Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang. Ini rupanya cara nak masukkan ahli keluarga dalam aplikasi MySejahtera dan harap maklum sebelum nasi menjadi bubur

berita

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal. Dalam kehidupan normal baharu ini, masyarakat perlu mengisi atau menggunakan QR kod untuk memasuki sesebuah premis perniagaan atau di mana sahaja.  Bahkan kerajaan pun telah perkenalkan satu aplikasi yang bernama MySejahtera.

Tetapi hari ini SK ingin berkongsi satu tips mudah daripada pelayar Twitter, Wan Aizat mengenai Aplikasi MySejahtera boleh memasukkan beberapa nama orang lain terutamanya ahli keluarga dalam aplikasi kita sekiranya mereka tidak mempunyai aplikasi tersebut.

“Kalau pergi mana-mana kena check in apps MySejahtera. Tapi, kita check in sorang-sorang je. Macam mana nak masukkan sekali nama anak kalau kita bawak sekali. Kang polis check, nama anak kita takde check in, haru la tak pasal tak ikut SOP.”

Jadi lelaki ini tunjuk cara mudah untuk kita sama-sama patuhi SOP.

1. Pergi kat Apps MySejahtera. Kemudian pergi kat home MySejahtera. Kat atas ada ‘More’. Click kat situ.

2. Nanti akan keluar macam dalam gambar kat bawah ni. Tekan kat Manage Dependents.

3. Then, akan keluar mcm dalam gambar ni. Add dependents kat bahagian bawah. Boleh letakkan sekali parents yang tak ada smartphone kalau kita selalu bawak parents kita keluar. Isi nama semua dengan relation.

4. Make sure nama semua betul. Biila nak check in guna apps MySejahtera, akan keluar ‘i’m with…’. Click nama yang ada dengan kita. Kalau kita sorang-sorang je, terus tekan check in kat bawah.Jadi, selamat dah ‘check in’ nama anak kita sekali or nama-nama lain dependents dengan kita. Takdelah langgar SOP dah kan?Sekali lagi nak diingatkan ye, ‘Add Dependents’ ni untuk yang tak ada smartphones macam parents or anak-anak. Kalau yang dah ada MySejahtera tu, check in guna aplikasi sendiri.

Sumber: Wan Aizat

Terkesan COVID19 Dan Tanpa Sedar Anda Akan Mengalami Satu Sakit Ini. KKM Umumkan Satu Aplikasi Ini Untuk Semak Ujian Diri Anda Secara Atas Talian

BeritaAugust 17, 2020 Admin0

Tidak boleh dipandang enteng, masalah kesihatan mental kini bagaikan menjadi ‘sakit yang datang secara senyap’ bagi sesetengah individu sehingga memusnhkan kesejahteraan hidup mereka.Tekanan, kemurungan, anxiety dan pelbagai lagi masalah kesihatan mental yang lain berpunca daripada pelbagai masalah kehidupan yang sukar untuk dikawal.

Seperti yang diketahui, Malaysia pada ketika ini masih lagi menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memperlihatkan pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi dibuka semula seperti sedia kala. Pun begitu, ramai juga yang terpaksa menelan hakikat bahawa mereka terpaksa kehilangan pekerjaan disebabkan oleh faktor ekonomi yang merudum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga PKPP.

Tidak semua orang boleh menghadapinya dengan baik dan mungkin akan menyebabkan berlakunya tekanan serta kemurungan.Bagi anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh menggunakan Aplikasi Saringan Minda Sihat (eMINDA) yang telah dicipta oleh KKM untuk mengukur tahap kemurungan (Depression), tahap kebimbangan (Anx1ety) dan tahap tekanan (Stress).

Manakala, aplikasi Saringan Minda Sihat Jabatan Kesihatan Negeri Johor ini juga boleh digunakan oleh orang awam untuk mengukur tahap kesihatan mental.Jika keputusannya membimbangkan, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor yang pakar dalam bidang kesihatan mental untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

COVID-19: Kerajaan analisis kesan ke atas sektor terjejas

PUTRAJAYA: Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek menganalisis kesan ke atas sektor yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dicetuskan COVID-19. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata sejak awal Mei, Kementerian Kewangan sudah mengadakan sesi libat urus bersama lebih 100 pihak berkepentingan.

Katanya, ia termasuk sektor pelancongan, usahawan sosial, industri kreatif, persatuan peniaga, teknologi dan e-dagang, pendidikan, perumahan, pembuatan, sumber manusia, perubatan swasta, perkhidmatan profesional, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta pertanian dan perladangan.

“Kementerian juga menerima dan menganalisis pelbagai cadangan mengenai langkah yang boleh diperkenalkan.”Saya berterima kasih kepada semua pihak dan rakan Kabinet yang turut terbabit,” katanya.Beliau berkata demikian dalam perkongsian video mengenai pelaksanaan Pakej PRIHATIN di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, maklum balas yang diterima menunjukkan bahawa situasi yang dihadapi orang ramai dan perniagaan amatlah mencabar. “Bagi golongan pekerja, menurut kajian oleh Nielsen, lebih 40 peratus responden melaporkan pengurangan pendapatan dalam tempoh PKP. Untuk perniagaan pula, menurut Jabatan Perangkaan, cabaran utama yang dihadapi adalah membayar gaji (77 peratus), kekurangan pelanggan (66 peratus), membayar sewa premis (61 peratus), dan masalah aliran tunai (36 peratus).

“Dalam sektor teknologi, pelantar pekerjaan mendapati bilangan pemohon pekerja semakin meningkat tetapi iklan pekerjaan semakin berkurangan. Selain itu, setiap empat daripada 10 pekerjaan bergantung kepada industri pelancongan yang menjadi antara paling terkesan COVID-19.

“Industri pendidikan tinggi yang bernilai RM35 bilion kepada ekonomi negara bakal menghadapi cabaran ekoran kekangan menarik pelajar antarabangsa, manakala peniaga kecil seperti penjual kuih, peniaga pasar malam, abang gerai burger, dan sebagainya tiada punca pendapatan yang tetap,” katanya.

Beliau berkata, data juga menunjukkan daripada 67 peratus pekerja yang telah kembali bekerja, masih ada lebih kurang lima juta pekerja pelbagai sektor yang belum memulakan pekerjaan. Katanya, ini disebabkan, antara lain ia merangkumi senarai aktiviti dilarang atau prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk memastikan faktor keselamatan dan kesihatan terjamin.

“Menurut kajian Ipsos pula, dapatan menunjukkan bahawa 62 peratus rakyat Malaysia sangat bimbang akan ancaman COVID-19. Tahap kebimbangan ini adalah yang tertinggi di kalangan warga negara lain. “Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia akan lebih berhati-hati dalam melaksanakan aktiviti harian, namun ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada sektor ekonomi seperti pelancongan dan perkhidmatan dan tempoh masa yang diperlukan untuk pulih kembali. “Saya tidak berniat untuk memberi gambaran yang malap mengenai ekonomi negara. Namun, ini adalah realiti cabaran yang bakal dihadapi dan perlu ditangani,” katanya.-ctto

Impak negatif COVID-19: Pelajar ketinggalan, ‘lost generation’?

Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. PELAJAR sekolah dan juga institut pengajian tinggi tidak dibenarkan menghadiri kelas sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.

Mereka dinasihatkan berada di rumah dan meneruskan pembelajaran dalam talian. Namun timbul kegusaran dalam kalangan pelajar dan juga ibu bapa, adakah pembelajaran dalam talian memberi kesan yang sama seperti pembelajaran formal di dalam kelas?

Mengapa sekolah, IPT perlu dibuka kembali?

Krisis Covid-19 tidak akan berakhir sehinggalah penemuan vaksin di mana jangkaan awal senario ini hanya akan berlaku sekitar tahun hadapan. Adakah pelajar perlu meneruskan pembelajaran dalam talian walhal pelbagai isu timbul akibat pembelajaran tidak formal ini iaitu;Pelajar yang tidak mempunyai akses internet,Pelajar yang tiada peranti, Kesukaran guru dan ibu bapa memantau prestasi pelajar,Tiada proses pembelajaran dua hala sebaliknya hanya membuat kerja rumah

Pada saat sektor perkhidmatan keperluan asas terus beroperasi serta sektor-sektor ekonomi lain mula dibuka semula bagi memulihkan kembali kedudukan ekonomi negara, tidakkah sektor pendidikan juga perlu diberi keutamaan yang sewajarnya?

Apa prasyarat sekolah & IPT dibuka semula?

Menurut Pakar Epidemiologi dan juga Presiden Konsortium Akademik Kesihatan Awam Asia-Pasifik Kuala Lumpur, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud; ada dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula iaitu; situasi wabak sudah mula terkawal,persediaan rapi SOP normal baharu

Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.

Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.

Bagaimana ini dapat dilaksana di negara kita?

Perancangan rapi serta sumber tenaga kerja dan sumber kewangan yang mencukupi. Bagi memastikan keberkesanan langkah-langkah normal baharu, sekolah dinasihatkan membangunkan SOP sendiri di mana melaksana sistem penggiliran bagi memastikan saiz murid yang lebih kecil. Pelajar anak-anak golongan barisan hadapan dan golongan B40 perlu diutamakan selepas keutamaan diberikan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Sanitasi kawasan dan perkakasan sekolah perlu dilakukan dengan kerap. Ini memerlukan dana yang cukup dari kerajaan untuk membolehkan pihak sekolah dan IPT memberi tender kepada kontraktor kecil yang diberi tanggungjawab menjalankan proses nyahkuman di kawasan sekolah dan IPT. Bas sekolah juga perlu menambah bilangan perjalanan berulang alik menghantar pelajar supaya penjarakkan sosial dapat dipraktikkan.

Sekolah berasrama penuh serta IPT juga perlu membangunkan SOP sendiri berdasarkan saranan tersebut. Kalau laksana sistem penggiliran, apa nasib pelajar lain?  Pelajar yang perlu meneruskan pembelajaran dalam talian perlu diberi sokongan peralatan serta memastikan hanya mereka berada dalam lingkungan kawasan yang mempunyai kemudahan perkhidmatan internet sahaja boleh meneruskan cara pembelajaran sebegini.

Tiada peranti? Peranti diberi pinjaman oleh pihak sekolah atau IPT. PTPTN juga boleh memberi sokongan pinjaman kewangan jika pelajar perlu membeli peranti bagi tujuan tersebut.Waktu pembelajaran dalam talian perlu mengikut jadual, diberi penekanan dan pemantauan berterusan dari pihak tenaga pengajar.

Tenaga pengajar tiada pengalaman menjalankan pembelajaran dalam talian? Kursus, kursus, kursus. Guru dan pensyarah IPT juga perlu diberi sokongan, gunakan masa yang ada sekarang untuk menambah kepakaran dalam bidang tersebut. Ini masa untuk mengubah paradigma menerima normal baharu. Tenaga pengajar perlu bersedia kemungkinan pembelajaran dalam talian diubah menjadi cara pembelajaran utama di masa akan datang.

Sudah hampir tiga bulan, pelajar duduk di rumah. Mereka tidak mendapat pendidikan formal dan kehilangan masa yang cukup berharga untuk menimba ilmu pengetahuan. ‘Restart’ belum tentu boleh ‘catch up’. Malah sekiranya ia dibiarkan tanpa diberi perhatian sewajarnya, kita mungkin berhadapan isu ‘lost generation’, impak terburuk akibat krisis COVID-19 yang perlu kita elakkan sama sekali.-awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *