Muat naik foto dengan Zain ada warganet komen nampak macam mak dan ank. Akhirnya Che Ta tampil bagi respon win buat warganet terkedu.

artis

KUALA LUMPUR: Pengalaman bergelar ‘janda’ dijadikan suntikan dalam lakonan buat pelakon, Rozita Che Wan menerusi drama bersiri, Janda Kosmopolitan yang disiarkan di saluran Awesome TV. Memegang watak sebagai Presiden Kelab Janda bernama Sharipah, drama arahan Harris Fadzillah itu turut dibintangi Ziana Zain, Datuk Ziela Jalil, Marissa Yasmin, Ifa Raziah, Norman Hakim, Fizz Fairuz, Aprena Manrose dan ramai lagi.

Bagi Rozita atau Che Ta, dia pernah memegang status janda selama lebih 10 tahun, jadi persepsi negatif sesetengah orang terhadap golongan itu masih menebal. “Ramai selalu fikir kebanyakan janda suka merampas suami orang. Mereka tak tahu lelaki mereka suka janda. Saya tak nafikan, sebut janda pasti akan mengundang skeptikal.

“Tetapi, menerusi drama ini, saya bersetuju dengan pendapat penulis skrip menukar stigma negatif ini. Hakikatnya, golongan janda ini hebat kerana mampu berdikari dan membesarkan anak tanpa lelaki. Dialah ibu dan bapa. Jarang sangatlah kita dihebahkan fasal kehebatan duda.

“Namun pada akhirnya, yang nampak buruk pada mata masyarakat mengenai golongan janda ialah perosak rumah tangga,” katanya kepada BH Online. Katanya, dia tak terlalu terikat dengan skrip untuk drama itu, sebaliknya, serap pengalaman lalu jika rasa sesebuah babak perlu ditokok tambah.

“Saya guna pengalaman lalu sebagai suntikan dalam drama ini. Ikutkan dalam drama ini pun ada yang berstatus ibu tunggal pada alam realiti,” katanya. Seperti diketahui, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, bagaimanapun berpisah. Kemudiannya, berkahwin semula dengan pelakon, Zain Saidin pada Disember 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu berkata, hanya segelintir golongan janda yang mungkin cenderung mengacau rumah tangga orang lain. “Tetapi, sekarang anak dara pun pandai mengikis harta orang. Jadi, kesimpulannya soal janda atau anak dara, jika perangai tak elok jangan salahkan pada ‘title’, sebaliknya berbalik pada diri sendiri.

“Tidak adil meletakkan hukvman begitu,” katanya. Kini bahagia bersama suami yang 12 tahun lebih muda daripadanya, Che Ta berkata, ada komen lucu yang selalu bertebaran sejak dahulu. “Jika saya muat naik gambar bersama Zain, adalah komen cakap seperti kakak dan adik. Lebih sadis, cakap macam mak dan anak.

“Kalau difikir serius memang geram, tetapi saya tak terlalu larut dengan komen sebegitu. Cara saya senang, kalau komen keterlaluan, disekat sahaja,” katanya. Katanya, pelakon, Noniswara pernah tanya kepadanya apa perasaan jika sudah menginjak usia 60 tahun, tetapi Zain baru 50 tahun.

“Terkedu juga saya memikirkannya. Cuma saya selalu ingat kasih sayang bukan berdasarkan fizikal, tetapi lebih kepada hati. Walaupun sudah ‘kerepot’, insya-Allah moga Zain akan terus setia. “Orang lelaki jika nak buat perangai atau main kayu tiga, tak perlu tunggu isteri sudah tua atau sebaliknya,” katanya yang kini sibuk sedang penggambaran drama Lelaki Lingkunghan Cinta terbitan Zeel Productions.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : BH/ Berita Harian

Che Ta bersedekah awal pagi

PELAKON, Rozita Che Wan memulakan sesi bersedekah sejak pagi semalam menerusi program Sadaqa Subuh Kiah Raya X Malaysian Relief Agency (MRA) dengan menyumbangkan barangan dapur kepada beberapa keluarga yang memerlukan.

Rozita atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta berkata, program kerjasama antara portal jual beli atas talian Kiah Raya kelolaannya dengan MRA itu menyumbangkan sumbangan kepada keluarga di kawasan sekitar Subang Jaya.

“Saya mulakan program Sadaqa Subuh ini sejak pagi semalam dan akan diteruskan sehingga Jumaat ini. Kami memulakan sesi bersedekah seawal jam 6.30 pagi. Sedekah lebih afdal dilakukan seawal selepas Subuh. “Saya meminta pihak MRA untuk meneliti dan berkongsi maklumat keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan sekitar tempat tinggal saya iaitu Subang Jaya kerana kami boleh tiba di sana seawal pagi yang boleh,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Che Ta, dia dan pasukannya menghulurkan sumbangan kepada tiga hingga empat rumah dalam sehari. “Sehari dalam tiga hingga empat rumah saja yang kami sudah kenal pasti memang memerlukan bantuan. Dalam masa sama, ia tidak membuatkan kami perlu mengejar masa dan saya pun dapat meluangkan masa untuk berbual dengan mereka,” katanya.

Selepas memulakan program amal itu, Che Ta menerima banyak mesej di Instagram daripada mereka yang memerlukan bantuan. “Saya ada terima banyak mesej daripada orang ramai yang memerlukan bantuan. Jadi, saya akan maklumkan kepada MRA dan mereka akan meneliti kesesuaian dan kelayakan sebelum kami berikan sumbangan,” katanya.

Sumbangan yang diberikan adalah barangan kering seperti beras, tepung, gula dan sebagainya bagi meringankan beban mereka yang memerlukan. Dana sumbangan itu adalah sebahagian hasil daripada penjualan barangan di laman web Kiah Raya mengikut peratusan yang sudah ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *