Sudah 12 tahun layari bahtera perkahwinan Ebit Lew lakukan sesuatu yang romantik ini terhadap isterinya buai perasaan ramai

artis

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 pada hari ini, 1 Ogos 2020. Ebit bersyukur kerana selama 12 tahun hidup bersama isterinya, dia rasa amat bahagia seperti baru semalam berkenalan. “Bidadariku, selamat ulangtahun perkahwinan kita 1/8/08. Rezeki kita telah bersama 12 tahun Insya-Allah cinta sampai syurga. Kurnia Allah. Terima kasih menjadi bidadari dalam hidup abang.

“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru,” katanya. Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri terbabit, Ebit turut berkongsi sebuah video bersama isterinya ketika berada di pasarayanya, Elewsmart. Tambah Ebit lagi, dia tidak mungkin boleh berdakwah dan berkhidmat kepada masayarakat tanpa sokongan isterinya selama ini.

“Tanpa bidadari abang tak tahulah bagaimanalah nak berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang. “Ya Allah terima kasih atas anugerahmu penyejuk mata dan peneman perjuangan ini. “Terima kasih menemani perjalanan hidup ini. I love you,” katanya lagi. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum serta terinspirasi dengan cara Ebit melayan isterinya.

“USTAZ seorang yang baik,

Beliau menyantuni kami sekeluarga dengan baik dan kami tidak rasa pun dia melakukan sesuatu yang malukan keluarga kami yang sememangnya dari dahulu berkeadaan begitu,” kata Siti Nor Saadiahton Ishak, 25. Wanita ini berkata, dia sangat sedih apabila mendapat tahu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew tidak lagi akan membantu golongan miskin secara langsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas dipanggil ke Bukit Aman di Kuala Lumpur untuk memberi pernyataan.

Katanya, jika pernyataan itu membabitkan kes tular mengenai bantuan kepada keluarganya, dia sangat berharap Allah membuka jalan dan rezeki yang lebih luas untuk Ebit membantu golongan memerlukan selepas ini. “Sesiapapun yang membuat laporan akibat ada niat yang tidak baik dengan perlakuan ustaz, ketahuilah bahawa kehadiran ustaz ke rumah kami tempoh hari membawa sinar baharu untuk keluarga saya berubah.

“Selama ini, kami sekeluarga hargai setiap bantuan yang diberikan kerajaan negeri, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), penduduk kampung dan ahli jawatan kuasa masjid, bantuan yang diberikan sangat banyak dan kami bersyukur dengan pertolongan semua pihak. “Kemudian Allah aturkan pula pertolongan daripada ustaz yang sememangnya pada ketika itu kami sekeluarga mahu berpindah, tiada siapa yang melakukan kesalahan dan kami menerima bantuan daripada sesiapa pun dengan hati terbuka,” katanya ketika dihubungi di Alor Setar, malam ini.

Anak ke enam daripada 10 beradik ini berkata, dia sangat mengharapkan semua pihak berlapang dada dan tidak menganggap kes tular keluarganya itu memalukan sesiapa atau pihak tertentu. Katanya, sehingga kini ahli keluarganya sangat berharap Ebit dapat kembali ke rumah sewa baharu mereka berikutan mereka sangat ‘inginkan’ nasihat dan kata-kata semangat daripada beliau.

“Anak saudara sendiri sejak jumpa Ustaz Ebit Lew tak pernah lekang daripada mulut mereka menyebut nama ustaz, mereka berulang menyuarakan mahu ke sekolah dan jadi seperti ustaz apabila dewasa nanti. “Kami sudah lali dipandang dengan pandangan yang kurang elok oleh orang, namun kehadiran ustaz memberi sinar untuk keluarga kami menjadi lebih baik, saya doakan ustaz tak putus asa dan percayalah lebih ramai di luar sana masih memerlukan ustaz.

“Semoga Allah memelihara dan melindungi ustaz selalu,” katanya, anak kepada pasangan Jamaliah Rejab, 54, dan Ishak Darus, 77. Keluarga Ishak atau lebih dikenali sebagai Pak Ishak sebelum ini tinggal di sebuah rumah daif di Lorong Gedebang, Jalan Langgar, Alor Setar sejak sekian lama. Bagaimanapun, mereka berjaya dipujuk Ebit untuk berpindah ke kediaman baharu yang lebih selesa di Lorong Fajar, Jalan Sultanah di Alor Setar, Isnin lalu.

Akhirnya akur dengan pelawaan Ustaz Ebit Lew

EBIT ketika melawat rumah pondok yang didiami Megat Noor Asyeqi dan isteri serta empat anaknya di Kampung Air Kembai, Mukim Kupang. “Pada mulanya saya memang menolak pelawaan Ustaz Ebit (Lew), tetapi apabila dipelawa berulang kali tinggal di rumah sewa demi keselesaan anak, saya akur,” kata Megat Noor Asyeqi Megat Hussin, 36.

Menerusi bantuan Ustaz Ebit Lew itu, Megat Noor Asyeqi bersama isteri, Siti Roshamilia Mat Radzi, 32, dan empat anak mereka kini menyewa rumah di Kampung Padang, Pulai di Baling. Sebelum ini, Megat Noor Asyeqi dan keluarganya hidup dalam keadaan yang tidak terurus di pondok lama dalam kebun getah di Kampung Air Kembai, Kupang sehingga kisah mereka tular di media sosial.

Megat Noor Asyeqi berkata, Ebit membantunya membayar pendahuluan sewa rumah dan akan membayar bil elektrik serta air untuk keselesaan mereka sekeluarga sementara menunggu rumah baharu siap. “Malah Ustaz Ebit juga membeli katil, tilam, bantal dan perkakas lain untuk kegunaan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menurut penoreh getah itu, dia ingin berdikari dan mahu membina rumah sendiri tetapi masalah kewangan hidup sukarkan sehingga terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk menyara empat anaknya, iaitu Puteri Amira Husna, 11, Puteri Aleesya Husna, 8, dan Megat Hanif Mukhriz, 7 dan Puteri Anisa Husna, 4. Katanya, bebannya untuk membina rumah itu terlerai apabila ditawarkan membina rumah baharu oleh Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim kelmarin, malah kini dapat menetap sementara di rumah sewa dengan bantuan Ebit.

“Datuk (Abdul) Azeez bina rumah baharu, manakala Ustaz Ebit bantu cari rumah sewa dan membeli perkakas rumah untuk keselesaan keluarga saya. “Saya dan keluarga bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang banyak,” katanya. Sementara itu, tinjauan wartawan juga mendapati kerja membersih dan menolak tapak rumah yang dijanjikan Abdul Azeez itu giat dijalankan di tanah milik bapa Megat Noor Asyeqi di Kampung Air Kembai, Kupang.

Ustaz Ebit Lew mahu ‘berehat’

Sejak kebelakangan ini, nama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew menjadi bualan hangat di media sosial kerana tampil menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira kaum dan agama. Bagaimanapun, Ebit Lew berkongsi kesedihannya kerana niat disalaherti dan membuat keputusan ‘berehat’ untuk memberi bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan itu.

Ebit turut memuat naik status di Facebooknya hari ini, “Saya minta maaf pada semua. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. “Saya cuma akan transfer (pindahkan) duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru saya cuba bantu.

“Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah.” Menurut Ebit Lew, kisah membantu golongan memerlukan dimuat naik di laman sosial sekadar berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.

“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. “Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di Facebook saya. Saya pun tak niat nak tular apa ke. Ramai anak-anak susah tiada perhatian tahfiz saya bayarkan yuran mereka. “Saya terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas pondok atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal,” katanya.

Ebit Lew juga berkata, beliau membelanjakan sejumlah wang simpanannya bagi menyelamatkan mereka dalam keadaan yang memerlukan. “Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang di mana-mana. Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.

“Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam memerlukan termasuk petugas barisan hadapan,” katanya. Dalam pada itu, dengan rasa rendah diri, Ustaz Ebit Lew memberitahu, beliau bukan sesiapa cuma Cina Islam yang sayangkan Islam dan Malaysia. Sehingga jam 5.30 petang, posting beliau 93,000 tanda suka, 10,000 perkongsian dan lebih 7,000 komen dari warganet.

Rata-rata warganet terus memberi semangat agar beliau terus kuat dan tetap menyayanginya. “Kuatkan semangat ustaz… ALLAH sayang ustaz… ramai sayang dan doakan ustaz… semoga kak pun mendapat kekuatan iman dan semangat macam ustaz… semoga ALLAH melindungi dan merahmati ustaz dan bidadari serta anak-anak ustaz.” kata Zurela. Kata Nae Jasty, “Begitu la ustaz bila berbuat baik tetap ada orang yang tak senang. Orang yang pernah melalui keadaan yang sukar lebih faham keadaan orang lain yang sukar dalam meniti kehidupan. Mana mungkin hati kita tenang di rumah, memikirkan mereka yg alami masalah kehidupan yang sukar di luar. Semoga ustaz dan yang lain terus diberikan keiizinan bantu orang dalam keadaan yang memerlukan.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *