Terkini kajian terbaru mendapatkan covid 19 boleh merebaak dengan cara ini. Mengejutkan dengan tandas awam pun boleh merebak.

berita

Kita sedia maklum, bahawa COVID-19 menular menerusi percikan droplet atau titisan pernafasan daripada percakapan, batuk dan bersin. Kemudian, ada juga kajian menunjukkan virus itu boleh kekal di udara untuk beberapa ketika di dalam bilik yang didiami oleh pesakit COVID-19.

Namun kajian terkini mendedahkan, virus itu sebenarnya boleh merebak dalam tiga cara lagi yang mungkin tidak pernah kita sedari sebelum ini. Memetik laporan Forbes, kajian yang dibuat oleh saintis ini mengambil kira tiga faktor berbeza dalam penyelidikan mereka — iaitu kadar kelembapan udara yang rendah, tandas awam dan habuk atau partikel halus bawaan udara. Persamaan dapatan daripada tiga kajian ini membawa kepada satu kesimpulan penting, bahawa pemakaian pelitup muka sebenarnya adalah sangat penting!

Udara Lembap

Dalam satu kajian yang dilakukan di Australia sebelum ini menunjukkan wujud pertalian antara kadar kelembapan udara dan transmisi COVID-19 dalam kalangan komuniti setempat. Udara yang lembap merupakan faktor utama penularan jangkitan itu. Saintis menganggarkan, bagi setiap 1 peratus penurunan kelembapan udara — kes jangkitan COVID-19 akan meningkat sebanyak 7 – 8 peratus.

Menurut ketua penyelidik bagi kajian tersebut, Dr. Michael Ward — udara kering membuatkan aerosol menjadi lebih kecil dan berada di udara dalam tempoh yang lama berbanding ketika dalam udara lembap. Justeru ia secara tidak langsung menyokong saranan pakar kesihatan seluruh dunia, yang menggesa orang ramai memakai pelitup muka di tempat-tempat awam.

Tandas Awam

Tandas awam juga berpotensi menjadi lokasi penyebaran virus ini. Cara ia tersebar adalah menerusi aerosol yang terlepas ke udara, selepas kita mengepam mangkuk tandas tanpa menurunkan penutupnya terlebih dahulu. Saintis berkata, berlaku interaksi antara gas dan cecair sewaktu kita mengepam tandas dan secara tidak langsung interaksi itu mengakibatkan sejumlah besar partikel aerosol dari bahan buangan kita itu tersebar ke udara.

Kajian oleh sekumpulan pakar dari Universiti Yangzhou ini kemudian menyimpulkan bahawa pemakaian pelitup muka di tandas awam juga perlu diwajibkan sepanjang musim pandemik ini, selain menitikberatkan langkah-langkah lain seperti mencuci tangan dengan bersih.

Debu Udara

Dalam kajian yang dibuat pasukan penyelidik dari Univerisiti California ini pula mendapati, virus influenza boleh tersebar menerusi partikel dan fiber halus yang terapung di udara. Kajian itu dibuat ke atas tikus belanda dengan menggunakan alat kajian khas yang boleh mengukur zarah di udara. Partikel-partikel yang terhasil ketika tikus belanda itu bergerak di dalam sangkar, membuktikan bahawa virus boleh tersebut menerusi udara dan tidak semestinya menerusi saluran pernafasan semata-mata.

Kajian sama turut dibuat dengan menggunakan tisu yang terdapat virus influenza. Kira-kira 900 partikel per saat terhasil ketika ia digumpalkan, membuktikan virus sebenarnya boleh tersebar menerusi zarah-zarah kecil yang terhasil di udara. Ia dianggap sebagai satu dapatan penting dalam kajian penularan COVID-19, dan kesimpulannya juga sama bahawa pemakaian pelitup muka dapat mengurangkan risiko jangkitan terhadap manusia. 

Mengejutkan Bila WHO Menjangkakan Covid 19 Akan Berlarutan Dalam Masa Tak Kurang 2 Tahun. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Ramai Terkedu.

SUSULAN jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan wabak Covid-19 akan berlarutan dalam tempoh tidak kurang dari dua tahun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)

Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tempoh dua tahun merupakan tempoh yang lama, dan kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk membendung penularan wabak Covid-19 termasuk melancarkan kempen pembudayaan normal baharu.

PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos ini. “Untuk PKPP yang akan berakhir pada 31 Ogos, pihak KKM telah membuat saranan kepada pihak MKN dan juga Perdana Menteri, supaya ia dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal. Jadi terpulang kepada Perdana Menteri, untuk umumkannya dalam masa terdekat.

“Kita lihat di negara yang tertentu masih bergelut dengan kes meningkat manakala di negara kita, kita masih memperkukuhkan dan mengawal pintu masuk dan sempadan dengan baik,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas merasmikan program Perkeso di Dewan raya Felda Bukit Besar, Kulai pada Ahad.

Turut hadir Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Pengarah Perkeso Johor Tong Sing Chuan. Dr Adham berkata, KKM akan terus melaksanakan kaedah Pengesanan Secara Aktif menerusi Aplikasi MySejahtera, dan buku rekod pelanggan, bagi mengenal pasti individu yang terlibat dalam kluster Covid-19.

Dalam perkembangan berasingan ketika mengulas mengenai denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, beliau berkata ia bergantung kepada keputusan yang sudah ditetapkan pihak berkuasa.

“Yang itu (denda RM1,000) sudah diselesaikan. Datuk DG (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) dah komen dalam twitter. “Kita (KKM) tengok pelbagai angle (sudut). Untuk kompaun maksimum RM1,000 (di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), kalau ada (pihak berkuasa) nak dakwa lain itu terpulang,” katanya.

Terdahulu, KKM dalam kenyataannya berkata, Mohd Khairuddin melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta342).

Ia memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – BERNAMA. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Lonjakan Kes COVID19 Mendadak Di Satu Negara Asia Ini. Negara Ini Nekad Ambi Tindakan Untuk Benarkan Aktiviti Ini Dan Mereka Dikehendaki Tutup Beberapa Premis

Korea Selatan dilapor mula menutup gereja dan kelb malam, selain mengenakan sekatan ke atas sebarang perhimpunan besar-besaran. Malah orang ramai juga tidak dibenarkan daripada menghadiri sebarang acara sukan.The Telegraph melaporkan, sekatan terbaharu itu dibuat susulan peningkatan angka tiga digit kes jangkitan COVID-19 dalam tempoh sembilan hari berturut-turut — sekali gus menimbulkan kebimbangan pasukan kesihatan negara itu.

Pengumuman larangn itu dibuat Menteri Kesihatan Korea Selatan, Park Neung-hoo — selepas Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit Korea merekodkan 332 kes jangkitan baharu, menjadikan angka keseluruhan kes sebanyak 17,002 kes.

Park juga memberi amaaran, negara itu kini berada dalam situasi membahayakan dan ledaakan penularan jangkitan secara besar-besaran boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan segera.

Jelasnya, kes jangkitan Korea Selatan mula mencecah 100 pada 15 Ogos lalu dan ia berterusan meningkat melepasi 300 kes hanya dalam tempoh seminggu.Susulan itu juga, perintah penjarakkan sosial tahap dua akan dikuatkuasakan di seluruh negara meliputi keseluruhan bandar dan daerah di Korea Selatan.-lobakmerah

“Kita ambil sebagai iktibar” – Korea Selatan Sahkan Mereka Sedang Hadapi Gelombang Kedua COVID-19!

Sejak bulan April, Korea selatan sudah menunjukkan angka penurunan jangkitan baru. Menerusi Berita Harian, pada 5 April lalu negara itu buat pertama kali mencatatkan angka bawah daripada 50 kes.Difahamkan negara ini gembira bila menyaksikan penurunan semakin banyak hari demi hari hingga mereka mencatatkan angka sifar tiga hari berturut-turut.

Pun begitu kegembiraan dorang tak kekal lama, semalam kerajaan Korea Selatan telah mengesahkan yang mereka sekarang sedang menghadapi gelombang kedua virus ini, lapor BBC.Menurut Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Korea (KCDC), Jung Eun- Kyeong, gelombang pertama sudah tamat pada bulan April lalu. 

Namun sejak Mei, kluster jangkitan baharu semakin bertambah dan antaranya adalah kluster kelab malam selepas kerajaan di sana membenarkan pembukaan kelb malam di Seoul. Kelb malam dah lah crowded, memang mudahlah terkena..

Semalam, pihak berkuasa Korea Selatan mengatakan, dalam tempoh 24 jam terakhir, 17 jangkitan baru telah direkodkan.Pada pandangan KCDC, gelombang pertama wabak ini sebenarnya tidak pernah berakhir.Hingga kini, menerusi Worldometer,

Korea Selatan telah mencatatkan 46 kes baharu sekaligus menjadikan angka keseluruhan mereka sebanyak 12,484 kes. Angka pemergian pula sudah naik ke 281 kes.Pengajaran di sini, pastikan negara kita betul-betul bersih dari COVID-19. Jangan buka sebarang tempat yang menjadi punca pengumpulan, kalau tak macam ni lah kita akan hadap.-lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *