Nama sedang meningkat naik di Indonesia. Uyaina Arshad nekad dedahkan dia mengalami satu sakit yang membahayakan ini dan dia tekad untuk lakukan operasi jika perlu

artis

BIARPUN terpaksa melupakan seketika aktiviti seni ketika namanya sedang meningkat naik di Indonesia akibat pandemik Covid-19, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui tidak pernah berasa terkilan atau kecewa. Sebaliknya Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina, 28, rancak merencana kerjaya seninya di Malaysia, baik dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Percaya segala yang berlaku datang bersama hikmah tersembunyi, Uyaina yang cukup dikenali dengan program Wanita Hari Ini, bersyukur kerana sempat kembali ke tanah air, sebelum penularan Covid-19 bertambah serius di Indonesia.

“Sebelum ini saya sentiasa berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Jakarta. Boleh dikatakan enam bulan di Malaysia dan enam bulan lagi Indonesia. “Pada 31 Disember tahun lalu saya pulang ke Malaysia kerana terlibat dengan sebuah  penggambaran drama.

“Sepatutnya saya kembali ke Indonesia pada bulan Februari untuk program Liga Dangdut di sana, tetapi membatalkan perancangan tersebut apabila mendapati penularan Covid-19 di sana semakin membimbangkan. “Sejujurnya memang banyak program yang melibatkan saya di sana terpaksa saya lupakan termasuk program Puteri Muslimah yang sudah memasuki musim ketiga ,” jelasnya.

Meskipun rindu dengan rutin dan aktiviti seni di sana, Uyaina akur dengan situasi semasa dan meluahkan rasa syukur kerana selamat berada bersama keluarga di tanah air. “Kalau ikutkan rindu, memanglah saya rindu sangat nak kembali bersama teman-teman di sana bekerjasama dalam pelbagai program dan aktiviti seni sebagaimana yang kami lakukan sebelum ini.

“Bagaimanapun, mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Malah saya memutuskan untuk tidak kembali ke sana dalam tempoh setahun dua ini, sehinggalah vaksin ditemui dan keadaan kembali reda. “Jadi buat masa ini saya hanya akan fokus kepada kerjaya di tanah air dan cuba membina prestasi dengan sebaik mungkin menerusi peluang yang diberikan,” akuinya yang turut memuji sikap mengambil berat masyarakat di sana.

Berkongsi perkembangan terkininya, kata Uyaina, selain sibuk dengan program Ratu Hijabista, dia juga akan tampil dengan drama terbaharu, Perempuan Tak Berdosa yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Selepas PKP jadual kerja kembali sibuk dengan pelbagai komitmen. Alhamdulillah peluang demi peluang datang dan saya sangat hargai. “Penglibatan dalam program Ratu Hijabista sebagai pengacara juga sangat istimewa kerana dapat bekerjasama dengan idola saya, Puan Seri Normala Samsudin. “Manakala untuk drama pula, karya arahan Michael Ang itu akan mengubat rindu peminat yang sering bertanyakan tentang lakonan terbaru saya,” ujarnya.

Sentiasa ikut nasihat doktor

Melihat kepada kesibukannya dengan kerjaya seni, ramai yang tertanya-tanya tentang keadaan kesihatan dirinya yang sebelum ini disahkan menghidap sakit jantung. “Alhamdulillah keadaan kesihatan saya dalam keadaan yang baik. Meskipun sibuk dengan kerja, saya sentiasa membuat pemeriksaan dengan doktor dan patuh dengan saranan yang diberikan.

“Kalau keadaan memerlukan saya menjalani operasi, saya akan lakukan dan berehat seketika daripada kerjaya seni. Tak mungkin saya mempertaruhkn  kesihatan semata-mata kerana sibuk kerja. “Saya berkongsi tentang sakit saya sebelum ini pun bukan kerana mahukan simpati atau perhatian, sebaliknya untuk berkongsi dan memberitahu orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan.

“Saya mahu beri kesedaran agar kita semua sentiasa positif menjalani kehidupan dan menghargai kesihatan sendiri,” katanya. Menyentuh tentang kehidupan peribadinya, Uyaina lebih selesa untuk hanya bercerita tentang kerjaya seninya. “Saya masih baru dalam industri dan belum ada prestasi membanggakan dalam kerjaya.

“Jadi biarlah saya bina nama dengan prestasi kerja terlebih dahulu, sebelum menjadi tumpuan kerana cerita-cerita bersifat peribadi,” ujarnya yang berhasrat untuk menamatkan zaman gadis sebelum usia mencecah 30 tahun.-sinarplus

P1sau cukur tak kenal jantina. Terkedu bila tiba tiba Uyaina Arshad tampil bersuara lantang komen tentang gelaran tersebut.

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berpendapat golongan wanita perlu punyai duit poket sendiri dan tidak bergantung kepada mana-mana pihak. Jelas Uyaina, duit poket itu boleh digunakan sekiranya keadaan mendesak atau memenuhi keperluan sendiri.

“Sebagai seorang perempuan, kita juga harus ada duit poket sendiri. Harus ada sumber pendapatan sendiri. “Biar tak banyak tak apa. Asalkan itu kita punya. Kalau-kalau kita ada teringin apa-apa, boleh beli sendiri kan?” kongsi pandangannya.

Uyaina pada masa sama menepis dkwaan kebanyakan individu untuk melabelkan wanita sebagai kaki kikiis dan pisaau cukur. “Materialistik. Pisaau cukur. Kaki kikiis. Selalu perempuan kena label macam ini.”Sedangkan ‘pengikiis’ tak kenal jantina. Perempuan ke, lelaki ke, sama je.

“Asalkan poket tebal, duit berkoyan, akaun bank banyak kosong; rupa, hati, perasaan, cinta, umur, status… tolak tepi,” tambahnya. Namun, kata Uyaina lagi masing-masing punyai pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan cara tersendiri.

“Hidup ni adalah pilihan. Sesetengah orang pilih cara mudah dalam hidup. Sesetengah orang pulak kerja setengah mati mencari rezeki. Lain orang, lain prinsip hidupnya. “Kalau dari kecil dah di didik; nak sesuatu? Usaha. Bukan setiap kali mintak, tiap kali dapat.

“Nikmat tau bila kita dapat sesuatu perkara/benda hasil titik peluh sendiri. Tak ternilai perasaannya kan?” ujarnya. Kenyataan Uyaina itu disokong oleh kebanyakan wanita termasuk beberapa selebriti antaranya Ika Nabella, Lufya dan Lia Natalia.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *