Lebih 14000 rakyat Malaysia pulang dari 32 negara. Ismail Sabri dedahkan jumlah individu yang terpaksa dihantar ke hospital dan operasi yang berlaku

berita

SEJAK 24 Julai hingga semalam, seramai 14,048 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan ditempatkan di 67 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA).Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 43 individu dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala 6,316 individu telah dibenarkan pulang.

“Mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, UAE, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, UK, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Beliau berkata, semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan 380 pemeriksaan terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing dan mendapati mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Mengenai Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara, beliau berkata, PDRM mengadakan 64 sekatan jalan raya dan memeriksa 25,333 kenderaan semalam bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin terutamanya di lorong tikus.Namun tiada sebarang tangkapan dilakukan.Selain itu, sebanyak 10 operasi sanitasi awam dijalankan semalam di Sabah, Sarawak, Melaka, Perak dan Kedah.-mymetro

77 individu ditahan ingkar PKP

SERAMAI 77 daripada 86 individu yang ditahn polis, semalam dikompaun atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) manakala lapan lagi direeman.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 56,760 dijalankan, semalam menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, ia membabitkan sebanyak 2,484 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 11,435 anggota.”Pemantauan dijalankan di di 3,809 pasar raya, 5,054 restoran serta 1,340 penjaja, 1,209 kilang, 3,742 bank dan 674 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau adalah 1,110 terminal pengangkutan darat, 203 terminal pengangkutan air dan 98 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, dua individu warga asing ditahan atas kesalahan imigresen dalam Operasi Benteng ,semalam.

Katanya, tangkapan itu hasil pemeriksaan terhadap 32,279 kenderaan menerusi 63 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng di seluruh negara bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong tikus.

“Operasi itu membabitkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) yang mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI.

“Ia bagi mengekang masalah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak Covid-19. “Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara harm dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan,” katanya.-mymetro

Lepas Tular Negara Russia Dah Jumpa Vaksin Covid 19. Kali Ini Giliran Ds Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Tentang Malaysia Akn Membeli Vaksin Tersebut Atau Tidak.

Pada sidang media perkembangan terkini PKPP oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan hari ini, Ismail sabri ditanya soalan oleh pengamal media mengenai adakah kerajaan akan menempa vaksin dari negara russia. Rujuk pada Sidang Media Minit 26

Dilaporkan russia telah berjaya menemui vaksin C0vid 19, dan 20 negara telah dilaporkan menempah vaksin itu, adakah malaysia juga akan mengambil langkah yang sama untuk menempah vaksin tersebut. Kenyataan Dari Ismail Sabri

“Saya percaya kementerian kesihatan pastinya akan menelititi dahulu perkara tersebut, sebab banyak negara sekarang telahpun claim bahawa mereka juga telah menjumpai vaksin. Tapi sejauh mana boleh digunakan, sejauh mana berjaya dan sebagainya saya percaya kementerian kesihatan akan membuat kajian sebelum kita nak tempah, kementerian akan melihat dari segi boleh digunakan atau pun tidak. Masih terlalu awal, katanya lagi”.

Sebelum ini, Rusia mendakwa menjadi negara pertama berjaya menghasilkan vaksin Cov-19 dan menamakannya sebagai Sputnik V, sempena nama satelit Soviet. Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriev berkata, fasa 3 percubaan dilakukan hari ini dan pengeluaran dijangka bermula September nanti.

“Sebanyak 20 negara sudah melakukan pratempahan untuk lebih satu bilion dos,” katanya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, berkata melalui kelulusan mesyuarat baru-baru ini di bawah Majlis Sains Negara, pembelian vaksin akan dilakukan secara pukal dengan proses pembotolannya dibuat di dalam negara sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menentukan vaksin yang mana akan diguna pakai.

“Setakat ini, kementerian melalui perbincangan dengan pelbagai negara, antara lain terbabit dalam Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) yang mana membolehkan kementerian berhubung rapat dengan kajian dijalankan pelbagai pihak dalam mendapatkan vaksin yang sedang dibangunkan.

“Ia membolehkan sekiranya ada mana-mana negara yang mencapai tahap fasa tiga iaitu kajian klinikal selesai dan mendapat kelulusan, serta KKM menentukan yang mana vaksin diterima untuk dipakai di Malaysia, kita akan beli secara pukal dengan proses pembotolan dilakukan di dalam negara,” katanya.

Sumber : SidangMediaMKN/Bernama/OM

42 Kontak Rapat Dikesan Lepas Tular Murid Di Lembah Pantai Positif Covid 19. Mengejutkan Ini Keputusan Ujian Covid 19 Pelajar Itu.

KECOH di media sosial mengenai seorang pelajar di Lembah Pantai di Kuala Lumpur dikatakan dijangkiti Covid-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat kes seorang pelajar sekolah di Seri Pantai, Lembah Pantai yang dikatakan dijangkiti Covid-19, sebagaimana yang tular di media sosial.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan saringan demam denggi pelajar itu didapati positif dan pengesahan ujian Covid-19 sedang dijalankan di makmal bagi memastikan tiada tindak balas silang semasa ujian yang mungkin boleh berlaku memandangkan beliau dijangkiti demam denggi.

KKM, katanya telah menerima laporan daripada sekolah terbabit mengenai satu kes bergejala melibatkan seorang pelajar dan siasatan dijalankan mengikut protokol KKM, iaitu sebarang kes dilaporkan kepada kementerian itu akan disiasat terlebih dahulu dan sekiranya perlu tindakan selanjutnya seperti pengesanan kes akan dijalankan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati pelajar Tingkatan 5 itu telah mengalami gejala muntah dan cirit- birit pada 9 Ogos lepas. “Pada 10 Ogos lepas beliau telah dibawa ke sebuah klinik swasta untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya dipindahkan ke pusat perubatan bagi rawatan lanjut di mana beliau telah disaring untuk demam denggi dan juga jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tular mengenai seorang pelajar di Lembah Pantai dikatakan dijangkiti positif Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata, sementara menunggu pengesahan ujian makmal tersebut, KKM telah memulakan aktiviti awal pengesanan kes secara aktif iaitu sebagai tindakan proaktif yang biasa dijalankan di lapangan bagi mencegah risiko penularan jangkitan.

Setakat ini, seramai 34 orang pelajar dan lapan orang guru dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pelajar tersebut dan daripada jumlah tersebut seramai 28 orang telah disaring dan 14 orang lagi telah diberi arahan untuk hadir ke Klinik Kesihatan bagi persampelan, katanya.

Semua individu yang telah disaring diberi arahan supaya menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) sebagai langkah pencegahan, manakala proses nyah cemar dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi yang telah dikenal pasti.

“Pemantauan ke atas kes bergejala ini dan semua kontak rapat beliau akan terus dipantau oleh pihak KKM. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya dan menambah kes COVID-19 hanya akan dilaporkan sebagai kes positif COVID-19 selepas ia diumumkan secara rasmi oleh KKM.

Katanya laporan dari mana-mana sumber lain akan dianggap sebagai spekulasi sehingga siasatan dijalankan dan disahkan oleh KKM. Justeru, masyarakat diminta supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan maklumat yang diterima sebelum mempercayai dan menyebarkan maklumat tersebut. – Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mSTar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *