Daiyan titipkan ucapan buat Luqman Hakim. Ini pula reaksi yang diberikan oleh warganet bila ucapan Daiyan seakan mahu cuba memikat Luqman

artis

Penghijrahan pemain bola sepak remaja negara, Luqman Hakim ke bumi Bagium bagi menyertai pasukan, KV Kortrijk nyata meraih tumpuan banyak pihak awal minggu lalu. Keberangkatan Luqman itu sememangnya melahirkan rasa bangga di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Malah, ada juga rakan selebriti yang turut tumpang gembira seterusnya memberikan dedikasi buat pemain muda berkenaan, termasuk penyanyi Daiyan Trisya. Daiyan dilihat memberikan reaksinya sejurus selepas akaun Twitter kelab bola sepak, KV Kortrijk memuat naik video khas bagi mengalu-alukan kehadiran Luqman.

Menurut Daiyan, dia berasa sangat gembira selepas melihat video berkenaan selain turut mengucapkan selamat maju jaya buat pemain di posisi penyeraang terbabit. “Watching this makes me so so happy. Malaysia boleh.

“All the best Luqman, make us proud!,” tulisnya.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberikan reaksi pelbagai terhadap perkongsian penyanyi lagu Langit itu. Malah, ada juga suara-suara nakal yang membuat andaian sendiri terhadap status yang dilayangkan Daiyan.

Luqman telah pun tiba di Belgium beberapa hari lalu dan harus menjalani sesi kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu. Pada masa sama, kelab devisyen 1 Belgium itu turut turut mengumumkan Luqman menyarung jersi nombor 9 bagi kelab tersebut.

Sumber: Twitter Daiyan Trisha

Satu satunya pemain muda Malaysia yang bermain di Belgium. Luqman mula meraih perhatian peminat bola sepak dengan pencapaian dia yang satu ini

Arena bola sepak negara tempatan baru-baru ini dalam mood bangga selepas seorang pemain muda kebangsaan ditawarkan untuk menyertai sebuah kelab bola sepak di Belgium, KV Kortrijk. Mungkin nama Luqman Hakim masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan rakyat biasa, tetapi namanya itu sudah menjadi bualan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Ikuti temubual ringkas bersama Luqman Hakim sebelum beliau berlepas ke Belgium dalam video yang dikongsi oleh @zulhelmizainal1 kat bawah ni. Mentaliti juara! Admin berbangga dengan pencapaian Luqman setakat ini. Bukan senang nak dapat offer main untuk kelab luar negara. Admin setakat dapat offer dalam game FIFA 20 pun dah bangga sangat, ini real life tak tahu lah apa perasaannya kan.

Hati kena kuat dik. Jangan sebab homesick nak makan roti canai dan nasi lemak terus balik taknak pegi sana dah. Balik Malaysia kalau kena panggil main untuk negara je. Kalau homesick tu tunggu je lah kat sana. Dapat rezeki tu jaga elok-elok.Sadio Mane, Mo Salah, Anelka, antara nama-nama pemain bola sepak yang merantau untuk mencari rezeki dan atas dasar minat kepada sukan tersebut. Orang kita pun boleh buat! All the best Luqman!Betul, jiwa kena kental. Bertahan disana. Kalau rindu boleh video call. Semoga berjaya dan bawa nama Malaysia baik-baik!-lobakmerah

Foto Dirinya Dijadikan Sumber Oleh Individu Yang Tidak Bertanggungjawab. Daiyan Trisha Tegaskan Aktiviti Ini Diambil Ringan Dalam Masyarakat

KUALA LUMPUR: Sekali lagi, foto dirinya dijadikan bahan jenaka dan ekspl0itasi individu tidak bertanggungjawab. Berulang kali, penyanyi, Daiyan Trisha, 26, menjadi sasaran perbuatan tidak senonoh yang mencemar reputasi. Siapa sangka, sekadar suka-suka memuat naik foto memaparkan aksi menunjuk lidah di laman sosial, Daiyan atau nama penuhnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, diekspl0itasi hingga mengundang reaksi warganet.”Saya perempuan dan menjadi sasaran. Saya lihat, pada laman web yang menyiarkan foto saya itu, orang yang terkena ramai perempuan. “Mereka yang bercakap mengenai soal ini juga wanita. Saya hairan, kenapa perempuan sahaja yang memandang serius soal ini? “Sedangkan ini bukan masalah wanita… Ini isu sosial. Wanita yang menutup aurat dan mereka yang bukan artis juga menjadi sasaran.

“Selagi lelaki tidak mengubah buah fikiran mereka dan tidak mengubah sikap untuk menghormati wanita, perkara ini tetap terjadi,” katanya kepada BH Online. Tambah Daiyan, lelaki zaman sekarang perlu mengubah cara pemikiran dan berhenti melayan wanita umpama objek. Penyanyi lagu Langit ini menegaskan, pendidikan dari kecil sangat penting bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi sasaran perlakuan lelaki. “Semuanya berbalik kepada didikan sejak kecil. Seseorang lelaki perlu dididik untuk menghormati wanita, tanpa didikan yang baik, kita boleh lihat anak muda sekarang bebas mengeluarkan kata-kata tidak bermoral terhadap wanita,” katanya.

Tambah Daiyan, isu pengan1ayaan terhadap wanita perlu diangkat lebih serius dan diperjuangkan lelaki terutama selebriti popular yang mampu mempengaruhi pengikut agar untuk menghormati kaum Hawa. “Saya sering lihat perkara ini diperkatakan dan dibangkitkan wanita, sedangkan isu ini berpunca daripada lelaki. Kita juga yang memperjuangkan hak wanita bertahun-tahun, tapi adakah kita lihat lelaki memperjuangkan hak itu? “Bagi saya, sepatutnya ada ‘influencer’ atau selebriti lelaki yang tampil menyuarakan soal ini, bukan sahaja perempuan. “Sampai bila perempuan perlu takut untuk memuat naik gambar?” katanya yang akan membintangi filem, Oktober depan.-bharian

Hasil karya lain macam. Daiyan Trisha luah rasa kesal melihat mentaliti warganet yang cuba untuk rendahkan dia

Penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa kecewa selepas niatnya untuk berinteraksi bersama peminat sempena single terbarunya disalah erti sesetengah pihak. Ia susulan selepas Daiyan meminta peminatnya di laman Twitter untuk menggunakan kreativiti mereka menyunting gambar yang difahamkan bakal menjadi poster single tersebut. “Can y’all turn this into an ala-ala paras1te poster but with on my way as the title,” tulisnya. Tindakkan tersebut nyata menimbulkan rasa kurang dihati sesetengah pihak yang menganggap Daiyan seolah-olah tidak menghormati kerjaya seorang pereka grafik. Melihat komen tersebut, ini respon balas yang diberikan oleh Daiyan terhadap tudvhan berkenaan. “i HAVE a design, this is the ARTWORK that’s PAID for, for my song. “YALL. REALLY? i ALWAYS pay my creatives, this is a painful accusation. “I just wanted to ENGAGE with my followers. “Please la, too much la korang ni sometimes,” jawabnya. Malah, Daiyan turut memuat naik poster terbaru lagunya itu yang telah pun siap disvnting. Melihat di rungan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh warganet berhubung isu berkenaan. Terdahulu, Daiyan dikatakan bakal melancarkan single terbarunya, On May Way dalam masa terdekat.-Sumber: Daiyan Trisha

Daiyan Trisha terkilan warganet memperlek3hkannya

DAIYAN mengakui sangat kecewa dengan mentaliti warganet yang suka merendahkan pengamal kreatif tempatan.PENYANYI dan pelakon Daiyan Trisha terkilan serta sedih apabila segelintir warganet memp3rlekeh usaha k3rasnya menerusi lagu terbarunya berjudul I Wanna See Ya selain menyifatkan dia tidak layak mengikut jejak Yuna ke peringkat antarabangsa. Daiyan, 25, mengakui sangat kecewa dengan mentaliti warganet yang suka merendahkan pengamal kreatif tempatan dan tertanya kenapa mereka perlu tinggal kan komen k4sar serta tidak membina.

“Kenapa perlu merendahkan artis yang berusaha menghasilkan seni tidak kiralah tidak dapat tontonan atau wang banyak? Adakah ini satu lagi perangai baru di Malaysia? “Apa mesej cuba warganet sampaikan kepada pengamal kreatif dan golongan muda yang menyimpan impian besar di luar sana? Kamu mahu kata warga Malaysia tidak perlu cuba untuk t3mbus ke luar negara disebabkan perjalanannya sangat jauh? “Adakah mereka sangat suka hancvrkan impian orang lain? Jika mereka tidak mahu sokong hasil kerja saya sekalipun, sekurang-kurangnya jangan komen b1adap terhadapnya,” katanya. Penyanyi terbabit juga mengakui sangat bangga dengan Yuna yang membuktikan sebaliknya dan berharap warganet bukan sekadar tunjukkan sokongan hanya selepas artis tempatan mencipta kejayaan besar. “Saya sangat sukakan Yuna yang dianggap kakak dan menjadikannya inspirasi meskipun dia sendiri turut berdepan situasi sebegini sebelum sampai ke tahap dia berada sekarang.

“Warganet pula hanya akan mula ‘tersedar’ selepas seseorang itu membuktikan kejayaannya. Macam mana kita nak letak artis Malaysia di peta dunia jika terus dengan mentaliti sebegini?,” katanya. Daiyan memutvskan untuk bersuara mengenai hal itu disebabkan dia mahu warganet yang memiliki mentaliti sebegitu bersikap lebih matang dan positif. “Kalau kamu suruh untuk abaikan dan tidak beri perhatian kepada individu sebegitu, saya tidak akan boleh mendidik mereka atau kongsi mesej ini. Sudah puas saya cuba diam dan abaikan ramai orang sebelum ini,” katanya. Terdahulu, segelintir warganet di Twitter mengejek Daiyan dengan pelbagai komen termasuklah jumlah tontonan video lagunya di YouTube tidak banyak. Tidak ket1nggalan, ada yang mengatanya terlalu berangan mahu mengikut jejak Yuna.-mymetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *