Persiapan kahwin hampir siap. Mira Filzah nekad kongsi dia akan pakai satu busana ini dan ternyata ia meraih perhatian warganet

artis

“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar.” Itu perkongsian daripada pelakon popular, Mira Filzah selepas ditanya mengenai perkembangan persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Meski tidak memberikan perkongsian secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan dijalankan, bintang ini tetap terbuka berkongsi menjelang hari istimewanya itu.“Insya-Allah kami akan mengadakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.

“Kami pun tidak mahu mengambil risiko meski sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksa dipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada MH.Ditanya mengenai gaun perkahwinan serta tajaan perkahwinan, pelakon Sweet Dreams itu lebih selesa menguruskannya sendiri.

Apatah lagi, ia merupakan suatu fasa bermakna buat dirinya dan baka suami.“Soal persiapan tidak boleh saya kongsikan secara terperinci, cuma insya-Allah saya akan menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.

“Saya juga memilih untuk menguruskan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya cakap setakat ini, kira-kira 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri.“Momen indah ini insya-Allah akan berlaku sekali dalam hidup. Kalau boleh saya mahu ia berjalan sebagaimana yang saya impi dan rancangkan.

“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya mengenai soal tajaan majlis perkahwinan kami.“Cuma rasanya setakat ini, saya rasa lebih puas andai diri sendiri yang memilih dan menentukan,” akuinya jujur.

Mira terdahulu ditemui pada majlis rakaman program realiti, Ratu Hijabista di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.Sementara itu, Mira turut mengulas berhubung isu ‘cultural appropriation’ seperti yang did kwa.Jelasnya, dia tidak berniat menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.Tampil membuat permohohan maaf andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet.-mediahiburan

Bukan Setakat Mak Calang Calang Orang. Rupanya Bakal Suami Mira Filzah Juga Sama Dan Ini Sebenarnya Keperibadian Pilihan Hati Mira

Mira bakal menjadi menantu kepada Datin Mastura Mohd Yazid. SELEPAS pelakon Mira Filzah membuat pengakuan sudah menjadi tunangan dan bakal berkahwin tidak lama lagi, ramai lelaki yang meluahkan rasa sedih dan kecewa.Nama tunang kepada Mira iaitu Wan Emir turut menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial yang beranggapan jejaka itu sangat bertuah kerana bakal memiliki aktres kesayangan ramai tersebut.

Kali ini, mStar senaraikan fakta mengenai Wan Emir dan hubungannya dengan Mira Filzah! Wan Mohammad Khair-il Anuar iaitu bapa kepada Emir yang sudah pergi buat selamanya pada 2016. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Ibu Emir mula bertanding sebagai wakil rakyat di kawasan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Jun 2016 selepas pemergian suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Wan Mohammad Khair-il Anuar. Wan Emir mempunyai tiga orang adik lelaki.

Bapa Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar pergi menghadap Ilahi dalam nahs helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016 dan mendapat liputan yang meluas. Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang p0litik dengan membantu ibunya berkempen. Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terpvtus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

Khabar angin yang mengatakan Mira sudah dirisik Emir dan bakal berkahwin pada Oktober depan mula berterbangan sejak beberapa bulan lalu. Mira hadir bersama Wan Emir di majlis resepsi Farah Nabilah Lebih menguatkan spekvlasi mengenai hubungan itu apabila Mira dan Emir hadir buat kali pertama di khalayak umum ketika di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila pada Januari lalu.

Menerusi laporan mStar pada 16 Julai lalu, Mira akhirnya mengakui dia sudah bertunang dan merancang untuk berkahwin tidak lama lagi namun belum bersedia berkongsi info lanjut mengenai perkara itu. Kalau nak tahu, Mira Filzah juga bakal berbiras dengan pengacara Shalma Ainaa yang berkahwin dengan adik kepada Emir iaitu Wan Imar Izzat.

Akan terima menantu artis popular Mira Filzah. Mengejutkan ini kata kata Timbalan Menteri Datin Mastura bakal mak mertua Mira Filzah tentang bakal menantunya.

Dalam kesibukan menghadiri persidangan Dewan Rakyat selain menjalankan tugas penting sebagai Timbalan Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid sempat menjawab soalan wartawan berhubung hubungan anaknya dengan artis terkenal, Mira Filzah. Meskipun ringkas jawapan diberikan, namun sudah cukup untuk mengatakan hubungan pelakon popular itu dan tunangannya mendapat restu kedua orang tua.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), itu mengesahkan anaknya, Wan Emir Astar bakal melangsungkan pernikahan dengan Mira, tahun ini. Mastura yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar ketika ditemui turut meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan anak dan bakal menantunya itu. ” Ya, kedua-dua keluarga sudah berjumpa. Semuanya berjalan lancar dan ia akan diumumkan nanti. Insya-Allah,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Mira ketika ditemui mengesahkan dia sudah bertunang dengan Wan Emir tetapi enggan mendedhkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu. Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini. ” Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan).

” Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar. Mira Filzah juga sudah sahkan

Terdahulu pelakon popular Mira Filzah mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar yang juga anak kepada Datin Mastura Mohd Yazid. Bagaimanapun, Mira ketika ditemui enggan mended@hkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu. ” Status sekarang dah bertunang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.

Menurut pelakon filem Sangkar ini, dia akan maklumkan kepada media sekiranya semuanya berjalan dengan lancar. ” Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media. ” Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar. Terbaru, Mira bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul Mira Mira On The Wall dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: Asia Kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *