Tak sampai 24 jam jadi isteri. Tular pula video rupanya Miera Liyana isteri kedua kepada usahawan tersebut. Ini reaksi Miera bila dapat tahu

artis

KUALA LUMPUR: Cinta bersemi di hatinya bukan disebabkan kuasa, harta atau wang ringgit. Sebaliknya, pelakon jelita, Miera Leyana, 27, jatuh cinta pada keluhuran hati suaminya yang juga usahawan, Rosland Othman, 47.Umumnya, Miera atau nama sebenarnya, Miera Leyana Datuk Seri Kasmi memiliki segala-galanya dalam hidup. Dibesarkan dalam hamparan kemewahan, menyusuri populariti dan kini, mewarisi empayar perniagaan keluarga.

Apa lagi yang tak cukup, semuanya serba sempurna. Hanya satu, keinginannya mahu memiliki seorang lelaki bergelar suami yang mampu membimbing dan membawanya ke syurga jannah.Memilih lelaki yang memiliki jarak usia 20 tahun bukan bermakna aktres yang diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu ‘but4 hati’, sebaliknya itu adalah pilihannya, mahukan lelaki yang matang.

Miera dan Rosland disatukan dalam ikatan suami isteri pada 26 Julai lalu. Majlis pernikahan diadakan di Hotel St Regis dengan kehadiran ramai tetamu kenamaan. Malam berinai pula meriah bak persembahan teater dengan acara tari menari berlangsung di Hotel Four Seasons, sehari sebelum majlis pernikahan.

Namun, belumpun sempat 24 jam bergelar suami isteri, dunia hiburan dikejutkan dengan satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube yang mendedahkan pelakon filem Apokalips X dan Lebuhraya Ke Neraka itu ‘hidup bermadu’.Video berkenaan mendedahkan, Rosland yang juga Naib Presiden Kanan sebuah syarikat gergasi sudah berkahwin dan memiliki tujuh cahaya mata perempuan.

Mengulas gosip yang bertiup kencng, Miera tak menafikan mahupun mengiyakan bergelar isteri kedua. Malah, itu juga bukan punca dirinya tidak mendedahkan identiti suami sebelum acara akad nikah.“Sesiapa sahaja bebas membuat andaian, namun adilkah melemparkan spekuulasi negatif pada sebuah masjid yang baru dibina?

“Sebagai orang Islam, kita kena percaya rahsia jodoh sukar dirungkai dan diduga. Begitu juga ikatan perkahwinan saya dengan suami.“Soal hidup bermadu, biarlah hanya kami sahaja tahu. Saya dan suami bahagia, tak menganiayai hidup sesiapa dan spekulasi ini dicetuskan orang luar. Jadi, tak perlulah menghakimi hidup kami,” katanya kepada BH Online secara eksklusif.

Diperkenalkan menerusi drama Luna Fantasiku pada 2008, Miera berkata, dia tidak takut kerana perkahwinan adalah ikatan suci.“Saya dan suami tak membuat perkara salah di sisi Allah dan agama. Kami membina rumah tangga atas dasar cinta dan memperoleh restu kedua-dua keluarga.

“Kami tidak menyorok perkahwinan, malah satu Malaysia tahu, saya kini bergelar isteri Rosland. Majlis pernikahan juga diadakan secara terang-terangan.“Jika mahu membohongi sesiapa, kami boleh berkahwin di luar negara dan bernikah menerusi talian. Tiada seorang pun akan tahu kami sudah berkahwin, melainkan ahli keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu memilih cara yang salah. Lagi pun, tiada apa yang perlu dibimbangkan.“Saya bahagia dengan fasa baharu dalam kehidupan. Saya positif, persepsi orang luar terhadap rumah tangga kami bukan perkara penting.“Apa yang kami tahu, tak salah berkongsi hidup dan bahagia,” katanya.

Namun, jauh di sudut hati, wanita kelahiran Johor Bahru itu Miera sedih apabila tersebar gosip negatif sebaik melangkah ke alam perkahwinan.“Siapa tidak sedih, tak sampai 24 jam bergelar isteri, video berkenaan tersebar. Cuba letakkan diri dalam keadaan saya.“Saya bukannya kahwin sorok, malah sanak saudara dan rakan taulan menghadiri majlis pernikahan kami. Satu Malaysia lihat gambar perkahwinan kami. Gosip ini bukan hanya maruah saya dan suami, malah keluarga kedua-dua pihak.

“Tak kisah suami anak berapa dan apa status sekalipun, tetapi kami berkahwin atas restu keluarga dan tidak melukakan hati sesiapa,” katanya.Mengulas pernyataan berkahwin dengan Rosland atas jalinan perniagaan bapanya, Datuk Seri Kasmi Arsat, Miera menyangkal dkwaan tidak masuk akal berkenaan.

“Ingat perkahwinan saya adaptasi drama ‘khayalan’ dalam kaca televisyen? Kami berkahwin atas dasar cinta, bukan perniagaan keluarga.“Ada atau tidak Rosland, saya tetap ada empayar perniagaan sendiri. Saya tak perlukan sesiapa untuk menanggung hidup saya.“Bagaimanapun, saya akui, suami banyak mengajar selok belok perniagaan selama berkawan baik,” katanya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Diam Tak Diam Ini Perkembangan Terbaru Miera. Miera Lieyana Umumkan Tarikh Perkahwinan Dengan Seorang Usahawan Ini

KUALA LUMPUR: Seri pengantin jelas terpancar pada wajah anggunnya. Diam tak diam, aktres jelita, Miera Leyana, 27, bakal menjadi ‘raja sehari’ dalam tempoh tidak sampai 24 jam. Siapa si jejaka bertuah yang berjaya mengetuk pintu hatinya? Apa yang pasti, bukan lagi aktor menjadi pilihan aktres yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin pada 2013 menerusi filem Pecah itu.

Seperti diketahui ramai, hubungan cintanya dengan dua aktor popular pernah terlerai di tengah jalan. Hari ini, Miera tidak mampu menyorok rahsia hati. Rakan baik yang juga usahawan berusia 40-an akhirnya berjaya menakluki hatinya. Miera dan bakal suami yang masih dirahsiakan identiti, akan disatukan sebagai suami isteri sah di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, esok, disusuli majlis resepsi pada bulan depan.

Selama ini, soal hati terlalu berat untuk diungkap pelakon yang mula diperkenalkan menerusi drama Luna Fantasiku itu. Bertahun-tahun spekulasi hubungan cinta dengan ‘lelaki hartawan’ menjadi bualan, namun tiada jawapan pasti. Selama ini, Miera enggan berkongsi cerita, hingga saat akhir, masih merahsiakan gerangan si pematah hatinya.Secara jujur, Miera mengakui:

“Saya langsung tidak terlintas mahu merahsiakan hari bahagia. Sebaliknya, saya berharap segala perancangan menjadi kenyataan. Saya hanya bersedia berkongsi kegembiraan selepas majlis pernikahan. “Saya sendiri seperti tidak percaya, si dia yang rapat sebagai rakan, akhirnya bakal menjadi pasangan hidup. Mungkin inilah dinamakan jodoh.”Bukan sehari dua, si dia sabar dan setia menanti. Pejam celik sudah lebih empat tahun kami berkawan. Saya amat terharu dengan keikhlasannya.”

Berkongsi kisah pertemuan dengan bakal suami, pelakon filem Apokalips X dan Dndam Orang M4ti itu berkata, mereka bertentang mata ketika menghadiri sebuah majlis pelancaran, empat tahun lalu.”Selama ini, kami hanya berkawan baik, tiada terbit perasaan cinta di hati. Bagaimanapun, saya terkejut, dia tiba-tiba ajak berkahwin, Mei lalu.

“Dia bertemu keluarga memberitahu mahu melamar saya sebagai isteri. Keluarga tiada halangan, malah merestui hubungan kami. “Persiapan majlis pernikahan dilakukan dalam tempoh tidak sampai sebulan. Kami bernikah dulu, manakala majlis resepsi akan diadakan bulan depan,” katanya kepada BH Online. Miera berkata, dia percaya perasaan cinta akan hadir selepas berkahwin, lagi pun mereka sudah saling mengenali selama empat tahun.

“Saya menerima lamaran kerana melihat keikhlasannya berkawan sejak dulu lagi. Karakter kami bagai bumi dan langit, tetapi dia seorang yang matang dan sentiasa memahami saya.”Saya g1la-g1la, dia pula agak pemalu dan tidak biasa dengan dunia selebriti. Disebabkan itulah, saya masih merahsiakan siapa gerangan bakal suami. Tunggulah esok pada hari pernikahan kami.

“Saya selalu katakan, saya perlukan seseorang yang memahami diri ini. Dari situ, saya perlahan-lahan berubah, tidak nakal lagi dan menjadi insan lebih baik. Saya percaya bakal suami mampu mengubah saya,” katanya.Pelakon filem Jangan Pandang-Pandang dan Lebuhraya Ke Neraka itu berkata, dia tidak dapat mengundang ramai tetamu termasuk media massa pada majlis pernikahan kerana perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Saya minta maaf tidak dapat mengundang ramai kenalan dan media massa untuk majlis pernikahan. Tetamu tidak boleh melebihi 250 orang. Jadi, majlis ini hanya membabitkan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak saja.”Insya-Allah, kami akan mengundang pada majlis resepsi yang akan diadakan di sebuah hotel, bulan depan,” katanya.Bintang drama Memori Cinta Suraya itu berkata, bakal suami tidak pernah menghalangnya terus menjadi pelakon, malah memberikan galakan menerokai dunia penerbitan pula.

“Dia sentiasa faham kerjaya saya sebagai pelakon. Bagaimanapun, saya terpaksa menolak banyak tawaran lakonan berikutan sedang mempelajari selok belok dunia perniagaan.”Lagipun, banyak skrip dan karakter diterima tidak sesuai. Kali terakhir saya berlakon menerusi teater muzikal Hantu Kak Limah yang dipentaskan di Movie Animation Park Studio (MAPS), Ipoh, tahun lalu.”Saya terima banyak tawaran lakonan, tetapi sebelum itu, saya akan melihat siapa pengarah, barisan pelakon dan skrip.

“Saya berlakon pada usia muda 15 tahun. Saya bukan mahu mengejar populariti, tetapi didorong minat.”Banyak pengalaman dikutip dan watak dihidupkan sejak lebih sedekad dalam bidang lakonan.”Mungkin sudah tiba masanya saya beralih arah ke cabang dunia penerbitan. Bagaimanapun, saya tetap minat berlakon, cuma perlu memilih naskhah sesuai dengan status sebagai isteri,” katanya.-bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *