Imbas balik kenangan detik nikahi isteri 12 tahun lalu. Ebit Lew sarungkan cincin dekat isteri depan pasar raya buat warganet tergamam. Memang sweet habis Ustaz Ebit.

artis

SIAPA tak kenal Ustaz Ebit Lew, figura yang disegani kerana sumbangannya dalam membantu masyarakat kurang berkemampuan. Selain itu, sikap romantisnya terhadap isteri juga bukan lagi asing buat pengikut beliau di laman sosial.

Sejak kebelakangan ini, Ebit begitu gigih membuka rangkaian pasar rayanya yang menawarkan harga pelbagai barangan lebih rendah di pasaran. Walaupun kepenatan dek kesibukan itu, namun romantisnya terhadap isteri tidak pernah luntur dan ia dapat disaksikan sempena pembukaan pasar rayanya yang baharu di Sri Gombak di Batu Caves, Selangor pada Sabtu.

“Rindu bidadari. Rindu sangat. Hadiahkan dan sarungkan cincin masa pembukaan Elewsmart Sri Gombak semalam. Terus hilang semua penat letih. “Macam baru mula hari. Nikmatnya saat ada yang menemani hidup ini. Bidadari di dunia bidadari di syurga insyaAllah,” tulis Ebit di laman Instagram pada Ahad.

Ebit sering menggelarkan isterinya sebagai bidadari.

Babak menyarungkan cincin di hadapan pasar raya menerusi video yang turut dimuat naik itu dianggap Ebit seperti pengantin baharu, sekali gus mengimbas detik menikahi isterinya 12 tahun lalu. “Macam pengantin baru bila sarungkan cincin. I love you bidadari sayang. Terima kasih selalu ada dan mendoakan. Terima kasih tolong jaga anak-anak kita,” ujar bapa empat anak itu sambil berkongsi mengenai pasar raya baharunya di Sri Gombak dikunjungi ramai sehingga malam.

Awal bulan ini, Ebit berkongsi catatan romantis sempena ulang tahun perkahwinan ke-12 bersama isterinya pada 1 Ogos. “Bidadariku, selamat ulang tahun perkahwinan kita 1/8/08. Rezeki kita telah bersama 12 tahun insyaAllah cinta sampai syurga.

“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama, macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. “Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru,” kata Ebit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mstar

Terkini Ebit Lew Umukan Satu Lagi Bantuan Yang Ditawarkan. Baru Je Buka Pasar Raya Dengan Harga Yang Tak Masuk Akal Kali Ni Ebit Lew Tampil Dengan Tawarkan Khidmat Ambulan Percuma Pula.

USAHA murni pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan tidak perlu dipertikai lagi. Malah jika disoroti paparan di laman Facebook miliknya, ada sahaja bantuan yang disalurkannya kepada golongan-golongan yang memerlukan.

Terbaharu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau mengumumkan satu lagi bantuan yang ditawarkannya kepada orang ramai. “Doakan ya. Syukur ambulans dah siap untuk berkhidmat percuma. Tiada bayaran. Ada petugas sukarelawan dan kru akan bertugas.

“Cita-cita saya ingin supaya dapat beri sesuatu untuk orang lain. Nasib hidup kita tak sama. “Tugas kita membantu orang yang susah dan memerlukan sedaya upaya kita,” ujarnya. Selain berfungsi sebagai ambulans, ia juga boleh digunakan untuk menghantar jnzh di seluruh negara.

“Van baru ini hampir setiap hari ada orang pergi menghadap illahi yang memerlukan dari Kuala Lumpur dihantar ke seluruh Malaysia. “Minyak dan urusan perjalanan kami uruskan semuanya. Tiada caj kepada keluarga. Ebit berkata, usaha murni itu dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan khususnya untuk menghantar pesakit dan jnzh.

“Terima kasih juga semua yang bersama kami menjayakan dan mendoakan. Semoga Allah rahmati dan terima usaha yang sedikit ini,” ujarnya lagi. Dalam posting sama, Ebit turut berkongsi nombor telefon 01170787900 untuk dihubungi sekiranya ada yang memerlukan khidmat tersebut.

Selain perkhidmatan ambulans itu, Ebit baru-baru ini turut membuka pasaraya Elewsmart yang menawarkan harga produk pada harga yang cukup berpatutan. Selain Bangi dan Kajang, lapan lokasi pasar raya tersebut akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong, Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Mengejutkan Ustaz Ebit Lew Dedahkan Harga Tak Masuk Akal Pasar Raya. Warganet Mula Bimbang Akan Timbul Isu Lain Bila Pasar Raya Tu Buka.

“SERIUSLAH harga murah begini. Ya Allah tapi untung ke?” Itu antara komen warganet yang terkejut dengan harga murah ditawarkan sempena pembukaan pasar raya Elewsmart milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew pada hujung minggu ini.

Menerusi posting terbaharu Ebit, beliau turut mengumumkan tarikh pembukaan 10 cawangan pasar raya miliknya itu. Malah pada masa sama beliau juga memohon doa orang ramai agar urusan pembukaan rasmi pasar raya Elewsmart dipermudahkan. “Pohon doakan yer Elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan.

“Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan, 18 Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. Lapan cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut,” katanya. Dalam posting tersebut, Ebit dilihat memegang risalah harga barang yang ditawarkan sempena hari pembukaan pasar raya tersebut tidak lama lagi.

Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah harga tidak masuk akal yang ditawarkan pasar raya tersebut. Berdasarkan risalah tersebut, pengguna boleh membeli kicap kegemaran ramai pada harga 90 sen manakala susu pekat manis dan mi segera masing-masing pada harga kurang RM1.

Berita gembira itu turut mendapat perhatian pengacara wanita terkenal, Neelofa yang memuji usaha murni Ebit di Twitter. “MasyaAllah, murah betul. Semoga usaha Ustaz Ebit Lew sentiasa dipermudahkan,” tulisnya. Posting tersebut mendapat lebih 15,000 ulang kicau dan 25,800 tanda suka dalam kalangan warganet.

Ramai warganet berharap agar golongan kurang berkemampuan diberi keutamaan untuk membeli barang keperluan di pasar raya tersebut. “Minta tolonglah yang dah ada ‘kereta’ tu jangan beli kat sini. Kalau nak beli jangan beli banyak. Ustaz buat untuk tolong orang susah dan yang benar-benar daif,” kata Jack.

“Harap sangat golongan yang sepatutnya berpeluang membeli barang kat kedai ni. Yang terlebih mampu janganlah ambil kesempatan pulak ye,” kata Syah. “Harapnya letaklah limit berapa banyak je boleh beli sebab takut ada golongan yang ambil kesempatan dengan beli banyak lepas tu jual balik,” kata Khairul.

Ebit sebelum ini memaklumkan pembukaan pasar raya itu bukan sahaja menawarkan harga murah tetapi turut menjadi medium penyampaian makanan kepada golongan memerlukan serta menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Selain Bangi dan Kajang, lapan lokasi pasar raya tersebut akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Sempat Merasa Duduk Rumah Selesa. Pak Aq Yang Tular Dibantu Oleh Ustaz Ebit Lew Pergi Menghadap Illahi. Rupanya Banyak Hajat Pak Aq Untuk Tengok Keluarga Hidup Selesa.

Nama pendakwah terkenal Ebit Lew sudah tidak asing lagi dalam negara kita. Sebelum ini pernah tular sebuah keluarga yang hidup daif dan tinggal didalam kawasan persekitaran yang penuh sampah dibantu oleh pendakwah tersebut.

Bantu keluarga Pak Aq

Kisah keluarga Pak Aq yang tular kerana mencetuskan sedikit polemik antara Ustaz Ebit Lew dan sesetengah individu telah membuatkan pendakwah itu mengambil inisiatif ‘berehat’ seketika dari melakukan kerja amal sebelum ini. Namun, semangat beliau tidak pernah padam kerana sentiasa mendapat sokongan dan dorongan daripada orang ramai.

Berkat usaha Ebit Lew dan pasukanya serta dibantu oleh beberapa pihak lain, keluarga Pak Aq berjaya dibawa keluar dari rumah uzur mereka dan ditempatkan di rumah baharu. Beliau rasa sangat bersyukur dan gembira kerana dapat membantu keluarga tersebut.

Sudah pergi menghadap illahi

Namun begitu, pagi tadi, pendakwah muda tersebut telah memaklumkan di Facebooknya bahawa Pak Aq sudah pergi menghadap illahi. Menurut Ebit Lew, banyak hajat Pak Aq yang dikongsi kepadanya demi melihat keluarganya hidup lebih selesa.

Diakhir coretan tersebut, Ebit Lew memberitahu bahawa Pak Aq merupakan insan yang baik dan turut mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. “Sayu hati rasa. Baru dapat berita Pak Aq Kedah pergi menghadap illahi pagi ini. Banyak perkara sempat kami kongsikan bersama. Keinginan, hajatnya, dan doanya masa awal PKP hari tu.”

“Ingin menyediakan tempat tinggal buat isteri dan anak cucunya yang baik dan selesa. Ingin hantar cucu ke tahfiz dan sekolah yang baik. Sayu masa dapat angkat Pak Aq bawa ke ambulans masa tu. Sempat pindah ke rumah baru. Saya cakap padanya mungkin esok lusa kita dah tiada. Baki hidup ini kita siapkan bekalan dengan mendidik anak cucu dengan Islam dan kebaikan.”

“Pak Aq waktu sekejap kami bersama Pak Aq menjadi pelajaran kehidupan buat saya dan team. Terima kaseh penduduk setempat dan ajk masjid, jkkk, dan semua yang membantu menguruskan Pak Aq hari ini. Allah sayang semua.”

“Pak Aq orang baik. Semoga segala ujian dan kesusahan yang Pak Aq lalui menjadi asbab syurga untuk Pak Aq. Allah sayang Pak Aq..Semoga Allah ampuni dan cucuri rahmat ke atas beliau. Allah jagakan keluarganya”tulis Ebit Lew

Sumber : OMM

Buat baik tapi ramai tak puas hati. Akhirnya anak Pak Aq tampil buka mulut ceritakan apa yang berlaku. Selama ni memang ramai yang mengata.

ALOR SETAR: “Ustaz tak bersalah, beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia aibkan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu,” kata Siti Nor Saadiahton Ishak. Wanita berusia 25 tahun itu, berkata dia sangat sedih apabila mendapat tahu pend@kwah terkenal, Ustaz Ebit Lew,

akan berhenti daripada membantu golongan miskin secara langsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas dipanggil ke Bukit Aman untuk memberi keterangan hari ini. Katanya, jika keterangan itu membabitkan kes tular mengenai bantuan kepada keluarganya, dia berdoa semoga Allah membuka jalan dan rezeki yang lebih luas buat Ebit membantu golongan yang memerlukan selepas ini.

“Sesiapa pun yang membuat laporan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Ustaz, ketahuilah bahawa kehadiran Ustaz ke rumah kami tempoh hari membawa sinar baharu untuk keluarga saya berubah. “Selama ini kami sekeluarga hargai setiap bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid, bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak.

“Kemudian Allah aturkan pula pertolongan daripada Ustaz yang sememangnya pada ketika itu kami sekeluarga mahu berpindah, tiada siapa yang bersalah dan kami menerima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini. Anak ke enam daripada 10 beradik ini, berkata dia sangat mengharapkan semua pihak berlapang dada dan tidak menganggap kes tular keluarganya itu memalukan sesiapa atau pihak tertentu.

Katanya, sehingga kini ahli keluarganya sangat berharap Ebit dapat kembali ke rumah sewa baharu mereka berikutan mereka sangat ‘dahagakan’ nasihat dan kata-kata semangat daripada beliau.“Anak-anak saudara saya sendiri sejak jumpa Ustaz Ebit Lew tak pernah lekang daripada mulut mereka menyebut nama Ustaz, mereka berulang menyuarakan mahu ke sekolah dan jadi seperti Ustaz apabila dewasa nanti.

“Kami sudah lali dih1na orang. Namun kehadiran Ustaz memberi sinar untuk keluarga kami menjadi lebih baik, saya doakan Ustaz tak putus asa dan percayalah lebih ramai di luar sana masih memerlukan Ustaz. “Semoga Allah memelihara dan melindungi Ustaz selalu,” kata anak kepada pasangan, Jamaliah Rejab, 54, dan Ishak Darus, 77, itu.

Keluarga Ishak atau lebih dikenali sebagai Pak Aq, sebelum ini tinggal secara bersesak dalam sebuah rumah daif di Lorong Gedebang dekat Jalan Laaanggar, Alor Setar sejak sekian lama. Bagaimanapun, mereka berjaya dipujuk Ebit untuk berpindah ke kediaman baharu yang disewa oleh pend@kwah itu, yang lebih selesa terletak di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di Alor Setar, Isnin lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *