Izreen Azminda terpaksa tebal muka jual apam sebab tiada job sejak terlibat kontroversi kahwin suami orang. Dia luah sesuatu ini lepas lama berdiam diri

artis

Izreen menerima sekitar 300-400 tempahan apam setiap hari. Meskipun semakin sibuk dengan bisnes menjual apam, pelakon Izreen Azminda berkata dia tidak pernah berhasrat untuk tinggalkan dunia lakonan. Sebaliknya menurut Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 35, dia hanya memanfaatkan kemahirannya membuat apam Sugar Butter Milk sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagi Izreen, dia tidak kisah dengan tanggapan orang luar terhadapnya malah akui seronok apabila perniagaan yang diusahakan itu mendapat hasil lumayan. Suami tak izinkan Izreen berlakon drama berepisod panjang kerana bimbang mengenai keadaan anak-anak. “Tak bermakna apabila dah berniaga, saya akan tinggalkan dunia lakonan. Apa salahnya ada bisnes sendiri sikit-sikit. Saya ada kelebihan buat apam, jadi saya teruskan sahaja.

“Saya mula berniaga dan buat kuih ini di rumah sejak PKP dan bagi saya, kalau jual apam pun, saya tak kacau duit orang. Saya pun dah tak rasa takut dengan apa orang kata (jual apam sebab tak ada job). “Jujurnya, apabila nampak duit masuk setiap hari, saya jadi seronok. Lagi seronok apabila saya penat di rumah, anak-anak membesar depan mata,” kata Izreen kepada mStar.

Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu

Menerusi laporan mStar pada 3 Ogos lalu, Izreen mengakui dia terpaksa menolak banyak tawaran berlakon drama yang memerlukan komitmen panjang kerana mahu mengutamakan keluarga dan perniagaanya. Menurut Izreen, suaminya iaitu Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid juga tidak membenarkan dia mengambil tawaran drama yang panjang kerana bimbang mengenai tanggungjawab menjaga anak-anak.

Dalam pada itu, Izreen memberitahu dia seronok menguruskan perniagaan jualan apam kerana setiap hari menerima tempahan melebihi 300 hingga 400 biji. Izreen bersama suami dan anak-anaknya. “Permintaan tinggi setiap hari, bukan saya nak bangga diri tapi memang betul. Setiap hari saya akan menerima 300 hingga 400 biji tempahan. Apabila pelanggan pertama kali tempah, mesti akan repeat beberapa kali.

“Setiap hari keuntungan boleh cecah sekitar RM1,000. Sebelum ini, saya buat seorang sahaja tapi sekarang ada seorang pembantu. “InsyaAllah kalau ada rezeki lebih bolehlah saya upah ramai pembantu dan mungkin akan kembangkan lagi perniagaan jualan apam,” ujarnya.

Izreen nafi rumah tangga bergolak

Pelakon, Izreen Azminda berang dengan kenyataan mengatakan rumah tangganya dengan suami, Ude Wahid sedang bergolak. Ini berikutan kelibat Izreen dan Ude kelihatan di mahkamah syariah, baru-baru ini. “Saya pergi mahkamah syariah untuk membayar denda kerana kami berkahwin di luar mahkamah. Kita tahulah proses mahkamah memang lama, jadi baru tahun ini mahkamah panggil kami.

“Disebabkan itu, jangan sewenang-wenangnya menabur kata negatif, siasat dahulu. Kepada blogger yang menyebar cerita, jangan jadi tidak cerdik, elok tanya sebelum sebar berita tidak sahih. “Saya berang sebab mereka langgar etika kewartawanan, tidak menemubual, bertanya dan pakai tulis sahaja. Saya dahulu belajar bidang kewartawanan, jadi saya faham kerja menulis ini,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, keluar artikel bertajuk ‘Muncul Di Mahkamah Syariah, Rumah Tangga Izreen Azminda Dilanda Badai?’ oleh sebuah portal hiburan apabila Izreen dan suaminya dilihat berkunjung ke mahkamah. Bagaimanapun, pelakon yang mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 itu tidak terkilan dengan berita yang tersebar kerana ia tidak memberikan kesan padanya.

“Saya tak terkilan kerana perkara ini tidak betul, saya pergi mahkamah untuk selesaikan denda. Kalau betul mungkin saya akan diam, tetapi apabila saya sudah lantang bersuara, maknanya tidak betul. “Warganet juga kena belajar lebih mendalam sebelum nak kata sesuatu pada orang, dekat mahkamah syariah bukan kes perpisahan sahaja, banyak kes lain turut dijalankan,” katanya.

Izreen berkata, dia sudah lali dengan tohmahan dan persepsi negatif sejak kontroversi perkahwinannya bersama Ude tercetus lagi. “Benda negatif memang sayang dengan saya. Boleh dikatakan saya sudah lali berdepan semua ini. Saya okay, tiada masalah lagi setakat ini. Alhamdulillah boleh atasi masalah dengan sokongan suami, keluarga dan rakan,” katanya.

Biarpun begitu, Izreen yang kini menjalankan perniagaan kuih apam, Sugar Butter Milk bersyukur kontroversi tidak menjejaskan perniagaannya, malah mampu mengutip lebih RM1,000 setiap hari. “Alhamdulillah, kontroversi tidak menjejaskan perniagaan. Sudah tiga tahun mestilah orang sudah boleh terima, tetapi saya tak rasa orang lupa kerana ada sahaja komen negatif dalam laman sosial saya. Namun, jumlahnya tidak banyak seperti dulu. Maknanya positif lagi banyak dari negatif.

“Permintaan apam pun tinggi setiap hari, bukan nak memuji diri tetapi saya menerima pesanan antara 300 hingga 400 biji setiap hari. Sehari jualan apam mencecah RM1,000,” katanya. Izreen mula mengusahakan perniagaan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berniat mengembangkannya apabila melihat permintaan positif dan tinggi daripada orang ramai.-Berita Harian

Aaron penyeri Izreen Azminda

Dramatis popular Izreen Azminda selamat melahirkan anak pertama daripada perkahwinan kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim Muhammad Radzi, di Hospital Seri Rampai Specialist, Sabtu lalu. Pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri popular Eksperimen Cinta itu turut berkongsi wajah Aaron di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Ketika dihubungi, Izreen berkongsi pengalamannya melahirkan Aaron yang mana mengalami sesuatu pada Jumaat lalu dan berlaku sedikit cecair merah. “Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama.

“Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg,” katanya. Menurut Izreen, suaminya yang juga pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude turut berada di sisinya. “Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana operasi terpaksa dijalankan akibat situasi tidak diduga.

“Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor operasi perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak,” katanya. Izreen dan Uda mendirikan rumah tangga pada Ogos 2017. Sebelum itu, Izreen bernikah dengan sutradara Muhamad Riza pada 2012 namun berpisah dua tahun kemudian. Hasil perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Adrian Umar.-My Metro

Izreen Azminda & Ude Wahid Mengaku Ke Mahkamah Syariah Untuk …

Pelakon Izreen Azminda mengakui dia bersama suami, Ude Wahid berada di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Selasa. Menjelaskan spekulasi rumah tangganya, kata Izreen perkahwinan mereka masih utuh. “Landa badai apa? Saya pergi uruskan denda yang dah bertahun baru mahkamah panggil semalam. “Elok je sister (saya) kat rumah dengan suami ni,” jelasnya menerusi entri di Instagram. Izreen tampil mengulas mengenai laporan sebuah portal hiburan tentang desas-desus kononnya rumah tangga mereka dilanda badai susulan keberadaan mereka di mahkamah syariah.-Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *