Tasha Shilla risau fasal satu karakter yang satu ini. Ujarnya akan berhenti dari karier lakonannya sekiranya satu sebab terjadi ke atas perkahwinannya

artis


FASA kehidupan selepas berumah tangga selalunya menjadi saat manis buat setiap pasangan berkahwin. Hakikat itu tidak dinafikan oleh pelakon, Tasha Shilla yang menamatkan zaman solonya pada penghujung Februari lalu. Tasha berkongsi rasa bahagianya selepas menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada suami tercinta, Muhammad Atiq Idris.

“Kehidupan saya kini sebagai isteri penuh kebahagiaan. Apa yang boleh saya katakan, apabila melangkah ke fasa hidup baharu ini, kehidupan saya rasa seperti sudah lengkap,” katanya. Berbicara kebahagiaannya itu, Tasha atau nama sebenar Nastashashila Abdul Razak tidak menafikan kedua-dua mereka masih menyusun langkah bagi meneroka alam rumah tangga.

This image has an empty alt attribute; its file name is tasha-shilla-3-1-819x1024-1-240x300.jpg

“Mungkin berbeza daripada orang lain, kami bercinta selepas berkahwin dan sekarang banyak yang perlu kami susun dan atur supaya semuanya berjalan lancar,” katanya. Antara perkara yang membuatkan Tasha rasa sangat bahagia di samping suaminya yang juga pekerja dalam bidang kewangan itu adalah apabila dihantar dan dijemput setiap kali berlakon di set penggambaran.

“Bila saya berlakon, suami akan hantar dan jemput saya di set. Kalau sebelum ini, ibu yang selalu menjadi peneman, tapi sekarang dia (ibu) dah dapat berehat dan meluangkan masa bersama cucu kerana tugasan itu diambil alih suami. “Kadang-kadang, bila balik lewat malam pun saya dah tak risau sebab suami akan jemput di lokasi,” katanya.

Seperti pasangan lain, Tasha juga sering kali diajukan soalan berkaitan kehadiran cahaya mata. “Buat masa sekarang, kami tak ada sebarang perancangan dan kami ikut sahaja aturan Allah kepada kami. Kalau ada rezeki, adalah,” katanya. Bertemu Tasha dan suami di satu acara hiburan, nyata suaminya adalah sosok lelaki yang pandai membawa diri dan tidak kekok apabila bersua muka dengan rakan dalam industri.

“Satu perkara yang membuatkan saya selesa dan dia disenangi rakan adalah kerana sikapnya yang peramah dan pandai membawa diri. Jadi, kalau ke acara berkaitan industri, saya tak terlalu khuatir jika dia akan kebosanan,” katanya. Terus berlakon selagi tiada anak. Bercerita mengenai dunia lakonan, Tasha masih bergerak aktif sebagai pelakon memandangkan itu minatnya.

“Sebelum berkahwin pun, saya dah berlakon dan suami tahu bagaimana ‘obsesnya’ saya dengan dunia lakonan. Jadi, selagi mampu saya akan terus berlakon kecuali kalau sudah dikurniakan cahaya mata. “Bagi saya lakonan itu adalah satu proses terapi dan cara untuk saya mengekspresikan rasa terhadap diri sendiri,” katanya. Dia juga kini lebih selesa untuk membawakan watak yang tidak terlalu menarik perhatian orang lain kerana tahu status dan hadnya sebagai isteri. “Saya sendiri pun dah tak selesa untuk berlakon karakter yang menyebabkan orang tertarik kepada saya, seperti yang pernah dibawakan ketika masih bujang dahulu. Walaupun suami tak meletakkan sebarang syarat, saya sendiri tahu had dan batasan diri.

“Banyak hal yang perlu dipertimbangkan dan saya sendiri nak jaga diri serta nama baik suami. Dia dah beri keizinan untuk berlakon pun, dah Alhamdulillah,” katanya. Terbaharu, Tasha kini membintangi beberapa drama komedi di saluran baharu dikenali Awesome TV. “Alhamdulillah, sebelum ini saya banyak berlakon karakter berat. Jadi, bila dapat berlakon watak komedi, rasa ringan sedikit dan mujur rakan gandingan saya ramai yang membantu,” katanya. Menyimpan impian untuk melebarkan sayap lakonannya sehingga pentas antarabangsa, Tasha berkata, dia faham mengenai situasi krisis c0v1d-19, sekali gus kerap menyertai kelas lakonan dalam talian.

“Ada beberapa kelas online yang saya sertai dan kebanyakannya adalah anjuran daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia lakonan antarabangsa. “Selain itu, saya juga menyertai kelas lakonan yang dibimbing mereka yang berpengalaman dalam industri seni lakon tanah air antaranya Kak Ogy (Ogy Ahmad Daud),” katanya. Yang pasti, Tasha akan meneruskan impiannya dan terus berlakon sekali gus mengembangkan bakatnya yang begitu berpotensi.

Tasha Shilla bergelar isteri Muhammad Atiq, bakal pindah ke Singapura

Tasha akan mengikut suaminya ke Singapura. Pelakon Tasha Shilla selamat bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, 33, dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada Jumaat. Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Abd Razak Razali disaksikan Imam Besar Masjid Wilayah, Ehsan Mohd Hosni pada pukul 9.59 pagi.

Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, menerima sebentuk cincin dan mas kahwin sebanyak RM800, manakala wang hantaran dirahsiakan. Tasha selamat bergelar isteri Muhammad Atiq. Majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan rakan media. Manakala, majlis resepsi dijangka akan diadakan pada petang Jumaat. Sementara itu, Tasha memberitahu dia tidak menghebahkan niat untuk mendirikan rumah tangga pada umum kerana berasakan ia terlalu peribadi.

This image has an empty alt attribute; its file name is 580517-300x221.jpg
Tasha Shilla

Pelakon ini turut memberitahu akan menetap di Singapura bersama suami yang bekerja dalam bidang kewangan di sana. Dengan sekali lafaz Muhammad Atiq bergelar suami Tasha. Pada Ahad lalu, pasangan ini mengikat tali pertunangan setelah dua bulan berkenalan. Tasha berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini.

“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu. “Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang… inilah cinta sejati! Suami pun nak cepat halalkan hubungan,” ujarnya.

Tasha dan suami masuk kelas agama selepas berkahwin – “Kami sama-sama nak perbaiki diri”

Atiq mahu layari rumah tangga bahagia dengan isteri. Suami kepada pelakon Tasha Shilla iaitu Muhammad Atiq Idris sentiasa memberikan ruang kepada isterinya menjadi seorang muslimah yang lebih baik. Menurut Atiq, 33, dia enggan memaksa isterinya berhijab selepas berkahwin, sebaliknya biarlah ia datang dengan keikhlasan hati.

“Buat masa ini dalam perhubungan kami sejak berkawan semuanya datang secara semulajadi dengan izin Allah. “Lagi pula benda berkaitan agama tak boleh paksaan.Saya tahu dia seorang artis jadi saya dah bersedia sejak awal. “Selepas ini kita akan buat lebih banyak benda bersama, memperbaiki diri dan ikuti kelas agama dalam membina hubungan keluarga ini,” katanya kepada mStar. Pada Jumaat lalu, Tasha Shilla atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, dan Atiq selamat disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.

Pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi pada malam Jumaat di Zebra Square, Kuala Lumpur. Sebelum itu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Ahad lalu setelah dua bulan berkenalan. Tasha berkata dia bersetuju menerima lamaran Atiq kerana merasakan jejaka itu adalah cinta sejati yang dicari selama ini. Kita sentiasa bersedia dan tak pernah rancang tentang hal itu harap ia berlaku secara semulajadi dan kami ikut sahaja.

“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah ke fasa baharu. “Bersyukur dipertemukan dengan Atiq dan ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang… inilah cinta sejati! Suami pun nak cepat halalkan hubungan,” ujarnya. Ditanya mengenai cahaya mata, Atiq berkata mereka bersedia jika dikurniakan zuriat dalam masa terdekat. “Kita sentiasa bersedia dan tak pernah rancang tentang hal itu… harap ia berlaku secara semulajadi dan kami ikut sahaja. “Kalau diizinkan oleh Allah, kami terima dengan hati terbuka,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *