Geng gelang pink. Ketua Polis dedahkan punca tiga anggota tentera ini dikenakan tindakan susulan aktiviti mereka yang tidak sewajarnya mereka lakukan

berita

SIBU, 18 Ogos  — Tiga anggota tentera dari kem tentera di sini ditahan kerana didapati tidak mengikuti perintah kuarantin di rumah yang dikenakan terhadap mereka sebagai sebahagian daripada peraturan prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan COVID-19.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berumur antara 23 dan 28 tahun, masing-masing berasal dari Kelantan, Melaka dan Johor, didapati tidak mematuhi perintah itu semasa beradai di Jalan Channel pada pukul 3.00 petang semalam.

“Orang awam yang melihat ketiga-tiga mereka di dalam sebuah kereta Proton Saga berwarna putih, masing-masing memakai gelang tangan (tanda perlu kuarantin) di Jalan Channel. Kehadiran mereka di kawasan awam kemudiannya dilaporkan ke ibu pejabat polis di sini, yang kemudiannya menghantar satu pasukan petugas untuk mengesan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya semasa diperiksa, anggota tentera yang dipercayai baru kembali ke Sibu itu didapati memakai gelang tangan berwarna putih yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, dan siasatan lanjut mendapati mereka telah diarah menjalani kuarantin di berek, namun sebaliknya tidak dipatuhi mereka. Beliau berkata anggota tentera itu dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Kesksaan dan Seksyen 22(b) Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. — BERNAMA

Isu Kerajaan Cadang Kurangkan Denda Tak Pakai Pelitup Muka. DS Ismail Mula Menyuarakan Isu Yang Menjadi Perbualan Ramai

TANJUNG MALIM – Kerajaan tidak bercadang meminda hukuman denda RM1,000 bagi mereka yang tidak memakai pelitup muka di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebarang pindaan akan memakan masa kerana perlu dibawa ke Parlimen sebelum diluluskan.

Menurutnya, kompaun RM1,000 itu merupakan maksimum namun masih boleh merayu untuk mendapatkan pengurangan di mahkamah. “Saya rasa tak perlu kita pinda akta tersebut kerana nak meminda akta memerlukan masa sedangkan kes sedang berlaku. Tindakan perlu dilakukan sekarang, jadi kalau nak pinda memakan masa dalam sesi Parlimen kali ni dah tak sempat. Kena tunggu sesi Parlimen yang akan datang.

“Berapa lama lagi nak tunggu? Jadi kita teruskan apa yang ada, tapi budi bicara boleh digunakan untuk mengurangkan kompaun yang dikenakan,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke program Santai Melukis Mural di Pekan Slim River di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai desakan pembangkng agar kerajaan meminda Akta 342 untuk mengurangkan kompaun RM1,000 kepada RM250. Hadir sama program tersebut, Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz.

Ismail Sabri berkata, dalam mahkamah, hakim mempunyai budi bicara untuk mengurangkan hukuman begitu juga dengan kompaun RM1,000. Katanya, walaupun dikenakan kompaun RM1,000 mereka masih boleh merayu untuk mengurangkan kompaun berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengulangi kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa penularan virus koronavirus (Covid-19) di Kedah dan Perlis masih terkawal. Beliau berkata, dengan tindakan pantas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dilaksanakan di beberapa kampung, penyebaran virus tersebut dapat dikawal.

Menurutnya, keadaan itu tidak akan menjejaskan proses kempen dan perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim. Namun begitu, beliau menasihatkan jentera yang terlibat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Saya faham kita nak bekerja pastikan calon kita menang bergaya tetapi dalam masa sama jaga kesihatan dan keselamatan diri. Kalau di tempat sesak pakai pelitup muka dan cuba penjarakan fizikal di tempat yang boleh dilakukan. Kalau gagal pakai pelitup muka boleh diambil tindakan,” katanya. Beliau turut mengharapkan tiada sebarang tindakan diambil ke atas petugas kempen PRK DUN Slim ini kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan.-sinarharian

Ramai Masih Tak Peka Akan Hal Ini Walaupun Sudah Berkali Kali Diingatkan. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Dedahkan Kesemua Tempat Yang Wajib Pakai Pelitup Muka

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Berikut adalah senarai tempat awam yang diwajibkan pemakaian pelitup muka:Masjid, surau dan rumah ibadat,Majlis sosial,Pengangkutan awam seperti bas, kereta api, kapal terbang dan van sekolah. Hospital dan klinik,Pasar awam dan pasar tani,Pawagam,Kompleks beli-belah, pasar raya, kedai runcit, stesen minyak,Restoran,Bengkel,Kedai gunting rambut dan salun kecantikan,Pusat hiburan keluarga,Mana-mana tempat awam yang sesak.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jnyh Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata demikian kepada Bernama bagi menjawab kekeliruan orang ramai mengenai perkara tersebut. Kerajaan menguatkuasakan pemakaian pelitup muka secara wajib di tempat awam yang sesak mulai 1 Ogos di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.“Mana-mana individu awam yang melanggar peraturan di bawah Akta itu hanya akan dikenakan tindakan kompaun sehingga RM1,000,” katanya.— BERNAMA

Pelitup muka ‘fancy’ dibenarkan, tetapi…

KERAJAAN masih membenarkan pemakaian pelitup muka jenis fabrik ‘fancy’ yang kini menjadi antara pilihan orang ramai susulan keputusan kerajaan mewajibkan pemakaiannya mulai 1 Ogos ini.Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bagaimanapun akan mengumumkan mengenai perincian spesifikasi dan jenis yang boleh dipakai, selain garis panduan pemakaiannya serta cara pelupusan pelitup muka pakai buang.

“Apa yang jelas, bermula 1 Ogos nanti pelitup muka tiga lapisan seperti yang dipakai umum dibenarkan, namun bagi jenis lain termasuk fabrik, KKM akan memberikan perincian jenis apa yang boleh dipakai atau tidak dalam masa terdekat iaitu sebelum penguatkuasaan bermula.

“Sebenarnya perkara penting yang ditekankan adalah cara pemakaian pelitup muka yang sebetulnya seperti menutup keseluruhan hidung, mulut, serta dagu, selain dari etika pelupusan bagi jenis pakai buang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) Negeri Perak di Bukit Merah Laketown Resort, Taiping hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Pengarah Kesihatan negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming dan Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Ahmad Saidi Mohamad.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan orang ramai boleh didenda RM1,000 sekiranya didapati gagal mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka berkenaan bermula 1 Ogos depan.

Semalam, Pakar Epidermiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Rohaizat Hassan dilaporkan berkata, pelitup muka jenis fabrik hanya sekadar menapis bau dan partikel kasar daripada dihidu susulan tiada penapis khas sekali gus tidak mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19.

Noor Azmi berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penguatkuasaan lebih tegas dilakukan termasuk menaikkan hukuman serta denda terhadap individu yang tak ikut arahan pemakaian pelitup muka seperti yang dilakukan di Eropah bagi membendung wabak itu.

“Jangan leka dan sengaja (tak ikut peraturan), KKM bersama-sama polis akan mantapkan penguatkuasaan dan siasatan dengan lebih serius terhadap SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 selepas ini,” katanya.Dalam pada itu, Dr Noor Azmi turut menafikan dkwaan tular mengatakan termometer penmbak suhu yang menggunakan cahaya inframerah bah4ya kepada otak.

Katanya, spesifikasi peranti penmbak suhu yang digunakan hendaklah disahkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).”Walaupun pada dasarnya catatan suhu badan manusia yang diambil menerusi telinga atau dubur lebih tepat berbanding di dahi, namun setakat ini tiada lagi kajian mengenai bahaya termometer ini,” katanya.

Ramai Yang Keliru. Ismail Sabri Dedahkan Tempat Yang Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Dan Diharap Semua Maklum Dengan Perkara Ini

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan ke atas orang ramai semasa mereka berada di rumah atau dalam kenderaan sendiri.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelitup muka tidak diwajibkan kepada mereka yang melakukan aktiviti fizikal.

“Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan untuk kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.“Pemakaian pelitup muka diwajibkan dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai berasa keliru dengan arahan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos lalu.Mereka menyambut baik arahan tersebut, namun berharap satu garis panduan yang jelas mengenainya diwujudkan.Ia termasuk berhubung kewajipan memakai pelitup muka di kawasan riadah yang kurang sesak, dalam kenderaan persendirian serta di kedai makan. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *