Siti Sarah kena marah dengan usahawan wanita dan dikatakan sengaja tutup periuk nasi orang. Ini penjelasan dari Siti Sarah sendiri supaya ramai tak salah faham

artis

Sarah hanya menyuarakan pendapatnya mengenai trend pemasaran.GARA-GARA meluahkan rasa kesal terhadap trend pemasaran mengaibkan diri demi melariskan produk, penyanyi Siti Sarah Raisuddin menerima mesej berbaur mak1an daripada seorang usahawan wanita.

Menurut Sarah, 36, biarpun dia tidak menyebut sebarang nama namun wanita tersebut menganggap kenyataan itu seakan-akan ingin menutup pintu rezekinya.Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu memberitahu dia hanya menyuarakan pandangannya dan bercakap benar mengenai isu trend pemasaran tersebut.

Sarah berkongsi perkara itu di Instagram.”Ada usahawan wanita ini DM (mesej langsung) Sarah… makii hamun Sarah. Dia kata Sarah ini nak tutup pintu rezeki dia… nak tutup periuk nasi dia. Tapi Sarah tak sebut nama dia.”Sekarang ini ceritanya… siapa makan cili dia terasa pedas. Sarah bukan manusia yang sempurna. Sarah masih buat dosa, hari-hari buat dosa.”Kalau ada yang terasa, Sarah minta maaf. Dalam keadaan macam ini saya harus berkata benar. Kalau satu hari nanti saya disoal, sekurung-kuranya saya dah lakukan sesuatu,” kata Sarah menerusi Instagram.

Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki.

Menerusi laporan mStar pada 14 Ogos lalu, Sarah meluahkan rasa kesal dengan trend pemasaran tersebut dan membuat teguran secara terbuka.Kata Sarah, biarpun bukan seorang Muslim sempurna namun dia tidak pernah terfikir untuk melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah seorang wanita.

Dalam pada itu, Sarah mendedahkan dia pernah ditawarkan untuk mempromosikan satu produk namun menolak tawaran tersebut kerana ia mengaibkan kaum hawa.”Ini ada satu cerita, ada brand ni nak minta tolong saya promosikan barang dia. Bila dia DM, saya beri salam dan dia cakap ‘hi’ kepada saya. Dalam hati saya tertanya dia Islam ke?

Sarah tolak tawaran untuk promosikan produk yang menjatuhkan maruah wanita.”Saya tanya la dia Islam ke dan dia jawab ya. Dekat situ dah nampak macam adab sebagai Iam tak ada. Lepas itu minta promote barang dan saya tak kisah tapi… produk itu agak mengaibkan wanita.

“Bagi gambar yang memalukan dan mengaibnkan wanita. Tak boleh macam ni. Dia bagi lagi gambar, jenis tak faham bahasa. Awak kena faham yang saya beri makan anak-anak.”Dia perempuan dan akan ada anak. Sanggup ya seorang perempuan mengaibkan perempuan lain untuk mencari rezeki. Saya doakan satu hari awak berubah dan buka pintu hati dapat idea lain untuk cari rezeki,” ujarnya.-mstar

Sanggup Malukan Diri Demi Lariskan Produk. Siti Sarah Menegur Satu Pihak Ini Yang Nekad Buat Di Luar Jangkaan Untuk Lariskan Produk

PENYANYI Siti Sarah menegur sikap segelintir ahli peniagaan yang sanggup memalukan diri sendiri demi gimik untuk melariskan produk dijual. Menerusi laman Instagramnya hari ini, penyanyi lagu Semakin itu meluahkan rasa kesal apabila semakin ramai peniaga yang terikut-ikut dengan gaya pemasaran tersebut.

“Apa yang saya nak cakap ini mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak, tapi sebagai seorang wanita, Melayu dan Islam, saya harus bercakap fasal benda ni. “Saya rasa ramai orang yang nak berniaga, terikut-ikut dengan cara ahli perniagaan  luar sehingga ada yang sanggup menggoncangkn buah dda, mengenakan pakaian separuh tak berpakaian dan sampai sanggup menjatuhkn air muka.

“Sebagai seorang Islam, ada banyak lagi cara untuk buat duit. Insya-ALLAH kita boleh buat duit tanpa mengaibkan diri dan tanpa perlu buat benda yang boleh menjatuhkn maruah kita,” luahnya kesal.

Menurut Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu, biarpun dia juga tidak sempurna, namun  tidak pernah terlintas untuk menggunakan pendekatan sebegitu untuk melariskan jualan. “Dalam dunia ini tak ada orang yang tak buat silap. Saya sendiri tak sesempurna mana sebab diri sendiri pun pernah tak cukup kain dan jah1l, tapi tak sampai sanggup jual ‘barang’ untuk meniaga. Tergoncng, melompat dan ada yang beraksi atas katil untuk ambil gambar.

“Makin lama makin ramai (mengambil pendekatan sama). Yang pompuan dah sama naik, tak tahu dah yang mana lelaki, yang mana perempuan,” katanya. Dalam perkongsian yang sama, Sarah juga mangakui mula meluat dengan pendekatan tersebut yang disifatkan sebagai keterlaluan.

“Saya faham, anda kuat dan dan tidak ada seorang pun yang mampu menjatuhkan anda, kerana mungkin ada yang menjaga. Disebabkan itulah makin lama, makin menjadi. “Ingat anda saja dalam Malaysia ini yang buat duit? Saya sendiri dah naik menyamph. “Bagi saya tak perlu nak melompat, goncang-goncang, terkinja-kinja atau tunjuk, kulit pun boleh buat duit banyak,” tegasnya.

Isu Menduakan Pasangan. Siti Sarah Sanggup Bertindak Macam Ni Sekiranya Ia Berlaku Pada Dirinya Dan Jawapannya Mengejutkan Orang Ramai

Sejak kebelakangan ini, ada sahaja isu menduakan pasangan yang berlaku dalam masyarakat yang menjadi satu topik yang hangat diperkatakan dan mendapat pelbagai reaksi ‘panas’ orang ramai.Walau bagaimanapun, penyanyi Siti Sarah ditemu bual oleh mStar bagi berkongsi caranya melindungi ikatan perkahwinan antaranya bersama pelawak terkenal, Shuib Sepahtu daripada gangguan orang ketiga telah mendapat perhatian umum.

Menjawab persoalan tersebut, ujar Sarah bahawa secara jujurnya dia tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya ia berlaku dan menganggap ia sebagai kehendak Allah dan segala apa yang terjadi itu atas izin Allah.Baginya juga, mermpas telefon suami atau peluk kerana tidak bagi keluar adalah perkara yang tidak boleh dibuatnya namun apa yang boleh dilakukan adalah menjaga hubungannya dengan Allah.

Dalam pada masa yang sama, dia turut berkongsikan perkembangan dirinya dan suami. Seperti diketahui juga, selain melibatkan diri dalam dunia hiburan tanah air, pasangan suami isteri ini juga dikenali sebagai usahawan yang berjaya.Kejayaan pasangan ini membuatkan peminat juga menjadikan mereka sebagai inspirasi apatah lagi tidak henti-henti cawangan minuman Bubble Bee milik mereka dibuka.Biarpun begitu, diruangan komen rata-rata memuji pasangan ini dalam menjaga rumah tangga mereka yang kini juga bahagia bersama tiga orang anak.Sumber:hcl

Bisnes Makin Maju Tapi Cabaran Makin Mencabar. Shuib Luah Rasa Takut Jika Terkena Buatan Orang Sampai Dia Nekad Buat Macam Ni Untuk Elak Daripada Menjadi Sasaran

Kini sudah bergelar usahawan berjaya dan terdedah dengan hasad d3ngki orang yang melihat kejayaannya, Shuib Sepahtu akui dia sentiasa berwaspada untuk menjaga diri daripada anas1r tidak baik seperti b0moh. Sedar di dalam dunia perniagaan pasti akan timbul rasa tidak puas, Shuib berkata dia mengamalkan ayat suci Al-Quran sebelum tidur. Malah, dia juga sudah bersedia jika berdepan perkara itu.

“Mandr3m, itu yang saya takut tapi buat masa sekarang insya-Allah tidak ada dan minta dijauhkanlah. Saya sentiasa beringat sebelum tidur dan saya faham dalam dunia bisnes ini pasti akan ada orang tidak puas hati dan hasad d3ngki. “Tapi saya bersedia walaupun tak minta orang hantar benda bukan-bukan kepada saya dan keluarga. Minta s1mpang!” katanya kepada Astro Gempak.

Kini sudah membuka cawangan ketiga perniagaan minuman Bubble Bee, Shuib merancang untuk membuka beberapa cawangan lain sekitar Lembah Klang dan negeri di utara serta selatan Semenanjung Malaysia. “Kami akan berkolaborasi dengan beberapa selebriti lagi selepas ini untuk membuka cawangan lain yang berpotensi menjalankan perniagaan ini. “Antara yang dalam perbincangan Achey, Fad, Ray Era, Shaheizy Sam dan Nabil Ahmad,” tambahnya.-rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *