Buah hati kesayangan rakyat Malaysia. Bapa kepada Ainul Mardhiah kongsi perkembangan anak sehinggakan meraih perhatian ramai

Viral

Semakin hari menunjukkan perkembangan yang positif, buah hati kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang dulu menjalani rawatan operasi kerana menghidap ‘Germ Cell Tum0r’ sentiasa menjadi perhatian ramai.Terbaru, melalui perkongsian yang dimuatnaik oleh bapanya, Ahmad Safiuddin, Ainul kini sudah genap berusia 2 tahun.

Menerusi perkongsiannya itu, Ahmad Safiuddin mengimbau kembali detik-detik kelahiran anak sulung kesayangannya itu. Isnin, 13 Aug 2018, 3.25pm @ Hospital Besar Melaka. Alhamdulillah, banyak pengajaran, pengalaman yang Allah swt berikan diatas kelahiran puteri sulung kami, Ainul Mardhiah.Daripada tidak dikenali, sehingga lah mendapat tempat di hati masyarakat yang prihatin dan penuh kasih sayang terhadapnya.

Alhamdulillah, kami tidak sangka dengan apa yang telah Ainul lalui pada usianya setahun yang lalu. Ternyata, puteri kami ini sangat kuat, cekal dan tabah orangnya. Mungkin lebih kuat dari kami dan juga orang yang berada disekelilingnya pada ketika itu.

Hari ini, boleh dikatakan ainul telah berjaya suvive dari sakit yang pernah menyinggah sebentar dalam kehidupnya.Hari ini, Ainul membesar seperti seorang juara! Ainul bertambah aktif dan kelihatan sangat ceria.Ainul boleh bermain, boleh ketawa, boleh menangis dan Ainul dah reti menyakat orang disekeliling. Ainul menjadi penghibur duka lara kami dengan keletahnya.

Terima kasih Allah swt. Terima kasih semua. Doakan Ainul membesar dengan sihat, doakan Ainul diberikan kesembuhan secara total, Doakan Ainul dapat membesar dengan baik, dan doakan juga supaya Ainul menjadi seseorang yang akan memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada orang lain di masa akan datang.Amin. Happy Birthday Ainul Mardhiah-siakapkeli

Ainul boleh berdiri, sudah pandai sebut ‘lalala’

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin yang membuang sesuatu dalam mulut di London, United Kingdom (UK), setahun lalu sudah boleh berdiri dan mengeluarkan suara.Bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 25, berkata, kesihatan puteri sulung berusia 21 bulan itu juga semakin baik, boleh berdiri lama dan duduk tegak apabila dibantu.

Katanya, Ainul Mardhiah juga sudah pandai menggunakan lidah selain menyebut ‘lalala’ seperti kanak-kanak lain.”Melihat keadaan Ainul yang semakin lasak dan pandai bermain sendiri, saya dan isteri perlu beri perhatian lebih ketika dia minum susu menggunakan mesin kerana pernah terjadi mesin terbalik ditarik Ainul serta terkena sedikit di kepalanya.

“Sejak itu, apabila Ainul menyusu, kami akan berikan fokus sekurang-kurangnya sejam dan tidak boleh biarkan dia bermain ketika itu kerana bimbang insiden berulang,” katanya ketika ditemui selepas kunjungan Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali di kediamannya di Taman Desa Molek, Melaka, hari ini.

Menyentuh mengenai sambutan Aidilfitri tahun ini, Ahmad Safiuddin berkata, walaupun perayaan disambut ketika negara berdepan pandemik Covid-19, mereka tetap meraikan dengan meriah kerana perkembangan Ainul yang semakin baik.

“Alhamdulillah, berkat doa semua dapat juga kami sekeluarga meraikan Aidilitiri bersama Ainul dan berharap Allah sentiasa memberkati kehidupan kami sekeluarga dan dipanjangkan usia Ainul dengan kesihatannya semakin baik,” katanya.

Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani operasi membuang sesuatu seberat 200 gram di mulut selepas bergadaii nyawa selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, UK pada 10 Jun 2019 yang turut dibantu pelatih pakar bedh UK, Dr Nur Amalina Che Bakri.-mymetrp

Gigi Ainul Mardhiah tumbuh lagi…

AINUL Mardhiah kini semakin bergerak aktif malah dua giginya dah tumbuh di bahagian bawah. “DALAM seminggu ini, gusi atas Ainul mulai bengkak sebab mungkin giginya nak tumbuh lagi. Sebelum ini, dua giginya tumbuh di bahagian bawah,” kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, bapa bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sebelum ini mengalami ‘Germ Cell Tum0r’ di mulut.

Ahmad Safiuddin, 25, berkata, perubahan itu dikesan kerana air liur di mulut anak perempuan kesayangannya itu kerap mengalir sehingga ada waktunya menyebabkan Ainul Mardiah berasa tidak selesa.Menurutnya, Ainul Mardhiah yang kini seberat enam kilogram pada usianya 16 bulan tetap aktif dan lasak, serta memberi reaksi positif setiap kali namanya dipanggil.

“Setiap bulan, kami akan membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan berkala di Hospital Melaka untuk memantau perkembangan hasil operasi yang dijalankan di United Kingdom (UK), tahun lalu.“Pemeriksaan ini termasuklah menjalani Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI). Setakat ini, alhamdulillah selepas enam bulan operasi berlangsung, perkembangannya cukup baik.

“Kami bersyukur kerana doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) datang ke Hospital Melaka setiap bulan, sekali gus memberi kesempatan untuk turut memantau perkembangan Ainul yang masih tetap memakai oksigen,” katanya dihubungi BH, hari ini.

Ditanya bagaimana sambutan dan perhatian diterima Ainul Mardhiah terutama ketika berada di hospital, Ahmad Safiuddin berkata, sebagai ‘bayi kesayangan rakyat Malaysia’, Ainul Mardhiah memang mengundang perhatian umum yang ingin melihat perkembangan selain merakam gambarnya.

Katanya, dalam keadaan sekarang, perkembangan kesihatan Ainul Mardhiah cukup baik dan perlu dipantau secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan lagi.“Setiap Khamis juga, kami menjemput juru fisioterapi untuk datang ke rumah bagi membolehkan Ainul menjalani rawatan secara intensif untuk proses pembesarannya.

“Alhamdulillah, Ainul memang aktif malah akan menggapai apa sahaja termasuk wayar di badannya,” katanya.Ainul Mardhiah sebelum ini menjalani operasi membuang sesuatu seberat 200 gram di mulut selama lima jam di hospital kanak-kanak di London, United Kingdom pada 10 Jun tahun lalu.

Operasi membabitkan perbelanjaan mencecah RM1 juta itu berjaya direalisasi sekumpulan pakar bedh dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway, selain bantuan pelatih pakar bedh, Dr Nur Amalina Che Bakri.-mymetro

Ainul ada rawatan susulan lagi

Ainul Mardhiah selesa dengan kerusi khas untuk rawatan fisio di HKL. BAYI kesayangan ramai, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin perlu menjalani beberapa rawatan susulan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata, keadaan anaknya itu yang ketika ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semakin menunjukkan perkembangan positif.

“Alhamdulillah keadaan Ainul makin baik. Cuma masih ada beberapa rawatan susulan yang perlu dilakukan sebelum balik ke rumah,” katanya hari ini.Mengulas lanjut, Ahmad Safiuddin berkata, berat terkini Ainul yang sudah berusia setahun adalah 3.8 kilogram (kg) berbanding hanya 2.5 kg ketika tiba di London untuk operasi, Jun lalu.

Katanya, Ainul turut menjalani rawatan fisio termasuk menggunakan kerusi khas.“Kerusi khas itu digunakan ketika rawatan fisio. Ia bagi menguatkan tengkuk Ainul dan dia kelihatan selesa menggunakannya,” katanya.Pada 10 Jun lalu, Ainul Mardhiah yang menghidap sakit ‘Germ Cell Tum0r’ selamat dibedah di sebuah hospital di London oleh sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang bersama pelatih pakar bedh Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Sesautu pada mulut Ainul Mardhiah mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram sebelum berjaya dibuang.Selepas lebih dua bulan dirawat di London, Ainul pulang ke Malaysia 28 Julai lalu dan kini menyambung rawatan di HKL.Kisah Ainul Mardhiah bukan saja mendapat perhatian rakyat Malaysia malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menziarahinya ketika beliau berada di United Kingdom untuk lawatan rasmi, baru-baru ini.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *