Cuba jadi yang terbaik. Kaka Azraff dedahkan dia baru pulih dari satu sakit ini dan bersyukur dengan sokongan yang diberi oleh suami tercinta

artis

Alhamdulillah, ia hilang terus.” Itu kata penyanyi, Kaka Azraff yang sebelum ini pernah mendedahkan suaminya, Adam Azriff mempunyai masalah gngguan kcmsn(anx1ety disorder) sehingga memerlukan sokongan daripadanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia sedia tahu tentang perkara berkenaan sebelum berkahwin lagi dan mengambil tanggungjawab tersebut untuk membantu dan memberikan sepenuh sokongan kepada suami tercinta. Bagaimanapun, bintang yang kini muncul menerusi single terbaru G1la di samping Loka B dan Noki memanjatkan rasa syukur kerana masalah tersebut kini beransur hilang.“Antara penyebab anx1ety mungkin kerana cara hidup sebelum ini selain pemakanan dan sebagainya.

“Sejak berkahwin, saya cuba jaganya dengan baik dan masalah tersebut sudah tidak ada. “Malah saya rasa situasinya kian baik disebabkan oleh fokusnya sudah berbeza memandangkan kini dia sudah ada bergelar bapa dan sebagainya. Tidak lagi rujuk pakar.

“Saya sebagai isteri rasa bersyukur,” akuinya kepada MH. Hidup harmoni bahagia bersama permata mati, Aslan yang kini mencecah usia 10 bulan, Kaka turut berkongsi perkembangan terkininya sebagai ibu. “Bila melihat anak membesar di depan mata, saya rasa penat yang kita lakukan dalam kerja selain menjaganya itu dirasakan cukup berbaloi. Itulah kemanisannya bagi saya.

“Bila rasa penat tu, pandang anak dan lihat gelagatnya, rasa penat itu hilang. Sayang saya padanya tidak akan putus sebab kita tahu.“Saya tidak merancang, kalau ada rezeki dikurniakan cahaya mata selepas ini kami tidak menolak,” ujarnya lagi.Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan selamat timang cahaya mata pertama mereka Oktober tahun lalu.-mediahiburan

Menangis Kaka Dibuatnya. Kaka Azraff Luah Perasaan Dia Tatkala Baru Bergelar Ibu Dan Ini Yang Membuatkan Rasa Sebak Menyelubungi Diri

Setiap wanita yang berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Malah, mereka akan lebih jasa seorang ibu apabila suatu hari nanti tiba giliran mereka menggalas tanggungjawab berkenaan. Menerusi Instagram, penyanyi Kaka Azraff berkongsikan kisah kehidupannya selepas dikurniakan cahaya mata di mana dia mengakui banyak jasa yang dilakukan setelah bergelar ibu.

Dalam entri tersebut, Kaka sangat mengagumi pada suami ibu sama ada yang bekerja mahupun yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Ujarnya, dalam kehidupannya kini apa sahaja yang dilakukan perlu utamakan anak. “Nak buat apa-apa pun fikir anak dulu. Nak makan, nak kemas rumah, nak exercise, nak mandi pun tak senang. Thats my life now. Respect semua mom dalam dunia ni, kerja atau tak kerja.

“Sama je penat dia. Kan? Rasa nak nangis bila penat, dah nangis dah pun tapi bila tengok anak menari-nari, buat muka comel terus hilang rasa penat tu. Mommy love you Aslan!” tulis Kaka pada entri tersebut. Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan.-rotikaya

Kaka Azraff Unfollow Suami Di Instagram?

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai Kaka Azraff. Namun, tiada angin tiada ribt, rumah tangga Kaka hangat diperkatakan apabila penyanyi itu dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya, Adam Azriff.

Menerusi Astro Gempak ruangan Miss K, Kaka dikatakan sudah tidak mengikuti Instagram suaminya tetapi Adam masih mengikuti akaun Instagram Kaka. Tampil menjelaskan apa yang berlaku, Kaka berkata dia secara tidak sengaja unfollow Instagram suaminya.

Menurut Kaka, rumah tangganya berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan tidak berdepan sebarang masalah. Malah, suaminya juga turut rasa geli hati apabila membaca artikel mengenai perkata itu. “Sejujurnya, saya memang tidak sengaja nak unfollow Adam dan sendiri tak perasan bila masa pula saya tertekan butang unfollow itu.

“Hubungan saya dan suami baik-baik sahaja dan boleh dikatakan setiap hari kami fall in love with each other. Adam pun rasa geli hati bila saya tunjuk artikel mengenai perkara itu,” katanya kepada mStar Online. Kaka dah jelaskan hal tersebut dan diharap tiada spekulasi buruk mengenai rumah tangga mereka. Mungkin Kaka sendiri tak perasan kerana sibuk dengan anak.-rotikaya

Kaka Azraff Berpantang Di Pusat Penjagaan 5 Bintang

Selamat melahirkan cahaya mata sulung padaa 12 Oktober lalu, Kaka Azraff memilih untuk berpantang di sebuah pusat penjagaan mewah bertaraf lima bintang yang terletak di Kuala Lumpur. Bakal berpantang selama 28 hari di pusat penjagaan tersebut, Kaka berkata dia memilih tempat berkenaan kerana mahu memastikan keadaan diri dan anak mendapat penjagaan yang baik.

“Lagipun di sini saya dan anak dijaga dengan rapi selain terdapat aktiviti sihat untuk ibu yang baru melahirkan zuriat. “Selalunya kita dengar wanita baru melahirkan anak akan berpantang di rumah, kemudian ada penjaga khusus yang datang untuk memantau. Tapi ketika mendengar mengenai pusat penjagaan ini saya teringin untuk rasai sendiri pengalaman ini.

“Alhamdulillah saya seronok dan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Malah suami juga boleh tinggal bersama,” katanya.Berkongsikan pengalamannya bergelar ibu, Kaka berkata anaknya yang diberi nama Aslan sangat mudah dijaga dan tidak banyak ragam. Malah, anaknya juga tidak kuat menangis. Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.-rotikaya

Kaka Azraff Bangga Suami Pertama Kali Tukar Lampin Anak

Baru saja menimang cahaya mata sulung pada 12 Oktober lalu, Kaka Azraff meluahkan rasa bangga dengan suaminya, Adam Azriff pertama kali menukar lampin anak mereka, Aslan. Perkara itu dikongsikan oleh Kaka dengan peminatnya menerusi akaun Instagram. Kaka memberitahu suaminya menukar lampin anak mereka ketika dia sedang menjalani pemeriksaan doktor.

Kaka turut memuji suaminya yang bijak mengawal keadaan dan berjaya menukar lampin anak mereka.Diruangan komen, rata-rata netizen memuji suami Kaka tidak kekok menguruskan anak walaupun baru saja menimang anak sulung. Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.-rotikaya

Tak sangka teman kongsi masalah jadi suami – Kaka

SUNGAI BULOH: Penyanyi, Kaka Azraff, 29, tidak menyangka dirinya memilih teman karib yang juga tempatnya berkongsi masalah sebagai suami. Katanya, lebih setahun dia dan Adam Azriff, 24, berkawan rapat dan saling meluahkan masalah peribadi, yang akhirnya membibitkan rasa cinta dalam diri masing-masing.

“Kami berkawan sejak setahun lalu dan tanpa disangka, hubungan ini menjadi serius apabila dia melamar saya pada awal Oktober lalu. “Asalnya, dia membawa saya berjumpa bapanya untuk diperkenalkan sebagai kawan. Kemudian, bapanya bertanya, kenapa tidak disatukan sahaja?

“Saya seperti tidak percaya hubungan kami menjadi semudah ini. Ia sampai ke tahap ini dalam tempoh yang singkat,” kata Kaka ketika ditemui pada majlis resepsi mereka, di sini hari ini. Percaya pada jodoh, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff tidak menganggap jarak usia lima tahun antara mereka sebagai penghalang untuk kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri.

Penyanyi lagu Sibuk itu berkata, dia amat menyenangi sikap Adam yang jujur, kelakar dan matang, membuatkan pintu hatinya terbuka menerima lamaran pemuda terbabit. “Saya juga tidak berasakan perkahwinan ini diadakan secara tergesa-gesa kerana saya sendiri tidak lagi mahu menjalinkan hubungan cinta yang panjang.

“Saya anggap semua ini sebagai jodoh dan saya sangat bersyukur apabila dipertemukan dengan orang yang betul-betul serasi dengan jiwa serta personaliti saya. “Kami sengaja memaklumkan mengenai pernikahan pada saat akhir bagi menghormati permintaan keluarga. Ia juga adalah kehendak kami sendiri. Jika diumumkan lebih awal, bimbang pula ia tak jadi,” katanya.

Adam dan Kaka dinikahkan pada 14 Disember lalu di kediaman keluarga penyanyi itu di Klang, Selangor, dengan mas kahwin RM300. Majlis resepsi pasangan itu pula berlangsung di The Property By W&S milik bapa Adam, yang juga seorang ahli perniagaan, di Kampung Kubu Gajah, di sini.

Adam berkata, dia memilih Kaka sebagai pasangan hidup kerana selesa dengan keperibadian wanita itu. “Saya membawanya berjumpa bapa di kafe milik saya dan di tempat itulah juga lamaran saya diterima. Saya tidak sekadar mahu menjadi suami, sebaliknya teman lelaki dan tempat dia berkongsi segala-galanya.

“Sebelum ini, dialah tempat saya meluahkan perasaan dan masalah. Dia pendengar setia dan sikapnya itulah yang membuatkan saya senang serta selesa dengannya,” katanya. Tidak menghalang Kaka untuk meneruskan karier seni, Adam turut berkata, dia akan membawa isterinya berbulan madu dengan mendaki Annapurna di Nepal, awal tahun depan.-bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *