Baru aktif dengan perlumbaan kereta bersama Toyota. Ain Edruce terus terang bila ada saudara mara persoalkan tentang anak dan ini jawapan padu dari Ain sendiri

artis

KUALA LUMPUR – Tidak sampai tempoh setahun berumah tangga, pelakon dan pengacara Ain Edruce mengakui sering diasak persoalan mengenai cahaya mata oleh keluarga terdekat.Pemilik nama Nurulain Edrucce, 29, itu berkata, dia dan suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa, 27, bagaimana tidak pernah berasa tertekan setiap kali diajukan dengan soalan cepumas tersebut.

“Pada awalnya saya terfikir juga, memang normal ke orang baru kahwin terus ditanya pasal anak, sebab boleh tertekan juga kalau soalan sama ditanya berulang kali.“Tetapi jawapan saya mudah. Saya jawab, insya-Allah dan minta mereka doakan agar rezeki untuk menimang cahaya mata termakbul,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Immortal Songs baru-baru ini.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu memberitahu, dia juga tidak pernah menetap sebarang tempoh untuk menimang cahaya mata dan sentiasa bersedia untuk mendapat zuriat pada bila-bila masa.“Saya dan suami tak buat perancangan pun bila ingin timang cahaya mata tetapi kalau ada rezeki dalam masa terdekat, kami terima.

“Malah, sekarang pun saya aktif dengan perlumbaan kereta bersama Toyota GAZOO Racing, jadi risau juga kalau disahkan mengandung, takut akan membahayakan bayi dalam kandungan pula,” ujarnya.Terdahulu, Ain selamat bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember tahun lalu selepas enam bulan bertunang. – K! ONLINE

Suami Pandai Memasak. Warganet Mula Mempersoalkan Kehebatan Ain Di Dapur. Jawapan Akhir Ain Edruce Ini Akhirnya Membuat Warganet Terdiam

AIN bersama suaminya, Amirul. PENGACARA dan pelakon Ain Edruce, 28, mengaku dia tidak malu belajar memasak daripada suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, 27. Ain yang baharu tujuh bulan mendirikan rumah tangga dengan Amirul berkata suaminya tahu dia tidak mahir dengan kerja dapur terutama memasak seperti wanita lain. “Sebelum bernikah lagi, Amirul memang tahu saya tak pandai sangat memasak. Namun, ia bukan isu kerana saya boleh belajar. “Alhamdulillah, selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, saya guna peluang tak kerja dan duduk di rumah dengan belajar memasak bersama Amirul,” katanya kepada Harian Metro. Ain berkata suaminya yang juga ahli perniagaan sudi berkongsi resipi dan mengajarnya sehingga boleh memasak hidangan menu untuk mereka berdua. “Soal memasak ini, antara nak belajar dengan tidak sahaja. Saya gembira belajar memasak daripada suami berkaitan menu kegemarannya.

“Saya bukan isteri sempurna, tetapi di antara kami berusaha untuk saling melengkapi. Alhamdulillah, saya sedia memperbaiki kekurangan diri,” katanya. Menurut Ain lagi, dia dan suami kini semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan berumah tangga. Apapun, ujarnya dia bersyukur suaminya rajin dan sangat memahami. Ujar Ain, suaminya cekap mengurus diri sendiri. Malah, Amirul juga menyokong dia sepenuhnya dalam kerjaya. Katanya dia sangat bersyukur. Megulas soal cahaya mata, Ain berkata dia dan suami menyerahkan pada ketentuan Allah. Jelasnya, urusan zuriat adalah rezeki Allah yang tidak dirancang Kembali aktif mengacara, Ain kini sibuk menyiapkan rakaman program terbaharu, Immortal Song untuk TV3. Selain, dia juga akan ke set penggambaran sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) musim baru-hmetro

Ramai Persoal Transformasi Ketara Ain Edruce, Ini Jawapan Tuan Punya Badan!

Hos dan pelakon, Ain Edruce memberi penjelasan tentang perubahan fizikal ketara dalam foto transformasinya yang dikongsi baru-baru ini. Menurut Ain, sejak foto itu dikongsi, ramai yang mempersoalkan tentang transformasi dirinya itu. “Ramai tanya gambar transformasi tu berbeza sangat, contoh soalan : macam mana muka boleh kurus? Macam mana boleh putih?” tulis Ain di Twitter. Ain juga menjelaskan transformasi ketara dirinya itu adalah disebabkan senaman yang dilakukan secara berterusan. “Jawapan dia, WORK OUT. WORK OUT. WORK OUT,” tulisnya lagi. Perkongsian Ain itu kemudiannya mendapat perhatian dari wargamaya. Rata-rata warganet turut bersetuju dengan pendapat Ain dan percaya senaman berterusan mampu mencantikkan bentuk badan dan kulit wajah. Terdahulu, Ain ada berkongsi foto menunjukkan perbezaan dirinya dahulu dan sekarang bagi menyahut cabaran #untiltomorrow yang sedang menjadi tren di media sosial. Foto itu tular selepas mendapat lebih 100,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen.-gmpk

Kahwin enam bulan, Ain Edruce dkwa isteri mithali (VIDEO)

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Enam bulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon Ain Edruce kini mengakui bergelar isteri mithali. Ain, 27, berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga membuka ruang untuk mengenali suami Amirul Hafiz Mustaffa dengan lebih dekat. “Seperti semua tahu Ain baru kahwin, jadi bulan puasa lepas, saya sudah pandai masak dan jaga suami. Saya sudah menjadi isteri mithali. “Kalau ikut saya, banyak juga yang masak tidak jadi. Mereka yang mahu berikan resepi pun tidak mengapalah asyik tidak jadi saja tetapi saya bersyukur kerana mendapat suami yang pandai masak. “Jadi Amirul banyak ajar saya masak. Dia masak di dapur saya ikut. Tidak kiralah setakat cuci pinggan tetapi saya tengok macam mana dia masak,” katanya. Pelakon Jawatankuasa Kampung Kalut disatukan dengan Amirul, 26, yang juga seorang ahli perniagaan pada 13 Disember lepas-projrkmm

Warganet Mahu T4mpar Ain Edruce Kerana ‘Camelia’

Dalam masa yang sama rata-rata daripada mereka turut memuji lakonan Ain biarpun berasa g3ram dengan sikapnya di dalam drama itu. Masih segar diingatan kami mengenai rantaian drama Nur yang berjaya mencetvskan fenomena nya tersendiri. Malah ada penonton yang turut beremosi melihatkan beberapa adegan yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon di dalam drama tersebut. Drama Camelia Mula Beri Impak Kini, drama terbaharu berjudul Camelia juga tidak kurang hebatnya memberi impak sehingga membuatkan penonton beremosi menonton watak yang dilakonkan oleh Ain Edruce di dalam drama itu menerusi slot Drama Sangat, TV3. Dalam drama itu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce,29 memegang watak sebagai Marina yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik. Lakonan Ain Edruce Yang Menjadi  Baru sahaja memulakan ‘debut’ nya, namun lakonan menjadi daripada Ain membuatkan penonton begitu beremosi sehingga ada daripada mereka ingin men4mpar pelakon itu gara-gara ‘Marina’. Dalam masa yang sama rata-rata daripada mereka turut memuji lakonan Ain biarpun berasa g3ram dengan sikapnya di dalam drama itu. Selain Ain, drama Camelia turut dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Saharul Ridzwan, Datin Diana Danielle, Hafidz Roshdi, Lisdawati , Zarina Zainuddin dan ramai lagi.-gmpk

Tak Sangka JODOH Di Media S0sial & Lebih Muda

Kalau dah jodoh takkan ke mana. Tanggal 22 Jun 2019 menjadi detik bermakna buat Ain Edruce apabila dia selamat bergelar tunang kepada jejaka pilihan, Amirul Hafiz. Terbuka berkongsi wajah bakal suami sejak awal lagi… Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce disifatkan seorang selebriti yang mudah didekati dan terkenal dengan sikap ‘g1la-g1la’. Enggan menjalin ikatan pertunangan terlalu lama dan sedar akan dugaan sebaik bergelar tunangan orang, wanita cantik berusia 28 tahun ini tanpa berselindung menjelaskan telah melangsungkan perkahwinan bersama Amirul pada 13 Disember lepas. Di sebalik kemeriahan dan majlis pertunangan serba indah yang diadakan di kediaman keluarga Ain di Sentul, pelakon yang pada mulanya agak skeptikal apabila ada dalam kalangan rakan-rakan yang bertemu pasangan di alam maya dan lebih muda daripada mereka ini sama sekali tidak menyangka turut melalui perkara sama. “Sampai sekarang saya masih tak percaya bagaimana boleh berjumpa dengan seseorang yang saya cinta di laman sosial. Sebelum ini jika kawan yang bertemu pasangan di media sosial, saya akan menasihati mereka. Begitu juga jika pasangan itu lebih muda daripada usia mereka. Bagaimanapun, semua itu terjadi kepada saya apabila dapat Amirul yang lebih muda daripada saya. Saya tak rasa gemuruh untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sebaliknya lebih teruja. Saya pun sudah berusia 28 tahun, jadi memang masa yang sesuai untuk menamatkan zaman solo. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancer dan dipermudahkan segala urusan,” ujar Ain.

Anggun mengenakan persalinan rona pastel ilham Wanpa, Ain turut menerima sebentuk cincin dan sembilan dulang hantaran berbalas 11. Dianggarkan seramai 200 tetamu hadir memeriahkan majlis. Menurut Ain, dia mula mengenali Amirul tahun lalu apabila tunangnya itu menghantar mesej peribadi di media sosial miliknya sebelum hubungan mereka jadi semakin serius. Ikut perancangan, Ain pernah memaklumkan akan berkahwin pada Februari depan namun ketika majlis pertunangan lalu… kedua-dua keluarga sepakat untuk mempercepat tarikh perkahwinan. “Saya rasa tiada sebab untuk saya melambat-lambatkan benda yang baik dan mahu melakukannya tahun depan. Lagipun, apa yang saya buat ini elok, jadi saya nak ia dilakukan tahun ini. Tambahan pula orang cakap bertunang ini banyak dugaan jadi hasil perbincangan kedua-dua pihak kami sepakat memilih 13 Disember. Malah keluarga juga berharap kami dapat disatukan secepat mungkin selepas majlis pertunangan ini.

Sumber: Harian Metro -Kredit foto: Instagram Ain Edruce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *