Nak sangat pakai tudung tapi takut tak dapat job. NoorKhiriah imbas kenangan ketika hendak bertudung. Rupanya sampai macam ni sekali dia pernah terfikir.

artis

Pelakon Noorkhiriah mendedahkan dia pernah memberitahu seseorang yang dia bimbang untuk mula-mula berhijab kerana takut hilang pekerjaan dan kerjayanya sebagai pelakon. Menurut Noorkhiriah ketika 10 tahun lalu, dia seperti tidak yakin dengan rezeki Allah.

Pelakon Nur itu mendedahkan mesej pesanan ringkas mengenai kembimbangannya itu di akaun Instagram miliknya. “Nak berair ari mata rasanya, Nor (nama panggilannya) nak sangat dah bertudung sebenarnya cuma takut tak ada rezeki lepas ni. Nor tak yakin,” tulisnya 10 tahun lalu.

Norkhiriah menerusi entri tersebut turut memberi tahu akhirnya dia etap dengan keputusan untuk bertudung tanpa berfikir panjang. “MasyaAllah dia simpan lagi mesej ni. Sembilan atau10 tahun punya mesej. Punyalah takut mula-mula nak berhijab ,ni namanya tak yakin dengan rezeki Allah..

“Akhirnya saya gamble je dik. Allah tutup 1 jalan, 10 jalan Allah buka.. Alhamdulilah hidup sampai sekarang walaupun dalam poket ada RM10..Salam Maal Hijrah…,” katanya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terinsipirasi dengan kisahnya berhijrah.
Noorkhiriah merupakan pelakon yang banyak membintangi drama TV sejak tahun 1999.

Noorkhiriah dengar, ikut arahan

DI kala segelintir penggiat seni tanah air gusar kerana pendapatan terjejas berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan dilanjutkan lagi, pelakon Noorkhiriah pula positif. Noorkhiriah, 44, yang pernah dikritik sebelum ini berkata pada masa sekarang dia selesa memantau dan akur dengan pengumuman dibuat pihak pemerintah.

Ujarnya, dalam situasi penularan wabak Covid-19 yang belum nampak penghujungnya, lebih baik dengar dan ikut apa disarankan kerajaan. “Dalam keadaan sekarang, bagi saya tahap kesihatan dan keselamatan diri lebih penting memandangkan ada keluarga serta anak pun masih kecil.

“Apatah lagi, pemberi rezeki adalah Allah. Oleh itu, buat masa sekarang haruslah banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya buat kita semua. “Bahkan, semoga Allah memberi kesembuhan dengan segera supaya kita dapat kembali dengan kehidupan yang lebih baik selepas ini,” katanya.

Berbicara mengenai aktiviti lakonannya, nama Noorkhiriah kembali menjadi perhatian selepas membintangi drama Nur dan Nur 2 di TV3 dengan watak Aishah. Bergabung dengan Azhan Rani dalam drama itu untuk watak antagonis sebagai ‘penunggang agama’, kedua-dua figura ini berjaya menarik perhatian.

“Untuk kerjaya lakonan, Alhamdulillah masih lagi dapat tawaran. Cuma, memandangkan sekarang tempoh PKP semuanya ditangguh lagi. “Saya akan tunggu tarikh baru untuk penggambaran. Tetapi, untuk Ramadan pula memang semua aktiviti lakonan saya hentikan seketika. “Lagi pun, saya sudah terbiasa tak berlakon sepanjang bulan puasa kerana memberi tumpuan pada pengurusan keluarga dan beribadat,” katanya.

Sehubungan itu, Noorkhiriah berkata dia mengharapkan semua rakyat di negara ini bersabar dalam berhadapan dugaan besar berkaitan krisis Covid-19 ini. Ujarnya, dia juga berterima kasih dengan kerajaan yang begitu berusaha membantu rakyat menerusi pengumuman rangsangan ekonomi dibuat.

‘Terima kasih ingatkan saya’ – Noorkhiriah

PELAKON Noorkhiriah berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram yang menegur mengenai bahaya wabak Covid-19. Noorkhiriah, 44, berkata, dia sedar khilaf diri yang kurang faham mengenai cara penularan wabak itu pada mulanya.

Pada 16 Mac lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan, Noorkhiriah memuat naik hantaran di Instagram mengajak masyarakat menyertai majlis ilmu dan tindakannya itu dikritik hebat warganet.

Kebanyakannya menasihatkan Noorkhiriah mengenai bahaya Covid-19 dan melupakan hasrat untuk menghadiri majlis ilmu yang menghimpunkan ramai orang itu. “Apa yang berlaku di antara saya dengan segelintir pengikut ketika itu silapnya daripada saya juga. Memang pada mula saya kurang pemahaman berkaitan wabak Covid-19.

Alhamdulillah sekarang saya makin faham dan jelas dengan bahayanya. Terima kasih di atas ingatan kesedaran diberikan dan saya mohon maaf juga pada anda semua,” katanya. Menurut Noorkhiriah, melihat kepada situasi penularan wabak berkenaan ketika ini, dia mengakui sangat bimbang dengan apa yang berlaku.

Katanya, teruskan duduk di rumah sepanjang tempoh PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu dan kini dilanjutkan sehingga 14 April. Menurutnya, banyakkan berdoa semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya dan memberi kesembuhan supaya dapat kembali dengan kehidupan yang lebih baik selepas ini. Noorkhiriah berkata, apa saja saranan daripada kerajaan harus dilihat secara positif demi kesihatan dan keselamatan kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *