Wani Kayrie suka mainkan perasaan lelaki buat Afieq Shazwan makan hati dan nekad lakukan ini jadi kecoh. Dia buka mulut fasal isu ini sungguh di luar jangkaan

artis

Wani tidak kisah jika Afieq memilih untuk berpisah dengannya tanpa sebab.Penyanyi dan pelakon Wani Kayrie terkejut dengan kenyataan Afieq Shazwan kononnya kehadiran orang ketiga menjadi punca hubungan mereka mula dingin. Tegas Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 20, dia tidak mempunyai seseorang yang dianggap istimewa seperti yang dikata oleh Afieq. “Sebenarnya saya baik-baik saja dengan Afieq, tapi tak tahu apa yang dia simpan dalam hati. Saya tak pasti kenapa Afiq keluarkan kenyataan mengenai hubungan kami.

Wani mahu fokus kepada karier seni dan pelajaran. “Bagi saya, kalau ada masalah sepatutnya diselesaikan antara kami. Saya tak ada kekasih atau teman istimewa seperti yang dikatakan. Kalau dia nak pergi atau tak selesa dengan saya, itu pilihan dia. “Sebelum ini memang kami rapat tapi sekarang masing-masing sibuk dan fokus karier sendiri. Lagipun saya tak nak orang asyik cakap di mana-mana ada kami berdua. Biarlah kami berdiri di atas kaki sendiri,” kata Wani kepada mStar. Sebelum ini, Afieq tidak pernah mengiyakan atau menidakkan mengenai hubungan istimewa yang terjalin bersama Wani. Namun persoalan bakal terjawab menerusi single terbaharu yang bakal dilancarkan September depan.

Saya lagi tak selesa apabila ada orang yang rapat tanya betul ke ada orang ketiga dalam hubungan kami

Afieq juga memberi bayangan single berkenaan ada kena mengena dengan kisah hidupnya. Dalam pada itu, Wani memberitahu dia sedikit terkesan dengan kenyataan Afieq mengaitkan lagu Lelaki Di Telefon dan single terbaharunya dengan hubungan mereka. Malah, penyanyi lagu Magika itu mengakui dia tidak selesa apabila ada kenalan rapat bertanyakan perkara tersebut kepadanya. Wani tidak mempunyai seseorang istimewa seperti yang diKATAKAN. “Saya terasa juga dengan kenyataan Afieq. Sebelum ini pun, dia ada kata lagu Lelaki Di Telefon itu ada kaitan dengan kawan wanitanya yang rapat berlaku menduakan cintanya. Kali ini, lagu baharu dia pun kata ada kaitan dengan kehidupannya.

“Jadi, sudah tentu orang akan kaitkan saya sebab kami memang rapat. Tapi saya lagi tak selesa apabila ada orang yang rapat tanya betul ke ada orang ketiga dalam hubungan kami. “Tapi tak apa la, saya tak kisah… suka hati dia la nak buat lagu apa. Sebab saya sendiri tak pasti lagu itu ditujukan untuk saya atau tidak. Lagipun sekarang saya hanya ingin fokus pada karier seni dan kolej,” ujarnya.-Mstar

Wani Kayrie minta maaf, padam video TikTok

Niat Wani Kayrie berkongsi klip video tarian dengan wajah disolek hitam melalui aplikasi TikTok sebagai hiburan, membawa padah apabila dikritik warganet. Wani atau nama sebenar, Syazwani Abdullah, 20, dikata tidak sensitif dan bersikap pilih kasih akan sesuatu kaum melalui video yang didakwa dirakam pelakon dan penyanyi itu ketika menjalani penggambaran drama, Dayang Senandung, terbitan Zeel Production Sdn Bhd. Tambah hangat, petisyen mendesak penerbitan drama terbabit dihentikan gara-gara video tular itu, diwujudkan. Sehingga kini, lebih 3,000 tandatangan sudah terkumpul.

Wani berkata, rakaman video itu dibuat ketika dia menjalani penggambaran drama Dayang Senandung yang diambil dari kisah rakyat berlatarkan 1965. “Bagaimanapun, saya terima kritikan warganet. Cuma bagi saya, permintaan supaya menghentikan penggambaran adalah tidak wajar kerana ia bukanlah keputusan yang mudah untuk sesebuah produksi. “Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dalam pelbagai aspek. Saya benar-benar memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” katanya. Tidak mahu memanjangkan cerita, Wani ‘memadam’ video TikTok di Instagram. Malah, syarikat pengurusannya, Suria Records Sdn Bhd turut tampil membuat permohonan maaf.-Berita Harian

Wani Kayrie hanya suka-suka..

Penampilan penyanyi Wani Kayrie yang memakai tudung ketika siaran secara langsung di Instagram Live bersama penyanyi Wany Hasrita untuk program Santai Bersama mengundang pertanyaan ramai baru-baru ini. Wani dihubungi berkata dia masih lagi belum memakai tudung sepenuhnya tetapi tertarik berbuat demikian kerana rakan gandingannya itu seorang yang bertudung.

“Ketika siaran langsung di Instagram Live bersama Wany Hasrita, saya hanya suka-suka saja mengenakan tudung. “Lagipun saya fikir apa salahnya mengenakan tudung di bulan Ramadan ini dan mana tahu tiba-tiba hidayah untuk bertudung akan datang selepas itu,” katanya.

Menurut Wani, memakai tudung bukan satu perkara yang kekok baginya kerana pernah terdetik di hati mahu bertudung sebelum ini. “Kalau lihat foto-foto di Instagram, saya selalu juga memuat naik gambar memakai tudung kerana keluarga saya ramai yang berhijab. “Dulu pernah juga terfikir nak bertudung tapi ada saja cabaran yang perlu saya hadapi. “Saya pasti akan memakai tudung namun biarlah masa yang menentukan. Inshaa-Allah masa itu akan datang tepat pada waktunya,” katanya.-Metro

Wani Kayrie kecewa warganet kritik video tarian TikTok – “Tak pernah kenal saya tapi terus nilai saya!”

Ada warganet tak senang hati apabila menonton video tarian Wani di Instagram. Gara gara memuat naik video tarian TikTok di Instagram, penyanyi Wani Kayrie menerima pelbagai komen negatif daripada warganet.

Menurut Wani, dia kesal apabila ada individu yang bukan pengikutnya melemparkan kata-kata kurang enak dan jatuhkan hukum sewenang-wenangnya atas perlakuannya itu. “Sejujurnya saya kesal apabila berkongsi video menari dan tiba-tiba muncul komen-komen tidak baik dan negatif daripada mereka yang tak pernah follow dan baru kenal saya. “Padahal sebelum ini pun memang saya minat menari dan pernah masuk program Dansa Dan Sing… tapi mereka ni mungkin tak pernah tahu tentang minat saya dan terus berang pada saya hanya kerana video yang baru mereka tengok itu.

“Lagipun video itu hanya suka-suka sahaja, bukan nak goda orang dan saya muat naik di Instagram sebab nak promosi jenama kasut yang dipakai,” katanya kepada mStar. Wani minat menari dan sering berkongsi video tarian di laman sosial. Sebelum itu, menerusi Instastory, penyanyi lagu Magika ini berkongsi luahan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang gemar berkata negatif padanya tanpa memikirkan hati dan perasaan orang lain.

Enggan isu ini mengganggu emosinya, Wani berkata dia memilih untuk mengabaikan sebarang bentuk komen negatif yang tinggalkan oleh warganet. Malah, jika keterlaluan, dia nekad memadam dan menyekat akaun pengguna tersebut. Luahan hatinya di Instastory adalah bersifat umum untuk semua pengikut dan pengguna laman sosial. “Saya terima komen mereka itu sebagai teguran dan ingatan tapi janganlah dengan ayat-ayat negatif yang boleh menggores hati orang lain.

“Kalau selepas ini ada komen yang terlalu melampau saya padam sahajalah! Saya tak nak ruangan media sosial itu dipenuhi dengan benda negatif dan saling tidak menyukai antara satu sama lain. “Saya sedar benda ini bukan jadi pada saya sahaja, malah ramai selebriti lain turut menerima nasib sama… jadilah pengguna media sosial yang matang dan positif,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *