Rahsia paling ramai orang perlu tahu. Riz Amin bongkarkan cara dia dapat kerja walaupun cara ini jarang digunakan orang lain

artis

Riz sentiasa hubungi kenalan penerbit dan pengarah demi peluang kerja. SESEORANG yang ingin meneruskan kerjaya sebagai pelakon seharusnya tidak boleh hanya menunggu sesuatu tawaran datang bergolek tanpa sebarang usaha dan kerja keras.

Menurut Riz atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 35, selebriti itu sendiri perlu membuang perasaan malu untuk menghubungi pengarah atau penerbit yang rapat bagi bertanya peluang kerja. “Macam saya biasanya akan call orang yang saya rapat. Bukanlah yang pertama kali bekerjasama kemudian hilang dan tiba-tiba call nak cakap fasal job.

“Saya sentiasa hubungi penerbit atau pengarah yang dekat dan banyak memberi peluang kepada saya. Sebenarnya dalam hidup kita kalau malu akan rugi.”Kalau salah pun, tak apa… sebab kita boleh belajar daripada kesilapan itu. Orang berniaga pun kena rajin dan kena tak malu, begitu juga dengan pelakon,” kata Riz kepada mStar. Dalam pada itu, pelakon filem Polis Evo 2 ini memberitahu dia tidak hanya menghubungi kenalan rapat semata-mata untuk bercakap mengenai kerja namun turut ingin bertanyakan khabar.

Riz menganggap saling hubungi satu sama lain dapat eratkan silaturahim.Pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini menganggap saling berhubung dengan rakan dalam industri juga dapat mengeratkan silaturahim.

“Kadang-kadang orang terlupa, kita la kena ingatkan orang itu supaya ingat kita. Tak semestinya kita hubungi penerbit atau pengarah semata-mata untuk minta job.”Tapi untuk bertanya khabar dan bagi saya benda itu pun bagus sebab dapat mengeratkan silaturahim,” ujarnya.-mstar

Riz Amin berhabis lebih RM24,000 untuk tanam rambut

RIZ Amin jalani rawatan tanam rambut pada Syawal ketiga yang lalu. PELAKON Riz Amin membelanjakan lebih RM24,000 bagi menjalani proses tanam rambut membabitkan 4,083 helai rambut. Riz, 35, berkata, proses itu dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan rambut pada bahagian depan kepala selain untuk penampilan diri sebagai artis.

“Kalau ikutkan rawatan ini dibuat pada Januari lalu, tapi jadual kerja pula tidak mengizinkan sehingga ia tertunda. Jadi, pada raya ketiga lalu saya ambil keputusan untuk buat rawatan ini sementara masih belum terbabit dengan penggambaran.

“Terlebih dahulu saya berjumpa doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat. Selepas itu baru doktor mencadangkan bahagian mana yang perlu ditanam. Macam saya, bahagian depan memang bermasalah jadi kena tanam banyak. Bahagian tengah pula membabitkan 300 helai saja. Keseluruhan 4,083 helai digunakan dengan kos RM6 sehelai. 

“Walaupun perlu berhabis lebih RM24,000, tapi bagi saya ia berbaloi dibuat demi kerjaya. Saya anggap ini pelaburan buat diri saya sebagai pelakon. Selain untuk penampilan, ia juga menjadikan saya lebih berkeyakinan,” katanya kepada Harian Metro.

Riz yang juga pelakon Polis Evo 2 berkata, dia membuat rawatan itu selepas melihat hasil daripada beberapa rakan artis yang melakukan prosedur sama. “Dulu sewaktu remaja tidak ada masalah pun sebab rambut saya tebal. Lama kelamaan, saya perasan rambut bahagian depan makin berkurangan. Mungkin disebabkan faktor gaya hidup, pemakanan, tidur dan genetik. 

“Apatah lagi kalau berlakon sangat ketara. Jadi, saya mula bertanya pada rakan artis yang pernah buat seperti Norman Hakim, Syafie Naswip dan beberapa lagi. Sebelum itu, saya ada juga membuat kajian dan pembacaan sendiri.”Sekarang, saya hanya perlu disiplin dari segi ubat. Alhamdulillah, bengkak di muka juga semakin berkurang. Ia memang perkara biasa kerana kesan bius ketika rawatan dibuat,” katanya.-mymetro

Video Riz Amin Tehantuk Tong Oksigen, Kasihan & Kelakar Pula…

Pelakon Riz Amin telah memuat naik video kepalanya yang terhntuk tong oksigen menyelaam ketika menjalani latihan untuk filem lakonan terbarunya. Riz berkongsi video tersebut di laman Instagram miliknya. “Tong tu terkena kepala, rasa nak terkeluar biji mata,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Di ruangan komen, rata-rata warganet berasa menyifatkan kejadian itu menyakitkan dan pada masa yang sama, mencuit hati.Tidak ketinggalan, pelakon Zul Ariffin turut tinggalkan komen. “Dahsyat hero ni,” tulisnya berseloroh. Riz mula muncul di persada hiburan pada tahun 2005 dan sering muncul dalam filem dan drama-gmpk

RIZ AMIN setia, tidak layan yang lain

KISAH suami orang dig0da bukanlah isu baharu, malah sehingga ke hari ini kita sering ‘dihidangkan’ kisah sebegitu.Begitulah juga pelakon bertubuh sasa Riz Amin tidak terlepas daripada dig0da wanita lain walaupun sudah berkahwin.

“Kena kacau dengan perempuan tu biasalah, tetapi tidaklah sampai ke tahap serius. Saya tidak pandang isu itu sesuatu yang berat kerana semuanya bergantung kepada kita.“Bila g0daan datang, jangan layan lebih-lebih. Bukanlah tidak memberi respon langsung, tetapi layanan tu ada batasnya.

” Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Namun, pastikan kita bijak tanggani masalah dengan cara yang baik supaya tidak timbul masalah antara kedua belah pihak,” kata Riz Amin atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin, 35.Riz Amin bahagia bersama isteri dan anak

Riz yang kini bahagia bersama isterinya, Syarifah Fazlina Syed Fuad dan anak mereka Putri Natalia Eryna yang berusia lima tahun. Menurut Riz, walaupun sibuk  berlakon dia sedaya upaya menjaga hubungan dengan isteri yang setia bersamanya ketika susah dan senang.

“Sebagai suami, saya selalu menjaga hati isteri dan anak dengan membahagikan Masa berkualiti bersama mereka. “Saya juga sering berkongsi cerita dan tidak menyembunyikan apa sahaja dengan isteri agar  salah faham tidak timbul,” katanya lagi yang akan menjalani penggambaran drama Hati Yang Tersakiti untuk siaran TV3.

Antara drama lakonan Riz Amin adalah Krban Kasih, Astana Idaman 3, Manjalara, Emil Emilda, Cindarella, Spa Q, Si Capik, Sutun Kembali Lagi, Hidayah Cintaku dan banyak lagi. Manakala antara  filem lakonannya pula adalah Tujuh, Hantu Kapcai, Tanda Putera dan 29 Februari. – WILAYAHKU

RM6 Sehelai, Riz Amin Buat Rawatan Tanam 4,083 Helai Rambut

Sudah memendam hasrat sejak Januari lalu, pelakon Riz Amin nekad untuk melakukan rawatan menanam semula rambut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.Menjalani rawatan tersebut di sebuah klinik anestetik popular di ibu kota, Riz berkata dia melakukan rawatan berkenaan kerana berdepan masalah kehilangan rambut terutama di bahagian hadapan kepala.

“Sebenarnya saya bercadang untuk melakukan rawatan tanam rambut ini sejak awal tahun lagi tetapi terhalang dengan penggambaran dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemudiannya.“Banyak produk yang saya telah cuba tapi ia hanya menguatkan akar rambut yang sedia ada bukannya mampu menumbuhkan semula kawasan rambut yang sudah botak,” katanya kepada Astro Gempak.

Setiap helai berharga RM6, Riz berkata sebanyak 4,083 helai rambut diambil dari bahagian belakang kepalanya untuk ditanam semula di bahagian hadapan.“Bagi saya pelaburan ini berbaloi untuk kepuasan diri saya dan mendapatkan semula keyakinan untuk berlakon.

“Ketika prosedur itu tak rasa sakit pun cuma selepas ubat bius habis terasa berdenyut-denyut. Apabila waktu malam pula nak tidur tak tentu arah jugalah sebab bahagian belakang kepala luka,” katanya.Dalam pada itu, Riz mengharapkan hasil yang memberansangkan dan tempoh penumbuhan semula rambut baharunya itu mengambil masa empat hingga tujuh bulan.-rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *