Ada banyak campuran. Maya Karin tanpa ragu beri pernyataan paling win bila isu Mira Filzah ini meraih perhatian orang ramai dan bukan main lagi komen warganet

artis

Isu pemakaian ala Bollywood Mira Filzah nampaknya masih menjadi buah mulut orang ramai kerana marah dengan isu yang sepatutnya tak perlu diperbesarkan.Antara individu yang terpanggil dengan isu ini adalah pelakon jelita yang ada banyak darh kacukan, siapa lagi kalau bukan Maya Karin.

Dia ada muat naik tweet ringkas yang dilihat seperti menyinndir tentang pakaian yang dia sepatutnya kenakan memandangkan ada banyak darh kacukan.I’m half German, part Malay, part Chinese, part Tamil. Can someone tell me what and not to wear?”

Dalam masa 3 jam, ia telah meraih lebih daripada 12K jumlah retweets, ramai warganet terhibur dengan gurauan sarkastik yang Maya Karin berikan ini. Malah ada warganet yang siap ‘bergurau’ jika Maya ada kacukan pontianak dan ikan duyung berikutan dengan dirinya yang pernah membintangi filem Pontiank Harum Sundal Malam yang pernag menjadi fenomena dan Duyung.“Tak, nanti hantu offended”Hurm, min pun 70% mix serani dan 30% mix India. Jadi, baju apa yang min patut pakai eh?-lobakmerah

Tular Mira Filzah Pakai Sari Sampai Raih Perhatian Warganet. Kini Ernie Cabar Diri Sekiranya Dia Memakai Baju Sari Untuk Majlis Perkahwinannya

CIAPAN penyanyi Ernie Zakri di Twitter yang berseloroh mahu membuat tema Bollywood pada majlis perkahwinannya dengan Syamel nanti menimbulkan perdebatan pengguna laman sosial itu. Menerusi ciapan itu, Ernie turut menyatakan jika tema itu bakal membuatkan segelintir individu tidak berpuas hati.

Ia susulan pelakon Mira Filzah ‘dikritik’ pengguna laman sosial itu kerana menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga bagi konsep penggambaran produk kanta lekap. Ernie berkata, perkara itu tidak sepatutnya dirumitkan yang tidak pernah timbul sebelum ini.

“Jika nanti saya buat tema Bollywood untuk majlis perkahwinan, ada yang marah tak? Takut digelar ‘cultural appr0priation’.”Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat,” katanya.

Terdahulu, dalam laporan Harian Metro, Mira mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya dalam persalinan Lehenga seperti yang dimuat naik di Instagram.Mira berkata, tema itu adalah satu daripada konsep penggambaran produk kanta lekap selain ia adalah keinginannya sendiri selaku penggemar filem dan lagu Bollywood.Disebabkan itu, Mira memohon maaf jika perkara itu melukai mana-mana pihak.-mymetro

Dipandang sinis kaum India kerana terlalu obses akan budaya Bollywood hingga sanggup pakai pakaian tradisional buat mereka tak keruan. Mira Filzah respon sesuatu yang sukar dijangka ini pada umum cetus sensasi

Pelakon Mira Filzah tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung isu yang sedang tular mengenai ‘cultural appropriation’ seperti yang dikatakan oleh pengguna di Twitter. Jelas Mira, dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga. “Saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan, dalam hati teringin nak memakai pakaian Bollywood dan bila ada peluang sebegini saya terus lakukan dan tidak terfikir untuk menimbulkan sebarang isu,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna di Twitter melabelkan Mira sebagai ‘cultural appropriation queen’ hingga mencetuskan ketegangan. “Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture,” ciap pengguna terbabit. Dalam masa sama, Mira Filzah berpendapat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, lalu perkara itu tidak mendatangkan sebarang masalah jika rakyat negara ini mencuba pakaian kaum lain. Bagaimananapun, enggan mengguris hati mana-mana pihak, Mira dengan rendah diri memohon jika ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.

“Saya tiada niat untuk meraih keuntungan peribadi daripada budaya India, saya cuma peminat fanatik Bollywood dan saya mohon maaf sekiranya anda menganggap perlakuan saya salah. “Saya menghormati dan menghargai budaya anda,” tambahnya. Gambarnya memakai pakaian tersebut adalah untuk penggambaran produk kanta lekap yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Mira Filzah Minta Maaf Pakai Sari

Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang sering berkongsi video dan foto di media sosial. Bukan itu saja, dia juga gemar menggayakan pelbagai busana kebudayaan beserta assesori lengkap. Terbaru, penggayaan busana penuh sari lehenga yang dikenakan Mira Filzah ‘ditegur’ individu bangsa India.Teguran tersebut mendakwa Mira Filzah berbusana sari lehenga untuk mendapatkan keuntungan. Bagaimanapun, pelakon itu dilihat memohon maaf kepada individu tersebut di atas ‘teguran’ yang diberikan.

Tidak niat mengasingkan budaya

Teguran yang disampaikan individu berbangsa India ini adalah tidak berniat untuk mengasingkan budaya. Tidak menjadi masalah untuk mana-mana individu mengayakan busana India selagi tidak menggunakannya bagi mendapatkan keuntungan sendiri.

‘Saya minta maaf’

Mira Filzah menerusi laman Twitter miliknya memberi respon terhadap tweet berkenaan dengan memohon maaf sekiranya dia telah melakukan kesalahan. Dia mengakui dibesarkan dengan filem dan lagu-lagu Bollywood dan meminati  sejak kecil lagi. Bukan itu sahaja, dia juga mampu untuk ingat semua lirik lagu Bollywood tanpa bantuan di internet.

Tambahan, dia juga mempunyai angan-angan untuk memakai kelengkapan busana penuh sari lehenga seperti Madhuri Dixit dan Aishwarya Rai.Sejak dia ditawarkan penggambaran bagi produk kanta lekap, dia sudah terbayangkan sepasang mata Aishwarya Rai dan mencadangkan tema Bollywood sebagai konsep.

‘Saya sangat teruja dapat pakai set lehenga’

Bagaimanapun, dia sangat teruja dapat memakai busana lengkap lehenga beserta assesori untuk penggambaran tersebut. Tambahan, dia tidak berniat untuk mendapatkan keuntungan dari mempromosikan budaya India.Mira Filzah sekali lagi memohon maaf sekiranya tindakan tersebut adalah salah. Dia menghormati dan mencintai budaya India.

Hormati dan cintai budaya kami

Setelah Mira Filzah memberi penjelasan mengenai pemilihan busana India dalam satu projek yang telah dijalankan, individu tersebut sekali lagi memberi respon terhadap kenyataan pelakon itu.

Individu ini bagaimanapun berterima kasih atas permohonan maaf dari Mira Filzah dan mengerti pelakon itu tidak mempunyai sebarang niat buruk. Dia juga meminta maaf sekiranya tweet sebelum ini menimbulkan kebencian.

Malah, dia turut mencadangkan supaya mengambil beberapa orang model berbangsa India untuk projek yang akan datang dan mengetengahkan budaya India. Atau boleh mendapatkan busana dari kedai-kedai milik India.Sumber: Mira Filzah

Isu Mira Filzah hangat di media sosial, ‘view’ dalam tren lebih harmoni! Aunty India relaks je tolong wanita Melayu pakai sari – “Dia patah balik cari saya dengan motor”

Kina dibantu oleh seorang wanita India untuk memperbetulkan sari yang dipakainya.MEDIA sosial kecoh pada Khamis apabila timbul kritikan ke atas pelakon, Mira Filzah yang menggayakan sari, pakaian tradisional kaum India.

Namun jika disoroti sejak dahulu sehingga kini, pemakaian pakaian tradisional kaum lain bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia.Malah, bukan sesuatu yang menghairankan jika ada wanita Cina memakai baju kurung, wanita Melayu menggayakan cheongsam dan sebagainya.

Terbaharu, foto seorang aunty India membantu wanita Melayu memakai sari di dalam tren KTM Komuter menjadi tular di media sosial.Menurut Siti Sakinahatikah Jumaat, 21, dia pada waktu itu dalam perjalanan ke Batu Caves, Selangor untuk membuat rakaman video Merdeka bersama tiga lagi rakannya.

“Sebelum menaiki tren, saya dah pergi ke sebuah kedai sari di KL Sentral dan minta seorang aunty India untuk pakaikan pada saya.”Masa dalam tren, seorang lagi aunty India nampak saya pakai sari dan mahu tolong betulkan sari saya.

Kina turut bertukar nombor telefon dengan wanita ini sebelum dihadiahkan tujuh pasang sari pada hari sama.”Dia tanya, saya kumpul sari ke? Saya cakap ya. Kemudiannya kami bertukar nombor telefon.”Masa saya dah sampai Batu Caves, dia datang semula menaiki motosikal, bawa satu beg berisi tujuh helai sari untuk diberikan kepada saya,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Kina, dia mengakui terharu dengan sikap wanita itu yang bermurah hati untuk menghadiahkan sari kepadanya.”Dia sanggup patah balik cari saya dengan motor selepas kami berjumpa dalam tren. Kata aunty tu, dia menetap di Selayang.

Apabila ada pihak yang timbulkan isu negatif, kita lawan balik dengan hal positif

“Saya sebenarnya dah berjinak-jinak pakai sari masa zaman diploma,” ujar penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) itu.Dalam pada itu, Kina berkata dia langsung tidak menyedari isu sari melibatkan Mira Filzah sedang hangat diperkatakan di Twitter sewaktu dia membuat posting itu.

Malah kata penuntut bidang Pengurusan Perniagaan dari Pasir Gudang, Johor itu, dia juga tidak melihat ada yang salah dalam isu berkenaan.Kina berasal dari Pasir Gudang, Johor.”Saya sebenarnya masa tu tak tahu pun pasal isu Mira Filzah. Memang kebetulan. Pada hari saya nak ke Batu Caves pun, ada beberapa orang India tegur bila nampak saya pakai sari, mereka kata cantik.

“Saya rasa OK je pasal isu ni. Masa saya nak ke sana pun ada orang India pakai baju kurung. Itu menunjukkan keutuhan kaum di Malaysia.”Apabila ada pihak yang timbulkan isu negatif, kita lawan balik dengan hal positif,” ujarnya lagi.

Kina sewaktu rakaman video Merdeka di Batu Caves bersama rakan-rakannya.Sehingga kini, posting Kina menerima lebih 9,500 ulang kicau (Retweet).Bercerita mengenai rakaman video di Batu Caves, Kina berkata ia merupakan kandungan untuk media sosial miliknya sahaja dan belum lagi selesai diproses untuk dipertontonkan kepada umum.Jelasnya lagi, dia sememangnya suka untuk menghasilkan video dengan mesej bermanfaat kepada masyarakat.-lb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *