berkongsi ilmu.

“Sememangnya TERBAIK! Yang membezakan drama dengan iklan is drama super chill “Nak olah script ikut keselesaan sendiri boleh janji point tu ada sebab tu kalau korang perasan tadi saya gelar “I YOU” sebab saya biasa guna I & You dengan wanita. Kalau iklan kena ikut 100% scriptnya.“Lepastu saya ingat artis-artis ni jenis tak sembang dengan orang macam saya. Saya anak ikan ja peeps, @fahrinahmad_fa @nabila.razali @mona.allen ni sume bapak & mak ikan tapi depa layan saya seadanya.

“Fahrin siap bagi tahu saya yang in life kena pelbagaikan bakat yang kita ada untuk kekal “laku” macam dia boleh berlakon, hosting & ada bisnes sendiri.“Bella pulak bagi tahu saya yang in life kita kena grab opportunity yang datang sebab opportunity comes once in a lifetime & tengoklah di mana dia berada sekarang.Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Dr. Say menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Dr. Say turut menjelaskan antara sebab dia tidak menceburi bidang lakonan dari awal adalah disebabkan oleh stigma masyarakat mengenai profesyen berkenaan.“Sambung cerita semalam, salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan impression others terhadap saya.“Yelah “Belajar tinggi-tinggi tuptap end up berlakon. Apo cito? ”At least itu ape yang parents saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon. Tapi bila fikir balik “why not?” & “what’s wrong with doktor berlakon?”.

“Apa pendapat korang? Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain? Apa-apa pun it was a good 1st experience for me.“Bersyukur sangat ditemukan dengan production house yang sporting & well organized yakni Orange Tree. Tak dilupakan juga barisan pelakon veteran ygan banyak berkongsi tips dengan saya.Lantaran itu, Fahrin turut dilihat memberikan pendapatnya berhubung kenyataan yang diberikan oleh doktor selebriti tersebut.

“Bro Doc @say_shazril  hahaha ni abang IKAN nak ceghita haha. iI understand the basic dilemma and confl1ct, been there and always been. Dulu my parents lagi la risau dan garu kepala, apatah lagi mereka guru & pensyarah.“I studied Law & graduated Law, tapi tak practice. Well talking about nowadays, to think to much about impression of others, it can be anything, infinite and endless.

“Talking about rezeki, ia datang dalam pelbagai cara. Definisi bahagia & berjaya pun berbeza dalam diri setiap manusia yang pasti dalam hidup yang saya belajar apa yang penting adalah antara kita & tuhan, attitude paling asas dan paling terdalam diri kita ( ikhlas dan niat) , insan2 tersyg dlm hidup kita ( ibu bapa, isteri, anak).“And talking about surviving & better living nowadays, we should never stop exploring how multi-talented / multi-skilled we can be. At the end of d day, LUCK IS CREATED , IT DOES NOT COME BY ACC1DENT OR COINCIDENCE. Proud to have you on board!,” jelasnya. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Dr. Say untuk terus berkarya selepas ini.

Sumber: Instagram Dr. Say Shazril

Dr Say Shazril beri penjelasan rahsia kebaikan bengkung pada tubuh badan yang satu ini yang sering disalah erti terus leraikan kekeliruan pengikutnya. Dia nekad cerita perihal sebenar agar tiada lagi salah faham mengenai perkara ini

Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril merungkai pertanyaan peminatnya yang mempunyai kemusykilan mengenai pemakaian bengkung. Berkongsi informasi di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, Dr. Say bercerita mengenai topik penggunaan bengkung dengan harapan untuk kurus. “Topik : “Doc, Okay Tak Pakai Bengkung?” “Memandangkan ramai bertanya mengenai ni so here goes, Nak pakai ok tapi tak ada functon sekirannya pakai dengan harapan untuk kurus.

“Eh kenapa pulak doc? Saya tengok si dia dan mereka slim je?”. Well, si dia dan mereka slim sebab depa jaga pemakanan dan buat senaman maka slim lah mereka. “Saya bagi contoh kalau saya post story hari-hari saya pergi workout dan makan sihat-sihat lepas tu saya buat satu post transformation dari badan bapak-bapak jadi badan adik-adik dengan topik “Pembakar Lemak Mencairkan Badan Kebapakan Saya”, korang rasa korang beli tak fat burner tu? “Saya gerenti 100% korang beli. Padahal story saya hari-hari dah menunjukkan kegigihan saya tapi in the end korang ambil yang satu post tu je. Kita dah di train untuk cari shortcut walhal yang longcut tu kita tapis buang,” tulis Dr. Say.

Tambah pemilik nama penuh Muhammad Shazril Shaharuddin ini, bengkung hanyalah berfungsi untuk menyorok lebihan lemak pada badan anda.  “Jadi apa yang okaynya pakai bengkung ni doc?”. Okaynya hanyalah sekadar menyorok lebihan lemak pada badan anda sekiranya anda ada function nak pakai kebaya ke, dress ke, Itu sahaja. Tapi kalau nak kerengga, nak hour glass pakailah 24 jam pun takkan nampak hasilnya.

“Dah tu macam mana doc?”. Korang tau dah jawapannya cuma macam saya cerita otak kita tapis buang dah benda tu yakni eat healthyly, exercise regularly and be positive. “Jadi peeps daripada korang bazir duit beli bengkung tu apa kata korang beli sayur-sayuran & buah-buahan segarkan lebih bagus. “There is no shortcut in losing weight. Oh ini juga termasuk pakai bengkung lepas bersalin untuk slimming, Tak ada function juga. “Rahim memang akan mengecut dengan sendirinya dalam tempoh 6 minggu lepas bersalin maka tak payah berbelit-belit kat pagar macam mummy. Di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Say bersetuju dengan informasi yang diberikan serta memohon orang ramai tidak terkeliru dengan penggunaan bengkung untuk kurus.-Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *