Orang lain kahwin gembira je. Tapi giliran Miera Leyana sampai macam ni sekali kritikan yang diterima dari warganet. Akhirnya Miera Leyana tampil bongkarkan sesuatu buat warganet terkedu.

artis

Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik dalam mahligai cinta yang dibina bersama suami, Rosland Othman, pelakon Miera Leyana mengambil pendirian untuk membiarkan sahaja spekulasi warganet mengenai status sebenar dirinya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan.

Bintang filem Pecah itu juga pada masa sama turut menafikan beberapa isu terpalit, melibatkan spekulasi yang tidak betul melibatkan status perkahwinannya itu. “Apa yang boleh saya cakap, kami pun sudah selama bernikah dan kami minta ramai agar mendoakan yang baik-baik.

“Kalau nak dikatakan stres, memang tertekan juga sebab tidak sampai 24 jam saya berkahwin, ada yang sudah buat spekulasi yang macam-macam. Malah apa yang diperkatakan itu tidaklah semuanya betul. “Bayangkan baru sahaja berkahwin dan bila baca di sosial media, ada yang membuat telahan pelbagai. Sudah tentu saya terasa,” jelasnya kepada MH.

Miera juga tidak pasti mengapa hal tersebut diperkatakan waragnet. “Lazimnya bila orang yang baru sahaja berkahwin, dapat cerita yang indah-indah, tiba-tiba bila giliran saya yang kena kritik, terfikir apa yang aku dah buat salah kali ni? Apa yang berlaku itu membuatkan saya rasa agak terkejutlah.

“Ada juga yang cakap saya dan Rosland berkahwin atas dasar keluarga dan perniagaan… Ia sangat-sangat tidak betul sebab itu sudah macam cerita dalam drama. Misalnya saya berkahwin ni sebab bapa yang suruh. “Ada juga yang kata Rosland anak tujuh, anak sepuluhlah, ini semua tidak betul. Ramai yang buat spekulasi dan saya tidak mahu panjang-panjangkan cerita. Sebab itulah saya pilih untuk tidak mengiya atau menidakkan.

“Kami saya juga seperti pasangan lain yang berkahwin, cuma saya tidak tahu mengapa perkara tersebut mulai ditimbulkan. Mungkin kerana perbezaan umur di antara kami yang mungkin mencetuskan persoalan. “Sebagai selebriti, normal jika orang akan sentiasa menilai tidak kira apa pun perkara. Saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini, cuma terkejut soal perkahwinan saya diperkatakan sampai sedemikian rupa,” jelas Miera jujur.

Sementara itu, pemilik nama lengkap Miera Leyana Datuk Seri Kasmi ini juga turut rasa hairan dengan tanggapan sesetengah pihak terhadap poligami, sedangkan ia bukanlah perkara yang salah. “Saya tidak faham, bila bercakap mengenai poligami, ada yang rasanya ia ‘tidak okay’. Saya tak kisah sekiranya ada pihak nak mengatakan saya isteri kedua atau ketiga.

“Contohnya kalau pun betul, saya tidak rasa telah lakukan sesuatu yang salah. Kami tetap anjurkan majlis perkahwinan dan menjemput ahli keluarga dan rakan media untuk meraikan. Tidak ada benda untuk disembunyikan pun.

“Bagi saya, saya tidak tidak faham mengapa isu tersebut disifatkan sebagai sangat besar. Kalau nak dikata isteri pertama baik, yang kedua jahat atau sebaliknya, perkara itu mungkin dalam drama TV. “Tak ada apa pun yang nak disorokkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap dan buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin,” katanya lagi.

Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis, Kuala Lumpur. Sementara itu, majlis resepsi mempelai diraikan secara meriah di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Sabtu.

Malam yang penuh bermakna itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Liza Hanim, Lan & The Typewritter, Hazama, Lah Ahmad dan Noryn Aziz. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MH/ Berita Harian

Usahawan 40 tahun, bakal suami Miera Leyana

TIDAK mencanangkan kisah cintanya kepada umum, pelakon Miera Leyana, 27, diam-diam terus dikhabar akan menikah esok. Majlis pernikahan itu dijangka berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, manakala majlis resepsi pula diadakan pada bulan depan.

Miera yang pernah membintangi filem Apokalips X berkata dia memilih kenalan baiknya yang juga seorang usahawan berumur 40 tahun sebagai teman hidup. “Saya tiada niat pun nak  merahsiakan hari bahagia, esok. Cuma, calon pilihan itu adalah rakan baik  yang akan menjadi suami saya. 

“Mungkin, sudah jodoh kami. Bukan sehari dua, tetapi bakal suami dah sabar serta setia menanti lebih empat tahun kami berkawan,” katanya. Menurut Miera, dia sangat terharu dengan keikhlasan bakal suami yang tiba-tiba mengajaknya berkahwin pada Mei lalu.

“Selama ini, kami hanya berkawan baik dan tidak bercinta pun. Namun, dia terus bertemu keluarga dan memberitahu mahu melamar saya sebagai isteri. “Alhamdulillah, keluarga saya merestui hubungan kami dan syukur tiada halangan dengan keputusan mahu berkahwin ini,” katanya.

Sebelum ini, Miera banyak terkait dengan gosip cinta sama ada membabitkannya bersama rakan selebriti mahu pun ‘lelaki hartawan’ yang menjadi bualan hangat. Pun begitu, Miera bijak menepis gosip berkaitan kisah cinta yang menjeratnya dengan pendekatan,  dia enggan berkongsi cerita menjurus peribadi selain kerjaya seni.

Miera tak kisah persepsi warganet

“SAYA tak faham kenapa masyarakat Malaysia apabila poligami saja tak okay,” kata pelakon, Miera Liyana ketika ditanya mengenai status perkahwinan dengan suami, Roslan Osman, 47. Miera, 27, berkata, dia juga tidak kisah dengan persepsi yang dilemparkan terhadap dirinya.

Sebaliknya, Miera yang juga pelakon filem Pecah mahu orang ramai mendoakan perkahwinan yang baru dibina pada 26 Julai lalu. “Saya tak kisah dikatakan isteri pertama kah, kedua kah atau ketiga kah. Kalau saya isteri pertama kah, kedua kah atau ketiga kah, saya tak rasa saya buat salah.

“Sebab saya ada majlis yang dibuat dan panggil rakan media macam malam ini untuk sama-sama raikan. Jadi saya tak ada benda nak sorok pun. “Jadi bagi saya kenapa poligami itu menjadi isu besar di Malaysia ni. Kalau poligami saja yang isteri kedua jahat, yang ketiga jahat, pertama pun jahat. Macam dalam drama pula.

“Apa pun, saya tak nak mengiya dan menafikan. Tak nak besarkan lagi. Bagi saya kami sudah selamat bernikah. Jadi doakan yang terbaik,” katanya. Miera yang ditemui pada majlis persandingan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara malam tadi berkata, terlalu banyak spekulasi yang salah dilemparkan selepas dia bernikah.

“Diakui tekanan juga sebab tak sampai 24 jam kahwin orang dah spekulasi macam-macam dan kebanyakannya tak betul pun. “Sebagai orang yang baru kahwin tiba-tiba di sosial media orang bercakap sebegitu tentu saja saya terasa. Sebab selepas kahwin orang nak yang indah-indah, tapi saya kena kecam itu yang saya terkejut. “Apa yang saya nak betulkan adalah kebanyakan orang cakap saya dengan suami kahwin atas dasar hubungan syarikat keluarga, kahwin bukan sebab diminta bapa, Roslan anak tujuh dan 10, semua tu tak betul,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *