Kemajuan teknologi membolehkan pakar mencari jalan penyelesaian. WHO dedahkan tempoh tahun COVID19 bakal berakhir

berita

Tedros mengakui, kemajuan teknologi membolehkan pakar mencari jalan penyelesaian kepada isu COVID-19 dengan lebih cepat. – Gambar failPERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan pandemik COVID-19 akan berakhir dalam tempoh dua tahun.

Menurut Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Gheyreyesus, beliau percaya pakar mempunyai pengetahuan dan teknologi untuk menghentikannya.Beliau mengambil contoh virus ‘Spanish flu’ yang menular pada 1918 hingga megambil nyawa 50 juta orang.

Virus itu telah berjaya dikawal sepenuhnya selepas dua tahun.Namun, merujuk kepada COVID-19, beliau berpendirian, dengan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi, virus berkenaan lebih mudah tersebar.Bagaimanapun, Tedros mengakui, kemajuan teknologi membolehkan pakar mencari jalan penyelesaian lebih cepat.Ini juga dibantu dengan solidariti global.Angka pemergian akibat COVID-19 global setakat ini menghampiri 1 juta orang.-awani

Wuhan Dikatakan Punca Zoonotik Covid19. WHO Tampil Beri Penjelasan Akan Perihal Ini Agar Semua Maklum Dengan Maklumat Yang Diberi

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan, meskipun kluster pertama COVID-19 dikesan di Wuhan, China, tidak mustahil wabak akibat jangkitan haiwan ke manusia itu bukan berasal dari situ.Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Dr Michael Ryan, berkata satu kajian epidemiologi retrospektif yang luas perlu dijalankan untuk memahami sepenuhnya rantaian kes itu.

Beliau menegaskan, wujud keperluan untuk memulakan kajian terhadap kluster manusia yang pertama dilaporkan bagi menentukan bila berlaku pemindahan virus daripada haiwan kepada manusia sebelum meneruskan kajian terhadap haiwan.Menurut pakar WHO itu lagi, sekumpulan saintis WHO yang berada di China sebagai persediaan misi antarabangsa untuk mengesan sumber zoonatik COVID-19 sudah mengakhiri misi mereka baru-baru ini.

Kajian seterusnya akan dimulakan berdasarkan kajian awal yang dilakukan saintis China di sekitar pasar Wuhan.Ryan juga menjelaskan, WHO kini sedang bergerak ke hadapan bersama kumpulan saintis antarabangsa itu dan memastikan hak kepakaran akan ditetapkan sebelum bekerjasama dengan China dalam kajian dan tindakan seterusnya. – AFP-bh

COVID-19 adalah virus semula jadi – WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam menegaskan sekali lagi, COVID-19 adalah virus semula jadi selepas Presiden Donald Trump mendkwa beliau telah melihat bukti bahawa ia berasal daripada sebuah makmal di China. Saintis percaya virus itu menjangkiti manusia daripada haiwan, yang tercetus di China pada akhir tahun lalu, iaitu berkemungkinan dari sebuah pasar menjual binatang eksotik di Wuhan.

Kelmarin, Presiden Amerika Syarikat (AS) mendakwa beliau telah melihat bukti yang Institut Virologi Wuhan dikatakan adalah sumber sebenar wabak itu tetapi enggan memberikan butiran lebih terperinci.Ketika ditanya mengenai dakwaan Trump berkenaan pada sidang media maya, Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Kesihatan WHO, Michael Ryan, menegaskan bahawa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu telah berkali-kali mendengar penerangan maklumat daripada saintis yang mengkaji virus terbabit.

“Kami pasti virus itu adalah semula jadi,” katanya mengulangi semula pendirian yang dinyatakan WHO sebelum ini.Terdahulu, WHO semalam memaklumkan bahawa ia mahu dijemput untuk mengambil bahagian dalam siasatan China terhadap punca haiwan mencetuskan pandemik itu yang sudah mengambil lebih 230,000 nyawa di seluruh dunia.

Ryan menekankan, adalah penting untuk mengenal pasti ‘perumah’ semula jadi virus itu, sekali gus memahami bagaimana ia boleh berpindah kepada manusia.”Tujuan memahami perkara itu ialah supaya kita dapat melaksanakan langkah pencegahan dan kesihatan awam yang diperlukan bagi mengelakkan ia daripada berlaku lagi di mana-mana,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, pula terus menolak kritikan terhadap organisasi berkenaan, terutama oleh Trump yang menggantung pendanaan daripada Washington selepas mengatakan agensi PBB itu memandang remeh wabak itu pada peringkat awal dan berlebihan menghormati China.

Tedros menjelaskan, WHO telah mengeluarkan tahap amaran tertinggi dengan mengisytiharkan wabak itu sebagai ‘kecemasan kesihatan awam yang menjadi kebimbangan antarabangsa’ pada 30 Januari lalu ketika masih belum ada pemergian dan hanya 82 kes jangkitan dilaporkan di luar China.

“Kami tidak membuang masa langsung. Dunia mempunyai masa mencukupi untuk campur tangan,” katanya pada sesi taklimat, semalam.Kenyataan beliau itu menyusul selepas jawatankuasa kecemasan WHO mengadakan pertemuan untuk kali pertama sejak membuat perisytiharan, tiga bulan lalu.

“Sudah tentu, pandemik itu kekal menjadi kecemasan kesihatan awam serta kebimbangan antarabangsa,” kata Tedros selepas menerima cadangan daripada jawatan berkenaan yang terdiri daripada 19 pakar bebas.Sambil mengekalkan tahap amaran global, barisan pakar terbabit mengemukakan sejumlah cadangan umum mengenai bagaimana WHO dan negara di dunia harus bertindak balas kepada pandemik itu.

Antara lain, menyeru kerjasama meluas untuk mengenal pasti sumber zoonotik virus itu dan laluan pengenalannya terhadap populasi manusia.Selain itu, WHO diseru supaya mengemas kini cadangan mengenai langkah perjalanan yang sesuai berhubung wabak berkenaan, dan mempertimbangkan ‘keseimbangan antara manfaat dengan akibat tidak diingini’ seperti kesukaran menghantar bantuan kemanusiaan apabila banyak penerbangan tidak beroperasi. – AFP, bh

Kes Positif Seluruh Dunia Lebih 17 Juta. WHO Bongkarkan Impak Yang Akan Dirasai Oleh Penduduk Dunia Dan Bakal Dirasai Berdekad Lamanya

Kes koronavirus COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 17.77 juta sejak penularan bermula. Menurut data John Hopkins University, sebanyak tiga negara mencatatkan lebih satu juta kes iaitu Amerika Syarikat (4.6 juta), Brazil (2.7 juta) dan India (1.7 juta). Sebanyak 682,931 pemergian telah dicatatkan secara global dengan angka tertinggi melibatkan negara AS (154,320), Brazil (93,563) dan Mexico (46,688).

Negara permulaan penularan wabak, China pula mencatatkan 1,453 kes pada minggu lalu dengan 11 pemergian .Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan semalam berkata, kesan COVID-19 akan dirasai sehingga berdekad lamanya.“Pandemik ini merupakan krisis kesihatan sekali dalam seabad. Kesannya akan dapat dirasai berdekad akan datang,” kata Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom.

“Banyak negara yang percaya mereka telah melepasi fasa terburuk kini berg3lut dengan penularan baru.“Beberapa negara yang kurang terkesan pada minggu-minggu terawal kini menunjukkan peningkatan kes dan pemergian manakala negara yang mengalami penularan besar mula terkawal,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Sumber: John Hopkins University, WHO,siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *