Terkejut bila tengok ada ular tumpang dekat kereta. Pelik tiba tiba ada warganet yang kaitkan ular dengan benda mistik. Rupa rupanya ini punca.

artis

Terkejut bila tengok ada ular tumpang dalam kereta. Pelik tiba tib ada watganet yang kain kan ular dengan benda ini.

SIAPA saja yang tak panik kalau nampak ular melintas di depan mata? Lagi kelam kabut sekiranya seseorang sedang memandu. Silap-silap hari bulan, boleh terbabas dibuatnya gara-gara terkejut melihat ‘tetamu yang tak diundang’ itu.

Begitulah situasi yang dialami penceramah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias. Berkongsi detik-detik cemas itu menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Kazim berkata haiwan berkenaan muncul di hadapan cermin kenderaan yang dinaikinya. “Ingatkan tali apa dok melenggok-lenggok depan cermin. Sekali dia dongak rupa-rupanya ular… adoi. Alhamdulillah sib (nasib) baik tak panik,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Enggan mengambil risiko yang mungkin membahayakan keselamatan, beliau mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pasukan bomba bagi mengeluarkan reptilia berkenaan. Bagaimanapun, usaha pencarian itu tidak berhasil menemukan haiwan berkenaan di dalam kenderaan yang dinaikinya.

“Terima kasih kepada abang-abang bomba yang datang membantu tadi. Masalahnya ular tu tak dijumpai. Nak sambung perjalanan pun naik gayat ni. Buatnya dia keluar kut (ikut) lubang air-cond ke, bawah kaki ke. “Dah la jenis penakut ke ular. Sakit jantung ni. Apa pun terima kasih pasukan bomba dan penyelamat yang datang tadi,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut menarik perhatian warganet yang rata-ratanya berkongsi pengalaman berdepan dengan haiwan yang sama ketika berada di dalam kenderaan. Bagaimanapun di sebalik komen yang mendoakan keselamatan perjalanan Ustaz Kazim, ada juga segelintir warganet yang mengaitkan situasi tersebut dengan unsur mistik dan meminta penceramah terkenal itu berhati-hati.

“Assalamualaikum ustaz, hati-hati. Kadang ada yang menghantar supaya kita bawa kereta dalam keadaan berbahaya. Semoga dijauhkan semua yang jahat merupakan mainan iblis,” komen seorang warganet. “Bila baca posting ustaz ni teringat satu ceramah ustaz yang saya dengar tentang jelmaan jin. Entah kenapa naluri saya ke arah itu. Baca je apa-apa yang patut ya ustaz. Mintak ia pergi,” komen yang lain pula.

“Semoga niat buruk dari orang yang sampaikan ke ustaz kembali kepadanya semula. Jika itu benar ular, jumpailah Ya Allah. Semoga dipermudahkan urusan ustaz,” komen seorang lagi warganet. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : MSTAR ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Terpaksa dikejarkan ke hospital. Kini Ustaz Kazim berada di hospital. Mengejutkan rupa rupanya ini punca Ustaz Kazim masuk hospital.

Terdahulu, ramai yang sedia maklum mengenai tahap kesihatan penceramah terkenal, Dato’ Ustaz Kazim Elias, yang tidak menentu dan sering kali terpaksa dikejarkan ke hospital. Dalam perkongsia di Facebook Ustaz Kazim baru-baru ini, memaparkan penceramah itu kini berada di hospital untuk menjalani proses angiogram.

Ustaz Kazim mahu kenal pasti penyakit

Proses angiogram merupakan prosedur yang dilakukan dengan bantuan sinar-X untuk memperlihatkan salur cairan merah arteri dan vena bagi mengenal pasti punca penyakit beliau. Ia digunakan untuk mendiagnosa salur darah pada kawasan badan yang merangkumi otak,leher, jantung, paru-paru, abdomen, ginjal, pelvis, tangan dan kaki. Malah berita itu juga dikongsikan rakan dakwahnya, Ustaz Haslin Baharim, meminta agar orang ramai menitipkan doa agar urusan Ustaz Kazim dipermudahkan.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut serta kenalan Ustaz Kazim, mendoakan agar segalanya berjalan lancar dan berharap agar pendakwah kesayangan ramai itu diberi kesembuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Dato’ Ustaz Kazim Elias

‘Semoga Ustaz Kazim segera sembuh’

PENCERAMAH bebas, Datuk Mohd Kazim Elias selesai menjalani prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound sebaik dimasukkan ke hospital hari ini. Pegawai Khasnya, Jasmin Mastan berkata, penceramah itu dimasukkan semula ke wad di hospital swasta di Ipoh tengah hari ini bagi membuat pemeriksaan lanjut.

“Perkembangan terkini sekarang, beliau sudah pun selesai menjalani dua prosedur iaitu MRI dan Ultrasound. “Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor tentang apa sebenarnya masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau,” katanya ketika dihubungi di Ipoh hari ini.

Jasmin berkata, pihaknya mewakili Mohd Kazim dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan. “Saya dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan yang baik diberikan kepada beliau,” katanya.

Sebelum ini NSTP melaporkan, Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat. Pembantu Peribadinya dilaporkan berkata, penceramah itu dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh, 2.30 petang

kelmarin untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut sejak dua minggu lalu. Terdahulu, Mohd Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya sebelum ini memuat naik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *