Kecantikan isteri Mamat buat ramai terpukau. Tapi ramai yang tak tahu isteri dia ada kuasa untuk tangkap orang. Rupa rupanya ini jawatan dia yang ramai tak tahu.

artis

Pelawak, Mamat Sepah yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini akui kasihan melihat isterinya yang terpaksa bertugas dan berkawal sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. Mamat berkata, isterinya yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam turut dibekukan cuti sehingga pandemik COV1D-19 betul-betul pulih.

“Kesian bini aku, tak cukup rehat…Kadang tu duduk depan TV pun terlelap. Nak kejut tak sampai hati sebab aku tahu dia letih. “Sepanjang PKP ni, aku jadi pendengar setia dia yang sedih dengan orang-orang degil dan ingkar PKP di kawasan sini.Isteri aku kata, kalau boleh polis pun tak mahu tangkap orang, tak mahu marah-marah dah halau suruh balik rumah…tapi disebabkan terpaksa tugas, kena buat juga,” katanya.

Tambah Mamat, sepanjang PKP ini rutin hariannya juga berubah iaitu ‘bertugas’ menghantar isteri pergi dan balik kerja. “Dia tak minta aku hantar dia pergi kerja tapi aku yang volunteer. Berkorbanlah sikit untuk isteri…Tengok dia penat pun dah tak sampai hati. “Kalau nak diikutkan hati ni rasa bersalah sebab tak sempat pun nak bawa isteri pergi berbulan madu dan rasa macam ‘pengantin baru’.

“Raya tahun ini pun mungkin di Shah Alam sahaja kalau rantaian COV19 ini tak putus. Lagi pun isteri kena kerja,” katanya. “Sebenarnya Saya Cepat-Cepat Kahwin Sebab Nak Bawa Isteri Beraya Kat Kampung, Tapi Apakan Daya…” – Mamat Sepah.

Pelakon Mamat Sepah mengakui antara sebab dia memilih melangsungkan pernikahan pada 1 Mac lalu kerana mahu membawa isteri pulang berhari raya di kampung. Namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana Aidilfitri tahun ini jatuh pada saat rakyat Malaysia terpaksa ‘brprang’ dengan pandemik COV1D-19.

“Jangan cakap raya…seb4k rasa hati ini terkenang orang tua di kampung halaman. Saya punya la nak nikah cepat-cepat tahun ni sebab nak bawa bini beraya dengan keluarga semua. “Tapi apaka daya, meleset semuanya! Reda je lah, kita hanya mampu merancang namun yang menentukan segalanya Allah SWT.

“Saya percaya ada hikmah di sebalik semua ini. Yang penting kita percaya pada ketentuan Allah dan jangan ragu-ragu dengan DIA,” kata Mamat ketika dihubungi Gempak. Dalam pada itu, mengulas mengenai ribuan kenderaan yang diarahkan berpatah balik kerana mahu pulang ke kampung, pelawak tersebut memohon orang ramai patuh pada perintah kerajaan.

“Kerajaan sudah memberi kelonggaran dengan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pun dah besar rahmat dah. “Ikutlah nasihat kerajaan. Berkorban sedikit hari ini untuk kebaikan kita pada masa hadapan. Selepas ini pasti kita boleh bertemu juga keluarga di kampung.

“Bersabar sikit ya semua. Kalau nak diikutkan perasaan, saya pun sedih. Dah 13 tahun jadi artis ini lah kali pertama tak dapat beraya dengan mak dengan ayah kat kampung,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Kucing Media Online

Sumber : Rentas Asia/ Berita Stedy Press

Mamat Sepah penuhi permintaan ibu bapa

PELAWAK Mamat Sepah, 35, memilih melangsungkan majlis pernikahannya pada 1 Mac lalu mengikut cara dan adat kampung. Mamat atau nama sebenar, Mohd Noor Murad berkata ia juga sebagai memenuhi permintaan kedua-dua orang tuanya.

Mamat dihubungi berkata sebagai anak, dia lebih mengutamakan permintaan ibu bapa memandangkan mereka sudah berusia. “Bapa saya, Murad Ayob kini berusia 75 tahun manakala, emak, Masinah Ahmad pula berumur 68 tahun.

“Apatah lagi, kami ini orang kampung. Jadi, ada baiknya majlis pernikahan saya dan isteri, Nordiana Ibrahim, 34, diadakan di rumah keluarga sahaja. “Alhamdulillah, selama dua hari majlis berlangsung semuanya berjalan lancar dan sangat meriah.

“Konsep perkahwinan ala tradisional dan majlis pula dalam suasana kampung, saya dan isteri diraikan sangat meriah,” katanya kepada Harian Metro. Sehubungan itu, Mamat berkata dia sangat bersyukur dapat menunaikan permintaan ibu bapa yang mahu majlis perkahwinannya berlangsung di rumah keluarga di Kulai, Johor.

Dengan sekali lafaz, Mamat sah bergelar suami kepada Nordiana yang berkerjaya sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Mengulas mengenai majlis perkahwinannya yang diatur secara senyap-senyap, Mamat berkata segala persiapan dibuat dalam tempoh tiga minggu.

“Saya dan isteri, kami sibuk dengan kerja masing-masing. Malah, jika ikutkan perancangan asal, kami sudah bernikah pada tahun lalu. “Namun, di atas beberapa urusan penting yang tak dapat dielak dan juga komitmen kerja, kami sepakat menangguhkan majlis.

“Jadi, memandangkan sekarang masa lapang yang kami ada, maka saya tidak fikir lama untuk melangsungkan majlis pernikahan serta resepsi serentak. “Bagi saya, ia lebih mudah dan tidak terlalu memenatkan. Lagi pun, majlis berlangsung di rumah keluarga dan tiada sebarang protokol formal,” katanya.

Ditanya tidakahkah dia cuba mendapatkan penajaan hotel memandangkan status sebagai selebriti, Mamat berkata dia yang menolak. “Sebenarnya ada beberapa hotel di Johor yang berminat mahu memberi penajaan tetapi, saya tolak.

“Ini kerana, saya mahu menunaikan permintaan ibu bapa dan pada masa sama berasakan kenduri perkahwinan di rumah lebih mesra suasana kampung,” katanya. Mamat yang kini aktif sebagai pelawak sepenuh masa mengikat pertunangan dengan Nordiana yang berasal dari Lahad Datu, Sabah pada 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *