Pakar dari Itali berpendapat virus Covid19 semakin lemah dan tak perlukan vaksin. Ini keterangan lanjut dari pakar tersebut

berita

Kita sendiri dapat lihat, semakin hari kadar jangkitan wabak Covid-19 semakin menurun dan sejak kebelakangan ni, kes di Malaysia pun hari mencatat kes sebanyak satu ke dua angka sahaja setiap hari.Bukan dekat Malaysia je tau, negara-negara lain pun kes jangkitan dah semakin berkurang. Sebagai contoh, dulu Itali pernah direkodkan negara yang paling teruk terjejas dengan wabak ini, sekarang mereka hanya mencatatkan lebih dari 238,000 kes positif dan 34,000 kes kematian.

Ekoran ini, seorang Profesor pakar penyakit berjangkit di Itali mendakwa wabak Covid-19 mungkin akan berakhir tanpa perlu tunggu vaksin.Menerusi Daily Mail, Profesor Matteo Bassetti berkata, virus yang dahulunya gnas ini dah semakin lemah. Ia seperti harimau agres1f pada Mac dan April tetapi sekarang ia macam kucing l1ar sahaja”

Katanya, walaupun virus ini telah mengambil lebih 470,000 nyawa di seluruh dunia, vaksin tidak diperlukan lagi kerana virus boleh pergi dengan sendiri.Ini berdasarkan pemerhatiannya di sebuah hospital di mana dia dapat tengok sendiri pesakit warga emas berumur 80 ke 90 tahun boleh survive tanpa bantuan alat pernafasan.Dia juga percaya, SOP yang diberi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kadar jangkitan dan melemahkan virus.Pun begitu, korang jangan seronok sangat tau, sebab saintis lain telah membids dkwaan Matteo ini kerana tak ada bukti saintifik yang menunjukan perubahan pada virus tersebut.-lobakmerah

COVID-19: Indonesia terima vaksin dari China mulai November

JAKARTA: Indonesia dijangka menerima bekalan vaksin COVID-19 daripada China bermula November ini berikutan persetujuan syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac Biotech (Sinovac) membekalkan 50 juta dos vaksin kepada negara itu.

Bekalan vaksin CoronaVac itu akan tiba secara berperingkat mulai November ini hingga Mac tahun depan dengan anggaran 10 juta dos vaksin dibekalkan setiap bulanKetika ini negara-negara dia Asia Tenggara berusaha mendapatkan bekalan ketika kes jangkitan semakin meningkat.

Dalam lawatan ke China, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi, berkata perjanjian awal sudah ditandatangani dengan Sinovac untuk pembelian dan pembekalan vaksin CoronaVac secara pukal dengan syarikat milik kerajaan, Bio Farma diberi akses keutamaan hingga akhir 2021.

“Indonesia melihat komitmen yang kuat daripada industri China untuk menjalin kerjasama,” katanya pada Khamis menerusi video.Bio Farma dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata bekalan 50 juta vaksin secara pukal akan tiba secara berperingkat iaitu 10 juta setiap bulan mulai November ini.

Indonesia berusaha mendapatkan vaksin untuk 260 juta penduduknya selain mencari jalan membangunkannya sendiri di tengah keprihatinan beberapa negara sedang membangun yang berdepan persaingan mendapatkan akses kepada bekalan itu.

Indonesia melaporkan 2,197 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Jumaat menjadikan jumlah kes kumulatif 149,408.Data kementerian kesihatan menunjukkan 82 pemergian baharu, dengan jumlah keseluruhan 6,500 pemergian setakat ini, sekali gus tertinggi di Asia Tenggara.

Ujian fasa ketiga vaksin CoronaVac bermula minggu lalu di Indonesia membabitkan 1,620 sukarelawan.Bio Farma terbabit dalam membangunkan vaksin dan menyatakan Indonesia seharusnya mempunyai kemampuan untuk menghasilkan 250 juta dos setahun pada akhir 2020. Agensi

Penyelidik Singapura temui varian baharu COVID-19

SINGAPURA: Kumpulan penyelidik di Singapura berjaya menemui varian atau jenis baharu COVID-19 yang mengakibatkan jangkitan kurang serius, menurut laporan jurnal perubatan The Lancet.Mereka mendapati pesakit yang dijangkiti dengan varian itu memberi tindak balas lebih baik terhadap rawatan berbanding mereka yang dijangkiti virus varian asal.

Kumpulan penyelidik itu, termasuk dari Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) dan Sekolah Perubatan Duke-NUS, berkata penemuan itu berpotensi untuk pembangunan vaksin atau kaedah rawatan lebih berkesan bagi pesakit COVID-19.

Mengikut laporan pada Mac lalu, varian sama ditemui pada lapan pesakit yang dimasukkan ke hospital di Singapura dan virus dengan mutasi pada bahagian dikenali sebagai ORF8 itu sudah wujud sekurang-kurangnya selama empat minggu.

Pakar penyakit berjangkit dari Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock NUS, Prof Madya Hsu Li Yang, berkata mutasi akan terus berlaku terhadap virus COVID-19 selagi penularan masih berlaku.”Namun, keupayaan virus ini untuk merebak dengan lebih mudah, menjadi lebih atau kurang berbahaya, jarang berlaku,” katanya.

Sekumpulan pakar juga mendapati mutasi virus itu berlaku secara berterusan dan ia menjadi rutin atau proses semula jadi kehidupan virus.Walaupun proses mutasi boleh menyebabkan virus menjadi lebih ganas atau sebaliknya, perubahan yang berlaku lazimnya tidak ketara. – AGENSI

Isu Vaksin Buat Pesakit COVID19. Dr Noor Hisham Vaksin Tersebut Tidak Berkesan Kepada Pesakit Atas Satu Sebab

SHAH ALAM – Mutasi varian D614G hasil ujian pengasingan dan kultur terhadap tiga kes daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga dan satu kes daripada Kluster Ulu Tiram seperti diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mungkin menyebabkan vaksin yang dihasilkan tidak memberi kesan kepada pesakit koronavirus (Covid-19).

Pakar Mikrobiologi Klinikal Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed berkata, mutasi tersebut menyebabkan sedikit perubahan pada struktur virus Covid-19 di bahagian spike iaitu struktur yang menjadi sasaran kepada kebanyakan vaksin yang sedang dibangunkan.

“Ada kemungkinan vaksin yang dihasilkan tidak atau kurang berkesan terhadap varian itu. Namun begitu, banyak pihak membangunkan vaksin tersebut dengan sasaran di bahagian lain yang memberi kesan kepada virus berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Ditanya adakah mutasi tersebut sangat berbahaya kepada mereka yang dijangkiti atau ia akan lebih mudah tersebar, beliau berkata, pesakit yang dijangkiti virus varian D614G mempunyai jumlah virus yang tinggi (high viral load). “Kajian makmal mendapati virus itu 10 kali ganda lebih mudah menjangkiti orang lain berbanding virus yang mula-mula dijumpai di Wuhan, China.“Walaupun ia lebih mudah merebak, virus tersebut tidak menyebabkan gejala yang lebih teruk. Setakat ini, tiada impak signifikan dari segi perawatan pesakit dilaporkan,” katanya.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia supaya terus mengamalkan langkah pencegahan seperti kerap membersihkan tangan, mengamalkan penjarakkan fizikal dan memaki pelitup muka.Sementara itu, pakar virologi, Profesor Dr Sazaly Abu Bakar memaklumkan, mutasi D614G dijangkakan tidak memberi impak kepada pembangunan vaksin. “Sejauh mana bahaya virus mutasi berkenaan, tidak ada bukti kukuh menunjukkan ia lebih memudaratkan kepada pesakit,” katanya ringkas kepada Sinar Harian menerusi aplikasi WhatsApp.

Lepas Tular Negara Russia Dah Jumpa Vaksin Covid 19. Kali Ini Giliran Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Tentang Malaysia Akn Membeli Vaksin Tersebut Atau Tidak.

Pada sidang media perkembangan terkini PKPP oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan hari ini, Ismail sabri ditanya soalan oleh pengamal media mengenai adakah kerajaan akan menempa vaksin dari negara russia. Rujuk pada Sidang Media Minit 26

Dilaporkan russia telah berjaya menemui vaksin C0vid 19, dan 20 negara telah dilaporkan menempah vaksin itu, adakah malaysia juga akan mengambil langkah yang sama untuk menempah vaksin tersebut. Kenyataan Dari Ismail Sabri

“Saya percaya kementerian kesihatan pastinya akan menelititi dahulu perkara tersebut, sebab banyak negara sekarang telahpun claim bahawa mereka juga telah menjumpai vaksin. Tapi sejauh mana boleh digunakan, sejauh mana berjaya dan sebagainya saya percaya kementerian kesihatan akan membuat kajian sebelum kita nak tempah, kementerian akan melihat dari segi boleh digunakan atau pun tidak. Masih terlalu awal, katanya lagi”.

Sebelum ini, Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Cov-19 dan menamakannya sebagai Sputnik V, sempena nama satelit Soviet. Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 percubaan dilakukan hari ini dan pengeluaran dijangka bermula September nanti.

“Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos,” katanya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.

“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan.

“Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana vaksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.

Sumber : SidangMediaMKN/Bernama/OM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *