Dikatakan pulau anak sendiri walaupun sudah berkahwin lain. Aman Graseka munculkan diri terangkan segala galanya cerita di sebalik semua ini berlaku

artis

“Sejujurnya saya malas nak komen isu ini, bukan apa, nanti ia akan jadi meleret dan berpanjangan serta membuatkan orang salah faham,” itu ulas pelakon Aman Graseka yang dikatakan mengabaikan anak hasil perkahwinannya dengan Mas Idayu iaitu Nur Dayini, 22 tahun.

Menurut Aman, 52, sejak isu anaknya meluahkan perasaan di Instagram, dia lebih selesa mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana enggan mengeruhkn keadaan. Bahkan dia tidak mahu dikatakan membela isterinya kini iaitu Nurul Amrina Zamri atau lebih dikenali sebagai Reena Areena sekiranya memberi kenyataan.

“Apa yang boleh saya katakan, kalau mereka rasa betul apa yang diperkatakan itu terpulanglah. “Saya diam bukan bererti saya salah atau saya takut,” ujarnya kepada SinarPlus.Ditanya dkwaan menyekat anaknya di aplikasi WhatsApp, Aman berkata, dia tidak pernah berbuat demikian.

Hakikatnya telefonnya mengalami kerosakan dan semua urusan atau panggilan adalah menerusi telefon isterinya.“Akibat daripada kerosakan itu, saya tidak boleh membaca mesej atau menerima panggilan. Jadi jika sesiapa nak mencari atau menghubungi saya, memang melalui Reena.

“Bagaimanapun dia (Dayini) tidak pernah cuba menghubungi Reena.“Tapi saya tahu, bila saya bagi jawapan macam ini pun akan ada yang pertikaikan nanti. Namun ALLAH SWT lebih Maha Mengetahui,” katanya.Tambah Aman, dia berasa kasihan dengan isterinya yang menjadi sasaran dan kritikan warganet apabila isu seperti ini berbangkit.

“Saya kesiankan Reena sebab semua bantai dia. Orang di luar saya juga perlu ingat, saya telah bergelar duda sejak 13 tahun lalu dan Reena tak pernah rmpas saya daripada sesiapa pun “Atas sebab itu saya lebih selesa ambil pendekatan tutup mulut kerana saya tak mahu mengeruhkan keadaan,” ujarnya.

Semalam, menerusi laporan mStar Online, penyanyi Mas Idayu dan Dayini meluahkan kekesalan mereka apabila tidak dapat mengubungi Aman sejak Februari lalu. Malah mereka juga mengatakan, Aman telah menyekat nombor Dayini di WhatsApp sebaik mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.

Tegas Mas Idayu, anaknya itu bukan mahu berjumpa kerana wang tetapi hanya mahu bertemu dengan bapa kandungnya itu. Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada thun 1997, namun berpisah pada tahun 2006. Aman kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Aishymir Mateen Shah, setahun.-sinarplus

Ramai Salah Faham. Mas Idayu Luah Rasa Kesal Bila Isu Yang Melibatkan Anak Dan Aman Graseka Masih Berlarutan Angkara Satu Pihak Ini

Mas Idayu bengang ada individu menghalang anaknya bertemu dengan bekas suami. ISU membabitkan anak kepada penyanyi dangdut Mas Idayu iaitu Nur Dayini Ashiqah dengan ibu tiri, Reena Arina menarik perhatian ramai apabila kedua-dua pihak berbalah di media sosial sejak Februari lalu.

Perbalahan dingin yang tercetus itu secara tidak langsung turut menaikkan nama Mas Idayu yang didkwa seolah-olah tidak pandai mendidik sehingga anak gadisnya didkwa bersikap kurang ajar bukan sahaja terhadap ibu tiri tetapi bapa kandungnya sendiri, pelakon Aman Graseka.

Menjawab dkwaan tersebut, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini akhirnya buka mulut. Kata Mas Idayu, pada awalnya dia enggan masuk campur dalam urusan tersebut sehinggalah namanya dikaitkan dalam sebuah artikel baru-baru ini.

“Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas nak ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua. “Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima.

Mas Idayu tunjuk bukti Aman menyekat anaknya di aplikasi Whatsapp. “Sampai ada kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri… walaupun dia dah umur 22 tahun saya masih pukvl lagi (kalau buat salah). Apa-apa mengenai anak saya kena ambil tahu,” kata Mas Idayu ketika ditemui mStar di kediamannya pada Jumaat.

Pada Mac lalu, Nur Dayini meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang difahamkan menghalang dia untuk bertemu bapa kandungnya. Gadis berusia 22 tahun itu saling berbalas kapsyen sindirn dengan ibu tirinya di Instagram.

Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Aku tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik.

Sementara itu, Mas Idayu berkata dia terkilan apabila mengetahui Aman menyekat nombor Nur Dayini di WhatsApp selain tidak menghubungi anaknya itu selepas mereka pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu.

“Selepas Aman kahwin, dia tak jumpa langsung bapa dia kerana Aman dah balik Kedah… terakhir Dayini mesej bapanya sebelum kami tunaikan umrah tapi beberapa hari kemudian mesej dibalas dipercayai oleh isterinya berdasarkan teks yang dihantar.

“Sekarang ini profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Saya tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik. “Walaupun dah berpisah, saya kenal Aman macam mana… dia tak pandai nak sekat orang dekat Whatsapp, Instagram. Saya bukan nak puji bekas suami tapi saya kenal dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, komentator tetap program nyanyian D’Academy Asia ini berharap pelakon drama Tuan Danial ini tidak melupakan anak perempuannya itu.”Abang (panggilan untuk Aman) tahu apa yang anak kita nak… dia hanya nak bapa dia, dia bukan nak duit. Kami ada duit… bukan nak cakap besar tapi dia hanya nak bapa dia

“Jangan harap anak yang akan ke Kedah untuk bertemu bapa, dia anak perempuan! Takkan nak memandu seorang diri ke sana… nanti kalau aku hantar (anak ke Kedah) takut ada orang yang tergugat pula,” katanya. Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini. Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan model, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.-mstar

Baru Sahaja Berbalah Mulut. Anak Kepada Aman Graseka Dan Mas Idayu Dedahkan Sesuatu Tentang Ibu Tirinya Berhubung Kait Dengan Ayahnya

KUALA LUMPUR: Pelakon, Aman Graseka, 53, menafikan isteri baharu, Reena Arina, 31, menghalangnya bertemu dengan cahaya mata, Nurdayini Ashiqah, 22, sejak mereka mendirikan rumah tangga. Sebelum ini, Nurdayini yang juga cahaya mata menerusi perkahwinan bersama penyanyi dangdut, Mas Idayu meluahkan kekesalan terhadap Reena yang difahamkan menghalangnya untuk bertemu Aman.

Menerusi entri Instagram, Nurdayini dan Reena dilihat ‘berbalah’ mulut dan berbalas komen sekitar Mac lalu.Bagaimanapun, aktor yang pernah diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Seri Angkasa pada 1999 itu menafikan isteri baharu menjadi penghalang hubungannya dengan anak.

“Ini semua tak betul. Saya ada menghubungi Nurdayini pada Ramadan lalu, tetapi dia tidak menjawab panggilan, mesej pun tidak dibalas. Saya hairan kenapa anak boleh mengeluarkan kenyataan isteri tak membenarkannya bertemu saya?“Reena tak pernah halang, malah sering bertanya dan mengingatkan saya untuk menghubungi anak.

“Nurdayini tak boleh terima hakikat saya sudah kahwin lain. Sekarang, dia sudah mempunyai adik apabila isteri melahirkan anak lelaki,” katanya kepada BH Online.Pelakon yang mencipta populariti menerusi filem Cinta Kita pada 1995 itu menegaskan, salah faham bukan berpunca daripada Reena.

“Saya tak mahu orang ramai memandang serong pada isteri. Disebabkan itu, saya mengeluarkan kenyataan untuk membersihkan nama Reena.“Semua yang ditulis Nurdayini tidak betul dalam entri IG. Dia sengaja mahu memburukkan ibu tirinya. Reena tak pernah salah dan tak buat apa-apa untuk mengeruhkan keadaan,” katanya.

Pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu mendkwa, dia kecewa apabila bekas isteri turut campur tangan dalam kekusutan yang berlaku.“Sebelum ini, bekas isteri pernah membalas pesanan menerusi telefon Nurdayini dengan mengeluarkan perkataan yang tidak baik. Apa butirannya, biar saya sahaja yang tahu.

“Disebabkan itu, Reena membuat kenyataan dalam IG. Reena mestilah terasa dengan campur tangan bekas isteri.“Sepatutnya, Nurdayini kena hormat ibu tiri seperti ibu kandung. Dia tak boleh kurang ajar dengan isteri saya. Saya tidak pernah membelakangkan anak, malah saya sudah meminta kebenaran sebelum bernikah bersama Reena,” katanya.Aman berkata, dia berharap pengikut laman sosial tidak mempunyai persepsi negatif terhadap isterinya.

“Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan. Saya sentiasa berdoa agar hubungan kekeluargaan ini kembali jernih,” katanya.Aman dan Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada 1997, namun berpisah pada 2006. Mereka dikurniakan Nurdayini. Menerusi perkahwinan kedua bersama model dan pelakon baharu, Reena pada 2018, pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini.Sumber:BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *