Achey dan Fad masih beri sokongan dan bantuan pada isteri Abam. Rupa rupanya dalam diam sampai macam ni sekali Achey buat untuk bantu Noor Hidayah.

artis

PELAWAK Achey berkata dia dan Fad sentiasa memberi sokongan dan bantuan sewajarnya kepada balu Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali. Selain kewangan, Achey memberitahu dia turut membantu mempromosikan perniagaan cempedak goreng yang diusahakan oleh Nor Hidayah di Sabak Bernam, Selangor.

“Saya masuk live Instagram dia untuk bantu perniagaannya, memang dahsyat juga perniagaan dia. Tak sedaplah tiap bulan bagi amaun (duit), dia pun buat bisnes kita bantu promosi dari jarak jauh. “Nak pergi ulang-alik ke Sabak Bernam tu jauh juga… dia masih kuat berdepan ujian ini semua, ” katanya.

Akui Masih Berhutang Dengan Bank. Achey Luah Rasa Gembira Dalam Syukur Dapat Realisasi Impian 10 Tahun Yang Selama Ini Dia Idamkan

Achey berkongsi berita gembira apabila kini mendiami kediaman yang lebih selesa untuk keluarga tersayang.Menurut Achey menerusi entri terkininya di Instagram,  dia turut memanjat rasa syukur apabila impiannya selama ini tercapai meski mengambil masa selama 10 tahun.

Pada masa sama, bintang ini turut menyifatkan kejayaan merealisasikan impian turut disokong dengan perniagaan selain doa semua. “Assalamualaikum. Bismillah. Allah maha besar. “Syukur… saya percaya doa orang2 sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.

“Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya. “Bisnes juga membantu sgt2 kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya..sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga..tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.

“Dugaan?..yea penat dengan dugaan..kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab,” jelasnya. Achey turut berterima kasih dan memberikan kredit terhadap antara insan yang banyak membantunya sepanjang proses mendiami kediaman impian.“Takleh taip panjang2… next gambar kita cerita lagi k. “Terima kasih kepada insan2 dibawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian,” tulis Achey. Foto: Instagram Achey.-mediahiburan

Tergamak Achey Lakukan Satu Perkara Ini Kepada Ibu Bapanya . Achey Tekad Bersuara Demi Kebaikan Namanya Pada Industri

Pelawak Achey akui terpaksa mengecilkan ruang parkir rumah barunya demi menyediakan ruang khas buat ibu bapanya yang semakin uzur. Menurut Achey, ruang tamu khas untuk mereka itu dibuat supaya mereka tidak perlu turun naik tangga dan boleh berehat di tingkat paling bawah.

“Parking yang dulu boleh muat  empat biji kereta diubah menjadi dua biji. “Sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah, Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya itu…buatkan satu tandas kecil untuk mereka juga… settle!” katanya. Achey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto renovasi rumahnya itu.  Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Achey yang mengutamakan ibu bapanya dalam apa jua sekali pun. Terdahulu, Achey dedahkan dia baru sahaja berjaya membeli sebuah rumah tiga tingkat hasil 10 tahun mengumpul harta dan wang. Achey atau nama sebenarnya Mohd nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011, dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.

‘Tiara lambai siapa tu?’ – Achey Bocey

“SAMPAI sekarang saya pun tak tahu dengan siapa Tiara Zinnirah melambai-lambai tangannya ketika kami nak balik selepas menziarah tempat persemadian Abam, baru-baru ini. “Ketika di rumah, pelik jugalah apabila tengok video kami kerana pada hari berkenaan memang saya dengan Tiara saja berdua di kawasan tempat persemadian itu selain isteri yang mengambil video,” kata pelawak Achey Bocey.

Sejak beberapa hari lalu, tular video anak Achey iaitu Tiara Zinnirah yang berusia setahun lapan bulan melambai-lambai tangan kepada ‘seseorang’ seolah-olah diperhatikan ketika berjalan pulang bersama bapanya selepas menziarah tempat persemadian Abam. Achey yang tidak menyangka video itu tular berkata, Tiara memang rapat dengan Abam sejak bayi lagi. Dia pernah cakap dengan saya, sebelum Tiara memang tak ada bayi yang berani dekat dengan dia. Kalau dia pegang, biasanya bayi itu akan menangis kerana takut.

“Namun, dia terkejut dengan sikap dan penerimaan Tiara terhadapnya. Tiara tak pernah menangis ketika dipegang , sampailah apabila anaknya, Hamzah dilahirkan, Tiara tetap rapat dengan Abam,” katanya. Menurut Achey, tujuan dia membawa Tiara menziarah tempat persemadian Abam pada Isnin lalu pun bukan untuk merakam video.

“Saya bawa Tiara ke situ kerana dia memang kenal dan rapat dengan Abam ketika dia masih hidup. Lagi pun, saya nak didik Tiara untuk dia jangan takut dengan kawasan tempat persemadian kerana di situlah tempat yang kita bakal duduk nanti. Saya nak Tiara belajar untuk faham dan Alhamdulillah, dia nampaknya menerima dengan positif. Dia pun saya lihat tak ada rasa takut langsung,” katanya.

Menurut Achey, perbuatan Tiara melambai tangan itu dilakukan anaknya secara spontan dan langsung tidak disuruh. “Mengenai situasi tu (melambai tangan), kalau ada orang nak cakap saya suruh Tiara, terpulanglah kerana jujur diakui memang berlaku secara spontan. Saya tak suruh Tiara buat apa-apa pun termasuk melambai-lambai tangan di tempat persemadian. Ketika itu memang tiada orang lain di situ,” katanya.

Sehingga kini, video berdurasi 26 saat yang dimuat naik Achey di Instagram mencatat lebih 1 juta tontonan dan lebih 1,900 komen daripada pengikutnya. Rata-rata warganet menulis Tiara melambai kepada Abam dan meminta terus mengutus doa buat .

Kebanyakannya kagum dengan persahabatan anggota Bocey yang tak pernah berhenti merindukan Abam. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan pergi menghadap Illahi pada 10 Februari lalu di kediamannya di Gombak, Selangor. Dia ditempatkan di tempat persemadian Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak yang dihadiri lebih 2,000 orang. Achey dan Fad akan sedekahkan al-Fatihah pada Abam setiap kali bertemu, sebelum berbincang mengenai perancangan kumpulan Bocey.

Achey selesaikan hutang kerja Abam

Abam masih membekas di hati, meskipun sudah hampir enam bulan ahli kumpulan Bocey itu kembali ke negeri abadi.Ini terbukti apabila pelawak dan penyanyi, Achey tersentak serta terdiam seketika apabila ditanya mengenai perkembangan kumpulannya itu. Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah berkata, hingga kini, ingatannya pada masih kuat.

“Saya ada melawat tempat persemadian selepas mendapat keizinan. Hanya saya seorang sahaja dapat masuk, itu sebab saya tak muat naik video. “Saya sering berulang alik ke Raub, Pahang, jadi saya selalunya singgah di Tanah Persemadian Islam Kampung Sungai Pusu untuk melawat tempat persemadian. Jujurnya, tinggalkan kesedihan mendalam buat saya dan Fad.

“Setiap kali saya dan Fad berjumpa, kami akan sedekahkan al-Fatihah dahulu pada , kemudian barulah kami berbincang mengenai perjalanan Bocey. “Apabila bercerita, pasti mengimbau kenangan bersama . Nama sering di bibir kami. Jadi, tak banyak yang saya minta, terus berdoa untuk ,” katanya kepada BH Online.

Mengulas perkembangan Bocey, Achey dan Fad kini sedang berusaha untuk mewujudkan saluran YouTube dan Facebook. “Fad sedang membangunkan saluran YouTube. Dalam masa sama, kami merangka perjalanan dan pengisian dalam saluran berkenaan. Menerusi program yang dirancang, ada bahagian untuk dan disalurkan buat keluarganya.

“Insya-Allah, ada penyokong atau tidak, kami akan meneruskan perjuangan Bocey,” katanya. Selain itu, Achey turut menunaikan janji untuk menyempurnakan kerja yang tergendala secara sukarela dan percuma. “Ada dua ‘review’ menerusi laman Instagram yang dilakukan bagi pihak . Ia membabitkan produk kurus yang kurang sesuai untuk saya, memandangkan saya sememangnya kurus. Jadi, saya lakukannya bersama isteri. Alhamdulillah, tontonan agak tinggi. “Satu lagi membabit produk minuman dan saya dapat maklum balas yang baik hingga peniaga terpaksa menyuruh saya padamkan entri kerana tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan.

“Saya rasa puas dapat membantu dan memberi impak pada peniaga,” katanya. Achey berkata, dia tidak lupa membantu balu Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang kini menanggung cahaya mata, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun sebulan.

“Saya dan isteri akan berhubung dengan Nurhidayah, setiap minggu. Ada kala saya akan menyertai sesi live yang dilakukan untuk menjadikan perniagaannya mendapat perhatian. “Sekarang, Nurhidayah berniaga cempedak goreng, durian dan buah-buahan. Saya akan bantu apa yang boleh dibantu dari segi promosi.

“Bagaimanapun, saya tidak hanya mengambil berat mengenai isteri dan anak, malah sering menghubungi keluarga seperti ibu serta adiknya, Ali Puteh,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Nabil X SugarBomb X Achey di Ruang, Shah Alam, di sini, semalam.Achey bersama Nabil Ahmad bekerjasama dengan SugarBomb mengeluarkan produk pewangi kereta dan minyak wangi. Selain itu, mereka juga dilantik sebagai duta produk.

Dalam perkembangan lain, Achey akan mengeluarkan single terbaharu berjudul Sembuh. “Saya rancang mengeluarkan tiga single untuk mencukupkan lagu dalam sebuah album, tahun ini. Jadi, single seterusnya berjudul Sembuh adalah kesinambungan daripada lagu Sakit. “Insya-Allah, single Sembuh akan diperdengarkan dalam bulan hadapan,” katanya.Selepas muncul dengan single Yang Terindah, Makcik Bawang dan Anak, Achey tampil dengan single Sakt, hasil ciptaannya bersama Shouk Azis pada Disember tahun lalu. Hingga kini, video muzik Sakit berjaya mengutip 22 juta tontonan di YouTube

Tak sedih dengan pemergian suami. Mengejutkan bila tiba tiba Nor Hidayah luahkan sesuatu tentang suami buat ramai terkedu. Rupa rupanya sebelum pergi Abam tinggalkan pesan ini pada Nor Hidayah.

SUDAH pasti setiap manusia yang hidup akan bersedih apabila kehilangan orang yang tersayang lebih-lebih lagi dalam keadaan yang tidak dijangka. Begitulah perasaan Nor Hidayah Mohd Ali yang kehilangan suami tercinta iaitu Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey pada 10 Februari lalu. Bagaimanapun terdapat suara-suara nakal yang beranggapan isteri pelawak itu tidak berasa sedih atas pemergian suaminya.

“Ada orang berkata aku tak sedih dengan pemergian suami. Tak apa la, cakaplah apa pun… Allah Maha Mengetahui segalanya. “Ingat lagi pesan suami… sayang biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita. “Jangan berhenti berdoa, Allah sentiasa ada bersama kita,” kata Nor Hidayah.

Norhidayah berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram pada Rabu dan rata-rata warganet berharap isteri membiarkan sahaja komen negatif seperti itu. Abam pergi menghadap illahi pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam panas.

Dalam pada itu, Nor Hidayah memberitahu kesedihan seseorang itu tidak perlu ditayangkan kepada umum. “Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama.

Nor Hidayah dan Abam mempunyai seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah.

“Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih,” ujarnya. Nor Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia 14 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *