Ini yang terakhir. Lepas Uqasha Senrose buat perkongsian macam tu. Ini reaksi mengejut dari Michael Ang buat warganet terkedu.

artis

Ini yang terakhir. Lepas Uqasha Senrose buat perkongsian macam tu. Ini reaksi mengejut dari Michael Ang buat warganet terkedu.

Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa terharu selepas dirinya berpeluang untuk bersolat jemaah bersama kesemua krew dan pelakon drama arahannya di set pengambaran. Menurut Michael, ini adalah kali pertama dia merasai pengalaman seperti ini dan dia turut berterima kasih kepada pelakon, Uqasha Senrose kerana merialisasikan perkara tersebut.

“Salam semua. Alhamdullilah dengan posting @uqashasenrose2 tadi hari ni semua nak bersolat berjemaah sama sama. “Alhamdullilah. I rasa Ini kali pertama kat set aku yg semua Tiba-tiba nak solat berjemaah! “Tq so much @uqashasenrose2 u memang power,” tulisnya.

Dalam pada itu, Michael turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu cepat menghukum lebih-lebih lagi mengenai soal agama terutamanya melibatkan para selebriti dan krew disebalik tabir. “Anyway pada u all yang selalu anggap kita orang dalam industry ni bukan-bukan, jangan la cepat menghukum iman setiap manusia ada antara dia dan Allah.

“Luv u all n stay safe! Bukan nak menunjuk I just find this is so peaceful and this is my last posting on this matter!,” katanya lagi. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengarah berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya. Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis memuji usaha murni Micheal bersama anak-anak buahnya itu.

Terdahulu, Michael kini sibuk mengarahkan drama terbaru berjudul Perempuan Tanpa Dosa yang menampil Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai peneraju utama. Sumber: Instagram Michael Ang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Tengah Hangat Bercinta Dengan Kamal Adli. Akhirnya Uqasha Senrose Tampil Buka Mulut Bongkarkan Status Dirinya Dengan Kamal Buat Warganet Teruja.

Ramai di kalangan peminat-peminat yang ingin melihat Uqasha Senrose dan Kamal Adli bercinta selepas melihat keserasian gandingan mereka dalam drama bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad’ yang kini sedang ditayangkan. Namun, bagi Uqasha, perkara berkaitan soal hati tidak boleh dipaksa, tambahan pula ketika ini, dia mahu memberikan fokus terlebih dulu kepada kerjaya.

“Mungkin kerana masing-masing masih solo, jadi ramai berharap hubungan baik kami berlanjutan hingga ke luar lokasi penggambaran. Soal hati dan perasaan di luar kawalan saya, malah perkara itu belum saya fikirkan secara serius kerana mahu terlebih dulu membina kerjaya,” katanya.

Uqasha yang membawa watak Nawal dalam drama itu bagaimanapun, mengakui selesa bergandingan dengan Kamal yang pada matanya tenang dan kelakar: “Banyak yang saya belajar daripada Kamal, terutama mengenai lakonan. Berbanding saya, dia lebih berpengalaman dalam selok-belok lakonan. Keserasian itu tercipta mungkin kerana kami lama di lokasi penggambaran.

“Hampir lima bulan kami bersama menyiapkan drama itu. Jika ramai yang suka, itu bonus kerana ia bermakna, gandingan kami menjadi. Lagipun, keserasian bukan perkara yang boleh dibuat-buat dan penonton dapat menilainya menerusi persembahan kita di skrin televisyen,” ujarnya.

Sementara itu, Uqasha turut menafikan, perkahwinan adiknya, Nelydia Senrose pada April lalu, memberinya tekanan untuk segera mencari jodoh: “Sudah jodoh dia berkahwin pada usia muda dan pilihan itu terbaik untuknya. Pada usia 26 tahun, saya rasa masih lagi awal untuk mendirikan rumah tangga.

“Untuk apa memaksa diri jika masih belum bersedia. Saya gembira dengan kehidupan Nelydia yang semakin teratur. Soal lambat atau cepat bertemu jodoh, saya serahkan kepada takdir. Saya tidak mahu mendesak diri hanya kerana memenuhi permintaan orang lain,” tuturnya.

Apapun, jika benar mereka ada hubungan istimewa, tak salah kalau mereka berdua bercinta sebab masing-masing pun single kan. Kita hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa Pendapat Anda?

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

sumber : myartis.com

Uqasha Senrose baiki kelemahan diri

SEBELUM dunia hiburan ‘kecoh’ dengan keputusan pelakon Emma Maembong tidak lagi bertudung, pelakon jelita Uqasha Senrose, 26, juga pernah melakukan perkara sama. Pada 2013, Uqasha pernah bertudung namun hanya sempat ‘bertahan’ hingga Ogos 2016 saja.

Namun ketika mengerjakan umrah Disember tahun lalu, pelakon ini pernah menyatakan hasrat kembali bertudung sebaik pulang dari umrah. “Saya pernah dari tidak bertudung, kemudian bertudung dan kembali tidak bertudung. Saya tidak mahu membuat keputusan drastik yang boleh membuatkan masyarakat terus bercakap perkara buruk mengenai saya.

“Kita sendiri tahu bertudung itu untuk apa iaitu antara kita dengan Tuhan. Ia bukan untuk dapatkan perhatian orang. Bagi saya, kalau mahu membuat keputusan (kembali bertudung), saya mahu lakukan selepas betul-betul berfikir panjang,” katanya.

Uqasha berpendapat biarlah keputusannya untuk kembali bertudung datang daripada hatinya yang tulus ikhlas. Pun begitu, dia sedar bertudung adalah wajib bagi wanita Islam yang sudah mencapai akil baligh dan berakal, cuma pada masa ini dia mahu melakukan kewajipan itu tanpa terburu-buru.

Katanya, dia tidak mahu memaksa diri kerana beranggapan walaupun sudah memakai tudung, bimbang tidak seiring dengan sikap. “Saya tidak mahu paksa diri. Pakai (tudung) itu sudah betul tapi perbuatan kita tidak betul. Saya tidak mahu perkara begitu berlaku. Saya mahu biarlah tindakan itu seiring.

“Saya akui sebelum ini saya bertudung disebabkan situasi, ditambah pula sedang bersedih dan masih muda, keputusan dibuat agak terburu-buru. “Apabila saya tidak bertudung, saya dapat melihat kekhilafan saya sebelum ini dan perbetulkan diri sedikit demi sedikit,” katanya.

Uqasha berkata, andai ditakdirkan dia betul-betul sudah berada di ‘landasan betul’ dan ditambah pula kebaikan pahala dengan bertudung, Insya-Allah dia akan lakukan sepenuh hati. Cuma buat masa ini, dia selesa dengan keadaan dan fokus pada kerja serta perbaiki kelemahan lain yang ada. Baginya, hidayah itu milik Allah dan pasti akan diberikan kepada hamba-Nya yang dikehendaki pada bila-bila masa saja.

Lebih tenang lepas balik umrah

Bercerita mengenai pengalaman mengerjakan umrah, Uqasha akui dia dikurniakan rezeki melimpah ruah dari segi tawaran berlakon, pengacaraan dan kini menjadi duta produk kecantikan minggu lalu. “Banyak perkara saya doakan ketika umrah lalu Allah makbulkan.

Perasaan saya, segala rezeki yang saya terima lebih berkat dan apa yang saya buat sekarang ini nampak lebih teratur serta dipermudahkan. Ditambah pula dengan panduan daripada ibu bapa, segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Tanpa berselindung, Uqasha berpendapat perkara paling penting sebaik saja pulang dari Tanah Suci adalah rasa lebih tenang. “Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya rasa lapang dada dan ibadah juga dipermudahkan kami sekeluarga. “Sebak itu pastilah ada. Saya berharap dapat melakukan umrah setiap tahun. Insya-Allah akan ke sana sekali lagi sebelum Ramadan tahun ini bersama keluarga,” katanya.

Setiap ujian berbeza

Tanpa menuding jari kepada sesiapa, Uqasha tidak menyalahkan pihak yang cuba mengaitkan dirinya dengan Emma mengenai kisah dia kembali tidak bertudung itu.. “Ia adalah lumrah, saya tidak boleh hentikan tapi sejauh mana mereka ini kaitkan perkara itu penting bagi saya. Asalkan jangan sampai memudaratkan perasaan orang lain dan saya.

“Dosa setiap manusia itu berbeza dan saya ada bahagian saya sendiri. Allah bagi dugaan dan ujian berbeza dengan orang lain, jadi janganlah samakan,” katanya. Dia bagaimana pun akui sekiranya tidak mengambil tahu ‘cakap-cakap’ orang, dia tidak akan terkesan dan seandainya dia membaca komentar warganet dan mengambil hati kritikan mereka, pastinya hati akan panas.

Tapi dia berpendapat sampai bila dia perlu ada perasaan marah, jadi lebih baik untuknya tidak mengambil tahu mengenai kritikan warganet. “Orang yang berfikiran terbuka, terpelajar dan berilmu tidak akan kaitkan dengan isu ini, sebab tahu setiap manusia ada ujian dan cabaran berbeza.

“Allah akan uji mengikut kekuatan kita, jadi lebih baik ‘husnuzon’ saja,” katanya. Pun begitu, sebagai manusia dia selalu beringat dan perlu teguran orang luar kerana ia adalah peringatan untuk dirinya yang mungkin terlupa. Baginya, ini mungkin cara Allah untuk sampaikan kepadanya agar perlahankan sikap yang mungkin memberi kesan tidak baik kepada diri dan orang sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *