Minta maaf sebab tak pakai baju. Hafizh Syarin nekad titipkan ucapan hari lahir buat Achey walaupun keadaannya tidak mengizinkan

artis

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-34, pelakon dan pelawak, Achey Bocey ada menitipkan ucapan istimewa buat dirinya sendiri.Sambil menzahirkan rasa syukur, Achey turut memberikan dedikasi buat insan tersayang di sekelilingnya. “Syukur pada Allah. Sambut sorang pun okay apa sebab aku sayang diri aku.“Aku sayang orang tuaku, aku sayang isteri dan anakku, aku sayang keluargaku, aku sayang sahabat-sahabat ku dan aku sayang semua!,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan oleh Achey menerusi akaun Instagram. Dalam pada itu, anggota kumpulan Bocey itu turut terharu selepas menerima ucapan khas daripada pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin sejurus selepas dibenarkan keluar dari hospital.

“Assalamualaikum Abang Achey, selamat hari jadi. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. “Semoga berbahagia dengan keluarga tersayang. Sorry sebab saya tak boleh nak pakai baju sebab tak boleh banyak gerak. Ni pun duduk dekat kerusi je.

“Apapun terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan saya dan terima kasih juga buat abang Achey,” katanya. Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan Bocey, Fad turut menitipkan ucapan istimewa buat sahabatnya itu.

Menurut Fad, dia mendoakan semoga sagala urusan sahabatnya itu dipermudahkan selain turut berharap agar dapat disatukan semula dengan Allahyrhm Abam di akhirat nanti.“Selamat ulang tahun kekandaku,ku doakan segala yg terbaik buat mu,semoga kau sentiasa dirahmati dilindungi Allah SWT.

“Aku sayang kau dunia akhirat, sentiasa ada dalam doaku supaya kitA bertiga akan bertemu di akhir nanti,” kongsinya.Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan hari lahir malah turut mendoakan agar penyanyi lagu Sakit itu sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Achey Bocey

Akui Masih Berhutang Dengan Bank. Achey Luah Rasa Gembira Dalam Syukur Dapat Realisasi Impian 10 Tahun Yang Selama Ini Dia Idamkan

Achey berkongsi berita gembira apabila kini mendiami kediaman yang lebih selesa untuk keluarga tersayang.Menurut Achey menerusi entri terkininya di Instagram,  dia turut memanjat rasa syukur apabila impiannya selama ini tercapai meski mengambil masa selama 10 tahun.

Pada masa sama, bintang ini turut menyifatkan kejayaan merealisasikan impian turut disokong dengan perniagaan selain doa semua. “Assalamualaikum. Bismillah. Allah maha besar. “Syukur… saya percaya doa orang2 sekeliling dan kalian juga membantu kekuatan kami untuk menyimpan dan merealisasikan #10tahunimpian untuk memiliki rumah sendiri.

“Walaupun masih hutang bank tetapi itu juga menolak kami untuk tidak selesa dengan keadaan sekarang.. terus usaha dan terus percaya tanamkan target serta jayakan target itu walaupun bertahun lamanya. “Bisnes juga membantu sgt2 kuat.. yea banyak bisnes kami usahakan tidak berjaya..sehingga lah kami jumpa bisnes yang tepat dan dapat membantu kami dan keluarga..tapi kami yakin pengalaman gagal itu adalah guru terbaik untuk semua insan.

“Dugaan?..yea penat dengan dugaan..kuncinya syukur dengan dugaan itu kerana Allah berikan pada kami bersebab,” jelasnya. Achey turut berterima kasih dan memberikan kredit terhadap antara insan yang banyak membantunya sepanjang proses mendiami kediaman impian.“Takleh taip panjang2… next gambar kita cerita lagi k. “Terima kasih kepada insan2 dibawah yang membantu kami sepanjang proses rumah #10tahunimpian,” tulis Achey. Foto: Instagram Achey.-mediahiburan

Tergamak Achey Lakukan Satu Perkara Ini Kepada Ibu Bapanya . Achey Tekad Bersuara Demi Kebaikan Namanya Pada Industri

Pelawak Achey akui terpaksa mengecilkan ruang parkir rumah barunya demi menyediakan ruang khas buat ibu bapanya yang semakin uzur. Menurut Achey, ruang tamu khas untuk mereka itu dibuat supaya mereka tidak perlu turun naik tangga dan boleh berehat di tingkat paling bawah.

“Parking yang dulu boleh muat  empat biji kereta diubah menjadi dua biji. “Sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk mak abah lepak bawah, Mak abah tak larat naik tangga jadi solusinya itu…buatkan satu tandas kecil untuk mereka juga… settle!” katanya. Achey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto renovasi rumahnya itu.  Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Achey yang mengutamakan ibu bapanya dalam apa jua sekali pun. Terdahulu, Achey dedahkan dia baru sahaja berjaya membeli sebuah rumah tiga tingkat hasil 10 tahun mengumpul harta dan wang. Achey atau nama sebenarnya Mohd nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011, dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.

‘Tiara lambai siapa tu?’ – Achey Bocey

“SAMPAI sekarang saya pun tak tahu dengan siapa Tiara Zinnirah melambai-lambai tangannya ketika kami nak balik selepas menziarah tempat persemadian Abam, baru-baru ini. “Ketika di rumah, pelik jugalah apabila tengok video kami kerana pada hari berkenaan memang saya dengan Tiara saja berdua di kawasan tempat persemadian itu selain isteri yang mengambil video,” kata pelawak Achey Bocey.

Sejak beberapa hari lalu, tular video anak Achey iaitu Tiara Zinnirah yang berusia setahun lapan bulan melambai-lambai tangan kepada ‘seseorang’ seolah-olah diperhatikan ketika berjalan pulang bersama bapanya selepas menziarah tempat persemadian Abam. Achey yang tidak menyangka video itu tular berkata, Tiara memang rapat dengan Abam sejak bayi lagi. Dia pernah cakap dengan saya, sebelum Tiara memang tak ada bayi yang berani dekat dengan dia. Kalau dia pegang, biasanya bayi itu akan menangis kerana takut.

“Namun, dia terkejut dengan sikap dan penerimaan Tiara terhadapnya. Tiara tak pernah menangis ketika dipegang , sampailah apabila anaknya, Hamzah dilahirkan, Tiara tetap rapat dengan Abam,” katanya. Menurut Achey, tujuan dia membawa Tiara menziarah tempat persemadian Abam pada Isnin lalu pun bukan untuk merakam video.

“Saya bawa Tiara ke situ kerana dia memang kenal dan rapat dengan Abam ketika dia masih hidup. Lagi pun, saya nak didik Tiara untuk dia jangan takut dengan kawasan tempat persemadian kerana di situlah tempat yang kita bakal duduk nanti. Saya nak Tiara belajar untuk faham dan Alhamdulillah, dia nampaknya menerima dengan positif. Dia pun saya lihat tak ada rasa takut langsung,” katanya.

Menurut Achey, perbuatan Tiara melambai tangan itu dilakukan anaknya secara spontan dan langsung tidak disuruh. “Mengenai situasi tu (melambai tangan), kalau ada orang nak cakap saya suruh Tiara, terpulanglah kerana jujur diakui memang berlaku secara spontan. Saya tak suruh Tiara buat apa-apa pun termasuk melambai-lambai tangan di tempat persemadian. Ketika itu memang tiada orang lain di situ,” katanya.

Sehingga kini, video berdurasi 26 saat yang dimuat naik Achey di Instagram mencatat lebih 1 juta tontonan dan lebih 1,900 komen daripada pengikutnya. Rata-rata warganet menulis Tiara melambai kepada Abam dan meminta terus mengutus doa buat .

Kebanyakannya kagum dengan persahabatan anggota Bocey yang tak pernah berhenti merindukan Abam. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan pergi menghadap Illahi pada 10 Februari lalu di kediamannya di Gombak, Selangor. Dia ditempatkan di tempat persemadian Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak yang dihadiri lebih 2,000 orang. Achey dan Fad akan sedekahkan al-Fatihah pada Abam setiap kali bertemu, sebelum berbincang mengenai perancangan kumpulan Bocey.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *