Dikatakan menyebelahi satu pihak ini. Abby Abadi beri penjelasan lanjut ekoram tular kisah usahawan kosmetik ini dan harap semua maklum dengan pendapatnya

artis

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian seorang pengunjung resort milik Datuk Seri Aliiff Syukri yang dikatakan kotor dan tidak selamat untuk didiami. Individu itu mengatakan menerima ugtn selepas mengkritik tempat penginapan Sugeh Hill Resort.

Tidak hanya berdiam diri, Aliff dilihat memuat naik rakaman litar tertutup CCTV memaparkan kelakuan pengunjung itu yang tidak menjaga etika.  Malah, Aliff turut menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku serta menjawab dakwaan pengunjung itu.

Susulan itu, ramai warganet kritik Aliff yang sepatutnya memohon maaf dan memperbaiki mutu perkhidmatan di resort tersebut serta tidak berterusan mencari kesalahan pengunjung. Perkara itu turut mendapat reaksi daripada pelakon Abby Abadi yang berkongsikan video yang dimuat naik oleh Aliff Syukri. Bagaimanapun, warganet mengatakan pelakon itu seolah menyokong usahawan berkenaan.

Abby turut mempertikaikan pengunjung berkenaan yang menularkan isu itu hingga kelihatan seperti nak menjatuhkan perniagaan orang. Turut mengulas mengenai dkwaan pengunjung itu yang terjumpa lipas dalam peti ais, Abby berkata peti ais rumah sendiri pun kadang-kadang ada lipas dan ia bukan sesuatu yang pelik.Bagaimanapun di ruangan komen, Abby menjelaskan bahawa dia hanya berkongsi pendapat tentang sikap sesetengah pelanggan dan bukannya menyokong mana-mana pihak.  Apa pun diharap isu itu akan diselesaikan dengan baik.-rotikaya

Mengejutkan Lepas 5 Tahun Dengan Abby Abadi Tiba Tiba Suami Luah Rasa Kecewa Bila Di Saat Sambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 5. Rupanya Ini Punca Buat Warganet Terkedu.

BAKAL menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 pada Ogos depan, suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria meluahkan rasa cinta terhadap isterinya di laman Instagram.Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai berkata biarpun dia masih gagal menjadi seorang suami yang terbaik namun Abby sentiasa memberikan kasih sayang kepadanya tanpa jemu.

KECEWA KERANA GAGAL MENJADI SUAMI YANG TERBAIK BUAT ABBY ABADI“Lima tahun kita membina mahligai ini sayang. Menangis disaat ini, kala jari jemari menitip kata-kata untukmu. Selama lima tahun ini la aku sentiasa bersyukur dengan nikmat dan amanah yang Allah berikan padaku.

“Kasi sayang yang tak pernah luntur. Sayang, lima tahun… maaf diri ini masih gagal menjadi suamimu yang terbaik. Diri ini masih terasa belum sempurna, malah masih banyak kekurangan. Maaf ya sayang. “Namun, kau terlalu sempurna untukku. Sikap kasih sayangmu sentiasa menebal dalam dirimu. Kesabaranmu menghadapi liku-liku kehidupan tanpa keluhan. Kau tabah hadapi segalanya.

“Walaupun ada kalanya kau dihimpit keresahan namun itu tidak menudarkan kasih sayangmu pada diri ini. Sayang maafkan diri ini, atas segala kekurangan dan adakalanya membebankan hidupmu,” katanya. Jai turut memuat naik video kenangan manis mereka bersama yang disuntingnya sendiri di laman sosial.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan doa warganet untuk pasangan itu sentiasa dilindungi Allah dan kekal bahagia hingga ke Jannah. Pasangan itu berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak, Muhmammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun pergi selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal , Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, mereka mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Dalam pada itu, Jai turut mengakui tidak dapat menahan air mata daripada mengalir ketika memikirkan dirinya tidak sempurna sebagai ketua keluarga.

“Aku menangis bila fikirkan diri ini yang serba kekurangan tapi kau masih menyayangi diri ini sepenuh hatimu… tidak ada sebarang keluhan dari mu. Kau tetap tersenyum manis,” ujarnya. Sebelum ini BAYI pramatang pasangan Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal disahkan pergi menghadap illahi

Bayi yang diberi nama Muhammad Danial Firman atau Baby D itu dilahirkan dengan berat 535 gram pada 27 September tahun lalu. Apa yang menyedihkan ialah Abby dan suami kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah sejak 5 Disember lalu.

“Kali terakhir jumpa Baby D iaitu sebelum kami pergi menunaikan umrah. Maafkan Mama dan Abah sayang. Tarik kami masuk syurga nanti ya sayang. “Urusan akan disempurnakan hari ini oleh keluarga,” katanya. Sementara itu, suami Abby di Instagram berkata, dia reda dengan ketentuan Allah SWT. “Hari kedua kami di Makkah, Baby D tinggalkan kami. Allah pinjamkan dia sekejap sahaja

Sumber : MSTAR ONLINE

Pilih kasih gara gara jarang muat naik foto ank perempuan sorang lagi. Akhirnya Abby Abadi tampil buka mulut beri respon padu buat warganet terkedu.

GARA-GARA kerap memuat naik foto anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim di laman Instagram miliknya, pelakon Abby Abadi dianggap sebagai ibu yang pilih kasih. Menjawab dakwaan tersebut, Abby, 43, menjelaskan dia banyak berkongsi foto Dania berikutan ulang tahun kelahiran anaknya itu yang ke-15 pada Ahad lalu.

Menurut pemilik Arbaiyah Abdul Manan, anak ketiganya iaitu Maria Dania Hakim tidak gemar untuk bergaya di hadapan kamera. “Ada yang kata, kenapa asyik keluarkan gambar Dania saja, yang seorang lagi tu kenapa tak keluarkan. Saya tahu dia maksudkan baby besar saya tu

“Satunya, dah hari ini kebetulan hari lahir Dania, jadi banyaklah gambar dia. Hehe. Lepas itu baby Danisha saya tu tak suka bergambar, tak nak dia posing macam kakaknya ni. “Karakter berbeza. Tapi kalau setakat mengusik, bli yang kecil Daiyan, Dayana dan Darda itu dialah orangnya ya,” kata Abby.

Pelakon drama Gerak Khas itu menjelaskan perkara itu di laman Instagram miliknya selepas ada warganet mempertikaikan tindakannya tersebut. Saya mama yang adil dan saksama ya. Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 namun berpisah pada 18 Disember 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15 dan Maria Danisha Hakim, 12. Dalam pada itu, Abby memberitahu dia sentiasa melayan kesemua anak-anaknya secara sama rata. “Tu menyorok-yorok photobomb macam itu, itulah dia. Tapi suruh posing tak mahunya. Tak ada saya lebihkan Dania. Semua anak sama rata saja saya layan.

“Yang komen tu, cara dia macam tak puas hati saja. Padan muka pun dah kena block. “Jadi yang tak faham-faham tu tolonglah ya… Tak ada pun. Saya mama yang adil dan saksama ya. Sekian,” ujarnya. Abby mendirikan rumah tangga dengan Jaiezzanny pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai tiga orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Rupanya nak beranak lagi patutlah susah nak lepaskan barang ank. Abby muat naik foto ank baru buat warganet teruja.

Pelakon Abby Abadi memberi bayangan yang dia sedang mengambil seorang anak angkat yang baru lahir untuk dijaga. Bayi yang tidak didedahkan jantinannya itu dibawa baik ke rumahnya sejak semalam. “Assalamualaikum. Morning. Salam Corona. Mama berpantang Day 1

“Patut macam payah je nak lepaskan barangan baby dalam rumah ni, rupanya nak beranak lagi hihi…Kan Abah (suaminya),” tulisnya. Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video bayi tersebut yang berada di rumahnya. Pun begitu, Abby memberitahu suaminya, Faizal Zakaria meluahkan rasa bimbang jika mereka tidak dapat menanggung perbelanjaan membesarkan bayi tersebut.

“Abah risau tak tertanggung baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi.. “Tapi sahabat-sahabat disini, kalau suatu masa nanti saya susah, boleh tolong jugakkan kumpul sorang rm10? hehee..,” katanya lagi. Abby juga memberitahu dia akan memberi nama lengkap bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya nanti.

“Hari ketujuh nanti saya beritahu nama dia ya. Buat sementara ni kita panggil dia ‘Baby Lockdown’ dulu hihihi,” tambahnya. Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 telah dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun hanya hidup selama 70 hari.

Bagaimana pun pasangan itu mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih. Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *