Tak jaga suami walaupun suami berada di hospital. Ini penjelasan Shakilla Khoriri bila dibahaskan isu tersebut dan harap semua maklum dengan keadaannya

artis

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shakilla Khoriri, 31, sedih tidak dapat menemani suami yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali yang terlantar di hospital akibat demam disebabkan benjoln di peha. Shakilla atau nama sebenarnya, Nurul Shakilla Mohd Khoriri berkata, dia bukanlah sengaja mengetepikan suami, tetapi tidak dapat pulang kerana menjalani penggambaran di Melaka, malah jadual terlalu padat.

“Bohonglah jika saya tak risau dan sedih apabila tiada di sisi suami ketika sedang sakit. Tetapi, sekiranya saya pulang akan menyusahkan pihak produksi memandangkan sedang menyiapkan drama 26 episod.”Hati mer0nta-r0nta mahu pulang, tetapi tak boleh kerana setiap hari ada penggambaran. Jika pulang, saya akan ganggu jadual barisan pelakon lain.

“Mahu atau tidak, saya perlu kuatkan diri dan berdoa Fizi cepat sembuh. Bukan Fizi sahaja, saya turut risaukan anak, Ameena Sofia. Dia tidak mempunyai saya dan bapa menjaganya saat ini. Mujurlah, ada ibu yang menjaga anak,” katanya kepada BH Online.

Shakilla berkata, mengikut perancangan awal, Ameena dan ibu mengikutnya ke Melaka bagi menjalani penggambaran drama. Bagaimanapun, lokasi kurang bersesuaian untuk kanak-kanak dan orang tua, jadi dia terpaksa membatalkan hasrat membawa mereka.

Ekoran itu, Shakilla berharap penggambaran drama terbitan RTM berjudul Teratak Cinta itu dapat diselesaikan mengikut masa iaitu hingga hujung bulan ini supaya dia segera pulang bertemu suami dan anaknya.”Saya perlu kuat dan fokus dengan penggambaran supaya tidak memberi kesan pada kerjaya. Saya pun bukan baru dalam dunia lakonan, sudah 18 tahun bergelar pelakon. Jadi, saya perlu pandai mengawal emosi.

“Apa pun saya buat, saya tetap fikirkan anak dan suami. Insya-Allah, semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan cahaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia setahun.-bharian

Tergamak Shakilla Khoriri tinggalkan anak pada suami demi satu perkara ini serta dia juga nekad lakukan perkara di luar jangkaan pada industri hiburan jadi buah mulut ramai

Pelakon Shakilla Khoriri, 31, menyatakan dia belum bersedia tinggalkan bidang lakonan untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa. Menurut Shakilla, dia sayang dengan karier seni yang dibina sejak tahun 2009. “Ini masa yang paling aku tak suka. Tak ada lagi pulang balik rumah sebab rindu nak jumpa Ameena. “Semalam dapat luang masa sehari suntuk dengan Ameena. Alhamdulillah. Hari ni aku rasa cukup lah kot untuk lepas rindu 16 hari aku shooting kat Melaka tu. “Walaupun aku tahu esok lusa jiwa dan hati aku akan lebih kuat. Tapi takda pilihan.”Kerja yang aku buat sekarang ni juga separuh dari kehidupan yang aku belum sedia nak tinggalkan dan tak pernah ada niat untuk tinggalkan sebab jiwa dan hati aku masih sayang,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, isteri kepada penyampai radio Fizi Ali berharap agar anak perempuannya, Ameena Sofia faham akan perkara yang berat yang dilakukannya. “Cinta yang satu ni cukup hebat. Sekuat-kuat aku menahan rasa rindu tapi kali ni dengan budak ni aku awal-awal dah rasa tidak berjaya. Sakitnya Tuhan je tau. “Maafkan saya ameena sofia_ , saya sayang awak dengan sepenuh hati. Lebih dari segalanya. “Nanti dah besar harap awak scroll gambar-gambar ni dan tolong baca. Buat kapsyen ni pun jantung aku dah sebak seakan akan sesuatu yang telah terjadi.

“Aku rasa perasaan aku dah merangkak nak cari kekuatan untuk tinggal buah hati aku.  “Walaupun aku tahu Ameena akan dijaga sebaik mungkin oleh Daddy dan ibu bapa aku tapi maaf cakap, aku tetap rasa aku yang terbaik. Maaf. Bagi peluang lah aku kan mak dia,” tulisnya lagi. Sebelum ini, Shakilla meluahkan rasa sedih selepas terpaksa tinggalkan anak perempuannya, Ameena Sofia disebabkan memenuhi keinginan kerja di Melaka. Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Anak Menangis 3 Hari Tak Berhenti, Fizi Ali & Shakilla Khoriri Serik Beri Untuk Anak Disentuh

Penyampai radio Suria, Fizi Ali dedahkan anaknya, Ameena Sofia pernah tiga hari menangis tidak berhenti selepas disentuh oleh seorang wanita tidak dikenali baru-baru ini. Menurut Fizi, mereka didatangi wanita yang memberitahu teruja untuk berjumpa bayinya dan tiba-tiba menyentuh wajah Ameena dengan cara yang agak pelik dan meragukan. “Satu hari itu, kami didatangi seorang wanita yang tidak dikenali selepas kami keluar dari sebuah restoran. “Wanita itu memberitahu sudah lama hendak berjumpa dengan anak kami dan secara tiba-tiba dia menyentuh dan menyapu muka Ameena dengan cara agak aneh.

“Ketika itu, kami hanya mampu melihat dan tidak dapat melarang perbuatannya kerana ia berlaku dengan cepat. “Sebaik sahaja kami berlalu dari situ, Ameena menangis dengan kuat dan tanpa henti. Bayangkan selama tiga hari dia menangis begitu dan hanya berhenti bila tidur sahaja. “Kami tidak berani untuk berkata apa-apa tetapi Ameena menangis ketakutan selepas kejadian tersebut,” katanya kepada Gempak. Fizi ditemui bersama isterinya, Shakilla Khoriri serta anaknya yang berusia dua bulan itu di majlis berbuka Suria baru-baru ini.

Sementara itu, Shakilla memberitahu dia dan Fizi lebih berhati-hati untuk memberi anaknya disentuh atau diambil sesiapa, lebih-lebih lagi di musim perayaan ini. “Kami jadi panik selepas kejadian itu dan lebih berhati-hati terutama bagi sesiapa sahaja mahu sentuh atau ambil Ameena. “Lagipun dia masih kecil dan mudah terkena pelbagai sakit dan saya harap orang luar terutama tetamu di hari raya memahaminya,” katanya lagi. Shakilla dan Fizi mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. 

Dalam hati tidak terdetik untuk terima Fizi Ali – Shakilla Khoriri

Pelakon  Shakilla Khoriri berkongsi detik permulaan hubungan dia dengan suaminya yang merupakan penyampai radio Suria iaitu Fizi Ali. Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 30, berkata dia melihat kesungguhan Fizi yang sanggup melakukan apa sahaja untuknya. Menurutnya, ketika itu dia tidak terfikir untuk menerima Fizi dan mahu bebas daripada menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. “Aku syak masa ni dia gigih tengah ‘usha’ aku dan sanggup untuk buat apa pun supaya aku cair ibarat mentega dipanaskan.

“Dalam hati tak terdetik untuk terima dia sebab aku dalam mood ‘mencari’ dan melihat sekeliling. Atau mungkin lebih tepat aku nak bebas dulu dari apa-apa hubungan,” katanya. Shakilla turut memuat naik foto pertama yang diambil menggunakan telefon pintar Fizi pada malam selepas melihat bunga api sempena kemerdekaan pada 31 Ogos 2015 di laman Instagramnya. Kata Shakilla, dia terkejut apabila Fizi memuat naik foto tersebut di laman sosial namun beranggapan suaminya baru putus cinta. “Masa ni tengah malam lepas beberapa minit habisnya bunga api kemerdekaan tahun tu. Aku saja ambil telefon dia ambil gambar sebab aku rasa cantik bila muka aku besar terpampang. “Mengejutkan dia muat naik dekat Instagram dia dengan kapsyen ‘KAMI’. Dalam hati aku, eceh… ceh… Aku buat biasa dan syak dia saja buat macam tu memandangkan dia pun baru putus bercinta,” ujarnya.

Pasangan ini bakal menyambut cahaya mata pertama pada Februari. Namun, pelakon drama Air Mata Di Bumi Matador ini akhirnya memberi peluang selepas melihat ada sesuatu yang istimewa dalam diri Fizi yang sentiasa berusaha untuknya. “Selepas saat tu lebih banyak usaha dan lebih banyak perkara-perkara yang dia buat untuk aku sampai satu ketika aku rasa ada sesuatu istimewa dalam diri dia yang patut aku bagi peluang. “Dan bermula kisah yang rasanya terlalu panjang untuk diceritakan. Pahit, manis, ketawa, menangis yang aku lalui dengan dia sebagai kawan sebelum aku betul-betul terima dia dalam hidup aku,” ujarnya. Shakilla dan Fizi atau Muhd Hafizudin Alimudin, 29, berkahwin pada 18 Februari 2018 dan mereka bakal menimang cahaya mata pertama pada Februari depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *