Tular Mira Filzah pakai sari sampai raih perhatian warganet. Kini Ernie cabar diri sekiranya dia memakai baju sari untuk majlis perkahwinannya

artis

CIAPAN penyanyi Ernie Zakri di Twitter yang berseloroh mahu membuat tema Bollywood pada majlis perkahwinannya dengan Syamel nanti menimbulkan perdebatan pengguna laman sosial itu. Menerusi ciapan itu, Ernie turut menyatakan jika tema itu bakal membuatkan segelintir individu tidak berpuas hati.

Ia susulan pelakon Mira Filzah ‘dikritik’ pengguna laman sosial itu kerana menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga bagi konsep penggambaran produk kanta lekap. Ernie berkata, perkara itu tidak sepatutnya dirumitkan yang tidak pernah timbul sebelum ini.

“Jika nanti saya buat tema Bollywood untuk majlis perkahwinan, ada yang marah tak? Takut digelar ‘cultural appr0priation’.”Persoalan saya, kenapa harus merumitkan perkara yang tidak wujud sebelum ini? Saya tanya saja mengenai tema Bollywood itu, bukan pasti nak buat,” katanya.

Terdahulu, dalam laporan Harian Metro, Mira mengakui tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya dalam persalinan Lehenga seperti yang dimuat naik di Instagram.Mira berkata, tema itu adalah satu daripada konsep penggambaran produk kanta lekap selain ia adalah keinginannya sendiri selaku penggemar filem dan lagu Bollywood.Disebabkan itu, Mira memohon maaf jika perkara itu melukai mana-mana pihak.-mymetro

Dipandang sinis kaum India kerana terlalu obses akan budaya Bollywood hingga sanggup pakai pakaian tradisional buat mereka tak keruan. Mira Filzah respon sesuatu yang sukar dijangka ini pada umum cetus sensasi

Pelakon Mira Filzah tampil membuat permohonan maaf terbuka berhubung isu yang sedang tular mengenai ‘cultural appropriation’ seperti yang dikatakan oleh pengguna di Twitter. Jelas Mira, dia tidak berniat untuk menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga. “Saya memilih Bollywood sebab saya memang peminat setia filem dan lagu Hindustan, dalam hati teringin nak memakai pakaian Bollywood dan bila ada peluang sebegini saya terus lakukan dan tidak terfikir untuk menimbulkan sebarang isu,” katanya.

Terdahulu, seorang pengguna di Twitter melabelkan Mira sebagai ‘cultural appropriation queen’ hingga mencetuskan ketegangan. “Cultural appropriation queen must feel nice to profit off our culture,” ciap pengguna terbabit. Dalam masa sama, Mira Filzah berpendapat Malaysia mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, lalu perkara itu tidak mendatangkan sebarang masalah jika rakyat negara ini mencuba pakaian kaum lain. Bagaimananapun, enggan mengguris hati mana-mana pihak, Mira dengan rendah diri memohon jika ada yang kurang senang dengan tindakannya itu.

“Saya tiada niat untuk meraih keuntungan peribadi daripada budaya India, saya cuma peminat fanatik Bollywood dan saya mohon maaf sekiranya anda menganggap perlakuan saya salah. “Saya menghormati dan menghargai budaya anda,” tambahnya. Gambarnya memakai pakaian tersebut adalah untuk penggambaran produk kanta lekap yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Mira Filzah Minta Maaf Pakai Sari

Pelakon Mira Filzah antara selebriti yang sering berkongsi video dan foto di media sosial. Bukan itu saja, dia juga gemar menggayakan pelbagai busana kebudayaan beserta assesori lengkap. Terbaru, penggayaan busana penuh sari lehenga yang dikenakan Mira Filzah ‘ditegur’ individu bangsa India.Teguran tersebut mendakwa Mira Filzah berbusana sari lehenga untuk mendapatkan keuntungan. Bagaimanapun, pelakon itu dilihat memohon maaf kepada individu tersebut di atas ‘teguran’ yang diberikan.

Tidak niat mengasingkan budaya

Teguran yang disampaikan individu berbangsa India ini adalah tidak berniat untuk mengasingkan budaya. Tidak menjadi masalah untuk mana-mana individu mengayakan busana India selagi tidak menggunakannya bagi mendapatkan keuntungan sendiri.

‘Saya minta maaf’

Mira Filzah menerusi laman Twitter miliknya memberi respon terhadap tweet berkenaan dengan memohon maaf sekiranya dia telah melakukan kesalahan. Dia mengakui dibesarkan dengan filem dan lagu-lagu Bollywood dan meminati  sejak kecil lagi. Bukan itu sahaja, dia juga mampu untuk ingat semua lirik lagu Bollywood tanpa bantuan di internet.

Tambahan, dia juga mempunyai angan-angan untuk memakai kelengkapan busana penuh sari lehenga seperti Madhuri Dixit dan Aishwarya Rai.Sejak dia ditawarkan penggambaran bagi produk kanta lekap, dia sudah terbayangkan sepasang mata Aishwarya Rai dan mencadangkan tema Bollywood sebagai konsep.

‘Saya sangat teruja dapat pakai set lehenga’

Bagaimanapun, dia sangat teruja dapat memakai busana lengkap lehenga beserta assesori untuk penggambaran tersebut. Tambahan, dia tidak berniat untuk mendapatkan keuntungan dari mempromosikan budaya India.Mira Filzah sekali lagi memohon maaf sekiranya tindakan tersebut adalah salah. Dia menghormati dan mencintai budaya India.

Hormati dan cintai budaya kami

Setelah Mira Filzah memberi penjelasan mengenai pemilihan busana India dalam satu projek yang telah dijalankan, individu tersebut sekali lagi memberi respon terhadap kenyataan pelakon itu.

Individu ini bagaimanapun berterima kasih atas permohonan maaf dari Mira Filzah dan mengerti pelakon itu tidak mempunyai sebarang niat buruk. Dia juga meminta maaf sekiranya tweet sebelum ini menimbulkan kebencian.

Malah, dia turut mencadangkan supaya mengambil beberapa orang model berbangsa India untuk projek yang akan datang dan mengetengahkan budaya India. Atau boleh mendapatkan busana dari kedai-kedai milik India.Sumber: Mira Filzah

Mira Filzah dah bertunang

Pelakon popular Mira Filzah mengesahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Bagaimanapun, Mira ketika ditemui enggan dedahkan secara terperinci mengenai pertunangannya itu. “Status sekarang dah bertunang,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran platform digital Nurflix di Bukit Jelutong, Shah Alam, hari ini.

Mira juga tidak menafikan mengenai persiapan majlis perkahwinannya yang dikatakan bakal berlangsung Oktober ini. “Saya dah bersedia (untuk berkahwin) dan kini sedang dalam fasa ‘on-going’ (persediaan). Kalau berapa peratus persediaan yang sudah dilakukan, saya tak dapat jawab kerana masih di peringkat awal,” katanya. Menurut pelakon filem Sangkar ini, dia akan maklumkan kepada media sekiranya semuanya berjalan dengan lancar.

“Insya-Allah, memandangkan kerajaan pun sudah membenarkan jumlah tetamu untuk majlis perkahwinan adalah 250 orang, tentunya saya akan sediakan tempat untuk rakan-rakan media. Apa-apa pun, saya akan maklumkan sekiranya semuanya sudah siap sedia,” katanya. Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai desas desus hubungan Mira dan Emir yang dikukuhkan lagi apabila adiknya, Aina Fadhilah memanggil Emir dengan gelaran BIL (brother in law) atau abang ipar. Terbaru, Mira bakal muncul dalam program terbaru Nurflix, berjudul Mira Mira On The Wall dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Hati Mira Filzah sudah dimiliki

Aktres dan pengacara, Mira Filzah akhirnya dedahkan sudah mempunyai teman lelaki dan secara tidak langsung menjawab persoalan mengenai status dirinya. Program Bual Bicara Santai dikendalikan Ustazah Asma’ Harun secara langsung di Facebook mendedahkan dia dan keluarga sebelah lelaki sudah bertemu antara satu sama lain. “Iya, Dah berpunya! Bertunang? Kiranya sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga,” jawab Mira.

Mira menjadi tetamu FB Live Bual Bicara Santai dikendalikan Ustazah Asma’ semalam. Pendedahan itu dibuat ketika Mira menjawab soalan Ustazah Asma’ mengenai teman lelaki dan ‘pertunangan’ ketika menjadi tetamu FB Live yang bermula jam 11 pagi semalam. Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menjelaskan dalam agama Islam persetujuan antara kedua-dua belah keluarga adalah tanda ikatan pertunangan.

“Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunanglah tu. Dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi. “Insya-ALLAH, kita doakan ALLAH mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga. Kita sama-sama doakan,” kata Ustazah Asma’.Terdahulu, Mira dan jejaka pilihannya, Wan Emir Astar yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *